Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...
Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Kem Kepimpinan Pelajar Terbilang




Assalamualaikum..

Lama sudah tidak mengupdate blog ni. Kesian dibiarkan sepi tanpa sebarang pengisian. Alhamdulillah, pada 28-30 Julai yang lalu, sebuah program Kem Kepimpinan Pelajar Terbilang sudah berjaya dilaksanakan di sekolah lama saya (namanya biarlah dirahsiakan). Meskipun pelbagai masalah yang di hadapi pada awalnya, Alhamdulillah dapat diatasi dengan sebaiknya oleh pihak pimpinan dan bantuan daripada pihak-pihak yang terlibat. Banyak yang dapat dipelajari sewaktu program ini berlangsung walaupun hanya bertugas sebagai fasilitator kepada 50++ orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Masing-masing memegang jawatan di sekolah.

Buat AJK dan Fasi,


Pada name tag kita sendiri ada peringatan "Setiap Dari Kamu Adalah Pemimpin", makanya kita juga wajar mengambil iktibar daripada segala apa yang berlaku.
Dalam kita memimpin, kita juga dipimpin. Buktinya, apabila yang atas berbuat salah, yang bawah akan menegur begitu juga sebaliknya. Saat kita buntu, akan ada insan yang membantu menyelesaikannya. Sesungguhnya itu semua datangnya daripada Allah S.W.T, tiada satu pun daripada kita. Kita hanyalah sebagai pengantara. Selain daripada di Universiti atau kolej, ini merupakan pengalaman pertama bagi sebahagian AJK dan Fasi yang telah membantu dalam mengendali program ini termasuk saya.

Saya bersyukur kerana pengalaman pertama itu 'tidak begitu indah'. Maksud saya, tidak begitu smooth pada awalnya. Bagi saya itu lebih baik. Masalah-masalah yang timbul lebih memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga daripada program yang berjalan sangat lancar tanpa masalah. Alhamdulillah.
Untuk menjadi pemimpin bukan saja hanya reti memberi arahan tapi juga bijak mengawal keadaan. Tanpa kita sedari, dalam usaha untuk memastikan kem ini berjaya..skill2 kepimpinan telah pun dipraktikkan. Syabas untuk itu!

Secara peribadinya, ini kali pertama saya lihat sebuah program yang AJK dan Fasi nya memberi komitmen 100%. Mungkin ada yang berkata, 'eleh ye la tu..'. Terpulang untuk percaya atau tidak, tapi saya yakin tentang satu perkara -Masalah besar yang selalu dihadapi dalam apa-apa program bukan terletak pada peserta, tentatif program atau lain-lain tapi kuncinya pada komitmen AJK dan Fasi. Apa yang penting? KERJASAMA!!. Kelancaran program bergantung pada tampuk pimpinan sebelum di bahagikan pada skop-skop yang lebih kecil. Sekali lagi Tahniah di ucapkan! Moga kalian istiqamah di jalanNya! InsyaAllah...Mungkin ada yang bersungut dan sebagainya, itu lumrah nafsu manusia yang tidak pernah puas. Teruskan bermujahadah!




Buat adik-adik peserta,

Apa khabar iman dan hati kalian? Masih turun naik, berbolak-balik? Akak pun sama.~_~. Tapi jangan biar perjuangan terhenti di tengah jalan. Teruskan apa yang sedang diusahakan. Satu pengalaman yang indah buat akak sepanjang bersama adik-adik.. Akak percaya kakak-kakak dan abang-abang yang lain pun turut merasakan hal yang sama. InsyaAllah. Sebelum berakhirnya kem hari tu, akak sempat membaca feedback daripada adik-adik. Ada yang tidak puas hati dari segi penginapan, ketepatan masa, perlu lebih tegas dan lain-lain lagi. Akak tidak tahu bagaimana cara untuk berkata-kata secara berdepan, bimbang ayat yang bakal keluar tidak sama sebagaimana yang tersusun di dalam hati..Jadi, akak memilih untuk dikongsikan disini..


Untuk menjadi pemimpin, adik-adik kena sentiasa bersedia untuk hadapi sebarang keadaan. Yang pasti, adik-adik kena bersedia untuk keluar daripada zon selesa. Memimpin bukan hanya dalam organisasi tetapi juga pada diri kita sendiri. Bagaimana cara adik-adik menghadapi sesuatu permasalah dengan positif juga memerlukan pimpinan. Kalau adik-adik berjaya tersenyum dalam kepenatan dan kesusahan, syabas akak ucapkan kerna pada saat itu, adik-adik telah berjaya merubah persepsi dalam diri masing-masing.


Tentu adik-adik masih ingat barang amanah yang sangat halus tu kan? Ada yang daripada pencil lead 0.3 berubah menjadi batu, penyodok dan lain-lain lagi. Banyak pengajaran yang dapat diambil. Mungkin pada awalnya,adik-adik mengambil kira barang amanah yang diberi secara sambil lewa tapi apabila barang amanah yang diberi hilang,atau patah dan diganti dengan amanah yang lebih besar, adik-adik mula merasakan amanah itu sangat penting. Ia seolah-seolah menjadi sebahagian daripada diri adik, you stick to it no matter what. You protect it. Ini sangat obvious pada insan-insan yang terpilih untuk merasainya. Tapi itulah amanah, sesuatu untuk digalas bukan untuk di lepaskan!


