Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Thursday, November 4, 2010

-Kerana Alisya-

31/01/2008

Petang sebelum aku bergerak menuju ke Melaka, aku sempat berbual dengan rakan sebilikku. Satu ayat darinya masih tersimpan kemas dalam ingatanku.

"Kau tau tak Mia, aku rasa aku ni jahat sangat. Biler aku dengar ayat-ayat Al-Quran dan lagu nasyid, aku rasa jiwa aku tenang sangat."

Aku hanya tersenyum. Masa itu kami sedang menghayati bait-bait lirik nasyid -pergi tak kembali-. Siapa sangka itulah kata-kata terakhir yang aku dengar daripada mulutnya. Dia pergi menghadap Ilahi pada malam ketika insan lain sedang lena diulit mimpi. Tanpa pengetahuanku rupanya dia sudah lama mengidap penyakit yang boleh membawa maut. Astaghfirullahalazim..Bijak sungguh dia merahsiakannya. Bagaikan mengerti dia membawa pulang semua barang-barangnya pada hari itu. Semasa aku mendapat berita mengenai pemergiannya tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan merelakan pemergiannya.

6/02/2008

Terasa berat untuk pulang ke hostel ku. Kenangan bersama arwah masih berlegar-legar di mindaku. Sungguh aku merindui kenangan itu.'Wake up Mia! Jangan tangisi perkara yang dah berlalu.' Aku cuba menyedarkan diriku sendiri. Aku perlu kuat. Itu janjiku. Aku membuka lokerku untuk mengemas barangku, tiba-tiba aku terlihat sekeping surat di selitkan di celah-celah lipatan bajuku. 'Wanginyer~'. Bau ini mengingatkanku kepada seseorang. Ya. Bau wangian yang biasa arwah gunakan. Tanpa membuang masa, aku mengambil posisi yang selesa dan memulakan pembacaan.

Assalamualaikum buat teman yang disayangi Mia,

Saat kau terlihat kepingan ini serasanya aku sudah tiada di muka bumi ini. Pergi untuk berjumpa Tuhan Yang Maha Esa, InsyaAllah. Pintaku janganla kau tangisi pemergianku dan terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang. Aku hanyalah sebagai kenangan masa lalu yang pernah singgah buat sementara waktu di dalam hidupmu.

Teman,

Pertama kali kita bertemu,aku berasa jengkel melihat gayamu yang tidak seperti aku dan rakan-rakanku. Tanpa aku sedari sepatutnya aku berasa malu kerana tidak mencontohimu. Tapi perlahan-lahan kau membantu aku keluar dari lorong kegelapan tanpa menghiraukan penghinaan yang pernah aku lemparkan kepada kau dulu. Aku dapat melihat sinar keikhlasan dari matamu teman. Aku berasa sangat malu. Aku tertanya-tanya kenapa kau begitu baik kepadaku. Rupa-rupanya kau tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terima kasih teman kerana menyelamatkan aku daripada terus hanyut dengan dunia fantasiku.

Tapi ,

Kehidupan kita hanyalah sementara. Nikmat duniawi yang diberikan kepadaku bakal ditarik bila-bila masa, jadi di kesempatan ini aku ingin memohon maaf jika di sepanjang perkenalan kita ada yang tidak kena di mata kau. Disini aku ingin meminta pertolongan darimu, anggapla ini amanat terakhir dariku.

Seperti yang kau tahu, hidup aku selama ini banyak dipengaruhi oleh faktor kepincangan keluargaku. Tolong bantu keluargaku Mia..aku ingin mereka kembali ke jalan yang benar. Aku percaya kau boleh fikirkan caranya tanpa mereka tahu kau mengenaliku. Sampai masanya nanti mereka akan tahu juga. Tapi bantula setakat yang kau terdaya. Aku mahu kau cuba. Demi perjuangan di jalan Allah.

Sebelum aku akhiri warkahku ini,

aku ingin meminta maaf seandainya amanah ini membebankan kau..tapi aku tidak tahu pada siapa lagi aku harus galaskn amanah ini.terima kasih untuk segalanya teman. Aku sayangkan keluargaku. Kaula sahabat dunia akhiratku.

Kawanmu,

Nurul Alisya Bt Kamarul

Oh..bagaimana harus ku lakukan ni...esok-esok jela fikir..(bukan nak mengelak tapi fikiranku benar-benar buntu tapi insyaAllah aku akn cuba..Mia boleh..InsyaAllah)

14/04/2008

Sedar tak sedar dah 3 bulan lebih pemergian arwah Alisya. Tapi amanatnya masih aku pegang. Tiada tindakan lagi yang aku lakukan.Hari ini tamat sudah pengajianku di kolej ku ini. Aku tidak bercadang untuk terus pulang ke rumah. aku mengambil kesempatan ini untuk pergi ke negeri kelahiran arwah di Perak. Hal ini sudah aku khabarkan kepada keluargaku. Mereka merestuinya.

