Jatuh cinta satu kesilapan?
Limaza..bukankah ia hadir dari rahmat Yang Esa
Bukankah ia datang tanpa dipinta
Hadir tanpa di duga
Cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketakwaan
Cintakah kita pada Yang Esa
Atau sekadar
Melangit pada yang tidak kekal
Sama ada kita hamba cinta atau PENCIPTA
Cinta bukan satu kesilapan
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirkan
Kenapa cinta dipersalahkan
Tatkala ia dinodai
Bukan salah cinta it...tapi diri
Sebab tidak dibina dengan Islam
Tidak dihalusi dengan keimanan
Tidak dibajai dengan ketakwaan
Cinta bukan satu kesalahan
Tapi tapak penyubur Iman
Kerana...tidak sempurna Iman seseorang
Jika ia tidak mengasihi saudaranya
Seperti mana ia mengasihi dirinya
Cinta bukan satu kesilapan
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta ibu membawa ke syurga
Cinta keluarga memberi bahagia
Cinta pada kerajinan peroleh kejayaan
Cinta pada buku dicurahkan ilmu
Cinta pada sahabat membawa berkat
Cinta pada ibadah mendatangkan rahmat Tuhan
Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki
Tapi...memang cinta satu kesilapan
Jika ia menjauhkan diri daripada Pencipta
Jika ia membina jurang dari Yang Esa
Jika ia mengalpakan diri
Lantas meningkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cahaya Ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran Khalid-Nya
Jika ia menjadikan kita hambanya
Maka seharusnya cinta itu kau jauhi
Dan ia merupakan SATU KESILAPAN!!
p/s : sekadar renungan..dipetik dr sebuah majalah..(xingt..)
No comments:
Post a Comment