Mengenai ketepatan masa, mungkin bukan sahaja jam yang perlu di setkan sama, tapi setting niat jgk harus sama. hehe.. Tak mampu memberi komen yang panjang lebar mengenai hal ini coz idea bagai di sekat.=)


AJK dan Fasi perlu lebih tegas? Minda akak mula berfikir seketika . Persoalan tiba-tiba terlahir di minda akak..Adakah dengan tegas akan menjanjikan adik-adik tidak biadap? Adakah dengan tegas, adik-adik lebih menghormati kami? Cuba adik tanyakan pada diri adik mengenai persoalan ini. Untuk pelajar sekolah rendah, akak rasakan sesuai untuk menggunakan ketegasan sebagai kunci. Tapi untuk adik-adik yang sedang melalui alam remaja, terlampau tegas bukan kuncinya. Ketegasan hanya akan melahirkan rasa memberontak dihati yang kemudiannya dizahirkan dengan kelakuan.

Perhatikan abang-abang dan kakak-kakak, kalau mereka tidak tegas..apa yang mereka lakukan? Ada yang menggunakan teknik reverse psychology, provokasi, ada yang menggunakan kaedah heart to heart dan mungkin ada yang menjadi sebahagian daripada adik-adik. Tujuannya sama, mengawal emosi dan mendisiplinkan adik-adik. Memberi kekuatan pada adik-adik untuk terus menjalani kem sehingga tamat.

Tegas itu mengikut situasi

Bukan hanya mengikut emosi
Bimbang nanti tiada yang mengikuti
Tapi hanya memberontak di dalam hati

Tegas itu perlu ada dalam diri
Tapi bukanlah menjadi kunci
Kadang-kadang tawanlah hati
Supaya mereka belajar mematuhi

Akhir bicara daripada akak, semoga apa sahaja perubahan yang sedang adik-adik lakukan,jangan pernah kenal erti putus asa!!

Tertarik pada kata-kata yang dikongsikan oleh Fasi (Kak Ain)

"Pengalaman tak akan dapat dicipta tanpa kita sendiri yang melaluinya"

Waallahualam..


p/s ::

1) Maaf jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberi. Itu hanya pandangan saya sebagai seorang individu.

2) Teringat memori bersama. Miss you guys. Kem ni menjadi satu titik pertemuan pada sebuah perpisahan yang ternoktah dulu. Ain and Nik!!

3) Buat Ajk, Fasi dan adik-adik, semoga ukhuwah yang telah dicipta ini akan berterusan dan mendapat redha Allah..

5) Good Luck adik-adik yang nak SPM tu..Bittaufiq wannajah..InsyaAllah..Berusaha sehabis daya, berikan diri anda yang terbaik !!


Insan yang Masih Mengembara,

Cahaya Naluri
(kak wathif)


Wednesday, June 15, 2011

Adakah aku sudah bersedia?

~..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..~

Malam tadi aku rasakan agak sukar untuk melelapkan mata. Berpaling ke kiri dan ke kanan, mata ini masih lagi terkebil-kebil. Fikiranku mula melayang kepada perbualanku dengan seorang rakan maya sebelum aku melabuhkan tirai sebentar tadi. Perbualan? Hmm..persoalan mungkin. Soalan yang aku kira sekadar ingin menguji pengetahuanku, namun aku gagal untuk menjawapnya. Ada soalan yang hampir tepat, untuk seketika aku rasa berjaya menjawabnya namun apabila diaju persoalan yang berkaitan, aku tetap hilang punca.

Rasa sebak, sayu dan mungkin malu datang menjengah tiba-tiba. Setelah bertahun-tahun lamanya aku belajar dalam bidang ini, masih lagi tidak berjaya menguasai sepenuhnya walhal perkara yang ditanya dipelajari sejak sekolah rendah lagi. Malah turut diterangkan lagi dalam Al-Quran. MasyaAllah! Adakah tiada barakah dalam ilmu yang kucari sebelum ini..Aku kembali merenung, apakah aku layak untuk menjadi seorang guru pada pelajarku suatu hari nanti?Adakah aku sudah bersedia untuk menjadi seorang pendidik? Tanpa aku sedari, fikiranku mula beralih arah, bukan isu ini yang aku fikirkan. Bagaimana dengan akidahku...imanku...andai kata asas nya rapuh..apakah ilmu yang berjaya kukutip selama ini akan terus bertahan? Ya Allah, semoga aku terus berada dijalan-Mu..

Bangun daripada lena pagi tadi, kisah semalam bagaikan menari-nari di minda, masih ada yang perlu dirungkaikan..saat sedang ralik melawati setiap laman sesawang yang telah dibuka..hati bagai ditarik-tarik untuk membaca 1 artikel I Luv Islam yang bertajuk
Usah Terlalu Memilih..


kandungannya::

BARU-BARU ini saya bertemu dengan Ewan, seorang petugas kedai farmasi di sebuah gedung membeli-belah. Oleh kerana perawakannya yang tertib dan melayani saya dengan baik sebagai pelanggannya, saya tertarik untuk mengetahui latar belakangnya.

Ewan sebenarnya adalah mahasiswa jurusan undang-undang UIA. Beliau bekerja secara sambilan pada cuti semesternya. Menurutnya, sejak di zaman persekolahan lagi, dia akan membuat kerja-kerja sambilan pada waktu cuti sekolah dan kampus. Dia pernah bertugas sebagai promoter di kedai kasut, kedai buku, melipat baju di syarikat membuat pakaian dan juga bertugas di gerai cendawan goreng, pasar tani.

Pada kunjungan saya yang berikutnya, saya dapati Ewan sudah pun menjaga kaunter bayaran. Ia menandakan, Ewan sudah pun mendapat kepercayaan taukenya. Saya berseloroh dengan mengatakan yang dia pun boleh jadi tauke kedai farmasi pada satu hari nanti. Dengan itu, dia seharusnya menyambung belajar dengan mengambil bidang perniagaan di peringkat sarjana.