****************************************************************************************

Keesokan harinya,

‘Aduhhh..macam manela aku nk tolong ko ni alisya..umah kau pun aku tak tahu alamatnya’ desis hatiku sebaik sahaja tiba di kampung Alisya.

...Tiba-tiba..

"Tolong...tooolllloooonggggg...!!!!.." Isy suara budak manela yang terpekik terlolong neh. Menganggu ketenteraman aku aje..Mata ku melilau lilau mencari arah suara itu. Lensa mataku menangkap satu bayangan budak yang dibuli. 'Ni tak boleh jadi ni..kecik2 dah pandai membuli...'

"Assalamualaikum adik2...."

"Ape kau nak??" tanya salah seorang daripada pembuli tak bertauliah tu.

"Aik dik..dah tak reti nak jawab salam ke..caranya begini ya..WAALAIKUMUSSALAM.cara nak eja dia W.A.A.L.A.I.K.U.M.U.S.S.A.L.A.M.."

Tercabar dek mendengar kata-kataku, seorang daripada mereka cuba menyerang aku. Sepantas kilat aku mengeluarkan langkah hentam keromo yang aku praktiskan dari zaman tadika lagi. Akhirnya budak-budak mentah itu tewas ditangan aku. Dengan menggunakan ketegasan yg memang dah sebati dalam diri aku, aku mengarahkan mereka duduk. Mereka enggan pada mulanya tapi melihatkan mataku yang mencerlung memandang mereka membuatkan mereka akur.

"Awat kome duk buli dia ni..dia ada buat salah kat kome ke?"

"Idokle.."

"Ate.."

"er..er.."

"Kamu ni budak-budak lagi dah pndai nak membuli orang..cubala bertindak waras sikit.ni bukan cara nak tunjuk jantan ke ape..tak de sape yang tengok pon. Cubala gune kekuatan tu untuk benda yang lebih berfaedah. Patutnye tolong orang lemah bukannya membuli orang yang lemah. Kamu tau kalo membuli org lemah hanya org pengecut je buat.Kamu bangga tapi org lain duk gelakkan kamu.Sebab kamu PENGECUT!!!"

"Kau..kau.."

"Apa kau..kau..akak la..akak ni tua dari kome.Akak bukan nak marah tapi tolongla jangan rosakkan masa depan adik-adik semua ye. Akak tak nak generasi akan datang kehilangan pewira-pewira macam adik-adik ni semua...Mak bapak korang mesti kecewa tengok anak-anak mereka jadi macam ni.."

Mereka semua tunduk memandang lantai...ada yang menitiskan air mata...

"Kami minta maaf kak...InsyaAllah kami tak buat lagi lepas ni.."

"kamu ni umur brape?"

"17 tahun..nak amik SPM tahun ni."

"hurm...nak SPM lagi tak boleh main-main...pegi balik umah..tinggalkan sikap buruk ni..belaja leklok..fokus pada pelajaran. Boleh ke tak?"

“Boleh-boleh..” mereka semua berkata sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Semua pergi meninggalkan aku termasuk mangsa buli tadi..

'Ahhh..sudah...dah nk maghrib ni..mane aku nak pergi ni...aduhaiii...'

"Akak..."

"Eh Man...(Salah seorg pembuli tadi..)..ade ape?"

"Akak bukan orang sini kan??"

"Yup..nape?"

"Akak nak pegi mne??"

"hurm..tak tahula..tengah duk fikirla ni.."

"Akak ikut balik umah Man jela.."

"erk...tapi..tapi..."

"Family Man ok jer...jom jela..tak kan akak nak merayau sensorang..."

"Erm..k.."takut-takut aku mengikut langkahnya. Dalam hatiku, tak habis-habis berdoa.

"Akak buat ape kat sini..?" tanya Man tiba-tiba memecahkan keheningan.

"Mencari ketenangan and sambil-sambil nak cari kerja sebab akak baru habis belajar. Tengah tunggu result sekarang."

"Owh...eh..name akak ape ek?"

"Damia Arissa...panggil je kak Mia.."

****************************************************************************************

Di rumah Man..

Aku tergamam melihat kebesaran dan keindahan rumah tersebut. Diam-diam aku beristighfar, dunia semua ini Ya Allah. Sekali lagi aku terkedu, tanpa salam Man melangkah masuk ke rumah. Kasutnya diluar di ambil oleh seorang wanita tua dan diletakkan di atas para. Kalau sampai begitulah tahapnya, agak kurang ajar. Terlintas di hatiku untuk menegur sikap Man tapi siapalah aku pada saat itu. Aku hanya mampu menghela nafas panjang. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

“Assalamualaikum mak cik.” Aku menegur wanita tua itu tadi sambil tunduk menyalaminya. Aku lihat air mata bergenang di kelopak matanya. Dia mengusap kepalaku.

