Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Thursday, May 28, 2009

Sehari Disitu.....


Hari pertama aku di situ
merupakan kali pertama
aku menjejakkan kaki di wad ini
satu perasaan mula meresapi
Di segenap sanubari

Di wad itu
Bukan satu bukan beribu
Hanya warga emas menjadi ratu
Pada katil-katil itu
yang tertera nombor-nombor tertentu

Aku tatap wajah mereka
satu persatu berlayar di mata
merungkai apa yang tersimpan di minda
Terdetik di hatiku seketika
benarkah ini hospital cuma
atau rumah orang-orang tua

Katil 10,
Takut untuk menatap wajahnya
bukan kerana garang atau apa
Cuma aku tidak mengerti bicaranya
maklumlah aku bukan seperti dia
jadi daripada dia memarahiku secara percuma
baik aku menunduk sepanjang masa

Katil 11(Auntie Wong),
Sekali melihat pasti terasa belas
Tapi dia bergerak dengan bebas
Tidak pernah muncul rasa was-was
Berborak dengannya terasa puas
senyuman di bibir menjadi penghias
menyimpan sakit yang tidak terbias
semoga kebaikannya akan terbalas

Katil 12(Auntie May),
Tiada siapa datang melawatnya
Tapi dia tetap seperti biasa
Bergerak kesana kemari bertegur sapa
Walaupun di hati seribu rasa
Tak terluah dek kata-kata
Tapi di hati tersimpan sejuta rahsia
Mengharapkan kehadiran insan tercinta

Katil 13(Mak cik),
Kasihan sungguh melihatnya
Wayar ada dimana-mana
Sakitnya tak terperi rasanya
Namun kulihat dia masih mampu ketawa
Dalam hati turut gembira
Apa khabar dia agaknya
Tidak ku ketahui khabar berita
kerana dia di pindah ke tingkat tiga

Satu persatu telah ku cerita
insan-insan kutemu di wad biasa
walaupun sudah di mamah usia
Namun sentiasa terpamer ceria
Membuatkan semua berkongsi bahagia
Saat sedetik bersama mereka

Duhai semua
penat jari bersenam saja
Tibala masa untuk berehat
itu hanyalah peristiwa hari pertama
aku di hospital melaka...

-Sekian-

SeNyUmLaH.....



Bila kita bersedih
tangisan sering mengiringi
kekecewaan jelas terpancar
melahirkan simpati
pada yang melihat
adakah simpati yang dikehendaki
buka minda tanyalah hati

Untuk sedetik
marilah kita fikirkan
sedih itu satu rasa
yang muncul sekejap cuma
kerana setiap kesakitan yang ada
pasti ada ubatnya

Sewajarnya,
sembunyikan kelukaan di hati
dengan senyuman yang asli
lahirnya dari hati
ikhlas buat si pemerhati

Bergembiralah dalam duka
supaya apa yang kita rasa
hanya kita dan Tuhan Yang Esa saja yang tahu
kepadaNya la kita memohon segala sesuatu..
Aminn ya Rabb...(",)




Artist: Raihan
Title : Senyum

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman… senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Nothing!!~Aku rindukan kawan-kawanku...


Saat aku di dalam kekusutan...pemandangan sebegini mampu memberikan aku sebuah ketenangan..Hidup tak selamanya indah..kadang-kadang aku keliru..apa sebenarnya yang aku mahukan dalam kehidupan ini...

Dalam menghadapi kekalutan ini..aku hampir-hampir tewas..mujur ada sahabat yang ada disisi sentiasa membantu aku..mengingatkan aku...


terima kasih teman-teman..Semoga kamu semua mampu terus menjadi sahabat yang baik buat saudaranya...semoga ukhuwah fillah yang terbina antara kita kekal selamanya dan diredhai Allah...


5 perkara yang kita mahukan....

  خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها  
  lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya :  
  1-وجه جميل  
   
   
  1. Wajah yang cantik  
   
   
  2- فلوس بالملاين  
   
   
  2.. Duit yang banyak  
   
   
  3- صحة قوية  
   
   
  3. Kesihatan yang baik  
   
   
  4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا  
   
   
  4. Anak2 yg cerdik dan berjaya  
   
   
  5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية  
   
   
  5. tidur yang nyenyak tanpa ganguan  
   
   
   
   
   
  سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟  
   
   
  Untuk mendapatkannya, hanya 15 minit setiap hari.  
   
   
   
   
   
  قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :  
   
   
  Sabda Nabi Muhammad saw  
   
   
  من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه  
   
   
  siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya  
   
   
  dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat  
   
   
  بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في  
   
   
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang 
  tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat  
   
   
  أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة  
   
   
  dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak  
   
   
  بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية  
   
   
  *sampaikanlah daripada nabi Muhammad saw itu walaupun satu ayat  
   
   

i luv my family!!~^_^




hehehe...let me introduce my mom n dad...abahku bernama Mohd Ghazali Lee Abdullah...emak ku pula bernama Wan Nor Saedah Bt Wan Sulaiman...hehehe..dan yang ramai-ramai tu semua adik-adik aku...anak kedua dalam familyku ialah Ukasyah(berbaju melayu hitam)..next Mohd Tsaqib(berbaju biru)..yang three stooges tu...dr kiri..Fawwaz,Mohd Wafiy dan Mohd Jazli..adik bongsu kami..the gurl perasan cun..(hahahah...tipu jer..)..Nor Sakinah...
Aku???lain kali jela..hahaha...


Tuesday, May 19, 2009

Opss!! I luv U~

BAB 1

“Syifa..Syifa…jom kita main pondok-pondok..”Ajil menjerit-jerit namaku dari luar rumahku.. ‘hisy dia nie..mengalahkan orang perempuan..ajak main pondok-pondok..apa barang!!’

“Alah Jil,malaslah.."balasku sebaik sahaja tiba di muka pintu.

"Ala Fa..jom la.."katanya lagi sambil mengerdip-ngerdipkan bulu matanya..heee..jeles betul aku tengok alis matanya yang lagi lentik daripada aku nie.

"Woi!!sekali aku sepak kang...dah aku kate tak nak..taknak la!!!muktamad!!"sorry makan kari la beb..aku memang ALERGIC bila ada budak nak manja-manja dengan aku..ewww!!tak sesuai...huhu..

"tak pe wak..tak nak kawan!!"balasnya sambil berlari-lari anak meninggalakn perkarangan rumahku (takkan merangkak lak kan..hehe)..timbul rasa bersalah dalam hati..Aaarrrggghhhh, gasak la!!!tido lagi bagus.

Tapi siapa sangka, sejak haritu dia tak penah lagi pergi rumah aku. Jangan nak kata pergi rumah aku, cakap dengan aku pun dia tak nak. Biler aku pergi dekat dia, dia lari..macam la aku ni alien..Aku tau la alien tu lagi cute dari aku.Sampai hati ko Jil..Sampai last day UPSR haritu, aku langsung tak nampak batang hidung dia,besar sangat ke salah aku ni..nyampah betol!!Daripada aku pikir pasal dia..baik aku fikir pasal mak ayah aku..

Apa cerita dia sekarang??Waallahualam..Dah lama aku membawa haluanku sendiri.Cerita zaman purbakala,tak bagi kudis pun...tapi...kalau aku jumpe dia balik..apa aku nak buat ek??Erm..tu esok2 la aku fikir..

********************************************************************

"Woi Aina!!!"

"Erk..ko nie Da... tak reti nak panggil betul-betul ke..terkejut Meon aku tau..!!"marahku kepada Ida,rakan sekerjaku sambil tanganku mengusap-usap badan Si Meon ni..(meon tu hamster aku tau..hehee..kenapa Meon?..biarlah rahsia...)

"Kau ni..orang suruh buat kije..berangan..bila orang suruh berangan...ko buat kije pulak..Apa yang ko duk angan-angankan dari tadi tu???"

Aku tersengih seperti kambing di belakang rumahku sambil mempamerkan sebaris gigiku yang tersusun rapi macam gigi palsu dalam iklan colgate tu..

"Tak de ape la Da..Saja je aku mengimbau kenangan memori nostalgia lalu..."balasku bersahaja.

"hee..malas la aku nak cakap dengan ko ni..Tu ha..En.Amir panggil ko .."Aku hanya tersenyum mendengar omelannya..Haizz bos aku ni..apa lagi la yang dia nak..tuk..tuk..tuk..aku mengetuk pintu dengan sopan sekali..(sekali je tau..hahaha)

"Masuk..."kedengaran suara daripada dalam menyuruhku masuk.Aku melangkah masuk sambil membawa pen dan buku catatan bersama.Sampai sahaja aku di depan meja En.Amir..aku terus duduk.Dia yang menyedari akan kehadiranku segera memanggung kepalanya dan memandangku.Aku pula tanpa rasa bersalah apalagi segan silu memandangnya semula dengan wajah yang agak blurr..

"Ada saya suruh awak duduk???"sergahnya..suaranya yang bagaikan halilintar itu membuatku aku berdiri tegak persis seorang prajurit yang sedang menunggu arahan dari ketuanya..(nasib baik tak terangkat tabik spring sekali...malusss..malusss...)..dan saat itu..dia ku lihat seperti hendak tergelak. Barangkali kerana respon tak terkawal dariku..'alah..nak gelak tu gelak jela..duk terherot-herot mulut tu...malu nak tayang gigi ape..berkarat ek??'desis hatiku..(tak berani nak cakap depan-depan..kang terkucil I kat situ..hehehe..)

"ye..ada ape En.Amir??"tanyaku untuk mengkaber hero kaber zero kegabraanku yang semakin ketara.Dia kulihat memandangku tajam.Tiba-tiba aku terasa sangat kerdil sekali seperti akulah gajah..dia lah semut..eh..eh..terbalik..akula semut..dialah gajah..huhu..mummy..help me..dengan seriusnya..

"Awak kemana semalam??Kalau tak nak keje..cakap!!!"aku terkebil-kebil memikirkan dimanakah aku berada semalam..'aku kan cuti..bukan aku dah gitau dia ke..dia gak yang luluskan cuti aku..aduhai bos..apa nak jadila dengan hang ni..dah..'

"Syifa!!!!!!"

"Nyanyuk ke apa???"aku terlatah..Ops..sahamku jatuh lagi..

"Ha??"

"Takde..tak de ape tuan...semalam saya cuti..tuan yang luluskan.."kataku cepat-cepat..

"hisy,apa-apa ajela awak ni..Ha..catit apa saya nak cakap ni.."

"baik tuan.."fuh..nasib baik dia tak tanya..huhu..

"pukul 2.30 pm ni saya nak jumpe dengan wakil dari Amza Holdings ya..tolong set kan temu janji nya..highlightkan sikit name wakil tu..Cik Batrisya Bt Zaidi.."aik bos aku ni..cam tau-tau je aku bawa highlighter..dengan senang hati nyer aku membawa keluar highlighter yang ku simpan di dalam poket bajuku..dia yang sedari tadi melihat perlakuanku...

"Eh..Aina..apa yang awak nak buat tu???"

"Nak highlight la tuan..tadi kan tuan yang suruh..."dan..tanpa di undang...

"Hahahahahhahaha..."uish..aku mimpi ke...bos aku ke yang gelak ni..tapi kenapa..terpinga-pinga aku melihat tuanku yang dah separa tak betul..erk..tak baiknye aku kutuk bos sendiri...maafin gue ya bos..

"ke...ke..napa tuan??"takut-takut aku bertanya..

"Nothing..awak boleh keluar sekarang.."pulak dah..nak tak nak aku keluar jela...dek kerana terlampau memikirkan persoalan tadi..aku tak sedar yang aku dah tersalah buka pintu..

"Cik Aina..where do U think U wanna go?"

"Ha?"Aku memalingkan tubuhku menghadapnya..

"Tu pintu tandas..."berkeriut-keriut wajahku mendengar ape yang dikatanya..alahai mano laie den nak sembunyi muko ni omak oii...tanpa membuang masa aku terus keluar dari bilik bos aku..

*************************************************************************************

"Alahai secretary baru aku ni..lawak betol..macam mana la bapak aku kata dia ni yang terbaik untuk jadi pembantu aku..mau nazak aku duk gelak aje.."aku berkata sendirian..tiba-tiba..

"Woi Mir..ape yang ko duk gelak sensorang tuh...dari bilik aku leh dengar tau..."kata Syam yang masuk tanpa diundang.

