Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Friday, June 24, 2011

Suntikan Semangat!!


Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
jagalah akhlak mu! Jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
kembalinya pun asing!,
beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji.
kopipasta dari sini

Wednesday, June 15, 2011

Adakah aku sudah bersedia?

~..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..~

Malam tadi aku rasakan agak sukar untuk melelapkan mata. Berpaling ke kiri dan ke kanan, mata ini masih lagi terkebil-kebil. Fikiranku mula melayang kepada perbualanku dengan seorang rakan maya sebelum aku melabuhkan tirai sebentar tadi. Perbualan? Hmm..persoalan mungkin. Soalan yang aku kira sekadar ingin menguji pengetahuanku, namun aku gagal untuk menjawapnya. Ada soalan yang hampir tepat, untuk seketika aku rasa berjaya menjawabnya namun apabila diaju persoalan yang berkaitan, aku tetap hilang punca.

Rasa sebak, sayu dan mungkin malu datang menjengah tiba-tiba. Setelah bertahun-tahun lamanya aku belajar dalam bidang ini, masih lagi tidak berjaya menguasai sepenuhnya walhal perkara yang ditanya dipelajari sejak sekolah rendah lagi. Malah turut diterangkan lagi dalam Al-Quran. MasyaAllah! Adakah tiada barakah dalam ilmu yang kucari sebelum ini..Aku kembali merenung, apakah aku layak untuk menjadi seorang guru pada pelajarku suatu hari nanti?Adakah aku sudah bersedia untuk menjadi seorang pendidik? Tanpa aku sedari, fikiranku mula beralih arah, bukan isu ini yang aku fikirkan. Bagaimana dengan akidahku...imanku...andai kata asas nya rapuh..apakah ilmu yang berjaya kukutip selama ini akan terus bertahan? Ya Allah, semoga aku terus berada dijalan-Mu..

Bangun daripada lena pagi tadi, kisah semalam bagaikan menari-nari di minda, masih ada yang perlu dirungkaikan..saat sedang ralik melawati setiap laman sesawang yang telah dibuka..hati bagai ditarik-tarik untuk membaca 1 artikel I Luv Islam yang bertajuk
Usah Terlalu Memilih..


kandungannya::

BARU-BARU ini saya bertemu dengan Ewan, seorang petugas kedai farmasi di sebuah gedung membeli-belah. Oleh kerana perawakannya yang tertib dan melayani saya dengan baik sebagai pelanggannya, saya tertarik untuk mengetahui latar belakangnya.

Ewan sebenarnya adalah mahasiswa jurusan undang-undang UIA. Beliau bekerja secara sambilan pada cuti semesternya. Menurutnya, sejak di zaman persekolahan lagi, dia akan membuat kerja-kerja sambilan pada waktu cuti sekolah dan kampus. Dia pernah bertugas sebagai promoter di kedai kasut, kedai buku, melipat baju di syarikat membuat pakaian dan juga bertugas di gerai cendawan goreng, pasar tani.

Pada kunjungan saya yang berikutnya, saya dapati Ewan sudah pun menjaga kaunter bayaran. Ia menandakan, Ewan sudah pun mendapat kepercayaan taukenya. Saya berseloroh dengan mengatakan yang dia pun boleh jadi tauke kedai farmasi pada satu hari nanti. Dengan itu, dia seharusnya menyambung belajar dengan mengambil bidang perniagaan di peringkat sarjana.

Sambil tersenyum gembira, Ewan memberi jawapan yang mengkagetkan saya. Katanya, dia memang bercadang untuk mengambil kursus perniagaan di peringkat sarjana kelak. Lalu dia menyuarakan yang dia sebenarnya memohon kursus senibina tetapi ditawarkan jurusan undang-undang. Dia tidak teragak-agak untuk mengikuti kursus itu kerana ingin menimba ilmu. Tetapi, penglibatannya sebagai promoter di pelbagai perniagaan pada cuti sekolah dan semester membuatkan dia berasakan rezeki dan kerjayanya ada di bidang perniagaan.

Saya kagum dengan semangat dan pemikiran anak muda ini. Dia tidak menghadkan dirinya dalam kepompong bidang yang diminati. Sebaliknya dia cuba belajar bidang yang dia tidak sukai tanpa menoleh ke belakang lagi. Saya doakan Ewan akan berjaya dalam bidang perniagaan nanti. Pengetahuannya dalam bidang undang-undang akan banyak membantunya dalam perniagaan kelak.

Pada hari ini, mereka yang memohon untuk memasuki universiti tidak semestinya dapat belajar di universiti yang diingini, atau jurusan yang diminati. Walaupun ada yang dapat menerima kenyataan yang mereka tidak dapat apa yang dipohon, ramai juga yang hilang minat untuk belajar di jurusan yang bukan menjadi pilihan.

Sikap meletakkan hanya satu cita-cita hingga tidak boleh langsung meneroka bidang yang bukan selari dengan cita-cita akan menjadikan seseorang itu jumud pemikiran. Sikap ini akan melarat hingga tamat belajar. Kita dapati ramai sekali siswazah menjadi penganggur bukan kerana tiadanya pekerjaan tetapi kerana memilih kerja.