“Waalaikumussalam nak..panggil mak cik, Cik Jah. Mak cik ni orang gaji rumah ni.” Aku mengangguk-anggukkan kepala ku. Telahanku ternyata benar. Patut la Man tiada rasa hormat pada wanita ini.

“Eh Akak. Tak masuk lagi. Cik Jah, siapkan bilik untuk Kak Mia ni. Dia tetamu rumah ni.” Perintah Man. Cik Jah akur lalu melangkah ke dalam.

Man sudah memusingkan badannya untuk masuk ke dalam tapi terhenti apabila aku memanggilnya..

“Man!”

“Ye kak.” Aku diam. Tertanya-tanya daripada mana aku mendapat kekuatan untuk memanggilnya.

“Kak?”panggilnya lagi sambil melayang-layangkan tangan di depan mataku.

“Oh. Dah maghrib ni. Boleh tunjukkan akak bilik tak..sebab akak nak solat.”dalihku. Belum masanya lagi.

“Oh..ingatkan apela tadi. Bikin saspen je.” Aku menyoroti langkahnya ke sebuah bilik yang terletak di tingkat bawah. Berdekatan dengan bilik Cik Jah mungkin.

****************************************************************************************

Usai solat Maghrib, aku melangkah keluar daripada bilik menuju ke dapur. Niatku untuk meminum air sambil menolong Cik Jah apa yang patut. Ralat rasanya berada di rumah yang asing tanpa mengenali tuan rumahnya.

“Assalamualaikum Cik Jah. Cik Jah dah solat?” Sapaku.

“Waalaikumussalam..”

“Mia .. Lupa pulak nak kenalkan nama tadi..hehe..” Aku tersengih dengan kealpaanku.

“Oh..Mia..Cik Jah belum solat lagi.”

“Laa..nape tak solat lagi Cik Jah?”

“Siapa nak siapkan makan malam ni kang..Tuan dan Puan dah nak balik dah sat lagi.”

“Uish..macam tu Cik Jah pegi solat dulu. Cik Jah bagitau je Mia apa yang patut dibuat. Meh Mia tolong.”

“Mia..takpela..Mia kan tetamu..”

“Tak pe Cik Jah..Tunaikan perintah Allah tu lebih penting.” Aku yakin Cik Jah arif tentang itu. Lihat saja dari segi penampilannya dan perwatakannya. Cik Jah akur. Dia mengarahkan apa yang patut dan melangkah pergi.

“Cik Jah!! Mana makanannya?” Aku yang pada saat itu berada di dapur, langsung terkejut dengan sergahan yang datang dengan tiba-tiba. Mujur tidak terlepas pinggan di tangan. Berani takut aku melangkah keluar membawa hidangan makan malam.

Ketika aku sedang meletakkan pinggan,

“Eh Akak..Nape akak pulak yang buat kerja neh? Cik Jah mane?”Tanya Man. Saat itu, beberapa pasang mata menoleh kearahku. Gulpp..

“Akak tolong je. Cik Jah masuk solat jap.”

“Siapa ni Adik?” Tanya satu suara garau. Berdebar-debar aku nak mengangkat wajah. Sudahnya aku hanya tunduk mengadap meja seperti pesalah yang menanti untuk dihukum.

“Kak Damia. Man ajak dia tinggal sini sebab dia tak tau nak pegi mana tadi.”

“Oh ok.” Tu je respon yang diberi. ‘Diorang ni tak takot ke aku ni penjahat ke ape ke?’ hati ku mula berteka-teki.

“Kak, mehla makan.”

“Takpela. Akak makan dengan Cik Jah je nanti.” Aku menolak kerana segan.

“Ma..dia ni suka sangat duduk dengan Cik Jah tu. Kita suruh dia jadi ‘bibik’ rumah kita jela Ma.” Satu kenyataan sinis daripada seseorang. Aku mengangkat wajahku sedikit untuk melihat gerangannya. Wrong timing. Dia sedang memandangku dengan pandangan yang menjengkelkan.

“Mama ok je. No problem. At least ada orang boleh tolong Cik Jah nanti.” Wanita yang dipanggil mama tadi bersuara.

“Ok gak tu Ma. Kak Mia pun kebetulan memang tengah cari kerja part-time.”Man menyampuk. Bersetuju dengan idea yang diberikan oleh lelaki tadi. Abangnya mungkin. Namun si ayah tetap diam. Aku minta pamit. Tak betah rasanya apabila diriku menjadi topik perbualan.

****************************************************************************************

Di dapur,

“Mia tak kisah ke?” Cik Jah bertanya. Aku terpinga-pinga.