"Ko ni Syam..apa tak diajar memberi salam dan mengetuk pintu?"fuhlamak..skema pulak ayat aku ni..

"Ala ko ni Mir..cam tak biasa pulak dengan aku ni..ngade-ngade la ko..."

"no..no..no..."

"Okeh fine..aku keluar..kau jangan harap nak tengok muka yang hensem ni lagi.."

"Aiseyman..dalam merajuk-rajuk tu ade gak ayat perasan..hahhahaha..."sempatku mengusiknya lagi.

"Eh..ko ni nak gelak berapa lama lagi..aku masuk ni nak ajak ko lunch tau...dah kebuluq ni tau tak.."

"Lunch??"mataku mengerling ke arah jam tanganku..what??dah pukul 1..cepatnya..

"Mir...."

"Orait Syam..jom kita pi makan dulu.."

Aku dan Syam bergerak keluar dari pejabatku..Di luar, ku lihat Aina sedang ralik bermain dengan hamsternya..aish,dia ni..

"Aina.."aku memanggilnya..

"Ya saya..."jawabnya tanpa memandang wajahku..apa buruk sangat ke muka aku ni Cik Aina oiii...

"Woi Na..ko ni duk main hamster jer..bos ko panggil ni la sayang..."Syam menegur Aina..

"Ha!!Maaf Tuan..saya tak perasan.."jelas kelihatan rasa bersalah di wajahnya..

"Tiada maaf bagimu.."belum sempat aku berkata apa-apa, Syam sekali lagi memintasku..

"Eley..aku tak tanya maaf ko pun la sengal!!"erkk..Aina ke yang jawab tu..

"Sengal..sengal aku pun..ko sayang gak kan..."drama apa yang sedang dilakonkan oleh mereka berdua ni..adakah aku hanya penonton??

"Please ek..kau tu..."

"Okay..stop it both of U.."aku memotong percakapan Aina..

"Ala..kau marah ke Aina..meh aku belanja makan..meh..meh..."

"tak nak..."

"Mari la Aina..Syam nak minta maaf la tu..bukan senang nak rasa dia keluar duit belanja kita makan tu..."

"Eh..tolong sikit..aku tak kate nak belanja ko ek Mir.."

"Tak pe la Tuan..saya pun tak hingin nak merasa duit Syam ni.."

"Uikss kau Aina..memang nak kene dengan aku ni..."

"Hahahha...relax la..aku puasa la..lainkali jela kau belanja aku ya..."pertama kali aku lihat dia gelak begitu..terpesona seketika aku di buatnya..

"Mir..dah la..jom la pegi makan..jangan di layan budak gila ni sorang..."

"jomla.."

*************************************************************************************

"Syam..ko rapat ke dengan Aina??"

"Rapat tu tak la sangat...gitu-gitu jer..."

"Slumber je dia beraku kau dengan ko.."

"Hoho..dia memang begitu...macam la kau tak kenal..."macam la aku tak kenal???

"What did U mean ha??"

"ha...tak de pape la..jom kita menyantap dulu..."namun sebuah senyuman penuh makna terukir di bibirnya..apehal dia ni...

BAB 2

"Aina..masuk pejabat saya kejap.."interkom di mejaku berbunyi..apala yang si Syam ni nak..

"Ha..ape kau nak Syam?"tanpa salam tanpa ketuk pintu aku terus terjah masuk..dia yang baru hendak menarik kerusi langsung terduduk..lalu..

"AduhhhhhhhhH!!!!..."dia terjatuh..kerusi entah kemana sedar-sedar dah terduduk atas lantai..tanpa sempat ku tahan..

"Hahahhahaha...."

"Sengalla ko ni Na...tak ubah-ubah dari dulu..tau main terjah jer..bahaya sape jadi suami ko nanti.."

"Bahaya?kenapa pulak?"tanyaku kehairanan.

"Kau nanti asyik terkam jer...kahkahkahkah..."aku mencerlung mataku ke arahnya..

"Woit..terkam dengan terjah tu lain k..ko ni nak kate BM hancuss..dapat A1..kalah aku.."adake patut dia ni...

"Ala Na..relax la..aku main-main jer la..jangan la marah..kau ni makin marah makin cun la aku tengok macam anak katak aku..."

"What????Syammmmmmmmm.....!!!!!"aku yang manusia normal ni boleh dibandingkan dengan anak katak ker...memang nak kene luku la dia ni...

"Cool down...lets back to the point.."

"Ok...apa tujuan ko panggil aku ni..??"

"Saja..dah lama tak berborak dengan kau.."

"Ape?Eiii..ko ingat ni syarikat ko ke..hello Encik Syam..sekarang waktu kerja..nak berborak time lain la.."

"Ala..ko ni sejak dapat bos baru..susah aku nak bermanja-manja dengan ko la.."

"Yang ko tu...."

Tiba-tiba ketukan di pintu mematikan niatku untuk membidas kata-kata Syam..tanpa menunggu panggilan masuk dari Syam si pengetuk pintu telah menyuakan mukanya ke dalam dan..

"Aina..masuk bilik saya sekarang!!!"dan berdentum pintu di tutup..menggegarkan semua jantung yang ada di situ..

"Syam..better aku pergi sekarang..see you.."dan aku terus melangkah keluar menuju ke bilik bos aku.

*************************************************************************************

Di bilik En Amir..

"Ya En.Amir..."

"Apa awak ingat ni pejabat mak bapak awak ker??"

"tak..."hampir-hampir tidak kedengaran suaraku..

"So...yang awak bersenang lenang kat bilik Syam tu kenapa..."

"En.Syam panggil.."

"Sape bos awak kat sini??saya ke dia ha??"aik..yang dia ni nak hangin sangat kenapa...

"Tuan la...tapi.."

"jadi..awak sepatutnya dengar cakap saya sahaja..bukan orang lain ...faham!!!!"

"Tapi Tuan....waktu pejabat dah habis la..."berani-berani takut aku membalasnya..membela diriku yang tak bersalah ini..kuciwa betul la..

"Apa maksud awak??"

"Jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang tuan..office hours dah habis.."tenang aku menjawabnya..

"Habis tu..kenapa awak tak balik lagi???"

"Saya tunggu En.Syam..."

"Erk..why?"

"Dia nak hantar saya harini.."

"tak payah balik dengan dia..saya hantarkan awak harini.."

"baik.."Buzzz!!"apa tuan?tuan hantar saya balik???tak payahla..buat susah-susah saja.."

"Awak balik dengan En.Syam tak susah pulak.."ahhh..sudah..bala ape pulak ni...

"tapi..."

"no more excuse"dan aku terus mengikuti jejaknya..di luar bilik En.Amir..Syam sedang setia menantiku..

"Syam...aku hantar Aina balik..ko balik dulu la..."

"Uiks..tak boleh..tak boleh..."kata Syam sambil mengerakkan jari telunjuknya tegak ke kiri dan kekanan..

"kenapa pulak??"

"aku dah di amanahkan oleh ayah si Aina ni untuk jaga dia kat sini.."

"on me today k!!"

"Tak..."

"Diam boleh tak!!!"serabut betul aku..ingat aku ni budak kecil ker..ke dua pasang mata sedang memandangku sekarang..Gullpp..apa aku nak cakap ni..

"En.Amir..Syam...saya boleh balik sendiri..Assalamualaikum.."macamla aku tak biasa balik naik bas..

*************************************************************************************

Alahai..kenapa ada sendu di wajahmu Cik Aina..

"Aina..tunggu..saya hantar awak.."

"tak payahla En.Amir..saya boleh balik sendiri..Syam tu bergurau aje..."dan tanpa memberi peluang untukku berkata apa-apa..dia terus memboloskan dirinya ke dalam bas yang kebetulan berhenti di situ.

'arghhh...apesal dia dengan Syam boleh je mesra alam..dengan aku macam tunggul..aku kata A dia angguk..aku kata B dia angguk..biler nak gelengnyer...

-ko tu yang garang sangat Mir..

-Minah tu tak suke ko la tu..

-ala..ko kan bos..besela garang-garang tu...

-tapi macam kaku je hubungan aku dengan dia...

-yang ko nak fikir pasal dia buat apa..

-baik ko tidur jer...(zzzzZZZ.....)

*************************************************************************************

"Aina..telefon ni..angkat la..."Jerit Ida..teman serumahku..

Hisy..ada ajela yang tak leh tengok aku senang..

"Assalamualaikum..hello.."aku memberi salam.

"Waalaikumussalam.."jawab si pemanggil.

"Ya..siapa ni?"

"aku..Syam..suara aku yang macho ni boleh ko tak kenal..sampai hati ko.."

"Bolayan la ko..nak ape tengah-tengah malam menganggu ketenangan beta ni??"

"hehehhe..ade hati nak jadi ratu..pooorraaahhh!!!"

"ikut suke I la..hahaha..so wassup?"

"Eh..pasal siang tadi..sorry k!!.."

"Alah..tadek halla..bukan salah ko pun.."

"by the way..apesal Amir tu ek..dia dah jatuh chenta kat ko ker.."

"Hahhahaha..lawak siot..butala mata dia kalo dia jatuh chenta kat aku ni..."ngarut jela si Syam ni..aku lepuk gak kang..

"Apesal Aina...ko macam tak nak beri ruang untuk sape-sape mendiami hati ko.."uish..dah masuk bab perasaan dah ni..mesti fikirkan cara untuk melarikan diri..heheheh..

"banyak la ko..mana ade..dah tak de yang berkenan..takkan aku nak main bagi je hati aku..huhu..ko ni..macam la tak kenal aku ni..."relax Aina..jangan cepat melatah..

"Betulla...tapi..adakah..."dont mention that..no!!!!!

"dah..stop talking nonsense k..tak payah nak buat andaian sendiri..nanti dah sampai masa..aku jemput ko..hahaha..."

"ikut ko la cik kak oiii..naik menyampah aku cakap ngan ko.."

"aku tak suruh ko cakap pun.."

"heee..benci la..dah la..chow dulu..esok siap ko..!!"

"tak takut pun..hahaha..k chow..assalamualaikum..."

"waalaikumussalam..."

BAB 3

"Ouchhh!!"

"hey you!!"erk..ade orang panggil aku ker..

"ye..saudari panggil saya ke?"Wow..tak sangka aku boleh sebegini sopan dengan perempuan..

"Awak ni buta ke..tak nampak ke saya ni dah terduduk kat sini..tak reti-reti nak tolong.."ek eley minah ni..nak mintak tolong cakap la leklok..ni tak..di marah-marahnya aku..tak de hati aku nak nolong tau...

"Sedari..mak saya kata..'Jalan tu pandang depan aje..nanti terlanggar tiang...'..sebagai anak yang baik..saya ikut kata mak saya..pandang depan..jadi saya tak nampak la awak kat bawah tu...ayah saya kata pulak...'kau nanti kalo ado orang nak mintak tolong eh..tolong ajo..jangan banyak soal..'..so saya nak tolong la ni..tapi tetiba saya ingat saya penah cakap kat adik saya..'adik,kalau nak orang tolong kita..kenela mintak baik-baik...jangan ego sangat...'.."hehehehe..panjang betul aku cakap..penuh makna tersirat..kalo ko tak faham gak minah..tak tau la aku nak kata pa..

"hehehehe...sorry..saya tengah geram tadi..dah berapa lama saya terduduk kat sini tau..dah banyak kali try bangun..asyik terjatuh jer.."dia kelihatan malu-malu..tapi senyuman di wajahnya sangat manis di pandang..

"Mia...asal ko duk kat situ??Hahaha..."tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakangku.

"Cess..kamu Na..berani-berani aja gelakkan aku..cepat tolong aku.."

"hahahhaa..lawak-lawak..aku rasa nak gelak guling-guling satu malaysia.."sapela perempuan yang tak de hati perut nie..

"Cepatla..."heh,mereka berdua ni buat macam aku tak wujud lak tetengah ni..

"yela..yela..Mia ku sayam mucuk-mucuk...meh..meh sini Cik Aina Syifa tolong..."Aina Syifa kemudian menolong perempuan yang bernama Mia itu tadi..

"Eh..awak Aina.."secara spontan gadis itu memalingkan mukanya ke arahku..

"Erk...En.Amir..ape Tuan buat kat sini.."namun ku biarkan aje persoalannya..

"Maafla ya Encik..saya tak sengaja tadi.."Mia menyampuk..

