Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Sunday, October 17, 2010

~Exam Is Around The Corner~


Tips Apabila Kita Terlupakan Sesuatu Sewaktu Menjawab Soalan

  • Tenangkan fikiran, fokus dan berfikir dengan penuh perhatian. Berusaha untuk mengingatinya dengan bersungguh-sungguh. Jangan campur adukkan dengan mengingati perkara lain kerana fikiran akan menjadi buntu.
  • Berdoa kepada Allah. Setiap muslim sepatutnya meletakkan pergantungan hanya kepada Allah dengan memohon pertolonganNya supaya diingatkan kembali perkara yang terlupa. Antara doa yang boleh diamalkan:
اللّهُمَّ ذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ ، وَعَلِّمْنِيْ مَا جَهِلْتُ

"Ya Allah, ingatkanlah aku apa yang telah aku lupa dan ajarkanlah daku, apa yang aku tidak ketahui."
  • Berzikir dan mengingati Allah dengan membanyakkan bertahlil, bertasbih atau bertakbir. Ini kerana lupa itu adalah daripada syaitan, manakala mengingati Allah dengan berzikir berperanan sebagai pengusir syaitan.
  • Beristighfar memohon keampunan Allah. Dosa-dosalah yang menyebabkan kita lupa terutama ilmu yang bermanfaat. Dosa menyebabkan hati nurani kita menjadi kelam sehingga susah untuk mengingati ilmu.

Menjelang Peperiksaan, Banyakkan...

  1. Solat-solat sunat (harus menjaga solat fardhu 5 waktu yang menjadi kewajipan).
  2. Baca Al-Quran dan fahami maknanya.
  3. Qiamullail (sekurang-kurang dua rakaat sebelum Subuh).
  4. Istighfar dan memohon keampunan Allah S.W.T
  5. Zikrullah
  6. Doa bersungguh-sungguh dan ikhlas.
  7. Makan makanan yang halal lagi baik.
  8. Memohon restu dan ampun ayah bonda.
Sumber Info Tips : Flyers PMS

To All my Friends and sesiapa je yang akan menghadapi peperiksaan..=)



1 comment:

japierah said...

tengkiu bebeyh..gud luck gop..try ur best

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...