Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Saturday, May 22, 2010

:: Aku 'Bear' Si Dia ::

Tidak lama lagi cuti semester aku akan berakhir. Semester akhir pengajianku akan bermula. Bagaimanala agaknya nanti?’. Dalam kerisauan aku tetap gembira. Pelbagai angan-angan yang bermain di mindaku. Angan-angan itu membuatkan aku terbuai sehingga rasa nak tertidur. Tapi, suara itu mematikan niatku.


“Lisa...Tolong Ibu sidai baju ni..asyik terperap je dalam bilik tu..Hish..ape nak jadila anak dara ni..”Arah ibuku daripada bawah. Malasnya. Tapi dek kerana itu arahan ibuku, aku turutkan jua. Lengkap bertudung aku mula melakukan kerjaku.


“Ibu..nak sidai kat pagar ke?? Macam nak hujan je..” Tanyaku. Walhal aku tahu aku boleh je buat keputusan sendiri. Tapi biasala cuti-cuti ni malas sikit nak berfikir..HohO..ade ke cmtu..


“Sidai je kat belakang tu..” Sahut ibuku.


Aku memulakan operasi menyidai pakaian keluargaku sambil menyanyi-nyanyi untuk menghilangkan rasa bosan menyidai baju sekaligus membuatkan kerjaku siap dengan cepat. Tengah syok aku melayan duniaku sendiri, tiba-tiba..


“Hai..sidai baju ke??” Aku terdiam. Aku cari dari arah mana suara tu. Lensa mataku menangkap batang tubuh manusia di belakangku yang dipisahkan dengan pagar.


“aa?” aku bertanya kembali.


“Saya tanya..sidai bajuku??” Dan aku sememangnya tidak gemar orang bertanya sesuatu yang memang dia sudah sedia maklum pun menjawab,


“Tak..saya duk jahit baju je ni..”


“Wah..besar betul ‘mesin jahit’ awak ni..beli kat oversea ke?”balasnya lagi dengan senyuman sinis.


“Tak lah..beli kat ‘in the sea’ je..”kalo dia senyuman sinis. Aku senyuman sinis kuasa dua..heh! Dia terdiam. Sangkaku dia tidak akan meneruskan apa-apa bicara lagi. Namun apa yang terjadi sebaliknya.


“ Dah lama ke jadi pembantu rumah aka orang gaji neh?” Hish..tak bosan ke mamat ni..tapi serius pertanyaannya ini benar-benar membuatkan aku rasa nak gelak terguling-guling di depannya.


“Hmm..ade la beberapa minit yang lalu..” Dia terpinga-pinga. Nyatanya dia tidak mengerti maksudku.


“Maksud awak?Bile tu?”


“Sejak awak tanya saya –sejak bila awak jadi orang gaji-..hehe..” aku membalas selamba lalu melangkah masuk kerumah meninggalkan si dia termangu-mangu sendirian. Lantak kamoO la..yang penting kerjaku sudah setel.


*****************


Malam itu,


“Mak..sejak bile jiran belakang umah kita ni ade anak lelaki yang besar mak?”tanyaku. Saja. Ingin tahu. Tiada niat lain Ok..


“Tula ko..asyik terperap dalam bilik je. Ape yang terjadi kat luar pun ko tak tau.” Alamak..mak aku dah keluar aura-nak-bagi-ceramah. Baik aku cabut dulu..


“Hah! Tu nak pergi mana tu. Baru mak cakap sikit. Dah lari..”bebel mak aku lagi. Biarlah. Kang kalau mak aku tak membebel. Sunyi je rumah ni sementelah adik-adik aku semua tiada dirumah. Semua kena ‘buang negeri’. Kami sekeluarga terpaksa redha je..hehe..


Di bilik, aku ingin membuka tingkap. Rasa rimas dan lemas. Oh No! Tapi baru sahaja aku menyelak langsir. Gulp!..Aku segera menarik kembali langsir menutupi tingkapku.


“Aiseyman..camne la dia leh duduk bilik setentang dengan bilik aku ni. Masalah betul. Mau diselak langsir kene pakai tudung..huhu..namo3..”


******************


Adik-adik aku yang ‘dibuang negeri’ akan kembali esok. Kata mereka cuti semester.

‘Aku dah nak habis cuti. Depa baru nak balik. Hampeh betoi.’monologku sendiri.