"oh..tak apa-apa.."

"saya akan ingat pesanan Encik tu sampai bila-bila..hahaha..."aku pun turut tergelak mendengar kata-katanya..

"Make sure U do it.."kataku..Aina ku lihat terpinga-pinga dengan situasi yang sedang berlaku.

"Anyway..my name is Damia Arissa..U?"katanya seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman..aku agak teragak-agak untuk menyambut huluran salamnya..Aina juga kelihatan kaget dengan apa yang dilihatnya..namun untuk tidak menjatuhkan maruahnya..aku baru berkira-kira untuk bersalam..tiba-tiba dia menjatuhkan tangannya..

"lambat...hahahhahaha..."katanya..uish..pening ak melihat aksi dia ni..Aina pun ku lihat turut tergelak..

"ko ni Mia..sengalla..ni bos aku namanya Amir.."Aina menampar bahu kawannya itu sambil mengenalkan aku..aku hanya tersenyum...

"heheh..sorry la Amir...saya gurau je tadi.."

"No problemo.."walaupun sebenarnya dalam hati aku rasa nak langgar2 je perempuan ni..hahahha..

"Mia..dahla..jom balik...nanti kang..kang..."

"Hohoho..ok..ok..jom2..."

"Okla En.Amir...kitorang mintak diri dulu ya..Assalamualaikum..."

*************************************************************************************

Kehidupanku berjalan seperti biasa..rutin yang sama hari-hari..naik boring aku..huhu..apakan daya..inilah lumrah kehidupan..namun ada sesuatu yang sedang menganggu pemikiranku..kenapa dengan En.Amir ya??Sejak dua tiga empat menjak nie, dia begitu prihatin terhadapku..kadang-kadang aku terperasan jugak yang dia ada curi-curi memandangku..tapi..maybe perasaan aku aje kot..hahahaha..ntah papela aku ni..

"hoi..menung apa tu cik kak??"Mia menegurku yang baru aje nak menjejakkan kaki ke planet pluto..huhu...kaco betulla...

"Mane ade...aku statik aje di sni.."

"bykla ko..jasad je kat sni.."katanya sambil menjuih bibirnya..

"Ape kau nak?nak ajak aku teman jumpe tunang ko la tu..."dugaku..

"hehehe..tau tak pe..jomla ek..petang ni pukul 5.."

"kalau aku tak nak..."

"ala..ko mesti nak punyer..."

"jangan yakin sangat..."kataku lagi cube untuk mengusiknya..

"ala..Na...janganla buat macam ni...huhu.."rengeknya..manja betul...

"hahhaa..dah la..tepi ko...yela..yela...jangan lupe gtau Ida..kang tak pasal-pasal kite jadi the most wanted..."

"yes mam..gtu dong..."katanya sambil mengangkat tabik springg untuk komander yang tak bertauliah ni..

BAB 4

Eh..macam kenal je dua makhluk tuhan tu...Ha...Aina dengan Syam..apa diorang berdua kat situ??Wait a minute..BERDUA???...ooo..macam ni ya ko Aina..selama ni aku ajak ko,ko kata tak elok berdua sahaja ya..mesti ada Syam ke Ida ke..jaga ko..hampeh..!!

Aku memecut keretaku dengan kelajuan maksimum,aku potong semua kenderaan yang lembap macam kura-kura..aku hon sekuat hati pada sesiapa yang tak reti bahasa..tapi..Zassss...itu semua hanya khayalanku saja..aku masih ingat orang tersayang..

-kenapa aku mesti marah kat dia..

-ko jeles la tu..

-tak..aku marah sebab dia tipu aku...

-ala..ko cemburu sebab dia tak layan ko..dengan Syam dia ok jer...

-Arghhh..apa kurangnya aku..apa lebihnya si Syam tu...

-Shut up!!Hal ini mesti diselesaikan segera..aku mesti buat perhitungan segera...

*************************************************************************************

Di keheningan pagi..,

"Selamat pagi En.Amir.."sapaku apabila terlihat kelibatnya memasuki pejabatnya.

"masuk bilik saya sekarang.."pintanya tanpa menoleh kearahku.Uiks..apa yang tak kena pulak ni..dh la tak sahut pun ucapan selamat pagi aku..hisy..Ya Allah..jauhkanlah aku daripada malapetaka..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..aku melangkah masuk ke biliknya setelah diberi keizinan,

"Petang ni awak free tak??"tak sempat aku bertanya apa-apa..

"Ha??"tergamam aku.awat tanya aku free ke x..

"awak free ke tak??"aku segera berfikir-fikir..

"free..ada apa tuan?"

"teman saya keluar petang ni.."

"berdua??"

"Ya!!"

"tapi tuan..."

"no more excuse...keluar!!!"

Gullppp..giler apa dia nie...terlebih dos ubat ke tersalah makan ubat..aku bius jugak karang...

"Ape awak tunggu lagi..saya kata keluar..."

"ha..erk..ok..ok..."cepat-cepat aku melangkah keluar daripada bilik yang kurasa seperti ketuhar yang sedang dibakar.Di mejaku,aku mencapai handphoneku dan..

-syam..

-ape?

-Amir ajak aku keluar..

-so?

-aku takutla..

-nak takut apa..

-dia moody gler harini...

-ko nak aku buat ape?

-ntah..

-ala..tak de papela..

tak ley harap tol dia ni..tulunla aku..huhu...

-asal tak balas?

-hobi..

-alolo..majuk la tu...k la..kla..t aku follow dari belakang k..jangan risau ya..

-hehehe..ok..tq..

*************************************************************************************

Dah 10 minit aku berada dalam keretanya..biler la dia nak bersuara..dah bisu ke..

"Tuan..tuan nak bawa saya ke mana ni??"terkeluar jugak soalan dari mulutku ini..

"Nape?Takut ke??"Hisy dia ni..leh main-main pulak..aku fire gak kang...(berani dalam hati jer...huhu..)

"Tuan..cakap jelaaa..."jelas terpancar kerisauan di muka ku..namun dia hanya tersenyum sahaja..senyuman yang terukir amat mengerikan bagiku pada saat itu..walaupun hakikatnya manis seperti gula..aku yang berani ni boleh jadi macam tikus depan dia..

"Diam boleh??"dia memberikan pandangan maut sebelum berpaling ke arah jalan semula..kang kalo dia pandang aku lama-lama..mau kami terbabas masuk wad doblas...

"Tapi..tak manis....."

"Shut up!!"dia membrekkan keretanya mengejut.."awak..kalo dengan saya semuanya tak boleh..dengan Syam boleh pulak ya.."aik..apahal pulak dengan Syam nye...

"Syam lain..tapi saya mana penah berdua dengan dia..."

"tak pernah berdua konon..haritu saya tengok awak dengan dia kat Restoran Delima Merah.."

"Tapi..saya bukan dengan dia je..ada..."

"Awak jangan nak menafikan lagi..depan mata saya tau tak.."hee..ni dah lebih dah ni...

"Kalau ya pun ape kaitan dengan tuan???Tu hal peribadi saya..."

"Saya SUKA awak!!!puas hati!!"aku tergamam..itu dia ayat yang tak patut aku dengar..no..no..

"maksud tuan??"aku buat-buat muka tak faham...

"i juz don't know..All this make me feel really confused..so confused.."dia bagaikan tersedar dengan kata-katanya..mukanya jelas mempamerkan kekeliruan yang nyata..

"tapi saya tak boleh tuan..."

"kenapa?"

"Saya dah ada tunang..."

"Sape?Syam??"dia ni..tak habis-habis dengan Syam..

"Takla..tak mungkin dia..."

"Jangan cuba tipu saya..Aina!!!"keras suaranya..

"I m not lying..I m just telling U the truth!!!"aku pun turut geram dengan sikapnya yang keras kepala..

"kalau bukan Syam..who else??"aku hanya menggeleng-gelengkan kepala..

"Saya tak tahu, tuan.."

"See!!tunang konon.."aku rasa macam tak lari 400 meter jauh dari dia sekarang ni..

"It's hard tuan..very hard..saya sendiri tak faham..apetah lagi tuan.."

"Sape tunang awak???"

"Saya betul-betul tak tahu..InsyaAllah..kalau saya jadi kahwin dengan dia..saya akan kenalkan dia dengan tuan..itupun selepas dia sah menjadi suami saya..I promise that!!"

"Gilaa!!"erk..aku giler..kene masuk tanjung rambutan la gamaknya ya..huhuhu...

"tolong hantar saya balik sekarang.."

"..."

"Now sir..please..."tak sangka aku berani mengarahnya sebegitu..hehee..

Bercakap pasal tunangku,entah siapala gerangannya..yang aku ingat masa aku berumur 15 tahun..

"Aina..ayah nak cakap sikit ni..ke mari ya nak.."

"ada apa ayah??"aku duduk bersimpuh persis perempuan melayu terawal di zaman moden ini..

"Ayah nak ko pakai rantai ni..."

"untuk apa ayah??"

"sebagai tanda ko tunangan orang..jangan sesekali cube buka loket tu..ayah karate ko karang.."mak aih..ganaz tol ugutan ayahku ini..

"baik ayah.."aku yang pada masa itu macam tak tahu apa-apa hanya akur dengan permintaan ayahku..

"ha..lagi satu..kalo pertunangan korang diputuskan..ayah nak ko kembalikan rantai tu balik.."

"Ditanggung beres!!hahaha.."memang tersalah ke innoncentnye aku...

Sampai bila agaknya ya...

*************************************************************************************

"Wah..dah lama kita bertiga tak makan sama-sama kan.."kataku sebaik sahaja mengambil tempat di meja makan..Ayah dan ibuku hanya tersenyum melihat keletahku yang tak ubah macam budak tadika..hehehe..kira aku ni cute la kan..(kelihatan poyo di situ..)

"Amir..."

"yes mom.."

"Hujung minggu ni kiter pergi jumpa tunang ko ek.."

"Mir tak pernah ada tunang.."

"Amir..janganla macam tu.."ala ma..anakmu ini sudah punya kekasih hati..walaupun masih dalam samar-samar..

"Baba yang memandai-mandai.."

"Amir..cube bagi 3 sebab nape ko tak nak sangat tu??"

"pertama..Amir dah ada kekasih hati..kedua..Amir dah jumpe permaisuri hati..ketiga..Amir nak bawa dia jadi menantu baba ngan mama.."perghh..jawapan drastik ala-ala makan drumstik yang aku bagi memang superbb..

*************************************************************************************

"Abang..macam mane ni..dah dia tak nak tu..."

"Entah la Mah..tak tahula abang.."

"mungkin kita patut putuskan je pertunangan diorang..."

"tu la yang saya rasa..."

"kesian pulak kat si Rashid dengan anaknya tu.."

"tak ape..abang rasa diorang akan faham.."

"harap-harapnya la abang..."

BAB 5

"awak..ikut saya sekarang...!!"isy..rasaksa mana pulakla yang suka hati mengarahkan aku ni...

"Meon..ko ke yang panggil aku??"tanyaku pada hamster kesayanganku..

"Cik Aina..saya yang manusia terkacak di sini dari tadi duk berdiri kat sini,boleh awak kata hamster awak yang ntah pape tu yang bercakap..."

"Erk..En.Amir..tumpang lalu..."segera aku berlari ke tandas dan memuntahkan segala isi perut aku yang ku sumbat pagi tadi..

"Maaf En.Amir.."kataku sebaik sahaja kembali ke tempatku.

"kenapa?awak ok ke tak??"adess..terharu pulak aku dengan keprihatinannya..tapi..apa aku nak jawab ni...

"tuan nak tau yang betul ke yang tipu??"

"mestila yang betul!!"aduhh..ape punye soalan la..mesti orang nak tau yang betull..bengap betul la aku nie..

"saya..saya...saya..nak termuntah...masa..."ragu-ragu aku hendak menghabiskan ayatku..

"Masa apa???"dek kerana terkejut dengan sergahannya..

"masa tuan kata tuan terkacak kat sini.."laju dan lancar aje sebaris ayat tersebut keluar dari mulutku yang comel ni..(ecewah..)

"Apa!!!"

"apa tuan nak tadi???"cepat-cepat aku melarikan topik sebelum dia memuntahkan lava yang dah menggelegak sedari tadi..

"ha..ikut saya.."fuh selamat...

"ke mana??"