“Tak kisah ape Cik Jah?”

“Jadi orang gaji macam Cik Jah.”

“Oh..tak kisahla Cik Jah. Mia pun memang tengah cari kerja. Kiranya pucuk dicita ulam mendatang. Hehe.” Balasku sambil tersenyum dengan harapan dapat menghapus gusar di hati wanita ini.

“Kalau macam tu tak pela..Cik Jah taknak Mia rasa terpaksa lak..”

“Isy..takdela Cik Jah. Mia datang pun sebagai tetamu tak diundang. Orang sudi menerima. Apa salahnya Mia membalas.”

“Mia ni baik macam arwah Cik Alisya.”Dumm!! Kenyataan Cik Jah membuatkan aku tersentap. Alisya?

“Sape Cik Alisya tu Cik Jah?”

“Satu-satunya anak perempuan dalam rumah ini. Tapi dia dah meninggal dunia 3 bulan yang lalu.” Adekah?

“Sapa nama tuan rumah ni ye Cik Jah?”

“Tuan Kamarul.” Aku terdiam. Duniaku rasa seakan berputar. Wajah Cik Jah kulihat 2,3 dan aku mula memejam mata.

“Mia..Mia..bangun Mia..”

Perlahan-lahan aku membuka mataku. “Cik Jah..”

“Mia ni buat Cik Jah terkejut je. Tiba-tiba je macam nak pitam.”

“Maafkan Mia, Cik Jah. Tak sengaja.” Aku membuat muka comel.

“Ngada-ngadala kamu ni Mia.”Katanya sambil tersenyum meleret. Ya Allah, Alhamdulillah. Kau permudahkan segala urusanku. Ameen.

“Cik Jah!!” jerit Man daripada ruang makan. Terkocoh-kocoh Cik Jah menuju ke depan.

“Bibik!!!!!” Bibik? Ade bibik ke dalam rumah ni? Hatiku bertanya sendiri. Tiba-tiba muncul satu lembaga di dapur.

“Hey Bibik!” lembaga itu bersuara sambil menunjukkan jarinya ke arahku. Mukanya tok sah nak cita la. Macam singa kelaparan. Aku buat muka tak bersalah sambil menunjukkan jari ke arah muka ku sendiri.

“Yela. Kamu. Sape lagi bibik dalam rumah ni?”

“Sejak bila?”

“Tadi. Dah tak ingat ke? Harap je muda tapi nyanyuk.” Sesuka hati dia je panggil bibik. Aku ade name la. Haish.

“Ambilkan aku air!” Aku melangkah ke sinki mengambil cawan dan menuangkan air untuk ‘tuan singa’ ini. Anggapla tu sebagai perasmian aku bekerja dalam rumah ni selaku ‘bibik’.

****************************************************************************************

Malam itu, aku berehat dan tidur. Esok bukan lagi hari ini. Aku tidur dengan sebuah keazaman dan tekad. ‘Akan aku berusaha mengenali keluargamu ini Alisya. Ya Allah, kuatkanlah hati ku dan permudahkan segala urusanku. Ameen.’

Keesokan harinya, aku bangun untuk menunaikan solat Subuh sebelum bersedia untuk menyiapkan sarapan pagi. Semasa aku keluar daripada bilik, aku lihat lampu di meja makan menyala.

“Eh..Man? Apa yang kamu buat ni?”

“Tak de ape kak. Man tak ingat ade kerja sekolah. Hari ni kena hantar.”balasnya dengan memandangku sekilas.

“Banyaknya habuk pemadam. Susah sangat ke?”

“Hmm..”jawabnya malas.

“Dah solat Subuh?”

“Akak jangan banyak tanya boleh tak?”Bentaknya tiba-tiba. Aku terdiam. Sedikit terasa. Nafas panjang ku hela. Aku meneruskan langkah ke dapur dan menyiapkan apa yang patut. Selepas sedikit sebanyak penerangan daripada Cik Jah semalam, aku mula memahami rutinku di rumah ini. Selesai semuanya. Aku mula menghidang di meja makan. Habuk pemadam ku kemaskan. Aku menuang segelas air untuk Man.

“Minum.”kataku. Dia menolak.

“Akak kata minum.” Ulangku. Lebih berbentuk arahan sebenarnya. Dia patuh.

“Akak, Man minta maaf. Tak sengaja tadi.” Aku tersenyum. Sudah ku duga hatinya sekeras kerak nasi sahaja.

“Tak pe. Meh sini. Akak nak tengok soalan mana yang kamu tak leh buat tu?”

“Akak pandai ke Add Math?”soalnya terkejut dengan pelawaanku.

“Sikit-sikit bolehla.”jawabku rendah diri. Bukan pandai sangat pun.