Sambil tersenyum gembira, Ewan memberi jawapan yang mengkagetkan saya. Katanya, dia memang bercadang untuk mengambil kursus perniagaan di peringkat sarjana kelak. Lalu dia menyuarakan yang dia sebenarnya memohon kursus senibina tetapi ditawarkan jurusan undang-undang. Dia tidak teragak-agak untuk mengikuti kursus itu kerana ingin menimba ilmu. Tetapi, penglibatannya sebagai promoter di pelbagai perniagaan pada cuti sekolah dan semester membuatkan dia berasakan rezeki dan kerjayanya ada di bidang perniagaan.

Saya kagum dengan semangat dan pemikiran anak muda ini. Dia tidak menghadkan dirinya dalam kepompong bidang yang diminati. Sebaliknya dia cuba belajar bidang yang dia tidak sukai tanpa menoleh ke belakang lagi. Saya doakan Ewan akan berjaya dalam bidang perniagaan nanti. Pengetahuannya dalam bidang undang-undang akan banyak membantunya dalam perniagaan kelak.

Pada hari ini, mereka yang memohon untuk memasuki universiti tidak semestinya dapat belajar di universiti yang diingini, atau jurusan yang diminati. Walaupun ada yang dapat menerima kenyataan yang mereka tidak dapat apa yang dipohon, ramai juga yang hilang minat untuk belajar di jurusan yang bukan menjadi pilihan.

Sikap meletakkan hanya satu cita-cita hingga tidak boleh langsung meneroka bidang yang bukan selari dengan cita-cita akan menjadikan seseorang itu jumud pemikiran. Sikap ini akan melarat hingga tamat belajar. Kita dapati ramai sekali siswazah menjadi penganggur bukan kerana tiadanya pekerjaan tetapi kerana memilih kerja.

Saya pernah meninjau ke sebuah program Azam Kerja 1Malaysia di pinggir kota baru-baru ini. Tapak pameran itu terletak di tengah-tengah kawasan tidak kurang sepuluh rumah pangsa yang padat. Terdapat tidak kurang 50 buah agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan program mengambil pekerja dengan kelulusan minima diploma. Malangnya, saya dapati tidak ramai siswazah menganggur yang berkunjung untuk mencari kerja.

Sayang. Kini kerja mencari calon, tetapi calon masih tercangak-cangak hendak memilih kerja yang sesuai. Seharusnya, mereka yang mencari kerja tidak boleh memilih. Sebaliknya, kerja yang diperoleh itu harus dijadikan tempat mengumpul pengalaman sebelum menyusur kembali ke kerjaya yang dihajati apabila ruang dan peluang terbuka nanti.

Yang lulus bidang senibina tidak semestinya menjadi arkitek. Yang lulus di bidang bioteknologi tidak semestinya menjadi seorang bioteknologis. Mereka yang mempunyai fikiran statik akan lambat berjaya. Dalam pada itu, ada ramai sekali mereka yang belajar di satu-satu jurusan boleh sukses di jurusan yang sama sekali berbeda daripada bidang yang dipelajari.

Ahli perniagaan berjaya seperti Syed Mokhtar Albukhary hanya berkelulusan SPM. Tokoh korporat Tony Fernandez, tauke Air Asia pula berkelulusan ekonomi dan Tun Dr Mahathir pula adalah seorang ahli politik yang berjaya sedangkan beliau adalah seorang doktor perubatan.

Apabila tiada kerja, bagaimana kita akan ada kerjaya? Jika kita terlalu memilih, renungkan juga ayat 216, Surah al-Baqarah.

'... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.'

---------------------------------------------------------------------------------

Kisah ini secara tidak langsung mempunyai perkaitan dengan apa yang sedang dilalui sekarang. Bagaimana? Aku sedang menimba ilmu pada bidang yang bukan aku minati. Namun aku percaya ilmu Allah itu luas. Setiap apa yang telah ditakdirkan pasti ada hikmahnya. Dan aku ingin hidup dalam kepercayaan dan keyakinan itu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.. No doubt!

Pada setiap persoalan...pasti akan ditemui jawapannya..

Andai kita ingin mencari, jangan cari separuh jalan dan jangan hanya terus ke depan.. Sekali sekala tolehlah ke belakang, mungkin ada jawapannya yang kita terlepas pandang...



p/s : THAT'S ALLAH..He knows the desires of your heart..=)

Waallahualam..(",)

Monday, March 7, 2011

:: Jatuh Bangun Semula ::



Salam permai bumi Allah..

Melewati kehidupan ini ada masa nya kita bisa bediri dengan gah dan ada ketikanya kita jatuh terduduk. Namun perlukah saat kita terjatuh itu kita terus duduk tanpa perlu bangun lagi? Adakah dengan cara itu kita bisa melarikan diri daripada masalah-masalah yang tidak pernah susut? Adakah dengan cara itu tiada apa lagi yang perlu kita hadapi dan kita boleh bersenang lenang di bumi Allah ini?


Tidak dinafikan manusia tidak pernah lari daripada istilah putus asa. Aku juga begitu. Pada semester-semester yang lalu, walau sukar bagaimanapun aku rasa aku masih bisa berfikiran positif. Walau 4 tahun itu lama, aku rasa insyaAllah tiada masalah bagi aku. Namun menginjak semester 4, pemikiran positif itu semakin lemah..bisikan syaitan makin kuat menghembus di halwa telingaku..meneraju kata hatiku.. AKU HAMPIR PUTUS ASA.. setiap perkara yang aku lakukan 'tiada nyawa'. Hanya sekadar membiarkan jasadku bergerak-gerak mengikut langkah yang sepatutnya.