"jangan banyak soal..karang saya tarik tangan awak.."Ops..tarik tangan..jangan harap..

"ok saya ikut.."

Dah lenguh kaki ku berjalan..namun tempat yang dituju belum juga tiba..akhirnya langkah kami terhenti di tepi pantai yang indah...Wah...

"awak.."

"Hmm..."

"tengok tu.."aku yang masih ralik dengan pemandangan di depan mataku tidak sekalipun mengalihkan pandanganku..

"Aina...awak tengok tak..."

"apanya.."

"sane la!!!"

"oooo..ok..ok.."asyik kene je aku ni..

"nampak??"

"what??"aku nampak kedai makan jer...

"Syam dengan seorang perempuan.."ha..Syam..dengan..eh..laa...Mia rupanya...

"so?"

"tunang awak dengan...."tanpa diduga..

"Hahahhahahakkkkkkkk....."terbahak-bahak aku ketawa...tak senonoh sungguh aku pada masa itu..

"En.Amir..tu Mia la..tentu tuan ingat Mia..."

"Mia?"

"Damia Arissa..."

"Ooo..tapi..awak tak jeles ke?"

"jeles?for what???"

"Syam keluar dengan perempuan lain..kawan awak pulak tu..."

"Lorr..biaq p dia la...bukan dengan sapa pun..tunang dia jugak..."

"Mia tunang Syam???"aku juz mengangguk-anggukkan kepalaku dah macam ayam patuk makanan jer...

*************************************************************************************

kalau Mia tunang Syam...siapa tunang Aina?

"Mir..turun bawah jap Mir.."

"Nape ma??"

"Turun jela...ada hal nak cakap ni..."ni mesti pasal tunang aku yang ntah sape-sape ntah..nyampah betoll...

Dengan langkah malas dan lemah gemalai..aku turun ke bawah..

"Amir.."

"ya baba.."

"Baba dah putuskan pertunangan kamu dengan anak kawan ayah tu..."

"Yeke baba??"ecece..wat-wat tak caya pulak..dalam hati..hip..hip..hoorayyy...hip..hip...hooraaayyyy...hahahha

"Nah..ko ambil ni..simpan.."sekalung rantai yang de loket berbentuk love dihulurkan kepadaku..

"apa ni ba??"

"Tunang kamu..eh bekas tunang kamu pulangkan...ni tanda tunang yang baba bagi kat dia dulu.."

"Okeh baba..Mir naik dulu.."

Di bilik,

"haiz la loket..apela aku nak buat dengan ko ni ya.."

*************************************************************************************

"Tuan..saya nak resign 24 hours.."

"Awak ni gurau je kan..."

"Nope..ni surat perletakan jawatan saya.."

"Why?"

"For no reason.."

"Nonsense..."

"please sir.."

"sebab saya ke??"

"Hisy..tak de kene mengene dengan tuanla.."dengan berat hati..

"Baiklah.."lemah sahaja suara yang keluar dari mulutku..

*************************************************************************************

Arghhhh...rindunya aku kat Aina..mane aku nak lepaskan rinduku ini..

"syam..biler la ko nak balik.."tanpa sedar sebuah keluhan keluar dari mulutku..

"Sepertinya ada yang menyeru namaku ini.."entah biler pulak si Syam ni ada depan aku..

"biler...biler...ko masuk??"

"360 saat yang lalu..."

"Giler..."

"Ko tu yang giler..aku dari tadi duk tggu respon daripada ko tau..dah berjanggut kambing aku tau.."

"Ek??hehehe..."

"eh..loket sape ni??lawanya..kalo bagi kat aweks memang best..."

"bekas tunang aku punyer.."

"What??jadi betulla apa yang Ayah Da aku cakap.."

"cakap apa??"

"Aku penah tak bagitau ko tak..yang aku ada sepupu.."

"pernah..so?"

"ko tau tak sape sepupu aku???"

"No idea.."

"bekas tunang ko...iaitu Aina Syifa merangkap secretary ko..."aku terpempan..mengarut laaa...

"What the hell??"Jadi selama ni..Aina sepupu ko tu tunang aku la..."

"Yes..that right..."

"Tapi..aku musykilla..tak penah aku tengok dia pakai rantai ni..."

"ko ni dah biol ke apa..dia kan pakai tudung..bila masanya ko dapat tengok..Pandai!!!"ye tak ye jugak kan..apa nak jadila dengan aku ni..

"Tolong aku Syam..aku sayangkan Aina..aku tak pernah tau yang dia tu tunang aku.."

"Silap ko jugak..parents ko ajak pegi jumpe tunang ko..ko menolak mentah-mentah...susah apanya..ko pegi jela jumpe dia.."

"tu la masalahnya..Aina dah berhenti.."

"what?macam-macam halla jadi sepanjang aku takde kat sini.."

"So,mane aku nak cari dia..."

"Di tempat yang sememangnya ko dan dia je yang tau..."

"Maksud ko?"

"Loket tu boleh guide ko..hehehhe...gud luck man!!"

BAB 6

Loket..loket...aku meraba-raba permukaan loket di tanganku itu..eh..da tulisan la..A&S..ape maknanya?..cube buka la..

"Adoii..payahnya nak buka..."yes..berjaya juga..

"Eh..ni bukan gambar aku masa kecil..dengan...ha???"tak kanla..jadi...aku segera keluar dari rumah..

"Mir..nak kemana tu...?"

"Bawak menantu impian mama balik....."jeritku dan terus memecut keretaku..

*************************************************************************************

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..eh..Ajil.."

"Pak cik..apa khabar??"

"Pak cik sht nak..lamanya tak jumpe kamu.."

"Pak cik..Syifa mane??"

"Entah la budak bertuah tu..dari tadi menghilang..katanya ke tempat biasa.."

"Saya pergi jumpa dia dulu ya..."

*************************************************************************************

"Syifa..syifa..."eh..siapa pulak yang panggil nama aku ni..suara tak macam ayah aku pun..Syifa..hanya ayah ku jer panggil dengan si..eh..takkanla dia..Ajil..Ajil dah balik ker..aku segera menoleh mencari pemilik suara itu..

"Eh..En.Amir..Apa Encik buat kat sini??"tanyaku kehairanan..

"Bukan Amir..tapi Ajil.."

"Ajil.."antara ya tidak suaraku kedengaran..

"Jadi selama ini..Ajil tak jatuh chenta pada orang yang salah..Syifa,I love u..Do u love me???"Erk..straightnyer..Ajil dah balik...syoknyer..penantianku selama ini tak sia-sia..Dia dah kembali...Ya Allah..terima kasih untuk segalanya..dengarlah dunia..hidupku kini ceria seindah pelangi..Ajilllll sayanngggggggg....

"Syifa!!!"

"Ops..I luv U!!!"aku terlatah dek sergahan Ajil yang tibe...

"ekekkekekee..."dia mengekek ketawakanku..kuang asam..sabo je la..

"To my dear Syifa..bersaksikan alam semesta dan Allah s.w.t..will you marry me???"

"No..hahahhaha..."aku segera berlari ke rumah..setibanya di rumah aku lihat..ayahku..parents Ajil..Syam dan Mia sedang enak-enak menjamu selera di anjung rumahku..

"So my hero..how?"usik ayah Ajil padanya..

"Rejected la baba..."

"hahhaha..padan muke ko Mir..jual mahal sangat..."sakat Syam pula..

"Peduli la Jil..rejected by Aina Syifa jer..tp disahkan oleh sirim by me..Rashid..hahaha..."isy..ayahku ni..tak bagi chance betulla..mentang-mentangla menantu idaman..

"So jadi la ni.."

"jadi..."

BAB 7

Akhirnya,hari yang dinanti-nantikan tiba juga..aku,Amir Hazril telah diijabkabulkan dengan pilihan hati,Aina Syifa..huhuhu...

Usai majlis kami,aku menjejakkan kaki ke kamar raja sehari..di beranda..isteriku sedang ralik memerhatikan pemandangan malam..dia memang begitu..perlahan-lahan aku menghampirinya dan mencucuk pinggangnye..

"Oit abangku sayam..isy..abang ni...suke tau..."marahnya apabila aku mengusiknya begitu..ala..marah-marah manja..hehehe..

"Menung ape tu lalink.."

"Bukan ikan termenung nak menung2.."

"eley..ye la tu.."

"abang.."

"Yer.."

"Syifa nak tutup mata abang boleh..?"

"Nak buat ape??"Hisy..cuak aku..

"Nak kenalkan abang pada seseorang..."haiz..janganla kekasih lama pulak..dia pun menutup mataku..aku mengikut langkahnya..sekejap aku terdengar pintu bilik di buka..kemudian terhenti..abang..buka la mata...aku lihat imejku sendiri di cermin..aku memandangnya bingung...

"En.Amir..saya nak kenalkan tunang saya yang dah jadi suami saya...Amir Hazril.."katanya seraya menudingkan jarinya ke imej di dalam cermin..

"Ooooo..kenekan abang ya..."hahaha..boleh pulak isteri aku ni..

"Syifa kan dah janji.."Aku memeluknya erat dari belakang sambil mengadap cermin..jika dilihat seperti foto kebahagiaan..harapanku semoga kasih ini tidak akan sirna..malah semakin bertambah dari hari ke hari..

"Abang sayang Syifa forever..."bisikku di telinganya..dia tersenyum..kekalkanla senyuman di wajahnya Ya Allah..amin..

-TAMAT-

Tuesday, May 12, 2009

::Hargailah ketika dia ada...::

"Assalamualaikum.."aku memberi salam..namun tiada sahutan...kemana la semua agaknya...Aku melangkah malas ke dalam rumah.

"Mak..oo..mak..."senyap.aik..kemana pulak mak aku ni..setelah puas aku keliling satu rumah..di satu sudut..

"Makk.."sergahku.."kat sini yer mak bersembunyi.."

"Hisy kamu ni Dina..satu hari tak buat mak terkejut..tak sah..ni apa ni tak pegi tukar baju ni..

"Ala mak ni..tak kasi chance betulla..yela..yela..Dina pergi tukar baju sekarang.."

Aku segera naik ke bilikku..sempat ku jenguk bilik my lovely bro..'tengah berada di alam lain rupanya..'

Aku tidak menukar baju sebaik sahaja masuk ke dalam bilikku tapi terus rebah di atas katil..fikiranku melayang mengingatkan peristiwa di sekolah tadi..

"Lisa..aku kawan ko..takkan aku sanggup biarkan ko dalam kesusahan..!!!" 

"Arghh...ko hanya kawan aku..u know..KAWAN..not more than that..what i really need is sahabat..SAHABAT!!"

"kawan?sahabat?..ape yang ko mengarut ni..ape bezanye??"tanyaku kehairanan sambil tergelak-gelak.

"See!!aku dah cakap ko takkan faham...u find it by yourself.."katanya sambil berlalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.

Apa la yang Lisa maksudkan ni..kawan?sahabat?kawan?sahabat?..

"Aaaarrrrggghhhhhhh!!!!!!!"tanpa sedar aku menjerit melepaskan tekanan di dalam kepala ku..

Ketukan bertalu-talu di pintu mengejutkan aku ke dunia realiti..

"Masuk jela..."

"Dik..what is wrong with u??"erk..aku jerit kuat sangat ker..hehehe..terover plak..ampunn..

"Tak de pape la abang..."

"No..no..no..jangan nak tipu abang.."

"Serius tak de.."

"Tipu..jerit macam orang mati laki jer..."ha?melampau betul abang ni..ada ke kate aku jerit camtu..jeritan aku punyela romantis..perghh..

"Ok..tak nak share tak pe..abang tak pakse..sapela abang ni kan..."dia buat dah ayat sadis dia tu..

"yela..yela..meh sini duk sebelah kiter.."sambil tersenyum dia duduk di sebelah aku dengan bersandar ke kepala katil..

"So apa masalahnya..?"

Aku pun menceritakan dari A to Z tanpa tercicir satu patah perkataan pun..siap dengan memek muke..(dah layak jadi pelakon rasanya...)..dia pulak begitu serius mendengar persis seorang kaunselor yang tak bertauliah..huhu..

"Ooo..soalannya?"bagaikan memahami dia terus bertanya kepada persoalan yang muncul di benakku..

"Apa beza kawan dan sahabat?Dina tak faham nape Lisa begitu membeza - bezakan this two words.."

"Adikku sayang.."katanya seraya menarikku lebih rapat dengannya..

"Hurm.."

