Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Monday, June 15, 2009

Pelangi itu Indah 9

:: Malam Pertama ::

"Nini..meh duduk dulu..abang nak bincang sikit.."wajah suamiku berubah serius.Menambahkan gusar dalam hatiku.

"Bincang apa abang?"

"Pasal perkahwinan ni.."

"Ok..our marriage.."balasku pendek.memberi peluang untuk dia meneruskan kata-katanya.

"Abang nak tanya..kenapa Nini terima perkahwinan ni??"

"Salah ker?"tanyaku..dia sekadar menggeleng..

"Nini tak diberi peluang untuk mengatakan tidak.Lagipun ini melibatkan soal maruah abang.."

"Kalau Nini diberi peluang untuk melepaskan diri daripada ikatan ini..macam mane?"apa pulak ni...dia ingat tengah main pondok-pondok ker...

"Nini tetap nak teruskan ikatan ni.."jawabku selepas mendiamkan diri seminit dua..

"Walaupun terpaksa mengorbankan masa depan Nini..?"

"Yup.."yakin bunyinya.

"Boleh abang tau kenapa?"

"Mungkin abang jodoh Nini yang telah di tetapkan oleh Allah.."dia kelihatan berpuas hati dengan jawapanku..kini tiba giliran aku..

"Abang boleh ke terima Nini??"

"InsyaAllah...macam Nini..abang juga redha..tapi..satu jer permintaan Abang.."

"Ermmm.."

"Abang tak ready lagi untuk 'malam pertama'..biarla kita saling kenal mengenal dulu..boleh?.."aku tergamam..sepatutnya...

"abang..bukan Nini ke yang patut cakap camtu??"hahahah..pecah gelak antara kami.Malam pertamaku berlalu begitu sahaja..Kami berbual atau lebih tepat lagi saling berkenalan.'kak Lia..kenapa agaknya kau lari daripada perkahwinan ini ya..lelaki ini insan yang baik untuk dijadikan suami..'

"Okla Nini..dah lewat ni..kita tidur la ya.."katanya seraya mengambil sebiji bantal dan selimut untuk berlalu..

"Abang nak pi mane lak tu???"

"Tidur kat atas lantai.."

"jangan nak ngada-ngada...meh sini..meh..tidur je atas katil ni..."

"Nini?"

"Tidur atas katil gak.."dia kelihatan keliru dengan jawapanku..aku tersenyum..

"Walaupun tiada 'malam pertama pengantin baru'..tapi bukanlah bermakna kita harus tidur berasingan..macam mane nak wujudkan perasaan sayang kalau masing-masing mengelakkan diri kan?"dia turut tersenyum dan mengiakan kata-kataku.

"Pandai isteri abang..."hehehe..satu rahsia..sebenarnya aku tak leh tidur sorang-sorang...hahahah..diam-diam tau..

1 comment:

misz nana said...

Ciss.. Trick je rupanya..
Hahaa..

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...