Entah bagaimana, ditakdirkan oleh Allah pada dua hari yang lalu aku dan kawan-kawanku pergi menghantar laptop untuk di baiki. Tiba-tiba masuk seorang pakcik yang juga merupakan salah seorang pemilik cc itu (mungkin)..Sementara menunggu laptop kami siap, pakcik itu berbual-bual dengan kami. InsyaAllah..banyak input yang diperolehi. Namun kata-kata pakcik itu banyak menyedarkan aku..Membuat aku yang hampir mengalah ini untuk terus berjuang. Itu secara zahirnya. Namun hakikatnya.. Allah memilih pakcik itu untuk menyedarkan kami..membuka minda kami..andai permulaan ujian yang diberi itu mudah tidak lah beerti selamanya ujian itu mudah. Ada level-levelnya. Bersesuaian dengan kemampuan kita.

" Setiap masalah pasti ada kuncinya"

Teruskan positif. Mungkin hari ini aku rasa lemah kerana semangat yang hampir hilang. Justeru, cari kembali semangat itu. Bagaimana? Wahai hati..wahai empunya diri..wahai Cahaya Naluri..dekatkan kembali dirimu pada Allah..jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. Bukan Allah yang menjauhi kita tapi dalam diam kita sendiri yang melupakannya. Segala kekuatan yang hadir itu datangnya daripada Allah..maka berdoalah agak diberikan kekuatan itu..bukan pada kamu sahaja malah kepada semua..Agar hati yang dipegang akan terus berada di jalan yang benar..insyaAllah..

Wassalam..


p/s: Ini sekadar luahan masa silam..dengan semangat positif..insyaAllah..ceq nk p midterm tonight..doakan saya ya...=)

pada kawan-kawan, kalau nampak Cahaya jatuh...jangan tengok aje ye..tolong 'pimpin' ke tempat yang 'selamat' ya..gracias... :: senyum::

^_^



Thursday, December 23, 2010

...Sabar Itu Indah...






Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah pada hari ini. Setelah dihitung-hitung baki cutiku hanya tinggal seminggu lebih saja lagi. Dah nak masuk semester baru rupenye! Be strong!

Alhamdulillah semalam, Rabu (23/12/2010) ditakdirkan oleh Allah saya dapat menghadirkan diri dalam sebuah majlis ilmu@usrah. Saya tertarik dengan intipati yang dibincangkan lantas membuat keputusan untuk dikongsikan bersama sahabat sekalian. Tajuknya mudah. Sabar. Sumber rujukan yang digunakan adalah buku La Tahzan. Mungkin ramai sudah memiliki buku ini namun berapa ramaikah yang berjaya menghabiskan buku sebanyak 611 m/s itu. Barangkali buku ini hanya menjadi hiasan di meja atau rak buku atau hanya menjadi tatapan bila ada masa lapang yang tidak ketahuan bila waktunya. Justeru saya memilih untuk berkongsi.




Sepotong ayat yang saya dengar dalam usrah tersebut berlegar-legar di minda, 'Tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah'. Mungkin kadang-kadang kita terlupa bahawa setiap kelakuan kita dikawal 100% oleh Allah s.wt. sehingga kita selalu melihat sesuatu itu datangnya daripada manusia itu sendiri. Kita jadi marah pada tingkahnya yang tidak bertepatan dengan kehendak kita. Kita jadi sedih dengan bicara yang melukakan hati.

Seringkali juga kita kagum melihat orang yang mampu bersabar dengan kerenah-kerenah yang tidak masuk akal namun kita terlupa kesabaran yang ada dalam diri kita tidak akan ada melainkan dengan pertolongan Allah. Lemahnya manusia. Tiada satu pun dibawah kemampuan diri.

Umar Al-Khattab Radhiyallahu'anhu mengatakan:"Dengan kesabaran, kita tahu makna kehidupan yang baik."

Bagi ahli sunnah terdapat tiga perkara yang harus dilakukan ketika sedang menghadapi musibah: Bersabar, berdoa, kemudian menunggu jalan keluar.

Seorang penyair berkata (ruj: La Tahzan)

Kau merayap meraih kejayaan
sedang mereka yang berlari dengan sepenuh hati
telah sampai
Mereka berkejaran menuju kejayaan
hingga kebanyakan mereka merasa bosan
Siapa pun yang bersungguh-sungguh dan sabar
dapat meraih kejayaan
Jangan kau kira kejayaan adalah kurma yang biasa kau makan
Tiada yang dapat mencapai kejayaan
hingga dia mampu bersabar

Kenapa saya memilih kata-kata(syair) ini untuk diketengahkan pada semua?

Saya yakin rata-ratanya manusia ingin memperolehi kejayaan yang diidamkan. Tapi sepanjang tempoh itu pasti ada masanya kita berasa bosan sehingga mencetuskan rasa putus asa. 'Penantian satu penyiksaan' bagaikan pegangan dalam hidup kita. Alangkah moleknya sekiranya pegangan itu digantikan dengan 'sabar itu indah' sehingga mampu merasakan kemanisan nikmat kehidupan ini.

Kebosanan yang dirasai sepanjang tempoh itu barangkali kerana kita merasakan target yang kita kejar dan cari dan kejayaan yang kita kecapi umpama kurma biasa sehingga mata kita gagal mengesan kelainan yang sedang kita lalui. Logiknya, adakah kita yang pada usia 12 tahun dulu sama dengan usia kita 21 tahun sekarang? Adakah kita masih berperang untuk UPSR atau sebenarnya kita telah melangkah lebih jauh walaupun dalam konteks yang sama iaitu belajar? Sama-samalah kita berfikir dan memuhasabah diri..

Akhir kata, sebagai penutup bicara..

Anak nyamuk di dalam padi
Cuka di dalam perberasan
Sungguhpun beramuk di dalah hati
Di muka jangan kelihatan

-Shabrun Jamil-

Waallahualam..