“Lisa..dah kemas barang ke belum tu?Kamu jangan nak buat kerja ‘last seminit’. Cari pasal je dengan ayah tu nanti.”soal ibuku di dapur.


“Sudah mak. Tunggu nak naik bas je.”balasku sambil otakku ligat memikirkan barang yang tak disimpan lagi.


Esoknya..


“Kakakkkkkk....”ish..suara tarzan mane la yang mengganggu lenaku neh. Dengan langkah lemah gemalai + malas + ngantuk = Ignore je panggilan tu. Aku menyambung tidurku.zzz..tapi ketukan bertalu-talu di pintu bilikku membuat aku terjaga lantas terduduk . Aku mendengus. Dengan geram..


“Mende??Bising jela..”aku melepaskan geramku tanpa memandang siapa gerangannya.


“Akak ni tau tido je la!”macam kenal suara ni..tapi siapa ya?lantas aku mendongak kepalaku.


“Ecahhhhhhhhh...Ijaaaaallllllllllllllllll...Adikkkkkk akakkkkkkkkkkkkk...” rupanya adik-adikku yang ‘dibuang negeri’ tu udah kembali..


Petang itu,


“Akak pukul berapa bus malam ni?”tanya Ijal adikku yang ralik memberi makan pada 4 ekor kucing dirumah kami. Tigre’ merupakan ibu kepada tiga ekor anak kucing yang diberi nama white pantera, andy dan melinda. Giler gempak tak nama..haha..tu adik bongsu aku punye keje..aku tak bersalah.


“Pukul 12 malam kang.”


“Lor..cepatnya..”


“Korang yang balik lambat. Akak lak yang dikatenye cepat.”


“Kak..Ijal masuk jap. Nak buat air.. Akak nak air tak?”


“Boleh jugak. Macam biasa k..”pintaku. Aku bermain-main dengan white pantera. Kucing ini sangat nakal bagiku. Dalam keralikan ku bermain-main dengannya, satu suara menegur..


“Comel kucing..”


“Memang pon..”balasku tanpa memandang siapa pemilik suara itu.


“Tapi bile awak pegang dia..terus tak comel..haha..”katanya lagi. Mungkin cuba mencuri perhatianku.


“Memang pon..”balasku bersahaja. Dari ekor mataku, aku tahu dia tidak berpuas hati.


“Awak ni gemokla..”dia masih cuba membakar-bakar hatiku.


“Memang pon..”aku tetap dengan keslumberan-tahap-tak-hengat aku. Akhirnya dia berputus asa begitu saja apabila aku tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melayannya. Sebelum dia berlalu pergi..


“Sombong! Bajet lawa ke?”


“Memang pon..”aku membalasnya sedikit kuat. Saja nak cari pasal..haha..giler!


******************


Cuti sudah berakhir. Rutin sebagai pelajar pun bermula. Tapi tu esok. Sekarang ni aku sedang bermalas-malasan dirumah sewa. Aku duduk di rumah sewa bersama dua orang rakan, Miza dan Yan. Aku senang memilih rakan se kos dan sama semester. That mean jadual kitorang pun same..huhu..


“ Wes..berdebar pulak nak masuk kelas esok..”Yan memulakan bicara memecahkan kesepian.


“Aha..sem lepas praktikal. Nak masuk kelas balik sem ni ‘ade mcm rasa kekok sikit’..hehe..”balas Miza pula.


“Ala..lepak la..buat-buat biasa sudah. Lagi pon..ni sem akhir..lepas ni tak yah pikir dah pasal study. Fokus mengajar pulak..huhu..”


“Aah..cam tak caye lak..sekejap je rasa kan...”akui Yan tentang kenyataanku itu. Kami terus berborak sampai la jam menunjukkan tepat pukul 12.


“Ok Cinderellas (sebab lebih daripada seorang), time to go to sleep. Have a nice sleep. Sweet dream..Nyte..” Aku menamatkan perbualan kami dan mengatur langkah ke bilikku. ‘Semoga esok akan menjadi hari yang indah buat kami.Amin.’


*******************


“Guys..lets go..” dengan semangat waja. Kami menaiki bas untuk ke campus.


“Eh..Miza..subjek ape eh pagi ni??” Ops..tak cukup waja lagi nampaknya kami ni. Masing-masing menyelak beg mencari jadual.


“Fizik la..”aku menjawab bagi pihak Miza.


“Aiseyman..”respon yang diberi oleh Miza dan Yan sudah cukup aku faham. Maksudnya ‘we allergic with that subject’..haha..adela kisah silam mereka..