Alhamdulillah, ilmu yang ku pelajar sepanjang di Kolej Matrikulasi masih melekat di ingatan sehingga kini. Sekurang-kurangnya dapat aku manfaatkan dalam situasi sekarang. Aku mula menunjukkan langkah-langkah dalam bentuk yang mudah difahami. Setelah beberapa lama, kami sudah berada di soalan terakhir. Aku melihat jam sudahpun menunjukkan pukul 6.30 pagi.

“Man..pegi solat Subuh dulu.”pintaku persis seorang kakak.

“Man tak pernah. Tak reti la kak.”Astaghfirullahalazim. Terkejut? Tak. Meskipun aku sudah maklum mengenai hal ini tapi apabila mendengarnya sendiri aku jadi terkelu. Man masih tekun menyiapkan kerja rumahnya.

“Siap jugak akhirnya!”katanya girang.

“Alhamdulillah..dipermudahkan..”

“Ok la kak. Man nak pergi mandi dulu.”

Mataku menyoroti langkahnya sambil dalam hatiku berdoa ‘Ya Allah, lembutkan lah hati Man supaya terbuka untuk menerima hidayah-Mu..Ameen Ya Rabb..’.

****************************************************************************************

Beberapa minggu telah berlalu, aku semakin rasi di rumah gah itu. Perlahan-lahan aku mula memahami tingkah-laku dan kerenah penghuni rumah itu. Dalam diam juga fikiranku mula mencerna langkahku seterusnya. Amanah ini tidak lah mudah. Kudratku tidak seberapa. Hakku untuk bersuara dalam rumah ni turut terbatas.

“Cik Jah.. Mia.. Saya dan Tuan akan outstation untuk seminggu. Jadi saya harap Cik Jah dan Mia boleh tolong jaga rumah ini dan anak-anak saya.” Puan Syila, mama Man memberi pesanan sebelum melangkah keluar daripada rumah bersama Tuan Kamarul. Namun, anak-anak mereka tiada yang mengiringi mereka. Masing-masing sibuk dengan urusan duniawi. Hati aku kembali sayu. ‘Kuatkan hati Mia.’

Baru aku memalingkan wajah untuk melangkah masuk ke rumah bersama Cik Jah, sebuah dentuman kedengaran.

Bummmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!

Bunyi itu menyentap semangat aku. Tanpa berfikir panjang aku terus berlari keluar untuk mencari daripada mana bunyi itu datang.

“Cik Jahhhhhhhhhhhhhh!!!..tuan..puan..” Suaraku perlahan. Aku terduduk. Perlahan-lahan air mataku mengalir. Cik Jah turut menangis sambil menenangkan aku. Jeritanku sebentar tadi menarik perhatian Man dan abangnya yang sedari tadi ‘bertapa’ dalam bilik. Mereka berdua melangkah merapatiku.

“ Bibik..ko pehal?” tanya si abang tanpa menyedari apa yang berlaku. Aku menjelingnya tajam. Geram mungkin. Terketar-ketar jariku menunjuk ke arah tempat kemalangan itu tadi yang semakin dikerumuni orang ramai.

“Alah..kemalangan jer. Perkara biasala.” Mendengarkan jawapannya, aku langsung berdiri.

“Hello saudara, kemalangan jer? Kemalangan JER???” Entah daripada mana aku mendapat kekuatan untuk bersuara. Aku tidak pasti.

“Relax la kak..”Man menyampuk. Mungkin risau melihat perubahanku yang mendadak. Tanpa sedar aku menarik mereka berdua mengikuti langkahku dan mencelah masuk ditengah-tengah orang ramai. Aku suruh mereka pandang wajah mangsa tu.

“Ini KEMALANGAN JER???” Aku menyoal mereka sekali lagi sambil menunjuk ke arah mangsa tersebut. Mata mereka mula memandang ke arah wajah mangsa-mangsa kemalangan yang baru berlaku tadi.

“Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...” suara jeritan Man mula memecah keheningan. Sementara abangnya kelu tidak terkata. Namun semuanya sudah terlambat, kemalangan yang berlaku sekelip mata tadi telah pun meragut nyawa ibu bapa mereka tersayang.

****************************************************************************************

Sebulan berlalu, beerti sudah dua bulan aku berada disini. Ini bermakna tinggal sebulan lagi aku akan berkhidmat dirumah ini. Semenjak pemergian arwah Tuan Kamarul dan Puan Syila. Rumah ini telah menjadi suram. Tiada lagi ketawa riang dua beradik. Seolah-olah yang ada dirumah ini hanya jasad tanpa roh. Masing-masing tenggelam dengan dunia yang mereka cipta. Perkara ni sungguh menyesakkan fikiran. Aku jadi semakin hilang punca. Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan sinar di dalam rumah ini.

Suatu petang yang damai,

“Akak. Man nak kua.”