Dari lubuk hati,

CahayaNaluri

23/12/2010

10.00 pm


Thursday, December 9, 2010

:: Pahit Itu Ada Manisnya ::


Kebenaran itu nyatanya pahit untuk di luah apatah lagi untuk di telan. Namun begitu kebenaran itulah yang membawa erti pada sebuah kejujuran. Kejujuran menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira persahabatan, percintaan mahupun kekeluargaan. Dengan sebuah kejujuran lahirlah kepercayaan yang mengukuhkan lagi ikatan. Renungkan sebentar..Sejauh manakah kita berlaku jujur? Tidak kira pada siapa. Pada Allah, keluarga, kawan-kawan malahan diri kita sendiri. Adakah kita jujur?


Bohong kalau aku katakan aku seorang yang jujur. Mungkin sekarang aku sedang cuba menjadi seorang yang jujur. Seorang yang berterus-terang dan mungkin lebih telus dengan perasaan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, untuk seketika terlintas dalam hatiku ‘adakah aku akan berjaya merubah diri ini tanpa melibatkan campur tangan orang lain?’. Aku hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Aku juga bisa tidak menyedari kesilapan andai tidak ditegur. Justeru, tegurlah aku. Walaupun menyatakannya amat sukar. Itu lebih baik daripada berkata-kata dibelakangku. Mendengar dan menerima suatu kebenaran itu pahit tetapi mengetahui pandangan seseorang terhadap kita dalam diam dan tanpa disengajakan lebih pahit.


Mengapa? Kerana perasaan ‘Oh tidak sangka!’ itu akan muncul dan menganggu fikiran sepanjang masa. Membuat diri menangis dalam diam. La Tahzan. Ingatlah Allah sentiasa bersamamu. Tapi mungkinkah andai ini terjadi aku akan mengingati segala perkataan yang ada dalam buku La Tahzan itu. Mungkinkah pada saat itu aku bisa menyematkan dalam hati yang Allah bersamaku. Jawapannya mungkin tidak! Kerna apa? Kerana aku juga manusia punya hati dan perasaan. Bisa terikut bisikan syaitan yang menghembus di halwa telingaku. Mungkin untuk seketika aku tenggelam bersama perasaanku sebelum akalku mampu berfikir secara waras. Menepis rasa dihati sehingga mampu mengukir sebuah senyuman ikhlas dari hati.


Justeru itu teman-temanku sekalian,

Be honest if you love Allah

Be honest if you love yourself

Be honest if you love your family

Be honest if you love your friends

Be honest if you want to be love

Because with the honesty

You will find your happiness

You will live no doubt

You will breath confidently

You will think positively

You will walk securely

You will remember that you are not alone in this world


Kata-kata ini mungkin tidak bererti apa-apa pada kalian, cuma catatan hati seorang insan biasa. Insan yang menjadi sang pemerhati. Insan yang masih menumpang di bumi Allah. Insan yang masih dipinjamkan untuk bersama kalian. Insan yang masih mampu menghirup udara segar sehingga suatu masa yang ditetapkan.


Berkata benarlah meskipun pahit kerna pada yang pahit itu pasti ada manisnya.


Jagalah setiap perhubungan kerna andai sebuah perhubungan itu retak ia tidak akan menjadi seindah perhubungan pertama saat ia bercantum semula.


Ukhuwah fillah selamanya =)


Memori seorang Insan,

CahayaNaluri

4.48pm

10/10/2010

Monday, November 8, 2010

*Saat Diri Terkenang*




Hati ini,

Dulu putih bersih,

Kini tompok hitam kian penuh,

Hatiku makin lumpuh.


Ya Allah,

Aku gagal lindungi hati ini,

Hati yang telah KAU pinjamkan untukku semai,

Mengikut fitrah yang telah kau tetapkan.


Namun hati ini,

Makin lama makin goyah,

Dicambahi benih-benih dosa,

Hatiku semakin alpa,

Aku hanyut dalam gelombang hawa nafsu,

Yang kian mencengkam sanubariku.


Semalam hatiku dijentik

Betapa aku leka selama ini Ya Allah

Terima kasih Ya Allah kerana masih menjagaku

dan tidak pernah meninggalkanku

Saat aku semakin jauh

kau kirimkan seseorang untuk menegurku

Menyedarkan aku daripada dunia fana


Akan ku cari kembali cahaya yang kian sirna

Akan ku semai kembali hati ini

Akan ku cuba selagi terdaya

Kerana hati ini hanya pinjaman dariMu

AmanahMu buatku

Ampunilah hambaMu ini

Ya Rabb





-Wassalam-

Thursday, October 14, 2010

~Rumah Sepi ITu~


Rumah ini
Telah hilang jiwanya

Meskipun berpenghuni
Mati tetap tidak bernada


Aku rindukan kemeriahan
Bukan hiburan

Tapi menghidupkan suasana

Bukan melalaikan

Tapi membuat jiwa bernyawa semula

Saat jam berdetik
Segaris senyuman menghiasi wajah
Namun kelamaan
Semakin pudar
Menghentikan saat yang berlalu


Mengapa?
Kerana rumah itu

Bukan lagi
Tempatnya berteduh
Rumah itu sudah mati

Hilang bersama penghuninya
Yang kian berkurangan

Menanti masa rebah ke bumi..

Sunday, August 8, 2010

Assalamualaikum.. Selamat pagi!!

Tangan masih kaku untuk menaip. Otak masih belum bersedia untuk berfikir. Tapi hati mendesak kuat untuk terus mengatur kata. Coretan apa hendak ku ukirkan, kisah apa hendak ku bentangkan. Oh i don't know.. Help!!!!!!!!!!! Lupakan.