Setibanya di kampus, kami bergerak menuju ke dewan kuliah A..


“Eh..ala..Miza..Yan..jom gi toilet dulu. Perut aku ni wat hal lak.”Aku tiba-tiba bersuara.


“Ha?Dah pukul 9 dah ni..karang lambat pulak masuk kelas. Dah la kelas pertama.. Spoil pulak nanti yunk! Tak leh tahan ke??”Miza membalas. Dahiku berkerut-kerut menahan sakit yang datang tiba-tiba. That mean ‘Tak Leh Tangguh Lagi’. Aku segera berlari menuju ke tandas berdekatan sambil berkata


“Korang pergi dulu. Cop tempat untuk aku..”


Fuh..Lega..Dengan senyuman yang menggambarkan kelegaan aku menapak ke kelas.


“Assalamualaikum. Maaf Encik. Saya lambat.” Kataku sebaik sahaja melangkah ke kelas. Saat itu, pensyarah berdiri membelakangiku. Selesai sahaja aku berkata demikian, aku terus melangkah ke tempat duduk. Kelas rupanya sudah bermula sebelum aku masuk.


“Ok...saya sudah memperkenalkan diri saya. Sekarang giliran kamu pula..” Ada lagi ke sesi taaruf macam ni walaupun dah sem akhir..alahai..


Seorang demi seorang mula mengenalkan diri masing-masing. Sampai sahaja giliran aku. Aku memanggung kepala untuk mengadap muka pensyarah-yang-tak-dikenali itu. Aku baru berkira-kira untuk bersuara tapi..


“...”tiada kata yang terluah dari mulutku.


“Kenapa tak bercakap??Ada apa-apa yang tak kena ke??”tanya pensyarah muda itu sambil tersenyum.

Mungkin baru bekerja rasanya. Tapi ada yang tak kena dengan wajah dan senyumannya itu. Ah..malas aku nak fikir..


“Hello...”katanya lagi sambil memetik-metik jarinya di depan mataku. ‘Terkezut ambe..’


“ Erm..maaf Encik. Otak saya sedang membetulkan urat saraf yang patut tadi..Diorang tengah cari maklumat berkenaan. Lambat lak otak saya menafsir maklumat tu tadi..Maaf..Nama saya Haslisawati Bt Anuar. Berasal daripada Terengganu atau lebih tepat lagi Kemaman.” Habis je aku memperkenalkan diri, aku terus duduk.


“Ada saya suruh awak duduk ke??”seperti terkena renjatan elektrik aku terus berdiri kembali.


“Ada saya suruh awak bangun balik ke??”aku mula tayang muka blurr-tak puas hati-tak paham. Pelik betul pensyarah ni..nak cari pasal bukan kat sini la..meh la race kat F1 sepang circuit..hohO..


“Duduk la..saya main-main je..jangan simpan dendam kesumat lak dalam hati tu..”katanya selamba seraya mengundang hilai tawa rakan sekelasku.


“Oklah..saya kira hari pertama tak perlu lah kite belajar lagi. Sebelum bersurai, ade apa-apa soalan yang hendak ditanya??”


Aku mengangkat tangan.


“Yes..”


“Nama Encik apa??”


“Oh..kamu masuk lambat tadi. So, you have to find out by yourself.”


“Maksud Encik??”


“Cari sendiri nama saya..”


“Pulak dah..macam la susah sangat nak bagitau..”ngomelku perlahan. Beliau ni memangla sangat suka mencabar kredabiliti aku. Untuk seketika aku mempamerkan wajah kelat. Tapi Idea-baik-punye datang..haha..


“Ops..kamu tak boleh bertanya kawan-kawan kamu dalam kelas ni..”sambungnya lagi. Uiks..ni dah macam first task tuk aku..mane aci..


“Encik Zharfan..”suaraku yakin menyebut namanya. Dia berpaling, seakan terkejut begitu cepat aku mengetahui namanya. Dia mengangkat keningnya. Aku buat-buat tak paham.


“Ok lah kelas. Kita bersurai.”Yes..haha..


Sebelum melangkah keluar, aku sempat terpandang matanya yang menghantar isyarat ‘mana awak tau nama saya’. Dengan sopan aku melangkah kearahnya,


“Lainkali padam nama kat papan putih dulu..”aku sengih buruk mengalahkan kambing. Tapi puas hati i taw..haha..