"Secara umumnya..kawan sentiasa bersama kita susah dan senang..."

"Yes..that what I am doing..be such a good friend to her..."pintasku

"Abang tak habis cakap lagi la..."katanya sambil mencubit pipiku yang montel ini.

"Ek..hehhe..k k..sambung-sambung.."

"Tapi sahabat pulak seorang yang sentiasa bersama kita dalam susah dan senang.."

"So what make it differ?"

"Adikk!!!"Opss..tersalah potong lagi...

"Oo..ok..ok.."sengihku lagi..

"dan sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan dan melarang dari melakukan kejahatan.."

"Dina selalu je dengan dia susah senang..tak pernah ajak dia buat yang jahat-jahat.."

"Tapi..have U ever wonder what U never do for her?Think it wisely..U know Lisa better.."

"Erm..."sejenakku berfikir..

Lisa seorang yang periang dan peramah.Hidupnya kaya dengan kemewahan tapi miskin dengan kasih sayang.Kalau anak orang kaya lain mungkin sudah memberontak dan menimbulkan pelbagai masalah demi mendapatkan perhatian ibu dan ayah.Tapi tidak bagi Lisa..disiplinnya dan pencapaiannya dalam bidang akademik amat bagus sekali..kalah aku...kenapa?why?huhu..rumitnya...

"Dina..Dina..."Buzz...

"Erk..yer..apa ni abang.."

"kemana tadi?"

"Mana ada p mane-mane..molek ade je kat sini.."

"Huh!Abang panggil Dina sampai rumah jiran 3 batu dari sni leh dengar tau..Tak de respon pun..."Hisy..hiperbola betul abang ni..padahal suara cam mat romeo..ade hati nak cakap suara cam halilintar..poorraahhh...

"Oiii mak abang ku suara pondan.."latahku bila disergah..

"Oooo..ngumpat abang yer..meh sini dik..meh.."aku terus berlari dan berlaku la sesi kejar mengejar petang tu..

"Man..Dina..apa bising-bising tu..."

"Oppsss...hahahha..."

*************************************************************************************

Esoknya di sekolah, Lisa memandangku sepi. Aku bagaikan tidak wujud walhal kami duduk bersebelahan aje..di manakah silapku..'Lis, apa la yang ko nak dari aku ni..janganla wat hal camni..kita dah nak spm ni sayang oii..'

"Lisss.."kaku tiada respon..aduh apa aku harus lakukan ni..

Tiba-tiba Lisa bangun dari duduknya..dan melangkah keluar..aku bingung..lalu aku mengambil kertas warna warni yang sudah di gunting kecil. Ku tuliskan kata-kata buat teman untuk harini seperti biasa yang aku lakukan..namun hal ini tak diketahui Lisa..

Hari semanis madu,

Hidup penuh pengorbanan

Pengorbanan perlukan perjuangan

Perjuangan perlukan ketabahan

Ketabahan perlukan keyakinan

Keyakinan pula menentukan kejayaan

Kejayaan pula menentukan kebahagiaan

DF

*************************************************************************************

Seminggu sudah berlalu..namun keadaan aku dan Lisa masih tidak berubah..bukan aku tidak cuba..tapi dia yang tak sudi..bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..

"Liss.."aku mencuba nasib lagi hari ni..

"Lis..sekali jer..bercakap la dengan aku.."namun tetap sama..Kaku.

"Apa salah aku Lis..?"

"Please..talk to me.."aku takut tiada peluang lagi.Aku mesti cakap jugak dengan dia harini.

"Shut up!!"aku tersenyum hambar..cukuplah walaupun sepatah..betapa aku rindukan saat kitorang bergelak ketawa..menangis bersama..

*************************************************************************************

Malam itu, aku dan keluargaku bersama-sama menonton televisyen. Fokus yang diberi kalau mak mertua lalu kat belakang pun memang tak pandang..pencuri masuk pun memang tak sedar.. Tiba-tiba..

"Mak..abah..abang...Dina nak masuk tidur dulu ya..Maafkan Dina kalau ada salah silap sepanjang Dina menjadi ahli keluarga ni..Halalkan makan minum Dina ya.."kataku sambil menyalami dan mengucup pipi keluargaku.

"haisshh..adik ni..apa yang melalut nie..nak tido..tido jela..yang pegi buat ayat-ayat terakhir tu kenapa.."kata abang ku sambil membaling bantal berbentuk love kepada ku.

"Abangg..."tegur ibuku..Aku hanya tersenyum sambil menunjukkan tanda peace..dan terus berlalu ke bilikku..

Lewat malam..aku terjaga apabila mendengar pintu bilikku terbuka..aku ingin lihat siapa orang itu..tapi aku takut untuk membuka mata..derap kaki semakin hampir..

"adik..abang tak tahu kenapa..Abang sayang adik...selamat malam.."lantas dia mengucup dahiku perlahan..dan kemudian menapak keluar dari bilikku..tanpa sedar aku mengalirkan air mata keharuan..'adik sayang abang jugak..' ucapku di dalam hati..

Aku tidak dapat menyambung tidur lalu ku mengambil keputusan untuk membuat ulangkaji..'Hurm..baik aku tulis kata - kata yang nak bagi kat Lis esok..aku nk betulkan hubungan ni..exam tak lame je lagi ni..aku cakap dia tak nak dengar..tulis surat..agak-agak dia baca tak ek..cuba jela..esok aku mesti bagi..'

Selesai menulis, kedengaran suara azan subuh berkumandang..segera aku kebilik air untuk berwudhu'..dan aku terus menunaikan kewajipanku sebagai seorang hambaNya..

*************************************************************************************

"Adikk....turun makan.."tiada balasan..

"Dina.....!!!"

"Hisy..budak bertuah ni tak bangun lagi ker..abang pegi kejut Dina tu..!"mak menyuruhku.

"Baik mak.."aku pun menuju ke bilik adik kesayanganku itu..

Aku mengetuk pintunya berkali-kali dan memanggil-manggil namanya..namun tiada sahutan..lalu aku terus membuka..ku lihat adikku sedang sujud di atas sejadah..

'Aiikk..terbabas subuh ke adik aku ni..'lama kubiarkan dia begitu..tapi setelah 5minit tidak jugak berganjak dari posisinya..aku rasa tidak sedap hati..

"Dina.."aku memanggil sambil menepuk-nepuk bahunya..tiba-tiba dia terjatuh ke dalam pangkuan ku..ku pegang tangannya..sejuk..

"Adikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

"Abang..kenapa...."mak muncul di muka pintu bersama abah..

"Adik mak..adik..."tak tertahan lagi rasa sedih di dalam hatiku..mak sudah terkulai di depan pintu..nasib baik abah sempat memaut bahu emak..

*************************************************************************************

Sementara itu,di sekolah...

"Woi Lis..mane kawan ko Dina?"

"Mane aku tahu.."

"Eii..ko dengan dia ape hal ha..dulu macam belangkas..sekarang ni masing-masing wat hal sendiri jer.."

"ko peduli ape.."

"malas r nak layan ko..tanya leklok pun tak boleh.."Sya pun berlalu..'haiz..nape Dina tak datang ek..argghh gasak la.."aku menarik pensel case aku dari laci meja..tiba-tiba sehelai kertas warna biru terjatuh..aku mengutipnya..hee..sape punya kejala hari-hari hantar kata-kata kat aku..

Realise things before its too late

Have a lots of friend before you are alone

Accept things rather then deny them

Love people before you loose them

Life comes just one

Love it before you live it..

DF

Tiba-tiba suara Cikgu Arif bergema di speaker sekolah..

"Pengumuman..pelajar yang bernama Nur Faradina Salleh telah meninggal dunia pada subuh tadi..oleh itu..marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah."

Kenyataan itu menyentap hatiku..aku terus berlari keluar dari perkarangan sekolah..dan terus menuju ke rumah Dina yang terletak tidak jauh dari sekolah..aku lihat ramai orang sudah berkumpul di rumahnya..'Tidak..tidakk....'

Aku menjejakkan kaki ke dalam rumah.Kedatanganku di rumah itu mengejutkan semua hadirin yang ada..

"Dina.."dan aku terus rebah..

*************************************************************************************

"Dinaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...."jeritku sebaik sahaja sedar..

"Sabar nak..Arwah dah selamat dikebumikan siang tadi.."jelas ibu kepada Dina sambil mengusap-usap belakangku..

"Siang tadi??sekarang ni...."

"dah malam..adik ni Lisa ke?"entah siapa pula jejaka yang menegurku ini..abang Dina kot kerana wajahnya ada iras-iras Dina sikit..

"Yes..saya..kenapa?"

"Saya abang Dina..Arwah ada tinggalkan sekeping surat tuk Lisa..abang ambil atas meja arwah pagi tadi.."aku menyambut hulurannya..mereka sekeluarga keluar dari bilik yang ku duduki..mungkin memberi ruang kepada ku untuk bersendirian..

Assalamualaikum sahabatku Lisa yang dekat tapi jauh,

Aku tak tahu nak mulakan macam mana..nak tanya khabar kau..aku tengok kau sihat aje..boleh aje hidup tanpa aku kan..Lisa..sampai sekarang aku tetap rindukan saat kita bersama..masih adakah kesempatan aku untuk itu semua..

Lisa,

Bila aku fikirkan punca pertelingkahan kita..aku nak gelak pun ada...juz sebab kawan dan sahabat..aku tanya abang aku makna dua perkataan ni..aku faham..tapi aku tak mengerti kaitannya dengan kau dan aku..tapi semakin lama aku memikirkannya..aku dah dapat jawapan..that why aku tulis surat ni..sebab aku tak reti face to face..aku kan pemalu..hahaha..

Teman,

Mungkin pada kau aku hanya la teman di kala susah dan senang..bukan sahabat yang membawa kau kepada kebaikan..tapi pernah tak terlintas dalam diri ko..ada tak aku mengajak ko kearah kejahatan?ada aku ajar ko bnde-bnde tak elok ni sume?

Kita kenal sejak tadika lagi..kau tahu perangai aku macam mana..aku tak reti nak berdepan dengan kau kalo nak tegur ke apa..aku rasa bersalah sangat...khilafku..aku hanya mampu mencoret kan kata-kata di atas sekeping kertas aje..aku pernah gtau ko dulu kan..ko ingat tak..

ha..kesempatan ini aku nk letak satu lagi kata-kata..hehehe..


Get the Kata-Kata Hikmah code at Bubbye.com

DF

DF?maknanya selama ni Dina la yang bagi kata-kata kat aku...What?Air mata yang mengalir di pipi ku semakin laju seperti tiada tanda untuk berhenti..aku menyambung lagi pembacaan ku..

Lis,

Akhir kata,

Aku tak tahu sehingga saat ini..layakkah aku menjadi sahabat mu..satu pinta ku..maafkan segala kesilapan ku sepanjang kita bersama...halalkan segalanya..terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca surat ini..aku sayangkan persahabatan kita..wassalam..

with love,

Dina Forever a.k.a DF

Dina..maafkan aku Dina..aku buta selama ni..kau memang sahabat aku...aku menangis dalam penyesalan..

Nun di sana, 

Dina tersenyum memandang sahabatnya dari kejauhan...aku maafkan ko Lisa..


Get the Kata-Kata Hikmah code at Bubbye.com


Get the Kata-Kata Hikmah code at Bubbye.com

::Bermotivasi di Waktu Pagi::

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah : 

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur. 
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin. 

2. Tekad Bermotivasi. 
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. 

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari. 

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi. 
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. 

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas. 

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah. 
Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. 

Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan. 

Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang! 

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri 
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? 

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. 

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. 

Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. 

Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti. 

Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda. 

Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan. 

6. Lihat Warna Cerah 
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. 

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! 

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif. 

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan 
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. 

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. 

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. 

Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. 

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. 

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!


( semoga ia berguna untuk semua...)

Friday, May 8, 2009

Ragam Adeq2!!~

"Kak..dodol ni ley makan lagi x??"laung adikku dari dapur..

"Boley aje..bawak mai depan la weyh!! Akak nak gak.."aku membalas dari ruang tamu.

Sementara itu,

"Abg Qib tak ley main dengan anak-anak kucing ni...!!"lantang adikku, Jazli yang berumur 11 tahun bersuara.

"Laaa..kenapa pulak??"terpinga-pinga Qib apabila dilarang begitu.