Kebosanan di suatu pagi membuatkan hati aku terdetik untuk chatting. Saat aku memasukkan nick aku di sane, seseorang telah menegurku. Perbualanku dengannya pada mulanya hanya sekadar perbualan biasa sehinggalah dia mengkhabarkan tentang apa yang sedang dilakukan pada ketika itu. MELAYARI BLOG KENGKAWAN. Saat itu, hatiku terdetik 'adakah dia mempunyai blog?'.Dek terasa sesak dengan persoalan ini, aku terus bertanya pada nya. Siapa sangka dia ada. dan siapa sangka blognya di beri nama yang sama sepertiku iaitu LIKU-LIKU KEHIDUPAN. tak percaya? Buktinya -liku-liku kehidupan-

Terpana dengan kesamaan itu, tapi dalam diam hati mengakui setiap insan yang wujud di muka bumi ini ada liku-liku kehidupan yang harus dilaluinya samada secara rela atau terpaksa. Tanpa kita sedari liku-liku kehidupan ini telah mengajar kita makna sebuah kehidupan dan membantu kita untuk memahami personaliti orang sekeliling kita. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Sekadar Perkongsian : BE POSITIVE

If anyone talk to me badly
I will stay away and try to be calm
If anyone tells me the truth
I will accept and do not ever regret
If anyone hurts my heart
I will stay calm and pray
If anyone gives me hope
I will hold and do not keep it bay
If anyone looks down on me
I will take it easy and strengthen my heart
If anyone loses their temper
I will take a deep breath and quite
If anyone needs my help
I will lend my hand and do the best
I am for everyone's feeling and desire

p/s : Tak ingat ambil kat mne..hehe..=). Sekian saja. Wassalam...

Sunday, July 4, 2010

-Secebis Kenangan-

Nafas dihela perlahan. Seakan ada masalah yang sedang difikirkan. Tapi, benarkah ada masalah? Jari ini selalu menaip tapi rasanya sudah lama tidak menaip sebuah cerita yang boleh dikongsikan bersama lantaran kesibukan dunia seorang pelajar yang belajar dan terus belajar. Entah kenapa harini aku memandang sepi pada lappy ku. Hati tergerak untuk menulis tapi kemalasan mengatasi segalanya. Namun kini..lihat..aku sedang menaip. Cerita apa? entah!..Mungkin kehidupanku..mungkin kehidupanmu dan mungkin juga tiada kena mengena dengan kita.

Suasana pada petang ini amat mendamaikan. Kedamaian ini membawa pergi fikiranku melayang jauh meninggalkan dunia realiti. Mengingatkan aku pada beberapa peristiwa yang tidak mahu aku ingatkan lagi. Ah~! Tapi mengapa kenangan pahit itu juga yang menjelma ke dalam ingatan!! Tak suke3x!

Tok..tok.. " Wawa.. I am here!Haha.." Dek terkejut. Tanganku terhenti menaip.

" La.. Kak Erda ke..Buat suspen je.."

" Nape? Ingat ada putera kayangan nak datang ke?"

"Nonsense..pasai pa mai neh?"

"Akak datang nak online la..macam la ko tak biasa.."

"Hehee...lupa yang akak ada cakap petang tadi.." Aku membiarkan Kak Erda membuat kerjanya sendiri. Tiba-tiba..

"Ehem..boleh saya masuk??" macam kenal suaranya..tapi siapa ya..

"Lor..Kak Miza..masukla..malu-malu kucen pulak dia.."

"Haha..Sapela tak kenal akak ni kan.."Pecah gelak kami semua. Begitula kami saban hari. Sering bergurau senda. Mujurlah teman sebilikku tiada pada saat itu.

Mataku kembali pada skrin komputer..tanpa sedar sebuah keluhan terlahir daripada mulutku.

"Aii..nape wa??" Tanya Kak Erda prihatin.

"Tak de ape la kak. Cuma terkenang peristiwa petang tadi je.."

"Sabarlah ye wawa.."nasihat Kak Miza. Paham. Kerana kami turut merasanya.

"Bukan ape kak. Just rasa terkilan. Tak sangka, dalam diam dia memburuk-burukkan kita"luahku.

"Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Itulah manusia.."kata Kak Erda. Kami terus tenggelam dalam fikiran sendiri. Tapi aku tahu kami tetap memikirkan Kak Liya. Satu demi satu perbuatannya kembali bermain di mindaku. Sungguh. Sedih. Tak tipu!

Dalam terleka,

"Ha..akak naik ni ade sebab la.." Kak Miza tiba-tiba bersuara.

"Awatnya Miza?" Tanya Kak Erda kehairanan.

"Tadi Liza datang bilik Miza..nak pulangkan buku mathematics yang dipinjamnya. Tiba-tiba dia bukak cerita yang Ada ada datang berjumpa dia semalam."terangnya.

"Pastu kak?"pintasku tidak sabar. Yelah..masakan takde angin takde ribut tiba-tiba je Kak Miza nak bercerita mengenai Liza..

"Dia kata Ada gitau tak sangka ya kita bertiga ni macam ni."

"Macam ni tu macam mane Miza?"tanya Kak Erda pulak.

"Dia kata sejak Kak Liya kawan dengan kita bertiga. Kak Liya macam terkongkong. Tak leh nak berkawan dengan orang lain."

"Aik..sejak biler lak??The choice was hers. Nak kawan ngan sape-sape pon. Kita tak pernah halang dia kan."aku mula melahirkan rasa tidak puas hatiku. Baru tadi masalah lain sekarang masalah lain pulak.

"itu la..tapi Liza kate la 'tak la..diorang bukan macam tu. Ko tak kenal lagi Kak Liya tu..' tapi si Ada lak jawab 'Tak.Aku kenal Kak Liya. Kak Liya baik. Tak macam diorang bertiga tuh.' Korang tau tak..akak rasa cam nak face to face je dengan si Ada tu. Akak nak cakap kalo tak tau ape-ape jangan nak memandai-mandai buat kesimpulan." Kak Miza meluahkan rasa geramnye.