Ada sejam lagi sebelum sesi kelas ke dua..kami memilih library sebagai port untuk melepak. Ha! Jangan ingat kami ni baik sangat. Kami sebenarnya melepak di Cafe Library. Hehe.. Aku segera membeli kuih kegemaranku. Bingka Ubi in my hand..i likeee..


“Wokeh.. 1 untuk Miza..1 untuk Yan..and 1 for me..” kataku sambil menghulur-hulurkan kuih yang ku beli tadi. Well, loving is sharing..sharing is caring..ahaks..


“Untuk saya?”suara aneh menampar cuping telinga ku.


Aku berpaling 180 darjah untuk mencari orangnya tapi hakikatnya orang itu sudah di depanku. ‘Buat lenguh aku je..’


“Eh..Encik Zharfan..”satu suara lain menegur. Oh..Liya Gediks rupenya. Sesuka hati aku je memberi gelaran begitu.


“Oh..kamu Liya..”


“Encik Zharfan buat ape kat sni?? Dah breakfast??”Oh my..kitorang ni penonton tak bertauliah ke..nak menonton sandiwara ‘Liya the gediks with her new victim’..Jahatkan aku??Sabar jela..


“Eh girls..jom kite berangkat menuju ke destinasi seterusnya..panas seyh kat sni..”aku mengajak kawan-kawan aku untuk beredar daripada kawasan itu.


****************


Sedar tak sedar sudah berbulan-bulan aku duduk di Universiti kebanggaanku ini. Bangga ke?? Well..Nilai Bitara tu..Bangga2.. Siapa sangka sejak kewujudan Mr. Weird (gelaran yang ku beri khas buat Encik Zharfan tersayang..hahakkk), rakan-rakan kos ku sudah pandai berhias. Menurut kata Miza dan Yan, Encik Zharfan ni baru sudah buat master kat oversea..masih single..berusia 27 years old.. Hot Spot kat U aku..eh..Hot Stuff.. Hot Dog.. Hot ape-ape jela..aku tak ingat lak ayat tu..huhu..tu la yang ramai try nak ngorat. Tapi aku? Sorry..bukan not my taste..tapi dia dah men’spoil’kan taste aku terhadapnya..


“Woit..esok puasa la..”beritahu Miza pada aku dan Yan.


“What?YES!I likee..”


Sejak daripada itu, bermulala rutin kami bangun sahur..pergi kelas..berbuka..sembahyang terawih dan sebagainya. Pejam celik pejam celik..dah hampir sebulan kami berpuasa. Tinggal empat hari lagi sebelum raya. Esok kami akan pulang ke kampung halaman masing-masing melainkan aku yang akan pulang terus ke kampung sebelah ibuku. Kiranya, aku jumpe family aku kat sana je.


*****************


Hari raya pertama berjalan seperti tahun-tahun lalu. Sangat sibuk. Tetamu datang tak putus-putus. Tak menang tangan aku dibuatnya sementelah tenaga perempuan di rumah saudaraku itu sangat terhad. Ada tenaga-tenaga lelaki hanya tahu melihat je sambil mengacau-ngacau kami di dapur.


Hari raya kedua..


“Assalamualaikum..” satu suara daripada luar memberi salam. Aku yang kebetulan ada di ruang tamu pergi membuka pintu. Prakk!(bunyi pintu di buka).


“Ha??” Dumm!! Akibat terlampau terkejut aku terus menutup pintu dan berlari ke belakang rumah. Sepupuku yang berada disitu terkejut melihat aku menutup pintu.


Aku duduk termenung di belakang rumah sambil mengusap-ngusap kucing nenekku, Si Comel..


“Mel..asal kat sini pon dia ada..tak patut betol..ke bayangan aku je tadi Mel..?”luahku pada Si Comel. Seolah-olah dia boleh menjawab.


“Cik Memang Pon..”


“Aik Mel..ko panggil aku ke??”


“Memang pon..”


“Ko boleh bercakap ke??”


“Memang pon..”mendengar jawapan itu lagi. Aku menjadi tidak sedap hati. Aku menoleh dan sekali lagi aku terperanjat katak-kambeng sekaligus membuka langkah silat-hentam-kerapu yang aku belajar entah dari mana-mana. Dia tergelak melihat gelagatku. Aku termalu sendiri. Baru aku berkira-kira nak langkah seribu, dia menahan.


“Jangan lari lagi..” Aku terpaku.