Aku yang sedari tadi begitu ralik mengunyah dodol tertarik dengan situasi yang terjadi di depan mataku. Aku memandang Jazli menantikan jawapannya..

"Abang dah buat satu kesalahan..Abang telah melanggar kucing tu tadi.."haa...itu dia ayat yang skema dari adikku yg seorang ni.

Aku tidak memahami keadaan yang sebenar.Jadi aku mendapatkan penjelasan dari adikku yg lain.Setelah mengetahui situasi yg terjadi..aku berkata..

"Ala..Jazli..Abang Qib kan tak sengaje..ngada-ngada la ko nie.."

"Argghhh..kesalahan tetap kesalahan..perkara ni harus dibawa ke mahkamah.."balasnya tegas. 

"Mahkamah bersidang...bawa pesalah ke depan.."sambungnya lagi.

Adek aku yg bernama Qib tu hanya buat derk je smbil sibuk membaca surat khabar..'daripada aku layan budak ni baek aku tengok berita sukan lagi baguss...'

Aku masih setia menonton drama langsung di depan ku..Dalam hatiku terdetik..'uik..pandainye adik aku ni..'

Tiba - tiba..

"Abang Fawwaz, ko jadi peguam bela.."Jazli memberi arahan.

"Ok..aku no hal.."kata Fawwaz,adekku yang berumur 13 tahun.

"Apakah hukuman yang hendak kita jatuhkan keatas Qib yang tak guna neh..?"kata Jazli.

Ops..tak kagum sudah aku..emosional sungguh hakim ni..tak layak..tak layak..hahaha..

"Kak..kalo peguam bela tu membela yang tertuduh la kan??"tanya Fawwaz padaku..Aku yang pada ketika itu begitu asyik menikmati keenakan dodol hanya mengangguk-anggukkan kepala walaupun aku sendiri kurang pasti dengan apa yang ditanya nya..tapi aku rasa aku dh betul da..

Tapi..apa yang terkeluar dari mulut adikku..

"Ok dengan ini saya sebagai peguam bela mengatakan bahawa Abg Qib bersalah.."dengan konpem n konfidennye Fawwaz berkata..

Aku secara tiba-tiba terbatuk-batuk sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh adikku..nasib baik tak tersembur makanan tuh..

"Haahahhahahahaaahahhaha...."ketawaku yang agak kuat ni membuat adik aku, Qib berasa geram.

"Woi..ko pehal tibe2 gelak..sengal betolla..."marahnya padaku..Mane taknya aku gelak2 sambil pukul dia dengan kusyen kerusi..hahaha...

Aku mengambil masa yang agak lama untuk membolehkan aku bercerita kerana sifatku yang kalo dah gelak susah nak berhenti..hehehe..

"Ko dengar tak ape Fawwaz cakap tadi?"tanyaku...

"Apa?"Fawwaz yang bingung dengan aksiku pun turut menanti balasan dariku...

"Hahhaha...ko tau tak..dia tanya peguam bela tu yang bela pesalah ke..aku jawab ya..tapi tup2 yang kuar..dengan ini saya mengatakan bahawa Qib(pesalah) itu bersalah...hahaha.."

Apa lagi..kami sume adek beradek bantai gelak ramai-ramai..tapi yang Fawwaz tu...

"Kenapa?salah ke??"tanyanya malu-malu..tadek sape yang jawab sebab sume dah nak pecah perut gelak..huhu~

p/s=budak2..apela yang diorang tau peranan setiap sesuatu..hakim dah jadi peguam..peguam dah jadi hakim..wakakkaka...

Tuesday, May 5, 2009

~Gugurnya seorang Rafiqah yang Solehah~

KEIKHLASAN HATI

Zaman untuk “honeymoon” bagi seorang pelajar sepertiku sudah pun berakhir. Dengan hati yang berat dan kaki yang seolah – olah terpaku di bumi, aku memaksa diriku untuk kembali ke kolej. Tempat di mana aku menuntut ilmu demi mencapai cita – citaku. Tiada siapa yang tahu di dalamnya juga banyak tersimpan memori suka duka ku. Malas rasanya untuk dikenang kembali. Semuanya ingin aku lupakan, harini Hidayatul Sofea Bt Razali berdiri di sini dengan azam yang baru. Hahaha..erk..tapi apa-apa pun kene cari bilik dulu..takkan aku nak tidur kat sini pulak..hehehe..kita sambung drama swasta tu nanti.

Setelah puas aku mencari, akhirnya aku temui juga bilik yang bakal menjadi tempat tinggalku selama pengajianku disini. ‘Hurm..siapa agaknya bakal menjadi rakan sebilikku kali ini yer…janganla orang yang..aduh..malas bangat nak sebut..’. Tiba-tiba,

“Assalamualaikum..”kedengaran satu suara memberi salam di luar. Aku segera menjawab sambil menjengahkan muka ku ke luar untuk melihat siapakah gerangan manusia yang memberi salam.
“Waalaikumussalam..siapa tu?”
“Erm..saya bakal penghuni bilik ni. Boleh saya masuk?”.Rupanya dia ialah bakal rakan sebilikku.
“Eh..yeke?Masukla kalau macam tu. Akak ni pelajar senior ke?”.Pada perkiraanku dia seperti senior yang dah lama jer. Tapi tak tahula pulak kalau aku yang terperasan muda..
“Aha..akak senior... Adik ni junior la kiranya kan..? ”.Balasnya sambil melangkah masuk.
“ Yes. Nama saya Hidayatul Sofea Bt Razali. Akak boleh panggil saya Fea. Nama akak?”.Aku memperkenalkan diri ku sendiri. Aku memang seorang yang terlebih peramah walaupun dengan orang yang baru ku kenali.
“ Rafiqah Solehah. Panggil aje Kak Aiqa.”. Balasnya sambil tersenyum kepadaku. Kami berjabat tangan sebagai tanda salam perkenalan.

Kami meneruskan kerja mengemas yang kadang-kadang diselitkan dengan perbualan. Mengemas sambil bertaaruf. Sambil menyelam minum air orang kata..tak gitu?. Satu bilik hanya dihuni oleh dua orang pelajar. Bilangannya nampak sikit tapi hati yang hendak di jaga terlalu banyak. Setelah seharian berkemas, kami pergi membersihkan diri dan melakukan apa-apa yang patut.

“Kak Aiqa….”.aku memanggilnya.
“Hmm…” Balasnya kepenatan. Barangkali sudah mahu tido dah ni.
“Jom pergi makan.”
“Ha?Makan?Patut la akak rasa perut ni meragam aje.Tak makan lagi la..huhu..lupe pulak..nasib baik adik akak yang comel ni ajak akak makan..” Balasnya dengan semangatnya.Katanya dia ni pantang betul kalau sebut pasal makan..seperti prinsipnya.. ‘When I Am Hungry, My Stomach is My priority..’ Hahaha..

Selepas bersiap ala-carte..eh..ala kadar..(tula dalam kepala asyik ingat makan jer..)..aku dan kak Aiqa bergerak menuju ke café yang terletak tidak jauh dari bilik kitorang. Selesai memesan makanan, kami bergerak ke meja yang kosong untuk di duduki. Semasa Kak Aiqa hendak berpaling ke tempat yang hendak dituju, secara tidak sengaja dia terlanggar seorang lelaki yang kebetulan hendak menuju kearah yang sama. Ketidak sengajaannya itu telah menyebabkan pinggan yang berisi nasi dan lauk pauk di tangan lelaki tersebut jatuh menyembah lantai yang amat bersih. Pinggan kat tangan dia ok jer sebab dia pegang dengan kemas . Mungkin nak elak kes-kes macam ni berlaku la.

“Maaf saudara..saya tak sengaja. Maaf..maaf..maaf..” pinta kak Aiqa. Dah macam nak nyanyi lagu Maafkan Kami seperti dalam cerita Pendekar Bujang Lapok tu..
“Apa maaf-maaf.!!.awak ingat senang-senang awak tumpahkan nasi saya…saya nak makan apa..saya lapar ni tahu tak..”marah lelaki tu. Suaranya tak usah nak katala..bergema ke seluruh alam..sehingga menggamit pelanggan-pelanggan lain untuk melihat kearah kami..malunya tak dapat di'frame'kan dalam bingkai gambar.
“Relaxla abang..kakak saya ni tak sengaja la..lagipun abang jalan tak tengok kanan tengok kiri..saya berdiri belakang abang tadi tengok abang melulu jer.Tak boleh la nak salahkan kakak saya sepenuhnya..” aku mencelah.
“Banyakla ko punye relax….”
“Macam ni la saudara..saudara ambil semula nasi dan lauk seperti yang telah saya tumpahkan tadi. Nanti saya bayarkan. Anggapla sebagai ganti rugi atas kecuaian saya.” Kak Aiqa memotong percakapannya sekaligus memberi kata putus. Malas agaknya nak memanjang-manjangkan lagi soal ni. Kalau tak sampai esok tak makan..
“Ha..macam tu la...”Balas lelaki tu pendek.
Tapi aku tetap tak puas hati.. “Kak..apa ni…”..Kak Aiqa menepuk-nepuk bahuku seraya berkata.. “Dahla..jom makan..perut akak dah lapar sangat ni..”.Dan kejadian itu berakhir begitu sahaja.

Usai makan malam..kami kembali ke bilik. Aku dengan tak puas hati nye bertanya.. “Kak, nape bagi muka sangat kat laki tadi tu? Dah terang-terang bukan akak yang salah. Dahla suruh akak ganti. Ambil lauk tak sama macam yang mula-mula dia ambil. He was trying to take thing for granted la akak..”
“Fea, akak malas nak gaduh. Buang masa jer. Menjatuhkan maruah je gaduh depan khalayak ramai. About the food, dia ambil yang lain pun biarla Allah yang menilai kejujuran dia. Akak tak nak ungkit-ungkit, nanti perbuatan kita jadi sia-sia dik..”
“Tapi…….”
“Akak pernah terbaca dalam sebuah majalah..Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang menerima. Namun pemberian haruslah disertai dengan hati ikhlas yang sekaligus menunjukkan bahawa kita tidak berhati tamak. Sebaliknya jika sesuatu pemberian, yang ada walau sekelumit rasa bangga, mengungkit atau tidak ikhlas, pasti akan terbatal segala pahala amalan kebaikannya. Tu yang akak tak nak dik..”aku cuba menjelaskan sebaik mungkin sebab aku berbuat demikian.
“Owh..huhu..tak terfikir lak Fea tadi..Sorry ya kak..”balasku sambil tersengih-sengih malu.
Kak Aiqa tersenyum sahaja. Setelah penat berbual, kami terus tidur. Hari esok..nantikan kemunculanku!!tutup lampu!!Tidur..huhu..


PERTEMBUNGAN KALI KEDUA

Fuh..panasnya harini..terbakar rasanya kulitku yang putih melepak bagai disapu tepung gomak ni..(ceh..perasan je lebih..). Penatnya berjalan.. ‘Tula ko Fea, tadi elok-elok Siti nak hantarkan ko balik..ko tak nak..nak menikmati pemandangan la konon..tengah hari buta ni pemadangan ape nya..’.Bagai ada suara berbisik kepada ku..cepat-cepat aku beristighfar..tidak mahu terus tenggelam dengan perasaan menyesal. Aku memilih untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ku..(dengar macam jauh je tapi sebenarnya aku baru jalan 5minit je td…hehehe..).
Sedang aku enak-enak terbuai dek hembusan angin bayu..

“Pokk!!”..Satu objek yang entah dari mana di baling jatuh ke atas aku. Aku menoleh mencari gerangan punya angkara. Betul – betul mengganggu la..Sebaik sahaja aku menoleh 45 darjah, lensa mata ku menangkap imej yang sedang tersengih-sengih tak malu sedang menuju kearahku.

“Cik..Sorryy..”pinta lelaki tersebut.

“Sorry?”aku bertanya kehairanan. Lalu jarinya menunding kearah objek yang terkena kepala aku. Tin minuman rupanya.