Aku dan Kak Erda terdiam. Mungkin cuba menafsir kata. Tenang.

"Ginila kak. Ikut diorang la nak kate ape. Yang penting kita tau siapa kita. Tak perlu la kita nak semakkan pemikiran kita dengan hal-hal macam ni. Esok dah start cuti semester..So balik cuti ni kite rehatkan minda betul-betul. Buang yang keruh ambil yang jernih. Tak usahla kita ingat benda yang memang XBEST neh."kataku. Seolah-olah membuat satu keputusan. Bukan untuk mereka tapi buatku sendiri sebenarnya. Mereka mengangguk setuju.

Nafas ku hela sekali lagi. Pergila bersama kesedihan dihati. Tangan laju menekan mouse. Mataku melewati beberapa blog kengkawan. Sehingga tertancap pada satu tajuk..

Apabila Kau Ingin Berteman

Apabila kau ingin berteman…
Ja
nganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….


Dalam diam aku setuju dengan kenyataan dalam kata-kata ini. Hatiku bersyukur. Alhamdulillah kerana Allah mengejutkan aku dalam kealpaan. Menegur silapku dalam sekerdipan. Bibirku menguntum senyum. Memasang janji dalam diri sendiri. Membiarkan hati bernafas lega. Kak Liya makhluk Allah juga. Sama sepertiku. Sebagai kawan, aku sepatutnya mendoakan perubahannya bukannya membencinya. Semoga masih sempat untukku bertaubat. Mendambakan keampunan daripada Allah S.W.T.


'Ya Allah..Kau bukakanlah pintu hati Kak Liya. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Ameen Ya Rabb..'







Saturday, April 10, 2010

:: Sharing Is Caring ::

Assalamualaikum

Semakin aku melangkah jauh merentasi dunia seorang pelajar, semakin banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuhi. Di pagi yang hening ini, aku merenung kembali diri AKU suatu ketika dahulu dengan diri AKU yang kini. Sekilas pandang! Tidak jelas perubahanku. Namun apabila diselidiki, diselami, direnung-renungkan..banyak rupanya perubahan diriku.

Aku pernah berjanji yang aku ingin mengurangkan sifat pemarah atau dalam erti kata lainnya panas baran dalam diriku ini.. tapi Janji Hanya Tinggal Janji..namun aku tetap berusaha untuk berubah.. Sedetik hatiku berniat begitu..sesaat aku diuji dan nyatanya aku GAGAL lagi..maafkan hamba-Mu ini Ya Allah..Khilafku..

Tanpa sedar..masa semakin meninggalkan diriku..namun aku tetap begini..aku dapat rasakan aku semakin jauh dengan-Mu Ya Allah..tapi apa tindakan ku? Hanya pandai berkata-kata..Buktikan Cahaya!! Hidup ni sentiasa memerlukan pengorbanan dalam sesuatu perjuangan..jangan mudah mengalah pada keadaan.. Ingatlah bahawa MALAS adalah Punca kepada PUTUS ASA yang merupakan kunci kepada KEGAGALAN..

Buat teman-teman seperjuanganku disini,
dulu kita berempat gembira bersama,
adakah episod itu akan berulang lagi atau hanya tinggal kenangan semata-mata..
sudah tiadakan jalan keluar antara kita?
Walaupun sekarang kita bertiga..
Janganlah lupa untuk mendoakan hubungan kita semua..
Agar sentiasa didalam rahmat dan keredhaan Allah..
Biarlah Allah yg memegang hati kita dan menjaga perhubungan ini..

Buat si dia,
Semoga Allah bukakan pintu hatimu untuk menilai dimana silapnya..
Semoga tiada lagi hati yang terluka keranamu..
Belajar lah menghargai persahabatan yang dihulurkan..
Kerana manusia hidup di bumi Allah ni..saling memerlukan antara satu sama lain..
Belajarlah erti pengorbanan,
Kerana dengan berkorban kite lebih memahami perlunya kasih sayang..
Belajarlah untuk jujur,
Hanya dengan kejujuran,sebuah kepercayaan berjaya diraih..
Keserasian antara kita dapat diwujudkan.

I Love You All...Thanks For Being With Me Sis!!

~Friends Forever..InsyaAllah~

Semoga Perkara yang Lalu dijadikan iktibar untuk menempuh liku-liku kehidupan di masa akan datang..Doakan saya~!..

Wassalam..

Wednesday, January 27, 2010

~Segala Apa Yang Ku Rasa~

Maaf ku katakan
Hari ini tidak seperti semalam
Hari ini telah berlalu
Tapi kesannya masih di dalam hatiku

Jujur aku katakan
Dalam hatiku terpalit sedikit kekecewaan
Namun sedikit kekecewaan ini sudah mampu mencalarkan
Sekeping hati yang entah sihat atau tidak

Sedetik aku berasa marah
Sejenak aku fikirkan semula
Untuk apa rasa marah itu
Semua ini tetap telah berlalu
Tapi satu perkara aku pelajari hari ini
Bukan semua manusia mampu mengotakan kata mereka
Bukan semua manusia mampu membuat kita berasa puas

Kita insan biasa
Tidak punya kudrat untuk mengawal seseorang itu
Jika kita mampu mengawal minda dan perilaku mereka
Adakah hati ini tidak akan tercalar lagi?
Persoalan yang hanya tinggal soalan
Tidak mungkin sekali terjawab

Belajarlah menerima kenyataan
Belajarlah untuk menjadi seorang pemaaf
Maka kamu akan hidup gembira
Tersenyum riang disebalik kedukaan
Sematkan didalam hatimu
‘aku maafkan kamu’

Dan
Senyumlah seikhlas hati
Apa yang terbuku
insyaAllah dapat dilepaskan
dengan tenang
setenang air yang mengalir
setenang lautan yang membiru
seriang kicauan burung yang berterbangan

Nukilan

ChyNaluri
(12.12 pm-14/9/2009)

Saturday, June 27, 2009

~Sekalung Penghargaan~



thanks to all yang sudi baca dan menanti cerita Pelangi itu Indah sehingga tamat..hehehehe..lepas ni ntah bila lak boleh update blog nie..doakan saya ya semua..huhu~..ingin meneruskan perjuangan...hehehe..

