Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...
Showing posts with label Anything. Show all posts
Showing posts with label Anything. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Saat Yang Telah Berlalu


Assalamualaikum..

Sudah lama tidak menitipkan sebarang kata dalam blog ini. Mungkinkah ia sudah merajuk? Harapnya tidak. Kerana diri ini masih tidak lelah untuk menulis walau hanya sebaris ayat. Cuma masa-masa yang telah berlalu tidak memberi kesempatan untuk diri ini menzahirkan sebarang kata-kata dalam blog (diari kehidupanku) ini.

Sepanjang tempoh ku biarkan blog ini sepi, pelbagai pengalaman, pahit manis kehidupan yang telah aku lalui. Dari sekecil-kecil kuman hingga sebesar gajah, semuanya memberi impak pada aku. Mungkin juga kepada orang-orang sekelilingku.

Sebagai langkah pertama menghidupkan kembali blog ini, aku telah menukar background music blog yang diberi tajuk 'Dalam Sujud Cintaku'. Pertama kali aku mendengar lagu ini, ia begitu meresap ke sanubari..syahdu.. dengan intipati yang sangat terkesan di hati..

Kau berikanku segala-galanya dan

Kau mengujiku dengan cinta dunia

yang sungguh indah dan

Kau hiaskannya dengan intan permata

dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


p/s : sesungguhnya kita manusia tiada apa untuk dibanggakan jika setiap tingkah laku kita yang baik mahupun buruk semuanya terjadi kerana Allah Yang Maha Berkuasa. Tiada satu pun berada di bawah kawalan kita. Sedangkan hari esok pon belum dapat dijangka!! Renungkan wahai mata hati..jangan biarkan hati ini mati..


Wahai hati yang sepi

Jangan biarkan ia kosong tidak terisi

Kerna andai ini terjadi

Hati ini akan mati

Walau nadi masih berdenyut tidak terhenti

Wahai hati yang sepi

Apalah erti hidup ini

Jika sekeping hati dibiarkan mati

Seolah patung yang bergerak sesuka hati

Tanpa sebarang pengertian lagi

Hilang punca dan tujuan diri

Wahai hati yang sepi

Teruskan mencari dan memahami

Dapatkan kembali pengertian yang semakin menjauhi

Agar ia tidak pergi meninggalkan diri

Sesungguhnya sinar itu lah yang dicari

Sinar keimanan yang semakin menerangi

Sebuah hati yang telah lama sunyi dan sepi

Mengharapkan dambaan kasih dari Ilahi..


mode :: Mencari sesuatu yang hilang.. Ya Allah..bantulah hamba-Mu ini...ameen..=)

Semoga post ini akan menjadi titik permulaan buat diriku untuk kembali menulis dan berkongsi pelbagai kisah..=)

Waallahualam..






Monday, March 7, 2011

:: Jatuh Bangun Semula ::



Salam permai bumi Allah..

Melewati kehidupan ini ada masa nya kita bisa bediri dengan gah dan ada ketikanya kita jatuh terduduk. Namun perlukah saat kita terjatuh itu kita terus duduk tanpa perlu bangun lagi? Adakah dengan cara itu kita bisa melarikan diri daripada masalah-masalah yang tidak pernah susut? Adakah dengan cara itu tiada apa lagi yang perlu kita hadapi dan kita boleh bersenang lenang di bumi Allah ini?


Tidak dinafikan manusia tidak pernah lari daripada istilah putus asa. Aku juga begitu. Pada semester-semester yang lalu, walau sukar bagaimanapun aku rasa aku masih bisa berfikiran positif. Walau 4 tahun itu lama, aku rasa insyaAllah tiada masalah bagi aku. Namun menginjak semester 4, pemikiran positif itu semakin lemah..bisikan syaitan makin kuat menghembus di halwa telingaku..meneraju kata hatiku.. AKU HAMPIR PUTUS ASA.. setiap perkara yang aku lakukan 'tiada nyawa'. Hanya sekadar membiarkan jasadku bergerak-gerak mengikut langkah yang sepatutnya.


Entah bagaimana, ditakdirkan oleh Allah pada dua hari yang lalu aku dan kawan-kawanku pergi menghantar laptop untuk di baiki. Tiba-tiba masuk seorang pakcik yang juga merupakan salah seorang pemilik cc itu (mungkin)..Sementara menunggu laptop kami siap, pakcik itu berbual-bual dengan kami. InsyaAllah..banyak input yang diperolehi. Namun kata-kata pakcik itu banyak menyedarkan aku..Membuat aku yang hampir mengalah ini untuk terus berjuang. Itu secara zahirnya. Namun hakikatnya.. Allah memilih pakcik itu untuk menyedarkan kami..membuka minda kami..andai permulaan ujian yang diberi itu mudah tidak lah beerti selamanya ujian itu mudah. Ada level-levelnya. Bersesuaian dengan kemampuan kita.

" Setiap masalah pasti ada kuncinya"

Teruskan positif. Mungkin hari ini aku rasa lemah kerana semangat yang hampir hilang. Justeru, cari kembali semangat itu. Bagaimana? Wahai hati..wahai empunya diri..wahai Cahaya Naluri..dekatkan kembali dirimu pada Allah..jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. Bukan Allah yang menjauhi kita tapi dalam diam kita sendiri yang melupakannya. Segala kekuatan yang hadir itu datangnya daripada Allah..maka berdoalah agak diberikan kekuatan itu..bukan pada kamu sahaja malah kepada semua..Agar hati yang dipegang akan terus berada di jalan yang benar..insyaAllah..