Saya pernah meninjau ke sebuah program Azam Kerja 1Malaysia di pinggir kota baru-baru ini. Tapak pameran itu terletak di tengah-tengah kawasan tidak kurang sepuluh rumah pangsa yang padat. Terdapat tidak kurang 50 buah agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan program mengambil pekerja dengan kelulusan minima diploma. Malangnya, saya dapati tidak ramai siswazah menganggur yang berkunjung untuk mencari kerja.

Sayang. Kini kerja mencari calon, tetapi calon masih tercangak-cangak hendak memilih kerja yang sesuai. Seharusnya, mereka yang mencari kerja tidak boleh memilih. Sebaliknya, kerja yang diperoleh itu harus dijadikan tempat mengumpul pengalaman sebelum menyusur kembali ke kerjaya yang dihajati apabila ruang dan peluang terbuka nanti.

Yang lulus bidang senibina tidak semestinya menjadi arkitek. Yang lulus di bidang bioteknologi tidak semestinya menjadi seorang bioteknologis. Mereka yang mempunyai fikiran statik akan lambat berjaya. Dalam pada itu, ada ramai sekali mereka yang belajar di satu-satu jurusan boleh sukses di jurusan yang sama sekali berbeda daripada bidang yang dipelajari.

Ahli perniagaan berjaya seperti Syed Mokhtar Albukhary hanya berkelulusan SPM. Tokoh korporat Tony Fernandez, tauke Air Asia pula berkelulusan ekonomi dan Tun Dr Mahathir pula adalah seorang ahli politik yang berjaya sedangkan beliau adalah seorang doktor perubatan.

Apabila tiada kerja, bagaimana kita akan ada kerjaya? Jika kita terlalu memilih, renungkan juga ayat 216, Surah al-Baqarah.

'... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.'

---------------------------------------------------------------------------------

Kisah ini secara tidak langsung mempunyai perkaitan dengan apa yang sedang dilalui sekarang. Bagaimana? Aku sedang menimba ilmu pada bidang yang bukan aku minati. Namun aku percaya ilmu Allah itu luas. Setiap apa yang telah ditakdirkan pasti ada hikmahnya. Dan aku ingin hidup dalam kepercayaan dan keyakinan itu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.. No doubt!

Pada setiap persoalan...pasti akan ditemui jawapannya..

Andai kita ingin mencari, jangan cari separuh jalan dan jangan hanya terus ke depan.. Sekali sekala tolehlah ke belakang, mungkin ada jawapannya yang kita terlepas pandang...



p/s : THAT'S ALLAH..He knows the desires of your heart..=)

Waallahualam..(",)

Friday, June 10, 2011

Monolog Hati Seorang Hamba


~..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..~

Assalamualaikum wahai sekeping hati

Seringkali dalam kehidupan ini kita didatangkan pelbagai ujian dan cubaan..sama ada kita rebah atau semakin gah berdiri menghadapi segala rintangan yang mendatang. Mungkin masalah cinta, keluarga, study dan sebagainya. Menebak jauh ke dasar hati,memikirkan isu terhangat di pasaran, seringkali masalah Adam dan Hawa yang menjadi topiknya. Mungkin ada pihak yang sudah bosan dan jelak dengan topik ini. Tapi apakan daya, tajuk ini umpama 'pisang goreng panas', hangat di perdebatkan dari semasa ke semasa.

Ada yang bercinta sekian lama tapi terputus di tengah jalan. Ada yang baru bercinta sudah selamat diijab kabulkan..ada juga yang tidak kenal tapi sudah mampu tersenyum bahagia bersama si dia! Subhanallah! Indah sungguh aturan Allah itu. Tidak mampu terduga dek hati yang masih samar-samar ini. Bagi yang dapat merasai keindahan itu, dia akan bersyukur kerana diberi kesempatan merasai nikmat tersebut. Namun bagi yang tidak dapat merasainya, sebaliknya tenggelam dalam rasa kekecewaan, apa yang diharap tidak menjadi. Plan nak jadi kaya, gaji besar namun masih jua berada di takuk yang sama. Berusaha sehabis daya untuk mendapat kenaikan pangkat, tapi nasib tak menyebelahi kita. Ada yang lebih layak. Bersyukurlah, kerna mungkin apa yang diidam-idamkan itu bukan milik kita. Ada sesuatu yang telah Allah sediakan buat kita.

Wahai hati yang mendamba redha Ilahi,

Jika inginkan keredhaan, belajarlah untuk meredhai. InsyaAllah hati akan tenang. Bagaimana? Belajarlah memaafkan. Hati tidak dapat menerima suatu takdir yang telah ditetapkan buat kita, kerana masih ada secebis rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri. Andai hari ini kita tidak berjaya..teruskan berusaha. Kerna kejayaan itu pasti tiba cumanya kita tidak tahu, entah esok atau lusa.

Apa yang tersingkap semalam merupakan cebisan kenangan yang bisa dijadikan pedoman bagi menghadapi masa depan yang masih jauh..ingatlah Allah sentiasa bersama hambaNya...maka berdoalah dan teruskan berharap setinggi langit.. Kerna mungkin ada permata yang bernilai di lautan yang masih tidak kelihatan..=)

p/s : sesungguhnya kita manusia tiada apa untuk dibanggakan jika setiap tingkah laku kita yang baik mahupun buruk semuanya terjadi kerana Allah Yang Maha Berkuasa. Tiada satu pun berada di bawah kawalan kita. Sedangkan hari esok pon belum dapat dijangka!! Renungkan wahai mata hati..jangan biarkan hati ini mati..



One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...