This song is special dedicate to misz nana,cheesecake,SkamalS and all readers and viewers...special to my friends too...

Tuesday, June 9, 2009

Keep it the way you like!!

kisah kita
antara nyata dan maya
banyak dugaannya
namun tetap bersama

dulu dan kini
aku ternanti-nanti
setiap janji-janji
yang telah terpatri

kau dan aku
sering buat aku keliru
adakah kita masih spt dulu
atau semuanya palsu

jika dulu
aku yakin kita akan bersatu
namun kini
aku menjadi ragu-ragu

kenapa kau
semakin membeku
dinginnya lebih dari salju
buat aku termangu-mangu

maaf ku pinta
aku lbh rela
andai perpisahan terjdi atr kita
dpd aku tertanya-tanya

bila ku tanya
jawapanmu tetap sama
tak ada apa-apa
buat saja macam biasa

tahukah kamu
aku bkn bonekamu
aku bkn bodoh seperti lembu
untuk memahami apa yg berlaku

untuk mmberitahumu
aku tak punya kekuatan itu
sehingga kini aku menanti keputusanmu
namun kau tetap begitu

lalu perasaan ini
ku biarkan je begini
terus dibiarkan sepi
tertutup sudah pintu hati...

Life is like a sweet!!!

sekadar coretan suka suki...

Thursday, June 4, 2009

World nowadays.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



~We will not go down~
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Thursday, May 28, 2009

Sehari Disitu.....


Hari pertama aku di situ
merupakan kali pertama
aku menjejakkan kaki di wad ini
satu perasaan mula meresapi
Di segenap sanubari

Di wad itu
Bukan satu bukan beribu
Hanya warga emas menjadi ratu
Pada katil-katil itu
yang tertera nombor-nombor tertentu

Aku tatap wajah mereka
satu persatu berlayar di mata
merungkai apa yang tersimpan di minda
Terdetik di hatiku seketika
benarkah ini hospital cuma
atau rumah orang-orang tua

Katil 10,
Takut untuk menatap wajahnya
bukan kerana garang atau apa
Cuma aku tidak mengerti bicaranya
maklumlah aku bukan seperti dia
jadi daripada dia memarahiku secara percuma
baik aku menunduk sepanjang masa

Katil 11(Auntie Wong),
Sekali melihat pasti terasa belas
Tapi dia bergerak dengan bebas
Tidak pernah muncul rasa was-was
Berborak dengannya terasa puas
senyuman di bibir menjadi penghias
menyimpan sakit yang tidak terbias
semoga kebaikannya akan terbalas

Katil 12(Auntie May),
Tiada siapa datang melawatnya
Tapi dia tetap seperti biasa
Bergerak kesana kemari bertegur sapa
Walaupun di hati seribu rasa
Tak terluah dek kata-kata
Tapi di hati tersimpan sejuta rahsia
Mengharapkan kehadiran insan tercinta

Katil 13(Mak cik),
Kasihan sungguh melihatnya
Wayar ada dimana-mana
Sakitnya tak terperi rasanya
Namun kulihat dia masih mampu ketawa
Dalam hati turut gembira
Apa khabar dia agaknya
Tidak ku ketahui khabar berita
kerana dia di pindah ke tingkat tiga

Satu persatu telah ku cerita
insan-insan kutemu di wad biasa
walaupun sudah di mamah usia
Namun sentiasa terpamer ceria
Membuatkan semua berkongsi bahagia
Saat sedetik bersama mereka

Duhai semua
penat jari bersenam saja
Tibala masa untuk berehat
itu hanyalah peristiwa hari pertama
aku di hospital melaka...

-Sekian-

SeNyUmLaH.....



Bila kita bersedih
tangisan sering mengiringi
kekecewaan jelas terpancar
melahirkan simpati
pada yang melihat
adakah simpati yang dikehendaki
buka minda tanyalah hati

Untuk sedetik
marilah kita fikirkan
sedih itu satu rasa
yang muncul sekejap cuma
kerana setiap kesakitan yang ada
pasti ada ubatnya

Sewajarnya,
sembunyikan kelukaan di hati
dengan senyuman yang asli
lahirnya dari hati
ikhlas buat si pemerhati

Bergembiralah dalam duka
supaya apa yang kita rasa
hanya kita dan Tuhan Yang Esa saja yang tahu
kepadaNya la kita memohon segala sesuatu..
Aminn ya Rabb...(",)




Artist: Raihan
Title : Senyum

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman… senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Nothing!!~Aku rindukan kawan-kawanku...


Saat aku di dalam kekusutan...pemandangan sebegini mampu memberikan aku sebuah ketenangan..Hidup tak selamanya indah..kadang-kadang aku keliru..apa sebenarnya yang aku mahukan dalam kehidupan ini...

Dalam menghadapi kekalutan ini..aku hampir-hampir tewas..mujur ada sahabat yang ada disisi sentiasa membantu aku..mengingatkan aku...


terima kasih teman-teman..Semoga kamu semua mampu terus menjadi sahabat yang baik buat saudaranya...semoga ukhuwah fillah yang terbina antara kita kekal selamanya dan diredhai Allah...


One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...