Assalamualaikum..
Sudah lama tidak menitipkan sebarang kata dalam blog ini. Mungkinkah ia sudah merajuk? Harapnya tidak. Kerana diri ini masih tidak lelah untuk menulis walau hanya sebaris ayat. Cuma masa-masa yang telah berlalu tidak memberi kesempatan untuk diri ini menzahirkan sebarang kata-kata dalam blog (diari kehidupanku) ini.
Sepanjang tempoh ku biarkan blog ini sepi, pelbagai pengalaman, pahit manis kehidupan yang telah aku lalui. Dari sekecil-kecil kuman hingga sebesar gajah, semuanya memberi impak pada aku. Mungkin juga kepada orang-orang sekelilingku.
Sebagai langkah pertama menghidupkan kembali blog ini, aku telah menukar background music blog yang diberi tajuk 'Dalam Sujud Cintaku'. Pertama kali aku mendengar lagu ini, ia begitu meresap ke sanubari..syahdu.. dengan intipati yang sangat terkesan di hati..

Kau berikanku segala-galanya dan
Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
p/s : sesungguhnya kita manusia tiada apa untuk dibanggakan jika setiap tingkah laku kita yang baik mahupun buruk semuanya terjadi kerana Allah Yang Maha Berkuasa. Tiada satu pun berada di bawah kawalan kita. Sedangkan hari esok pon belum dapat dijangka!! Renungkan wahai mata hati..jangan biarkan hati ini mati..
Wahai hati yang sepi
Jangan biarkan ia kosong tidak terisi
Kerna andai ini terjadi
Hati ini akan mati
Walau nadi masih berdenyut tidak terhenti
Wahai hati yang sepi
Apalah erti hidup ini
Jika sekeping hati dibiarkan mati
Seolah patung yang bergerak sesuka hati
Tanpa sebarang pengertian lagi
Hilang punca dan tujuan diri
Wahai hati yang sepi
Teruskan mencari dan memahami
Dapatkan kembali pengertian yang semakin menjauhi
Agar ia tidak pergi meninggalkan diri
Sesungguhnya sinar itu lah yang dicari
Sinar keimanan yang semakin menerangi
Sebuah hati yang telah lama sunyi dan sepi
Mengharapkan dambaan kasih dari Ilahi..
mode :: Mencari sesuatu yang hilang.. Ya Allah..bantulah hamba-Mu ini...ameen..=)
Semoga post ini akan menjadi titik permulaan buat diriku untuk kembali menulis dan berkongsi pelbagai kisah..=)
Waallahualam..

2 comments:
sedihke? orang muda jangan putus a sa..memanglah tak banyak perkara indah dan manis di mana2 penjuru dunia..suasana akhir zaman bilamana manusia cinta dunia dan takut mati. Penyakit 'al-wahn',begitu sabda Rasulullah s.a.w
sedih?tak de la..sekadar mengimbas kembali memori yang telah berlalu..insyaAllah..diri ini akan terus melangkah..=)
Post a Comment