“Saya nak buang kat tong sampah tadi..”katanya lagi. Sopan sekali..anak siapakah ini…tapi entah mengapa ayatnya bagai ada yang tak kena…seingat aku sekeliling aku ni mana ada tong sampah..adakah….
“Apa maksud awak dengan tong sampah?Saya tak rasa kat sini ada tong sampah…”aku bertanya lantang..hangin dah aku ni..
“Hahahahha…memangla tak de tong sampah tapi baju yang awak pakai macam warna baju tong sampah…hahahahaha..”balasanya sambil ketawa berdekah-dekah.
“What???Giler punya mamat..!!!”aku memijak tin kegeraman sambil melangkah berlalu dari situ. Tak sanggup rasanya berada lebih lama disitu. Dah nak meletup rasa nya hati ku menahan amarah terhadap lelaki tadi. Setelah aku amati wajahnya,rupanya dia adalah lelaki yang sama yang memang muka tak malu. Geram betol..nak je aku ganyang-ganyang muka dia yang memang tak hensem tuh..Huhu..

“Adoiii…ni sape yang nak cari pasal lagi neh??”Aku menjerit apabila terkena lastik seseorang. Huh..rupanya dia..aku memandangnya persis hendak menelan dia hidup-hidup.
“Apa awak nak apa ha??”Tanya ku mengawal getar amarah yang semakin memuncak.
“Bola raga biji guli, lain kali jumpa lagi..”arghh..sudah..berpantun pulak..
“Anak buaya anak biawak, tak ingin saya jumpa awak”balasku tak mahu mengalah.
“Buah mengkudu biji hempedu, janganla begitu nanti awak rindu..”
“Air teh manis bergula, rindu awak?..tolongla…”
“Budak kecil malu disapa, ya cik adik nak tolong apa??”hahhahaa..terdengar suara-suara sumbang yang mentertawakan aku..aku mengetap bibirku. Rasanya kami ni macam dah jadi tontonan umum jer.Tapi sume penonton tak bertauliah ni ialah kawan-kawan kepada mamat sewel neh. Tak boleh jadi ni…

“laki bersiul si awek menoleh, Sedara tolong diam boleh..”
“Pokok semalu pokok ketapang, tak bolehla sayang..”
“Awak..awak…”baru sahaja aku hendak membalas lagi.
“Fea, apa ni?? Ada sesi berbalas pantun ker??..” Erk..seperti pernah ku dengar suara ini tapi dimana ya..takut-takut aku menoleh..alamak..
“Kak Aiqa…hehehe..”
“Aduhla..dah-dah la tu..jom balik..”Kak Aiqa mengajakku pulang. Tak boleh aku nak kata apa..aku amat menghormati kakakku yang seorang ini. Kami berdua pun mengatur langkah ingin pulang..namun..

“Si nyonya manis berkebaya, Cik adek ngaku kalah dah la ya..”suara sumbang tu kedengaran lagi. Belum sempat aku berkata apa-apa..
“oi teruna suara tak sedap, sudah-sudahla tu p balik n shut up!!...kuar umah pakai talkum, chow dulu Assalamualaikum.."Yeahhhh..itu dia ‘smash molek’ dari kak Aiqa..ahakz.. Dengan senyuman yang di tambah susu lemak manis..kami pulang meninggalkan lelaki tersebut dengan kumpulannya yang terdiam dek penangan Kak Aiqa ku sayang..

Di bilik…(pada waktu malam..)

“Fea..lain kali hati-hati ya..jangan mudah naik angin sangat. Jangan di layan mamat tak betul tu..”pesan Kak Aiqa ikhlas.
“Fea dah sabar dah tu kak..tapi dah terlepas jugak..geram betul..nak je bg flying kick kat dia tuh..benci betulll…”balasku membela diri.
“Flying kick ke flying kiss??hahahha…”kak Aiqa mengusikku..
“Apa ni kakk…hee..tak nakla..mamat tu sewel…”
“Fea..berserhana dalam sesuatu..termasuk juga perasaan..jangan terlampau membenci seseorang kerana barangkali dia la orang yang kamu akan sayang suatu hari nanti..sape tau kn..”
“Ade ke Kak Aiqa nie…”
“Kita tak nak..tapi perancangan Allah sape yang tau…”
“Hisy..akak neh..Fea nak tidola..”lalu aku membungkus diri ku dengan selimut sambil tersenyum mengenangkan kata-kata kak Aiqa tadi..
“Eley nak tido konon..mulut tu senyum-senyum pulak..”tak habis lagi kak Aiqa ni..tapi aku terus membatukan diri. Mungkin kak Aiqa menyangka aku benar-benar sudah tido. Dia pergi menutup suis lampu dan tido jugak.

YES I DO

Beberapa minggu lagi, cuti semester akan bermula..tak sabar rasanya nak balik.. ‘mak..abah..adik-adik..awak..apa khabar ya korang sumer…’ hatiku berdetik. Uish apa aku ni..nape aku teringat kat dia.. mamat sewel tu tak de kene ngene ngan aku.. kejadian tu da lame berlalu..go away..go goooo….

“Uiks adikku Fea…awat yang hang nampak cam keluh kesah ja?”Tanya kak Aiqa prihatin.
“Takde ape la kak..”cuba menutup rasa hatiku.
“Yeke?”
“ya..kak..Fea nak kuar g café jap..akak nak kirim ape-ape tak..?”pintasku sebelum dia cube mengorek rahsia hatiku..
“Ada..ada..kirim salam..hahaha…”
“Ceh akak nie..owang tanya bebetul…adeih..”
“Tak pela dik..nanti akak g beli sendiri..”
“Ok..Fea pegi dulu ek..Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam..hati-hati..kalo terserempak dengan buah hati jangan lupa kirim salam yer…”fuh..dalam sungguh maknanya..bila masa aku ada buah hati pulak…memandai jer akak aku nie..

Di café,

“Hye awak!!sorang je ke..??”sapa seorang lelaki yang entah siapala gerangannya.Apesal la aku ni tak ley aman jer..

“Kapal layer kapal selam, tak reti nak bagi salam…pegi bazaar beli juadah berbuke, ada nampak orang lain ke?...suasana bising pening kepala, awak ni sape dan nak apa?...”ha..tu dia..pakej 3 in 1 dari aku...bancuh sekali pasti nak lagi..

“Hehehe..Assalamualaikum..saya Khairul Haziq Bin Faizal…dari jauh melihat saudari,duduk termenung seorang diri,jadi saya datang ke mari, menemani saudari di kala sepi…hehehhee”erk..mamat ni..aku tenung wajah dia..seperti pernah ku jumpa..tapi dimana ya…sepertinya…

“Awak..hai..tak de orang lain ke saya nak jumpe…”

“Sorry awak..dah lame tak nampak kita tak terserempak kan sejak kejadian haritu…kali ni saya betul-betul nak berkenalan dengan awak..bukan lagi usik –usik , maen-maen macam dulu..”

“Hurm..saya malas nak berkenalan dengan orang tak betul ni..kalo boleh buat laki tak pe laa jugak..."

“Ha..boleh jugak tu…”dia masih setia mengikut langkahku meninggalkan café.

“Ahhh..mengarutla awak..!!”aku sudah sampai didepan kolej kediamanku. Semasa aku menaiki tangga, sempat aku mendengar..

“Saya serius awak..saya nak awak jadi kekasih saya…”pinta laki tu lagi.Aku keliru. Antara kemahuan hati dan kewarasan akal, mane satu harus ku dahulukan.

'Aduhai Hidayatul Sofea..andai kau dapat selami hatiku ini..cewah..aku betul-betul sudah jatuh cinta!!...'

malam itu,

"Kak, siang tadi Fea terserempak mamat sewel tu kat cafe.."

"Erm..so?"ku lihat kak Aiqa senyum - senyum di situ..

"Pastu..dia tanya sudi tak Fea jadi kekasih dia..Fea confused.."entah betul ke tidak mamat ni.sekali aku di main-main kan je kot..huhuhu...

"Wow..drastiknya..akak tataula nak komen apa..tapi kalo betul dia nak..Fea suruhla dia masuk meminang.."

"Erk..akak..meminang?Fea muda lagi..."

"Fea..buat solat istikharah dulu..mintak petunjuk Allah..soal meminang tu memang la Fea muda lagi..tapi kita hidup sekarang dalam zaman yang penuh fitnah..sebolehnya eloklah di elakkan.."

"Ermmm..tengokla kak.."

"Serahkan segalanya pada Allah..insyaAllah ada jalannya.."

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan soal petang tadi..bantulah aku ya Allah..berikan aku petunjukMu..

seminggu kemudian,

'Subhanallah,indahnya pemandangan kat tasik ni di waktu pagi...'detik hatiku..

"Assalamualaikum.."aduhh..ada sajala yang hendak mengganggu ketenangan aku di kala ini. Mana pulak kak Aiqa ni..

"Waalaikumussalam..."

"Awak dah fikirkan soalan saya??"spontan aku mendongak melihat empunya suara..erk..dia..

"Fea.."

"Eh Akak..meh sini teman orang.."cepat-cepat aku menggamit kakakku menemani aku..takut berdua-duaan dengan pemuda tersebut..lalu ku berpaling ke arah pemuda tersebut..bersedia untuk memberikan jawapan..

"Saya takut awak main-main..jadi saya mintak petunjuk Allah..Alhamdulillah positif...tapi..."belum sempat aku habiskan..

"yeay...Alhamdulillah..sukenye saya.."jeritnya kegirangan...lupakah dia bahawa ada orang lain di sini..buat malu jer...

"tetapi...saya tak mahu kita bercinta..."

"maksud awak??"dia memandangku kehairanan..aku menggenggam erat tangan Kak Aiqa meminta sedikit kekuatan untuk meneruskan bicara..

"saya nak hubungan yang sah di sisi Allah..boleh??"jelasku tanpa dolak-dalih..dia kelihatan terpempan..namun hanya seketika..senyuman terukir di bibirnya tidak lama selepas itu..

"InsyaAllah..izinkan saya berbincang dengan mak dan ayah saya dulu..jika hubungan ini direstui..cuti semester nanti saya akan masuk meminang awak.."

"Terima kasih awak..kami mintak diri dulu..Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..."

KETABAHANMU DI UJI

Rindunya pada kakakku...apa agaknya yang tengah dia lakukan kat kampung tu ya...

"Assalamualaikum akakku yang comel..pekabo??"sapaku sebaik sahaja panggilanku bersahut.

"Waalaikumussalam Fea..hehhe..baik..mcm biasa...Fea?"

"Baik juge..hehhe.."

"Awat nie?rindu ka?"

"Rindu la kak..."

"yeke tu..ke ade berita lain..."

"Erk..akak ni..betulla rindu..tp berita pon ada jugak...hehhe..akak datang umah Fea next week boleh tak?"

"Ada apa?"

"Pertunangan dan majlis perkahwinan antara Hidayatul Sofea dengan Khairul Haziq..."nama mamat sewel tu akhirnya ku ketahui juga..

"What??Alhamdulillah..kira jadila ni ya...bila nak suruh akak datang tu..."

"Awal dari tarikh sebenar la kak.."

"Ok..ok..insyaAllah...okla Fea..akak ade hal jap..seruan alam..urgent!!..hehhee.."

"Hahahaha...ada-ada jela kak neh...ok..Assalamualaikum..papai.."

"Waalaikumussalam..papai.."

Akhirnya..berlangsungla majlis pernikahanku dengan jejaka yang telah ditetapkan Allah buatku..semoga kami mampu melayari bahtera perkahwinan kami ini sekarang dan akan datang..amin..

Setelah sekian lama bercuti..akhirnya kembalilah kami semua menjalani hidup sebagai seorang pelajar lagi...terpaksa berpisah dengan suami seketika..hehee..sabar ye abang..huhu..

"Akakkkkkk...Fea dah sampai...."

"Hisy..budak ni....dah kawen pon tak matang-matang lagi ke dik oii.."

"Ala...dengan akak jer..."

"Yela tu..."bicaranya terganggu dengan bunyik lagu Ainul Mardhiyah yang disetkan menjadi ringtone hp nya..aku melangkah ke katilku untuk memberi ruang privasi untuk kak Aiqa berbicara.

"Apa!!!..Innalillahiwainnailaihirojiun.."aku tersentak mendengar suara kak Aiqa yang tiba-tiba terkuat tu..kenapa agaknya kak Aiqa tu ya..Selesai kak Aiqa berbicara di telefon..ku lihat dia termenung dan tergelak sendiri..bimbang melihatkan keadaanyya membuatkan aku mendekatinya..

"Kak..kenapa kak?"

"Ha..tak de pape la dik.."