“Kemana?”

“Tak perlu tahu.”

“Then you cannot go anywhere.”balasku selamba.

“Who are you to talk like that to my brother. You are only our ‘Bibik’.” Suara si Abang mencelah. Sehingga kini aku tidak pernah tahu namanya.

“Owh! He is your brother?” Aku bertanya sinis.

“Yeah! Why?”

“Owh. What a suprised!”

“Apa maksud akak?” tingkah Man geram.

“Oh. Tak de ape. I thought both of you are strangers.”

“Kau!!” tempik si Abang sambil tangannya diangkat. Mungkin untuk menamparku.

“ Aliff!!” Cik Jah menjerit. Mungkin terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dan aku baru perasan Cik Jah ada menyebut nama lelaki di depanku ini. Aliff. Mata aku masih memandang si dia dan adiknya silih berganti.

“Tak pe Cik Jah. Kenapa? Marah? Geram? Bengang? Tak betul apa saya cakap? Sebulan dah berlalu. Baru harini awak nak kate Man adik awak. Sebulan yang lalu kalian umpama orang asing. Berselisih bahu seolah hanya angin yang menampar bahu. Tidak lagi berbual dan bergurau seperti biasa. Then, kenapa awak nak marah dengan kenyataan saya tadi?” aku melahirkan segala yang terbuku.

“Akak..”Man menghampiriku untuk memelukku. Aku segera menghalang.

“Sorry dik, not a muhrim.” Dia akhirnya duduk di atas sofa sambil menangis sesal. Si Abang masih berdiri sambil otak ligat berfikir.

“Awak tak tau ape-ape.”Naa..itu kenyataan yang dikeluarkan.

“Saya tak tau ape-ape? Then, kat mana saya selama ni? Bukan dalam rumah ni ke?”

“Awak tak pernah rasa kehilangan.”

“Ops! Tak pernah. You don’t know anything about me.”

“Then, tell us.” Cabarnya.

“Nope. Until it is the time.”

“Jadi awak tak de hak untuk bersuara ape-ape!” tempelaknya. Aku terkejut.

“Why not? Even I am an outsider, I still have the right as a human being. Saya percaya kalau Tuan Kamarul dan Puan Syila masih hidup, dia pasti tak nak anak-anak mereka jadi macam ni. Awak masih ade Aiman. Aiman needs you. Both of you need each other. It was hard when losing someone that we love but at least it help us to realise that we have to appreciate people arround us. Let the past be the past. Life must go on no matter what. Mungkin awak terlambat untuk membalas jasa ayah dan mak awak tapi sekurang-kurangnya kalian belum terlambat untuk menjadi anak yang soleh buat mereka.”Nafasku hela.

“How?”perlahan suaranya bertanya.

“Doakan mereka. Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Bertaubatlah. Sekurang-kurangnya kalian masih mempunyai kesempatan itu.”

****************************************************************************************

Sejak kejadian itu, Aliff dan Aiman mula berubah. Perlahan-lahan mereka mula kembali kepada Allah. Alhamdulillah. Aku senang dengan perubahan mereka namun Cik Jah la orang yang paling gembira dengan perubahan ini memandangkan dia telah menjaga dua beradik ini sedari mereka masih bayi lagi. Hubungan mereka juga sudah semakin akrab.

“Mak.. Kak Mia mane?” semasa sedang makan malam, Aiman bertanyakan Cik Jah tentang kehilanganku. Panggilan Cik Jah telah bertukar kepada Mak sejak peristiwa hari itu. Sementelah mereka tiada saudara-mara terdekat. Abangnya lah yang mengambil alih menjaga Aiman dan juga menguruskan perniagaan keluarga mereka. Dialah ayah, dialah ibu buat Aiman kini.

“Kak Mia keluar kejap.”

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam. Eh Abang..jom makan sekali.” Aliff tersenyum melihat adiknya. Lame sudah rasanya tidak mendengar suara manja adiknya. Aliff mengambil tempat di meja makan. Sambil makan, sambil bertanya perkembangan adiknya di sekolah.

Jam 9.30 malam, aku tiba di rumah.

“Assalamualaikum.” Aku memberi salam.

“Waalaikumussalam. Baru balik Mia.” Cik Jah menyapaku.

“Hehe..bukan senang nak paham jalan kat sini. Pening.”

“Laa..Bukan KL pon.”

“Hehe..k la Cik Jah. Mia nak masuk solat jap then nak kemas-kemas barang.” Aku meneruskan langkah ke bilik.

Usai solat, aku ke dapur. Telingaku sempat menangkap bunyi orang berbual di ruang tamu berselang-seli dengan bunyi televisyen. Aliff dan Aiman agaknya.

“Mia..dah makan?”

“Nak makan la ni Cik Jah. Jom la sekali.”