“Encik Zharfan??”ragu-ragu aku bertanya.


“Yup..”jawabnya.


“Tadi Encik panggil saya ‘Cik Memang Pon’.kenapa ya?”


“Dah tak ingat ke??”aku hairan.kening sudah bercantum.


“Saya kenal Encik ke?”


“Orang Gaji..”hah?


“Encik ni jiran saya yang tu ke???”


“Yes!”saat itu jugak aku nak menghilangkan diri. Entah ape la yang hendak dicopnya aku ni..


“Don’t ever think that..”katanya tiba-tiba..


“Ha??”Aku tak mengerti. Dia baca fikiran aku ke? Seramnye.


Dia tersenyum. Aku terpana. Suke senyum ke dia neh..haish..


“Ape tujuan Encik ke sini??”


“ Nak minang anak dara orang..”


“Ooo..”aku terangguk-angguk. Untuk seketika aku blurr..


“Jap!..Anak dara sape??setau saya anak dara pak cik saya ni dah kahwin.”aku tersangatla konpius + blurr + pening = tak paham.


“ Awak..”


“What?Giler!”alamak..terkate dia gile la..wawawa..jangan dia potong carrymark aku sudah kerana telah mengata dia secara berani mati nye.


“Hahaha..kenapa??tak percaya??”dia menyambung gelaknya..


“Nonsense..Weird..”aku melangkah pergi. Malas nak melayan otaknya yang tak betul.


*****************


“Lisa..ada orang meminang kamu tadi..”ibu aku memulakan bicara sedangkan jantung aku bagai nak buat lontar peluru je.


“Ibu cakap ape?”


“Ikut kamu la..ni cincin tandanya..”aku tau mak aku or lebih tepat aku kate family aku jenis tak kisah kalau anak mereka kahwin tengah belajar ke ape ke sekiranya jodoh sampai awal maka kahwin awalla.


“Lisa fikir dulu la eh...”pelik..memang pelik..ape yang Mr Weird tu pandang kat aku. Dahla kejenye asyik nak melawan kata je..haha..


*****************


Habis je cuti raya, sesi kelas bermula seperti biasa cuma kali ni lebih meriah coz mesti ade jamuan makan-makan kueh raya lepas habis kelas..hehe


Dalam kelas fizik, semua sibuk merasa kuih-kuih raya yang dibawa rakan-rakanku. Ops..jamuan makan-makan ni lepas habis kelas ye..


Encik Zharfan tersenyum sepanjang masa. Aku jadi pelik. Aku taula dia ni Mr Weird. Tapi perlu ke senyum 24 jam. Hai..tak tidur lena la budak dalam kelas ni nanti dek senyuman manisnya tu. Makan hati berulam jantung le aku..erk..eh..ape aku melalut neh. Tiba-tiba handphoneku bergetar..


‘eh..nombor sape pulak ni..’ getus hatiku.


-Thanks sebab sudi terima saya.-zharfan-


Aku pandang dia. Dia senyum. Aku Tak Faham La.


-Maksud awak?-


-Cincin tu..-


-Oh..- baru aku teringt cincin tanda yang diberinya telah aku pakai. Itu menandakan aku telah menerima pinangannya tempoh hari.


-Tu je-


-Terima kasih..and please keep it as a secret first.-


-Sampai bile?-


-awak nak kahwin bile?-


-Ikut perbncgn hrtu, masa awak stdy week. Mean bulan 10.-


-Ha?Wow..Cepatnya..-


-Susah tahan perasaan cik kak oi..-


-Dah2..makan-makan..-


Aku mengelak apabila dia cuba berbicara mengenai perasaan ni. Adakah aku yang terlampau slumber sampai tak paham perasaan tu..atau aku yang tak nak memahaminya..hmm..


******************


“Miza..Yan..aku nak bgtau sesuatu..”masing-masing dah tunjuk muka cuak.


“Cuti baru ni. Aku dirisik. Ni cincinnya.”


“Ha???????????????Ko dah nak kahwin??”


“oit..senyap-senyapla..ko nak satu bangunan ni dengar ke..”marahku..


“Hehhe..sorry2..aku teruja sesangat neh..”


“Dengan sape??” tanya Yan..


“Biarlah rahsia..nanti korang mai la majlis aku eh..”


“Uiks..sejak bile ko pandai berahsia ni..”balas Miza tak puas hati.


“tadi..”hehe..


“Ala..tak syokla camni..”


