Assalamualaikum..
Hari ini Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas di bumi Allah S.W.T. Kelapangan yang ada cuba dimanfaatkan sebaiknya. Membelek-belek buku lama di atas almari, tiba-tiba terjumpa cebisan flyers yang pernah dijadikan koleksi di matrikulasi dulu. Tertarik dengan sebuah kisah, lalu membuat keputusan untuk dikongsikan di dalam blog. Moga memberi manfaat buat semua..InsyaAllah..=)..
-Kisah lobak, telur dan kopi-
Bismillahirrahmanirrahim..
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk ke dua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain. Lalu dia bertanya kepada anaknya,
"Apa yang kau lihat nak?"
"Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta dia mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta dia merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya,
"Apa erti semua ini ayah?"
Si ayah menerangkan bahawa ketiga-tiha bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dan isinya berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?" tanya ayahnya.
Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kamu serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Apakah anda seperti itu?
Tepuk dada, tanya iman...
Waallhualam...=)
2 comments:
teringat cite2 cmni tyme kt sklh dlu,,
aish..
sukar nya tuk menjadi sperti kopi..
ttpi tlalu mudah utk mnjdi telur dan carrot..
(ttbe x ingt nme bhsa mlyu)
uish..adek kesayanganku?
ceh..kamu rupanya..akk ngat sape la td..
hehe biasala tu dek..angan-angan xsemestinya menjadi..tp sekurg2nya kita mencuba..
Post a Comment