“Cik Jah memang tunggu Mia pon.”

“La..yeke? Ciannye. Meh, meh Mia suapkan.”

“Isy..tak payahla.” Cik Jah menolak malu.

“Ala..Cik Jah..mehla..hari terakhir ni. Nanti rindu pulak kan. Haha..”usikku lagi.

“ Hari terakhir? Maksud akak?” Entah daripada mana Aiman muncul.

“Eh Aiman, nak ape? Meh akak ambilkan.”

“Akak!” Ops..

“Nape ni Man?”datang pulak si abangnya.

“Tak de ape-ape Tuan Aliff.” Aku lebih selesa memanggilnya Tuan walaupun berulang kali ditegahnya.

“Tipu!” bentak Aiman. Aku terkejut.

“Cik Jah?” Aliff bertanya namun Cik Jah juga kebingungan.

“Duduk dulu Tuan, Aiman..Cik Jah..”aku akhirnya bersuara. Aku bukan membuat sebarang kesalahan. Biarlah aku menyatakan hal sebenarnya.

“Sebenarnya, hari ni sudah 3 bulan saya bekerja dalam rumah ni. 3 bulan beerti tamatlah tempoh kerja saya disini. Hari ini hari terakhir. Esok saya akan kembali ke kampung halaman saya.”

“Kenapa kak?”

“Man..akak masih seorang pelajar. Dah tiba masanya untuk akak kembali.”

“Tapi..kalau tak pergi tak boleh ke?”

“Tak boleh sayang.”aku tersenyum. Tuan Aliff masih diam. Cik Jah sudah tenggelam dengan emosi. Aku melarikan pandangan. Aku tau aku sayang mereka. Aku tau aku berat hati untuk meninggalkan mereka. Aku tau semua itu. Tapi aku mesti kuat. Dah tiba masanya aku pergi.

****************************************************************************************

Malam itu lenyap bersama keheningan dan kedinginan malam. Esoknya, aku bersiap sedia untuk bertolak ke kampungku. Sudah ku pesan, usah diiringi pemergianku. Pada mulanya mereka tidak setuju namun mereka akur apabila aku tetap berkeras. Tuan Aliff menjadi seorang yang pendiam. Sehingga saat ini tiada suara yang meniti keluar dari bibirnya. Sebelum aku pergi,

“Mia.”suara itu. Langkahku terhenti.

“Siapa yang pernah awak hilang?”

“Sahabat baik saya dunia akhirat insyaAllah.”

“Siapa?”

“Alisya.” Seraya itu aku terus melangkah masuk ke dalam teksi dan air mataku yang sedari tadi bergenang di tubir mata mengalir tanpa sempatku seka. ‘Alisya, semoga amanatmu telah ku laksanakan.’

****************************************************************************************

Setengah tahun berlalu,

Aku telah pun bergelar pelajar di sebuah universiti tempatan. Mungkin takdirku ditempatkan di negeri Perak. Masa kian berlalu, tanpa ku sedari hampir sebulan kita berpuasa. Malam ini, aku akan pulang ke kampung halamanku untuk beraya bersama keluarga tercinta. Di radio sudah mula diputarkan lagu-lagu raya, namun ada satu lagu yang benar-benar mencuit hatiku,

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan

Tiada pesan tanda ingatan

Suasana penuh keriangan

Ku teringat pada seseorang

Di hari yang berbahagia ini

Hatiku kosong dan sepi sekali

Betapa manis kenangi lalu

Menyambut raya bersama denganmu

Tiada bisikan

Lembut yang ku dengar

Hanya suara azan sayuo bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya

Bersalam denganku

Tetamu datang tetamu pergi

Namun tak tiba orang ku nanti

Hanya sepasang kurung nan biru

Menjadi teman mengubat rinduku

Tiada bisikan lembut yang ku dengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Dipagi raya

Bersalam denganku

Kenangan lama menerjah otakku. Saat dimana arwah Alisya beraya bersama keluargaku. Saat paling manis baginya kerana daripada situ dia mula mengenali erti kasih sayang yang sebenar. Saat paling bermakna dalam hidupku kerana dapat berkongsi bahagia bersama temanku. Masihku simpan pemberian terakhirnya. Walaupun hanya sepasang baju kurung miliknya. Namun itu barang yang paling aku sayang kini. Sentimental value from hers. Mengingati kenangan bersama arwah turut membawa fikiranku mengingati saat bersama-sama keluarga arwah. Apa khabar mereka kini? Cik Jah. Aiman. Aliff. Eh..Tuan Aliff.

****************************************************************************************

“Assalamualaikum..mak..abah..”

“Waalaikumussalam Mia..sampai gak kamu yer..”

“Hehe..kalau tak sampai tu ada la tu..”sajaku ingin mengusik emakku.

