Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Saturday, June 13, 2009

Pelangi itu Indah 2

::Dia bukan untukku::

Hampir sebulan sudah aku sibuk dengan peperiksaan akhir semesterku, esok paper terakhir. ‘Iqbal apa khabar awak sekarang ya’ ..rindu di dalam hati terpaksa ku pendam sahaja dek kesibukan yang berlanjutan. Aku terpaksa ketepikan Iqbal buat sementara. Semoga dia mengerti..entah kenapa..sejak akhir-akhir ni..dia begitu dingin denganku. Tertekan agaknya..

- Salam Faten..turun café petang ni..jumpe Iq..
+ Wslm…tak leh la Iq..Faten nak study
- Sekejap je k..
+ Ok
Aku akhirnya beralah. Sekejap jer..

Aku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari..

“Faten,maafkan Iq..”

“Maaf?Kenapa ni?? Faten tak faham la..”

“Iq dah jumpa orang yang layak jadi suri hidup Iq..” aku terkedu. Kenyataan yang di kemukakan olehnya amat pahit untuk ditelan.

“Apa maksud Iq? Selama ni,siapakah Faten pada Iq?” hampir tidak terkeluar suaraku kerana sedang berperang dengan perasaan sebak yang semakin menguasai diriku.

“Iq keliru..Iq masih mencari selama ini.Tapi bila Iq jumpe Lisa, Iq yakin Lisalah orang yang Iq cari selama ni..maafkan Iq, Faten..” arghh lelaki..begitu mudah kau menuturkan kata maaf.

“Lisa??”

“Yup..Lisa..wanita yang berjaya menawan hati Iq..dia begitu mengambil berat tentang Iq..sentiasa bertanya khabar dan tidak pernah melupakan Iq..” segaris senyuman yang terukir di bibirnya menunjukkan dia benar-benar bahagia..apakah maksudnya aku tidak pernah kisah dengan kehadirannya..Iq..

“Takpela kalau macam tu..”belum sempat ku menghabiskan ayat ku..

“Iq minta maaf sangat-sangat..memang impian Iq nak membina mahligai kasih dengan Faten..Iq memang sayangkan Faten..”

“Cukup Iq..tak perlu di ungkapkan lagi sebarang kata-kata…” aku menarik nafas agak lama sebelum menghembusnya keluar perlahan. Entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk tersenyum. Mungkin senyuman terakhir buat si dia.

“Kalau itu yang Iq rasa, Faten doakan Iq bahagia bersama pilihan hati Iq..maafkan Faten kerana sehingga sekarang Faten tak mampu jadi seperti yang Iq inginkan. Semoga ia pilihan yang tepat buat kita semua..Terima kasih untuk segalanya.” Ikhlas dari hati aku melafazkan semua kata-kata ini.Tiada rasa sakit hati sebaliknya ketenangan semakin meresapi diriku..pelik..

“Tapi..kita masih kawan kan?” aduhai Iq..untuk apa kau pinta persahabatan di atas kelukaan..tak mungkin..sekali lagi aku tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Untuk apa Iq..Iq dah ada Lisa..jagala hati dia baik-baik..jangan sampai dia lari..Biarlah Faten dengan hidup Faten..”

“Tapi..”

“Dah tak de apa-apa urusan kan?..Faten balik dulu..Assalamualaikum..”aku segera memotong percakapannya.

“Waalaikumussalam..” dan aku berlalu pergi tanpa perlu menoleh lagi. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan.

No comments:

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...