Hati ini,
Dulu putih bersih,
Kini tompok hitam kian penuh,
Hatiku makin lumpuh.
Ya Allah,
Aku gagal lindungi hati ini,
Hati yang telah KAU pinjamkan untukku semai,
Mengikut fitrah yang telah kau tetapkan.
Namun hati ini,
Makin lama makin goyah,
Dicambahi benih-benih dosa,
Hatiku semakin alpa,
Aku hanyut dalam gelombang hawa nafsu,
Yang kian mencengkam sanubariku.
Semalam hatiku dijentik
Betapa aku leka selama ini Ya Allah
Terima kasih Ya Allah kerana masih menjagaku
dan tidak pernah meninggalkanku
Saat aku semakin jauh
kau kirimkan seseorang untuk menegurku
Menyedarkan aku daripada dunia fana
Akan ku cari kembali cahaya yang kian sirna
Akan ku semai kembali hati ini
Akan ku cuba selagi terdaya
Kerana hati ini hanya pinjaman dariMu
AmanahMu buatku
Ampunilah hambaMu ini
Ya Rabb
-Wassalam-
No comments:
Post a Comment