Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Kem Kepimpinan Pelajar Terbilang




Assalamualaikum..

Lama sudah tidak mengupdate blog ni. Kesian dibiarkan sepi tanpa sebarang pengisian. Alhamdulillah, pada 28-30 Julai yang lalu, sebuah program Kem Kepimpinan Pelajar Terbilang sudah berjaya dilaksanakan di sekolah lama saya (namanya biarlah dirahsiakan). Meskipun pelbagai masalah yang di hadapi pada awalnya, Alhamdulillah dapat diatasi dengan sebaiknya oleh pihak pimpinan dan bantuan daripada pihak-pihak yang terlibat. Banyak yang dapat dipelajari sewaktu program ini berlangsung walaupun hanya bertugas sebagai fasilitator kepada 50++ orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Masing-masing memegang jawatan di sekolah.

Buat AJK dan Fasi,


Pada name tag kita sendiri ada peringatan "Setiap Dari Kamu Adalah Pemimpin", makanya kita juga wajar mengambil iktibar daripada segala apa yang berlaku.
Dalam kita memimpin, kita juga dipimpin. Buktinya, apabila yang atas berbuat salah, yang bawah akan menegur begitu juga sebaliknya. Saat kita buntu, akan ada insan yang membantu menyelesaikannya. Sesungguhnya itu semua datangnya daripada Allah S.W.T, tiada satu pun daripada kita. Kita hanyalah sebagai pengantara. Selain daripada di Universiti atau kolej, ini merupakan pengalaman pertama bagi sebahagian AJK dan Fasi yang telah membantu dalam mengendali program ini termasuk saya.

Saya bersyukur kerana pengalaman pertama itu 'tidak begitu indah'. Maksud saya, tidak begitu smooth pada awalnya. Bagi saya itu lebih baik. Masalah-masalah yang timbul lebih memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga daripada program yang berjalan sangat lancar tanpa masalah. Alhamdulillah.
Untuk menjadi pemimpin bukan saja hanya reti memberi arahan tapi juga bijak mengawal keadaan. Tanpa kita sedari, dalam usaha untuk memastikan kem ini berjaya..skill2 kepimpinan telah pun dipraktikkan. Syabas untuk itu!

Secara peribadinya, ini kali pertama saya lihat sebuah program yang AJK dan Fasi nya memberi komitmen 100%. Mungkin ada yang berkata, 'eleh ye la tu..'. Terpulang untuk percaya atau tidak, tapi saya yakin tentang satu perkara -Masalah besar yang selalu dihadapi dalam apa-apa program bukan terletak pada peserta, tentatif program atau lain-lain tapi kuncinya pada komitmen AJK dan Fasi. Apa yang penting? KERJASAMA!!. Kelancaran program bergantung pada tampuk pimpinan sebelum di bahagikan pada skop-skop yang lebih kecil. Sekali lagi Tahniah di ucapkan! Moga kalian istiqamah di jalanNya! InsyaAllah...Mungkin ada yang bersungut dan sebagainya, itu lumrah nafsu manusia yang tidak pernah puas. Teruskan bermujahadah!




Buat adik-adik peserta,

Apa khabar iman dan hati kalian? Masih turun naik, berbolak-balik? Akak pun sama.~_~. Tapi jangan biar perjuangan terhenti di tengah jalan. Teruskan apa yang sedang diusahakan. Satu pengalaman yang indah buat akak sepanjang bersama adik-adik.. Akak percaya kakak-kakak dan abang-abang yang lain pun turut merasakan hal yang sama. InsyaAllah. Sebelum berakhirnya kem hari tu, akak sempat membaca feedback daripada adik-adik. Ada yang tidak puas hati dari segi penginapan, ketepatan masa, perlu lebih tegas dan lain-lain lagi. Akak tidak tahu bagaimana cara untuk berkata-kata secara berdepan, bimbang ayat yang bakal keluar tidak sama sebagaimana yang tersusun di dalam hati..Jadi, akak memilih untuk dikongsikan disini..


Untuk menjadi pemimpin, adik-adik kena sentiasa bersedia untuk hadapi sebarang keadaan. Yang pasti, adik-adik kena bersedia untuk keluar daripada zon selesa. Memimpin bukan hanya dalam organisasi tetapi juga pada diri kita sendiri. Bagaimana cara adik-adik menghadapi sesuatu permasalah dengan positif juga memerlukan pimpinan. Kalau adik-adik berjaya tersenyum dalam kepenatan dan kesusahan, syabas akak ucapkan kerna pada saat itu, adik-adik telah berjaya merubah persepsi dalam diri masing-masing.


