Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Monday, November 1, 2010

Bahaya Denggi!!


Assalamualaikum...

Morning All~

Ape nak cite hari ni eh?

Hmm, recently ade geng2 fogging datang.. Tapi since time diorang datang tu dah nak maghrib (memang selalunya camtu) and kitorang serumah malas nak turun, so kitorang decide untuk tutup pintu and window sume..konon-konon tak nak bagi any bau masuk..haha..


-sekadar hiasan-

Nak dijadikan cerita, esoknya diorang datang macam buat pemeriksaan la camtu..

Time diorang datang tu, kitorang tengah layan muvi kat bilik. agak terkezut la jugak masa diorang datang tu.

Tetamu : Nape adik-adik tutup pintu semalam? (Ops..terkedu kitorang)

Kami : Oh..

Tetamu : Oh je?

Kitorang sengeh je..haha..

Tetamu : Kalau kena nanti cam ne? Kitorang datang nak tanya-tanya je. Nah amek flyers neh.

Dengan senyum-senyum kambeng kitorang amek flyers tu. Soon diorang melangkah pergi je, kitorang terus tutup pintu and gelak..haha..Tak leh bayang!

Macam ni la bentuk flyers tu...



Apakah kandungannya?

Ni nak share neh..walaupun ramai yang dah tau..tapi nak jugak cerita..mengingatkan yang terlupa dan menguatkan ingatan bagi yang dah ingat..hehe

Pasal nyamuk Aedes..


Ciri-ciri nyamuk AEDES:
  1. Berbelang hitam putih pada kakinya.
  2. Menggigit pada waktu pagi dan senja.
  3. Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
  4. Membiak dan menjadi dewasa dalam tempoh seminggu.
  5. Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 6 bulan.
  6. Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
Kitaran hidup nyamuk Aedes mengambil masa seminggu, bermula dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa.

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Di dalam rumah
  • Bekas jambangan bunga (vase)
  • Kolam (kolah) mandi
  • Dulang perangkap air peti sejuk
  • Tangki simpanan air
  • Lain-lain bekas menyimpan air
Di Luar Rumah
  • Tayar buruk
  • Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
  • Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
  • Palong hujan (roof gutter)
  • Tempurung, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi
Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes
  • Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul
  • Tutup semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang disyorkan pada label atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih (seminggu sekali)
  • Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu
  • Cuci dan sental hingga bersih piring alas bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu
  • Periksa palong hujan (root gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol)
JOM CEGAH DENGGI
  1. Segera dapatkan rawatan (Sekiranya Anda Demam Kuat Secara Mengejut)
  2. Luangkan 10 minit hujung minggu anda untuk mencari dan memusnahkan Aedes di rumah anda.
  3. Bantu anggota kesihatan semasa semburan (fogging/ULV) dengan:
  • Buka semua tingkap dan pintu termasuk pintu bilik
  • Berada diluar ruma dan bawa bersama binatang peliharaan
p/s: Bahan Kimia yang digunakan untuk semburan (fogging) berasaskan air adalah selamat dan berkesan.

Tanda-tanda Demam Denggi
  • Bintik-bintik merah pada kulit
  • Sakit kepala yang kuat
  • Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit Perut

Akhir kata,


Wassalam...=)

2 comments:

adek kesayangan mu said...

kak x kte satu bnde..
"denggi boley mmbwa maut!!!"
pnting kot ni...

ChyNaluri said...

alah..faham sendiri jela dik..huhu..

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...