Wassalam..


p/s: Ini sekadar luahan masa silam..dengan semangat positif..insyaAllah..ceq nk p midterm tonight..doakan saya ya...=)

pada kawan-kawan, kalau nampak Cahaya jatuh...jangan tengok aje ye..tolong 'pimpin' ke tempat yang 'selamat' ya..gracias... :: senyum::

^_^



Saturday, December 18, 2010

-Gadis manis itu-



Gadis manis itu

Masih mampu tersenyum ceria

Menyembunyikan luka di dada

Tanpa membuat sesiapa curiga


Gadis manis itu

Berikan bahagia pada semua

Tanpa memikirkan siapa dia atau mereka

Baginya semua adalah keluarga


Gadis manis itu

Dalam hatinya seribu rahsia

Tidak mampu dicungkil oleh sesiapa

Kerna baginya itu adalah haknya

Berkongsi dengan orang tertentu sahaja


Gadis manis itu

Hatinya selembut sutera

Gayanya indah bersahaja

Keikhlasan menemani setiap langkahnya


Dalam diam..

Hati gadis itu melakar derita

Namun tidak pernah dikhabar pada semua

Dilabuhkan doanya buat Sang Pencipta

Kerana dia yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Hikmah yang tersembunyi di alam nyata

Hanya diketahui pabila tiba masanya


Gadis manis itu

Mula berbicara

Wahai penghuni dunia

Jangan pernah rasa sangsi dan curiga

Yakinlah rahmat Allah ada dimana-mana

Menemani kita sepanjang masa

Tanpa mengira siapa kita


Pesannya pada semua

Melangkahlah selagi terdaya

Kenali la erti penat jerih yang ada

Tinggalkan rasa putus asa

Kerana kita hidup hanya sementara

Hargailah nikmat yang masih ada

Teruskan perjuangan di dunia

Demi kebahagiaan di akhirat yang selama-lamanya..

Nukilan,

CahayaNaluri

18/12/2010

6.42pm

Tuesday, December 14, 2010

Aku sedang Mencuba dan Belajar



Assalamualaikum..Selamat pagi..

Semoga semuanya ceria-ceria seperti selalu..=)

Tengah musim cuti ni mula la tak tau nak buat ape..tangan mula la gatal menggeledah kotak-kotak lama..kebetulan terjumpa buku-buku conteng yang mungkin dah berabad ditinggalkan..ahaks!

Helaian di belek...di lihat isinya dari muka ke muka sehingga terjumpa satu sajak aku kira..Waallahualam..di beri tajuk -Aku Sedang Mencuba dan Belajar-..tapi tidak pula ku catat darimana sumbernya..

Aku sedang mencuba melupakan manusia
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba menangguhkan cinta
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba melupakan semuanya
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba dan mengikut rasa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba tidak melukakan jiwa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba tidak melukakan sesiapa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba menjadi lebih perkasa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba pandai menimbang kecewa

Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba menjadi benar-benar manusia

Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba memaknakan hidup yang sementara

Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba berkelana tanpa sesiapa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba mewangikan semesta
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba redha dan menerima seadanya

Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

-sekian..Wassalam-


sumber : x dapat dikenalpasti..hehe..=)

Thursday, December 9, 2010

*Bumi Selepas Hujan*


Bumi Selepas Hujan

Ada kedamaian yang tercipta

Ada sinar selepas derita

Ada bahagia di balik tangisannya


Bumi Selepas Hujan

Warna nya tidak semendung tadi

Sinarnya tidak secerah semalam

Namun masih mampu mengukir sebuah senyuman


Bumi Selepas Hujan

Tanahnya basah kesan tangisan

Tangisnya rahmat pada sang penghuni

Ada yang menanti datangnya pelangi


Bumi Selepas Hujan

Hadirnya hanya seketika

Munculnya tidak lama

Namun cukup buat hati ini gembira


Bumi Selepas Hujan

Segar dan Nyaman

Tenang dan Damai

Semoga meresap kedamaian itu

Ke hati penghuni bumi


CahayaNaluri

~Selepas hujan~

4/12/2010



Thursday, November 18, 2010

*Kadang-Kadang...*

Kadang-kadang kita tenggelam

Hanyut di bawa arus

Terkapai-kapai mencari jalan

Untuk menyelamatkan diri


Kadang-kadang kita lemas

Dengan persoalan yang menghimpit

Mengusutkan otak sang pemikir

Namun kita tetap perlu membuat pilihan


Kadang-kadang kita tidak pernah menduga

Apa lagi diduga

Hidup sebegini rupa

Ada suka dan duka

Sering membuat kita dalam dilemma


Kadang-kadang kita inginkan seperti itu

Namun yang hadir adalah seperti ini

Oh, tak terluah dek hati ini

Aku jugak yang masih keliru


Kadang-kadang aku dah tak tahu

Apa lagi untuk dikadang-kadangkan

Tapi apa yang aku pasti

Aku masih buntu untuk berfikir


~Apalah yang aku merepek ni!!~


One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...