Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Thursday, June 18, 2009

Sedetik di kaki lima...

Entah bagaimana harus ku mulakan..Ini bukan cerita rekaanku tapi realiti yang terjadi pada harini..biarla ku kenalkan watak2nya dahulu..

aku-W
kwn baikku-D
lelaki-A
bekas kekasih A-L

Hampir 5 jam aku menghabiskan masa di tempat belajar memandu..semua berjalan seperti biasa..tiada apa yang berubah..

"W,kita g bandar lepas ni.."kata D padaku sementelah kami ingin membeli no pin di BSN.

"Aku on jer.."seperti biasa..itula jawapanku bila di ajak.

Dipendekkan cerita,lebih kurang pukul 1 lebih kami tiba di bandar.Aku segera menuju ke surau Limbong untuk menunaikan fardu zohor..tak sedap pulak rasa nak berjalan2 tanpa menunaikan yang wajib dulu.Usai sembahyang zohor,kami menuju ke BSN untuk tujuan utama kami..'beli no pin..'

"Eh W..jom jalan-jalan dulu..nak pegi tggu bus sekarang ni bkn ade lagi..."aku bersetuju aje memandangkan terdapat kebenaran pada kata-katanya..daripada duduk tercongok menanti bus yang tak kunjung tiba..baik kami buat window shopping dulu..

Kami menyusuri kaki lima..sampai di satu persimpangan..aku menoleh sekilas..ada orang yang sedang duduk smbil menjawab panggilan di kaki lima tersebut..memakai baju melayu smbil membawa beg besar juga berkopiah..terlampau ralik memikirkan beg besar yang dibawanya,tanpa sedar aku telah meninggalkan D jauh ke belakang..tiba-tiba..

"W..W..."panggil D smbil jarinya menunjuk kearah lelaki berbeg besar tadi..barula ku amati rupanya..eh..dia..rakan sekelas kami masa form 2 tapi 1 sekolah dengan kami dr form 1 smpai form 5.

"nak tegur ke tak nak?"kata D.

"Dia tengah on call tu kn.."kataku.lalu kami mengambil keputusan untuk menunggu seketika.Seperti yang di harapkan,si lelaki lebih senang ku kenalkan sebagai A mengangkat mukanya dan..

"Eh.."dia tak ingat name kitorang dowh..tak pe-takpe..yang penting kitorang tau sape dia..maka terjadila perbualan antara kami bertiga..

"A..wah..kau dh byk berubah sekarang ni ya.."perubahan yang aku kira amat baik sekali..jauh bezanya..

"A'ahla A..lebih baik dari dulu.."D mengiakan kata-kataku.

"Alhamdulillah.."agak banyak juga cerita yang kami kongsikan.Maklum saja sudah lama tidak berjumpa.Walaupun kekok kerana dia sudah berubah sealim itu..nasib baik gila-gilanya masih ada..namun dalam banyak-banyak topik yang diperbualkan..ade satu topik yang benar2 menyentap hatiku..lantas aku membuat keputusan untuk berkongsi cerita di blog ini..

"Aku menyesal dengan perangai aku dulu.."kata A tiba-tiba..dapatku lihat kekesalan pada raut wajahnya.Dia bukanla seorang sampah masyarakat atau seumpama dengannya..cuma sikapnya yang nakal seringkali menjadi sebutan para guru dan mengundang rasa marah atau kecewa mereka.Mungkin bukan niatnya untuk melakukan sedemikian.Itu hanya kisah lampau yang tidak perlu ku kenang..

"Yang lepas tu biarkan aje..yang penting sekarang kau dah berubah..may be ramai yang tak mengjangkakan perubahan kau ni.."dia hanya tersenyum.Dan tanpa diduga..

"Kau dengan L cmne?"tanya D tiba-tiba.

"Bukan L dah bertunang ke??"