“Sorry guys..saja bagi gempak..datang la yer..kalo nak tau la..”


“Biler tu.??”


“Bulan 10.”


******************


“Eh korang..aku dengar cite Encik Zharfan dah nak kahwin la..melepas lah aku..!” Liya Gediks melahirkan rasa kecewanya apabila mendapat khabar mengenai perkahwinan Encik Zharfan. Kami beramai-ramai mengucapkan tahniah kepadanya termasuklah aku. Nakal tak sudah!..Well it is still a secret..


Hari yang dinanti-nanti telah tiba.. tanpa bertunang akad nikah dijalankan dan majlis pon berlangsung. Alhamdulillah semuanya telah selesai. Tak leh ku bayang reaksi Miza dan Yan sewaktu melihat bakal suamiku..err..i mean my husband..hohO..tapi lebih mengejutkan aku adalah reaksi Liya the Gediks..sampai tersembur minumannya...terkejut i..haha..


Di kamar raja sehari,


“Encik Zharfan..bangun..solat..”Dia masih lagi kaku. Ragu-ragu aku menyentuh badannya.


“Encik Zharfan..bangunn...dah isyak ni...”aku mencuba lagi. Namun tak berhasil. Tido mati gamaknye laki aku neh..Aku menggaru-garu kepalaku yang tak gatal. Cube mencari jalan untuk mengejutkan makhluk Allah ni. Satu idea melintas sepantas kilat,


Dengan lafaz bismillah,


Sambil merenjis air ke mukanya aku menyanyikan lagu..

Renjis-renjis di pilis

ditepungi si daun tawar

hai beras kunyit ditabur

disiram si air mawar

Si dia ku lihat begitu terperanjat..


“Ape Lisa buat ni??”tanyanya kehairanan sambil menyapu air dimukanya.


“Encik tak nak bangun. Saya dah kejut.”dalam takut-takut aku menjawab. Aku ni memang macam ni. Jarang memikirkan akibat. Kalau nak buat tu terus buat je..huhuhu..


“Apa awak cakap??”tanyanya garang.


“Errr..”tak terkeluar suara ku..


“Nape tak jawab??”


“Nak jawab ape?”hamek kamo..kan dah menjawab tu..


“Panggil ape tadi??”


“Encik?”


“Apa??”


“Encik.”


“Salah!”


“Aa?”aku ternganga..


“Tutup mulut tu. Kalau tak abang cium kang..”otak aku cube memproses kata-katanya Abang?ewww.........kekok amat.


Cupp! Aku terpana.


“Hahahha..kan abang dah suruh tutup mulut tadi..”dia buat muka tak bersalah. Kurang Hasam punye suami..Ambil kesempatan ya.


“Abang...”aku memanggilnya dengan cara menggoda..sambil jariku bermain-main di tangannya. Giler-tak-segan aku kan..eheks..


Dia ku lihat tak betah duduk. Sambil mukanya mempamerkan reaksi tak percaya dengan tingkahku. Hehehe.. ini Lisa la..jangan main-main..Aku sengih jahat..terus aku ke balkoni meninggalkan si dia terpinga-pinga dengan tingkahku.


“Oh..main-mainkan abang ye..nakal Cik Memang Pon ni.”


“hehe..abang..”walaupun kedengaran kekok..aku masih mencube..dia hanya tersenyum.


“Ye sayang..”alamak..geli telinga aku..wawawa...


“Cam mana abang boleh nak pinang Lisa?”


“Tanya Ibu la..Ibu kate..nak pinang jumpe kat kampung..tanya tuan dia terus..huhu..”


“Tak..tak..bukan yang tu..tu Lisa dah tau..”


“Abeh tu..”


“Ape yang buat abang amek Lisa jadi isteri abang??”


“Sebab Lisa Gemok..”


“ha?”


“Tapi Comel..Jadi ‘Bear’ abang malam ni leh sayang..??”


“Erk..Gulpp..”aku terpaku..dan dia semakin mengeratkan pelukannya dipinggangku. Malu i. Kami sama-sama menikmati panorama malam tu. Sangat indah. Meskipun aku ni blurr 24 jam, ade jugak orang suka..i likee...ahakz..


-tamat-

2 comments:

nini_uniey said...

comey lah citer ni... kalo dijadikan novel msti best... bile chynaluri nk wat novel ag? kasik feeling lbh2 sket...

Anonymous said...

hahaha. layan. tergelak sy bc cerpen ni.

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...