“Mak masak apa harini??”

“Makanan kegemaran kamu la, tom yam putih dengan daging masak merah.”

“Wow..nyummy2..”

“Pergi kemas-kemas. Nanti turun makan. Tadi berbuka makan apa dalam bus?”

“Muffin and air masak mak.”balasku seraya melangkah pergi untuk mengemas dan membuat apa-apa yang patut.

Raya kali ini, emak dan abah membuat keputusan untuk beraya di Melaka sahaja. Sementelah, orang tua mereka sudah lama tiada. Saudara mara pun susah hendak berkumpul sekarang. Ramai yang sudah berkahwin. Usai sembahyang raya, aku membantu emak di dapur.

“Assalamualaikum..” seseorang memberi salam daripada luar. Adikku pergi melihat siapakah gerangannya.

“Waalaikumussalam. Masuk lah.”

“Abah..ada tetamu ni.” Hari raya biasalah.

Aku masih setia di dapur, tidak berniat untuk menjenguk apetah lagi meninjau ke ruang tamu.

“Damia. Ada orang cari kamu?”

“Ha?”Takut-takut aku keluar.

“Akakkkkkkk!!”eh..suara ni..

“Aiman!!”Serius. Aku sangat terkejut. Macam mana depa boleh jumpa aku?

“Cik Jahhhhhhhh..” Aku berlari memeluk tubuh Cik Jah dan menciumnya berulang kali. Sungguh aku rindu pada Cik Jah, Aiman dan dia. Ouch! Kenapa mesti dia?

“Mia sihat nak??”

“Sihat Cik Jah. Cik jah?”

“Cam biaselah Mia.”

“Amboi kak..dapat jumpa Mak. Kite kat sini dia buat-buat tak nampak je. Bukan nak peluk cium ke ape ke?”

“Erks..nampak ni???”kataku sambil menunjukkan buku limaku. Dia tersengeh.

“Gurau je.”

“Baju ni..”sepatah perkataan ini berjaya mencuri perhatianku untuk memandangnya. Masih menanti dia menyambung kata.

“Erm?”

“baju Alisya kan?”Dush! Cam mane dia tau?

“ Macam mane awak tau?”

“Saya yang belikan.”Tettttt~!

“Oh..”hanya tu mampu ku balas.

“Dia bagi awak ke?”

“Aah..masa arwah beraya disini dulu.”

Mak menjemput semua tetamu makan. Handphoneku berbunyi menyebabkan aku lesap seketika disitu. Semasa menuju ke meja makan kembali, keluarga ku dan keluarga mereka seperti sedang berbincang sesuatu yang serius. Aku cuba untuk curi-curi dengar. Lamar?Kahwin?Sebulan? Oit..apekah?

Sebelum meninggalkan rumahku, Aliff berhadapan denganku dan meluahkan keinginannya. Aku jadi takut tapi dalam masa yang sama aku rasa bahagia. Nonsense! Aku pasrah. Aku menyerahkan keputusan sebulat-bulatnya kepada keluargaku. InsyaAllah mereka tahu apa yang terbaik buatku.

****************************************************************************************

Sebulan telah berlalu,

Seperti yang telah ditetapkan, kini aku telah pun menjadi isteri buat insan yang tak pernah aku angankan. Aliff Zikri Bin Kamarul aka ‘Tuan Singa’. Itu nama suamiku.

“Mia..”

“Yer?”

“Tau kenapa saya ambil awak jadi isteri?”

“Tak.”balasku pendek. Walaupun aku berdebar sebab tidak pernah berduaan dengan lelaki. Menjadikan lidah ku kelu untuk bersuara.

“Demi menunaikan janji saya pada Alisya.”

“Demi janji je?”

“Yer.”

“Tanpa rasa sayang?”

“Zero!”

“Hah?”

“Acah je..”erks?

“Abang sayang Mia. Always. Forever InsyaAllah. Baju yang Alisya bagi pada Mia tu daripada Abang sebenarnya. She always tell me story about you. But never let me know who are you. The only thing she told me were your name and your adress.”

“Then, how do you figure out I am the one in Alisya’s story.”

“Before you stepped out from my house, you had mentioned that you had lost Alisya. Then today, Abang nampak Mia pakai baju tu. Tu mengesahkan lagi firasat Abang. And now..”

“I am yours.”

-The End-

p/s : ni karangan merapu je..so may be tak sedap pon..haha..layannn~~



4 comments:

sinichies_girl88 said...

BEST....
SEDEY ADER HAPPY PUN ADER..
:)

Anonymous said...

bagus.pandai ang.patut share dalam fesbuk ni.hehe

ChyNaluri said...

thanks alls..btw, sapekah anonymous ni??

zalizalu said...

bagus.. sangat bagus.... huuuuu... :P

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...