"Kau dengan dia dh putusla yer?"tanya D inginkan kepastian..aku pula memilih untuk mendengar..belum masanya untuk aku menyampuk lagi..sedangkan dalam hatiku mule memikirkan perihal L dh bertunang..tak de pulak ku dengar berita mengenai itu..

"Aha..aku dengan dia dah putus..tapi tak apa..alhamdulillah..sekurang-kurangnya selepas berpisah dengan dia..aku telah bertemu dengan awek baru.."kenyataanya yang terakhir benar-benar menarik minatku untuk terus mendengar..sempat ku mengusik..

"pandai dah yer.."

"Hehe..awek aku yang ni kalo 1 hari tak jumpe..mau 10 hri dia merajuk..susah nak pujuk tu.."aku dah blurr semacam..D dengan curiosnya..

"Uish..sape awek ko tu???"dan jawapannya membuatkan aku dan D terdiam sesaat dua..

"Al-Quran..sehari kalo tak baca 5juzuk..tak aman rasa hidup aku..serba tak kena.."masa tu aku rasa bersyukur sangat..sahabat lelakiku ini telah dikurniakan hidayah oleh Allah..dalam keadaan kami yang diam tak berkutik tu..

"Tapi..sayang.."

"???"

"Ramai orang suka menghukum dari kisah lampau aku.."aku tak faham..D pun nampak kurang jelas dengan apa yang A cuba sampaikan.

"maksud ko??"tanyaku..

"Perpisahan aku dengan L.."

"Orang2 letakkan kesalahan pada ko ke..??"pintas D. A mengangguk..

"Ala..ko pedulikan pandangan orang..asal ko tau sape ko..pndangan orang lain tak penting..diorang tak merasa kat tempat ko..ko dah pun berubah..malah mungkin lebih baik dari diorang.."

"Tulaa..susah nak puaskan hati semua.."setelah sekian lama..masing-masing meminta diri memandangkan ada urusan yang masih tidak selesai.

Sebaik sahaja meninggalkan kaki lima tadi,aku dan D masih berbicara tentang A.Kami memang terkejut melihat perubahannya.Tapi kami tau A tidak seteruk rakan-rakannya yang lain.Dia agak nakal tapi happy go lucky orangnya..kerana itu kami mudah mesra dengannya..dia mampu menghilangkan nervous orang dengan lawak selambanya.Masihku ingat lagi,satu ketika pada waktu fom 3..kelas kami sudah berasingan..tiada orang di dalam kelas si A..hanya A seorang..tiba-tiba datang seorang ustaz membawa rotan pergi berjumpa dengannya..aku dan D yang kebetulan melalui koridor bertentangan terdengar suara ustaz memarahi A.Dapat ku kesan riak sedih si A..tapi selepas itu kami jumpa dia masih boleh bergelak ketawa..itula A..yang tak pernah menunjukkan rasa sedihnya pada sesiapa..dan kata-kata A tentang manusia yang suka menghukum daripada kisah lampau seseorang benar-benar menyedarkan aku tentang realiti kehidupan yang sedang kita semua lalui sekarang..contoh..penagih dadah yang ingin insaf tidak akan insaf kerana kita ataupun segelintir manusia sudah membuat spekulasi..penagih dadah tetap penagih dadah..jadi renung2kanla..letakkan kita di tempat mereka..apa yang kita rasa itula yang mereka telah lalui..simpati tidak diperlukan..sokongan!!itulah yang patut diberi..sekian..

p/s:hanya sekadar berkongsi pengalamanku..^_^

2 comments:

misz nana said...

Alhamdulilah dia dah berubah..
Terkejut gak tadi bila dia sebut pasal awek tu..
Rupa2nya Al-Quran..
Subhanallah..
Moga2 jadi mcm dia satu hari nanti..
Amiiinnn..

ChyNaluri said...

yup misz nana..
alhamdulillah..
semoga kita semua bisa menemukan apa yang dicari..insyaAllah..amin..

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...