Tentu adik-adik masih ingat barang amanah yang sangat halus tu kan? Ada yang daripada pencil lead 0.3 berubah menjadi batu, penyodok dan lain-lain lagi. Banyak pengajaran yang dapat diambil. Mungkin pada awalnya,adik-adik mengambil kira barang amanah yang diberi secara sambil lewa tapi apabila barang amanah yang diberi hilang,atau patah dan diganti dengan amanah yang lebih besar, adik-adik mula merasakan amanah itu sangat penting. Ia seolah-seolah menjadi sebahagian daripada diri adik, you stick to it no matter what. You protect it. Ini sangat obvious pada insan-insan yang terpilih untuk merasainya. Tapi itulah amanah, sesuatu untuk digalas bukan untuk di lepaskan!


Mengenai ketepatan masa, mungkin bukan sahaja jam yang perlu di setkan sama, tapi setting niat jgk harus sama. hehe.. Tak mampu memberi komen yang panjang lebar mengenai hal ini coz idea bagai di sekat.=)


AJK dan Fasi perlu lebih tegas? Minda akak mula berfikir seketika . Persoalan tiba-tiba terlahir di minda akak..Adakah dengan tegas akan menjanjikan adik-adik tidak biadap? Adakah dengan tegas, adik-adik lebih menghormati kami? Cuba adik tanyakan pada diri adik mengenai persoalan ini. Untuk pelajar sekolah rendah, akak rasakan sesuai untuk menggunakan ketegasan sebagai kunci. Tapi untuk adik-adik yang sedang melalui alam remaja, terlampau tegas bukan kuncinya. Ketegasan hanya akan melahirkan rasa memberontak dihati yang kemudiannya dizahirkan dengan kelakuan.

Perhatikan abang-abang dan kakak-kakak, kalau mereka tidak tegas..apa yang mereka lakukan? Ada yang menggunakan teknik reverse psychology, provokasi, ada yang menggunakan kaedah heart to heart dan mungkin ada yang menjadi sebahagian daripada adik-adik. Tujuannya sama, mengawal emosi dan mendisiplinkan adik-adik. Memberi kekuatan pada adik-adik untuk terus menjalani kem sehingga tamat.

Tegas itu mengikut situasi

Bukan hanya mengikut emosi
Bimbang nanti tiada yang mengikuti
Tapi hanya memberontak di dalam hati

Tegas itu perlu ada dalam diri
Tapi bukanlah menjadi kunci
Kadang-kadang tawanlah hati
Supaya mereka belajar mematuhi

Akhir bicara daripada akak, semoga apa sahaja perubahan yang sedang adik-adik lakukan,jangan pernah kenal erti putus asa!!

Tertarik pada kata-kata yang dikongsikan oleh Fasi (Kak Ain)

"Pengalaman tak akan dapat dicipta tanpa kita sendiri yang melaluinya"

Waallahualam..


p/s ::

1) Maaf jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberi. Itu hanya pandangan saya sebagai seorang individu.

2) Teringat memori bersama. Miss you guys. Kem ni menjadi satu titik pertemuan pada sebuah perpisahan yang ternoktah dulu. Ain and Nik!!

3) Buat Ajk, Fasi dan adik-adik, semoga ukhuwah yang telah dicipta ini akan berterusan dan mendapat redha Allah..

5) Good Luck adik-adik yang nak SPM tu..Bittaufiq wannajah..InsyaAllah..Berusaha sehabis daya, berikan diri anda yang terbaik !!


Insan yang Masih Mengembara,

Cahaya Naluri
(kak wathif)


Wednesday, April 14, 2010

~Pekan~


Assalamualaikum..

Pekan?Apa ada dengan pekan??haha...
To be Honest..Pekan merupakan 1 tempat yg pasti aku pergi setiap mggu..kenapa??? Biarlah rahsia..

Kalo nak rahsia..buat ape post dlm blog neh??

hehe..saje je nak share..tempat yang aku kunjung kat pekan neh..aku dpt kenal 3 orang anak kepada the owner of the place...



- Nadira, Najiha and Irfan-

Kitorang dah mcm family..setiap kali lepak kat stu..mesti main2 dgn Irfan..kakak2nya cmne lak??..huhu..biasanya kakak-kakaknya pergi sekolah time kitorang dtg..hehe..hrni kami pergi lagi stu..Mood Irfan sgt baik..huhu..mcm anak aku pulak..keskeskes...