"Akak..kita dah duduk sebilik brape lama dah kak..akak tak dapat tipu Fea lagi..tapi kalo akak tak sudi nak cerita..tak pela..Fea tak nak ganggu..."kataku dan bersedia untuk kembali ke katilku.Tapi terhalang dek tarikan tangan oleh kakakku..

"Not like that dear..ok listen..Akak dah ada tunang...tapi"

"What?akak tak penah gtau pun..??tapi apa kak?"nyataku amat terkejut dengan apa yang kak Aiqa cuba sampaikan.

"tapi..dia dah meninggal..baru saja tadi..kemalangan dik..maafkan akak tak bagtahu sebelum ni..sebab akak malas nak hebahkan benda yang masih dalam ketidakpastian.."

"Apa??"sekali lagi aku dikejutkan dengan sebuah berita.drama apakah ini..baru saja ku ketahui mengenai tunangnya tapi dikejutkan pula dengan ketiadaannya...namun begitu..aku lihat tiada titis air mata yang mengalir dari matanya..

"Akak tak macam sedih pun kak.."

"Apa akak boleh buat dik...bukannya dia akan hidup kembali hatta akak meraung sekali pun.."aku lihat dia persis manusia tanpa perasaan.Tapi jauh di sudut hatinya siapa yang tahu..

Seketika kemudian handphonenya berdering lagi...Entah apa la yang di bicarakan tiba-tiba aku melihat airmata mengalir di wajahnya yang mulus tu..namun sebaik sahaja panggilan ditamatkan..aku lihat dia menghela nafas yang panjang dan cuba untuk bertahan..beratnya dugaan yang menimpa kakakku ini..aku mendekatinya dan memeluknya..

"Akak tak nak tengok dia ke?"

"Mane boleh dik..dia di perantauan.."

"Maksud akak?"

"Dia belajar kat Indonesia..saudara dia kat sana yang khabarkan pada family dia kat sni..."

"Sabar ya kak.."

BERIKAN DIA PELUANG

Ku amati wajah kak Aiqa yang masih mendung walaupun sebulan peristiwa itu berlalu..hebat benar penangannya..masakan tidak..hubungan mereka sudah mengjangkau 3tahun..dan mereka merancang tuk bernikah hujung tahun ini..Kak Aiqa lebih banyak menyendiri..sudah jarang bergurau denganku...Tapi aku lihat dia tetap tabah..tanpa airmata menemani hari-harinya..tidak pernah sekali dia mengeluh dengan nasibnya..malahan dia masih mampu untuk terus fokus dalam pelajaran..kadang-kadang aku pelik..kak Aiqa mampu menjadi seorang yang begitu optimis tapi kenapa dia masih murung..adakah kerana penat??argghh...

"Dik..asal pandang akak cmtu??"

"Eh..tak de apa la kak.."

"Kalau ada apa nak tanya..tanyala..jangan simpan jer nanti mereng..sape yang susah..cik abg Fea jugak.."

"Hisy akak ni..kesitu pulak...hehehe..btul..tak de apa..cuma rindu pada Kak Aiqa yang periang dulu.."aku melihat dia tersenyum tawar..

"Maafkan akak dik..akak kadang-kadang tenggelam dengan dunia sendiri...insyaAllah..akak akan mulakan dunia baru...."

"bagusla kak.."aku memeluknya erat..terasa kasih sayangnya yang luhur meresap ke dalam diriku...

"Fea tak yahla nak buat muka-muka pelik depan akak lagi..tak tahan akak tengok dahi Fea tu..kejap keriut cmni..kejap keriut cmtu..nnti tambah kedut tau..."

"Tak pe..cik abang tetap sayang...tiap-tiap hari sayang..hahaha.."

"Eee..tak senonoh betul..."kami bersedia untuk melelapkan mata..semoga esok menjanjikan sesuatu yang lebih indah...

*********************************************************************************

Aku bersiar-siar di tasik pada hujung minggu bersama suamiku,Haziq sambil ditemani Kak Aiqa...itu pun setelah puas di pujuk oleh kami untuk turut serta..Sedang kami begitu asyik dengan pemandangan di sekitar tasik itu..

"Hye Haziq..lama tak nampak u..rindula.."sapa seorang perempuan sambil mengusap-ngusap lengan suamiku..panas hatiku melihat aksi melampau perempuan tersebut..yela..perempuan mana yang mampu duduk diam bila melihat suami dibelai perempuan lain di depan mata..

"Abang..sape perempuan ni..???"

"Haziq...u look really handsome today..."katanya lagi sambil membelai-belai wajah suamiku...sedih hatiku melihat Haziq hanya berdiam diri...tidak tahan dengan adegan tersebut..aku berlari meninggalkan kawasan itu..Aku mengharapkan Haziq mengejarku..tapi hampa...

***********************************************************************************

"Haziq...apa yang kau dah buat??"jerkah Kak Aiqa..bagaikan baru tersedar dari lamunan..aku menolak tangan perempuan gatal yang sedari tadi menjalari wajahku..aku pantas mencari-cari kelibat isteriku tapi jelas dia sudah dissappear..pakai kuasa apa agaknya..laju jer dia menghilang..

"Sampai hati U Haziq..tolak I macam ni.."

"Our relationship was over long time ago..apa lagi yang U nak dari I???"tengkingku pada Maria, nama perempuan itu..

"I nakkan U balik.."

"Semudah itu??Boleh jalan daaa...Takkan ko nak jilat balik ludah yang ko dah buang.."

"I menyesal.."

"Useless..meaningless for me now..sekarang aku dah kawen..bakal dapat anak dah pun..can u juz please get lost from my life..."

"Arghhh..I peduli apa..yang penting I dapat apa yang I mahu.."

"Saudari...kita kaum perempuan...ada maruah sendiri..pelihara maruah tu sebaiknya.."Kak Aiqa yang berdiam diri dari tadi mula mencelah..

"Kau diam..Siapa kau nak masuk campur urusan kami??"

"kau jangan biadap dengan my sis ok..antara kita dah tiada sebarang urusan..NOKTAH!!!"

"Pegi mamposla kau..ingat kau sorang je lelaki dalam dunia ni..aku akan pastikan kau takkan bahagia..."lalu Maria beredar dari situ..jelas kelihatan dendam di wajahnya..tak faham aku..suatu ketika dulu dia yang meninggalkan aku begitu saja..saat aku sudah bahagi bersama isteriku..dia datang membuat onar pulak..aduh..isteriku...

Aku lihat Kak Aiqa ingin melangkah pergi,

"Kak.."

"Ya Ziq.."

"Tolong saya kak..Fea.."

"InsyaAllah akak akan tolong jelaskan kedudukan yang sebenarnya...selebihnya kamu cubala pujuk dia.."

"Terima kasih kak..malam ni saya call dia..."

*************************************************************************************

Di bilik,

"Fea...sudah la tu..Haziq tak salah.."

"Tak salah apa nya kak..dia boleh biar je...hee..."kataku teresak-esak..menghamburkan segala rasa di dalah hatiku..

"Dia tergamam..perempuan tu bekas kekasih yang meninggalkan dia dulu..kan dia pernah cerita kat Fea dulu..."aku cuba menilai logiknya cerita kak Aiqa...baru aku teringat...

"Tapi kak.."

"Berikan dia peluang sayang..pernah dia menduakan Fea sepanjang Fea berkahwin dengan dia?..Tak pernah kan..Fea tengah mengandung tu..tak elok terbawa-bawa sangat dengan amarah dalam diri tu.."Kak Aiqa masih cuba menenangkan aku..

Malam itu,Haziq menghubungiku untuk memujukku..Aku meminta maaf kerana terlalu cepat membuat andaian sehingga menghukum dia sebegitu..nasib baik di maafkan..kalo tak berdosa pulak aku pada suamiku ni..huhuhu...

KAU PERGI DIA HADIR

Kini kandunganku sudah menjangkau usia 8 bulan..hanya menunggu masa untuk melahirkannya sahaja ...kebetulan hari ni hari minggu..aku mengajak Kak Aiqa menemaniku membeli belah di bandar sementelah suamiku sibuk dengan kerja berkumpulannya..tak apa..aku faham..sedang asyik aku melihat deretan kedai di seberang sana..tanpa ku sedari ada yang tertolak tubuhku ke tengah jalan..namun sempat di selamatkan oleh Kak Aiqa tapi malangnya...

"Akakkkkkkkkkkk!!!!"jeritku...aku lihat tubuh kak Aiqa sudah terdampar di tengah jalan..pandangan mataku berpinar..perut ku terasa sakit yang amat...namun sempat ku lihat senyuman dari wajah kak Aiqa..

"Abang..."perlahan ku menyeru nama suamiku..akhirnya pandangan ku kelam..aku mula tidak sedarkan diri...

*************************************************************************************

Sebaik sahaja aku sedar..aku berasa seperti berada di tempat yang asing..

"Abangggggg....."panggilku agak kuat..

"Ya sayang..abang ni sayang..."

"Kita kat mana ni??"

"Hospital sayang.."

"Hospital???Kak Aiqa..mane kak Aiqa..."

"Kak Aiqa.."

"Aduhh..abg..sakit nya...sakit..."Suamiku segera memanggil doktor.

Alhamdulillah..selepas sekian lama bertarung nyawa..lahir la seorang puteri ke dunia ini.Terharu hatiku saat melihat suamiku mengazankan si kecil..tapi malangnya kak Aiqa tiada saat ini..

"Abang..kak Aiqa mane abang?"

"Kak Aiqa...dia..."suamiku agak sukar menyusun kata kali ni..

"Dia apa abang?"

"Abang harap Fea bersabar ya..Kak Aiqa meninggal di tempat kejadian..wajahnya tenang sekali..kita doakan la kesejahteraan buat dia.."

"Innalillahiwainnailaihirojiun...tak sangka sebab nak selamatkan Fea..Kak Aiqa pulak yang terkorban.."air mataku deras mengalir..akak...

Suamiku memelukku menghulurkan sebuah ketenangan di dalam hati...

*************************************************************************************

Sebaik sahaja aku di benarkan pulang..kami kembali ke kolej..harini aku akan berpindah keluar..suamiku sudah mencari rumah sewa untuk di diami oleh kami bertiga..aku tidak betah lagi tinggal di bilik yang menyimpan seribu kenangan bersama arwah Kak Aiqa..Sebelum aku melangkah meninggalkan bilik itu,mata ku terkesan satu objek berbungkus dia atas meja kak Aiqa..

Buat Adikku Hidayatul Sofea..

Assalamualaikum Adik akak..apa khabar?Maaf kiranya kehadiran warkah ini mengganggu ketenangan adik..serasakan akak tidak mampu berada lama lagi di bumi Allah ini..lalu akak mengambil keputusan untuk menulis warkah ini..

Fea yang akak sayangi..

Akak ingin memohon maaf jika sepanjang kita bersama, akak ada mengguriskan hati Fea samaada melalui kata-kata atau tingkah laku akak..sengaja atau tidak sengaja..akak minta maaf..Akak maafkan segalanya antara kita..

Fea,

Akak ingin berpesan,jagalah dirimu baik-baik..jangan biarkan dirimu mudah dikuasai perasaan..jadilah isteri yang baik buat suamimu..ibu yang baik buat anak-anakmu..Jangan di tangisi pemergian akak..Bersama ini akak hadiahkan Fea sebuah buku yang sudah lama menemani akak..Semoga ia berguna untuk Fea pada masa akan datang..

Akhir kata, sampaikan salam akak pada Khairul Haziq dan peluk cium akak buat anak Fea..Wassalam...

Ikhlas dari jauh

Rafiqah Solehah Sulaiman

3.30pagi

17-01-2009

*************************************************************************************

"Buku apa tu Fea..."tanya suamiku..sedari tadi aku ralik membelek buku ditangan ku ini..

"La Tahzan..Arwah Kak Aiqa yang bagi..."

"Ooo..oh ya..apa kita nak bagi nama kat anak kita nie...?"

"Rafiqah Solehah abang..boleh?"Aku ingin menamakan anakku sempena nama arwah kak Aiqa..

"Boleh aje sayang..tanda ingatan kita terhadap arwah yang telah banyak membantu.."suamiku mengucup dahiku penuh kasih...aku mengusap wajah anak ku sebelum menciumnya...

"umi nak anak umi jadi seorang yang sabar dan tabah walau apa pun yang terjadi..sentiasa menjadi seorang rafiqah yang solehah..."

Ya Rafiqah Solehah..kawanku yang solehah..semoga kau damai di sana..amin..

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...