Budak ni sangat 'hyperactive'..tak reti duduk diam2..name pon budak2..ape yg menarik tentang dia?Dia sangat pandai..and sgt xmenyusahkan mak dia..sebab dia tahu mak dia tengah buat kerja..walaupun hakikatnya dia manja..tapi manjanya hanya dengan maknya and familynye mungkin. But the most important thing, he is CUTE..ahakz!!

and he hates to be alone..=)..sekian..love u Irfan..nanti akk datang lagi eh..:D

Thursday, May 28, 2009

i luv my family!!~^_^




hehehe...let me introduce my mom n dad...abahku bernama Mohd Ghazali Lee Abdullah...emak ku pula bernama Wan Nor Saedah Bt Wan Sulaiman...hehehe..dan yang ramai-ramai tu semua adik-adik aku...anak kedua dalam familyku ialah Ukasyah(berbaju melayu hitam)..next Mohd Tsaqib(berbaju biru)..yang three stooges tu...dr kiri..Fawwaz,Mohd Wafiy dan Mohd Jazli..adik bongsu kami..the gurl perasan cun..(hahahah...tipu jer..)..Nor Sakinah...
Aku???lain kali jela..hahaha...


Friday, May 8, 2009

Ragam Adeq2!!~

"Kak..dodol ni ley makan lagi x??"laung adikku dari dapur..

"Boley aje..bawak mai depan la weyh!! Akak nak gak.."aku membalas dari ruang tamu.

Sementara itu,

"Abg Qib tak ley main dengan anak-anak kucing ni...!!"lantang adikku, Jazli yang berumur 11 tahun bersuara.

"Laaa..kenapa pulak??"terpinga-pinga Qib apabila dilarang begitu.

Aku yang sedari tadi begitu ralik mengunyah dodol tertarik dengan situasi yang terjadi di depan mataku. Aku memandang Jazli menantikan jawapannya..

"Abang dah buat satu kesalahan..Abang telah melanggar kucing tu tadi.."haa...itu dia ayat yang skema dari adikku yg seorang ni.

Aku tidak memahami keadaan yang sebenar.Jadi aku mendapatkan penjelasan dari adikku yg lain.Setelah mengetahui situasi yg terjadi..aku berkata..

"Ala..Jazli..Abang Qib kan tak sengaje..ngada-ngada la ko nie.."

"Argghhh..kesalahan tetap kesalahan..perkara ni harus dibawa ke mahkamah.."balasnya tegas. 

"Mahkamah bersidang...bawa pesalah ke depan.."sambungnya lagi.

Adek aku yg bernama Qib tu hanya buat derk je smbil sibuk membaca surat khabar..'daripada aku layan budak ni baek aku tengok berita sukan lagi baguss...'

Aku masih setia menonton drama langsung di depan ku..Dalam hatiku terdetik..'uik..pandainye adik aku ni..'

Tiba - tiba..

"Abang Fawwaz, ko jadi peguam bela.."Jazli memberi arahan.

"Ok..aku no hal.."kata Fawwaz,adekku yang berumur 13 tahun.

"Apakah hukuman yang hendak kita jatuhkan keatas Qib yang tak guna neh..?"kata Jazli.

Ops..tak kagum sudah aku..emosional sungguh hakim ni..tak layak..tak layak..hahaha..

"Kak..kalo peguam bela tu membela yang tertuduh la kan??"tanya Fawwaz padaku..Aku yang pada ketika itu begitu asyik menikmati keenakan dodol hanya mengangguk-anggukkan kepala walaupun aku sendiri kurang pasti dengan apa yang ditanya nya..tapi aku rasa aku dh betul da..

Tapi..apa yang terkeluar dari mulut adikku..

"Ok dengan ini saya sebagai peguam bela mengatakan bahawa Abg Qib bersalah.."dengan konpem n konfidennye Fawwaz berkata..

Aku secara tiba-tiba terbatuk-batuk sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh adikku..nasib baik tak tersembur makanan tuh..

"Haahahhahahahaaahahhaha...."ketawaku yang agak kuat ni membuat adik aku, Qib berasa geram.

"Woi..ko pehal tibe2 gelak..sengal betolla..."marahnya padaku..Mane taknya aku gelak2 sambil pukul dia dengan kusyen kerusi..hahaha...

Aku mengambil masa yang agak lama untuk membolehkan aku bercerita kerana sifatku yang kalo dah gelak susah nak berhenti..hehehe..

"Ko dengar tak ape Fawwaz cakap tadi?"tanyaku...

"Apa?"Fawwaz yang bingung dengan aksiku pun turut menanti balasan dariku...

"Hahhaha...ko tau tak..dia tanya peguam bela tu yang bela pesalah ke..aku jawab ya..tapi tup2 yang kuar..dengan ini saya mengatakan bahawa Qib(pesalah) itu bersalah...hahaha.."

Apa lagi..kami sume adek beradek bantai gelak ramai-ramai..tapi yang Fawwaz tu...

"Kenapa?salah ke??"tanyanya malu-malu..tadek sape yang jawab sebab sume dah nak pecah perut gelak..huhu~

p/s=budak2..apela yang diorang tau peranan setiap sesuatu..hakim dah jadi peguam..peguam dah jadi hakim..wakakkaka...

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...