Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Thursday, December 23, 2010

...Sabar Itu Indah...






Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah pada hari ini. Setelah dihitung-hitung baki cutiku hanya tinggal seminggu lebih saja lagi. Dah nak masuk semester baru rupenye! Be strong!

Alhamdulillah semalam, Rabu (23/12/2010) ditakdirkan oleh Allah saya dapat menghadirkan diri dalam sebuah majlis ilmu@usrah. Saya tertarik dengan intipati yang dibincangkan lantas membuat keputusan untuk dikongsikan bersama sahabat sekalian. Tajuknya mudah. Sabar. Sumber rujukan yang digunakan adalah buku La Tahzan. Mungkin ramai sudah memiliki buku ini namun berapa ramaikah yang berjaya menghabiskan buku sebanyak 611 m/s itu. Barangkali buku ini hanya menjadi hiasan di meja atau rak buku atau hanya menjadi tatapan bila ada masa lapang yang tidak ketahuan bila waktunya. Justeru saya memilih untuk berkongsi.




Sepotong ayat yang saya dengar dalam usrah tersebut berlegar-legar di minda, 'Tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah'. Mungkin kadang-kadang kita terlupa bahawa setiap kelakuan kita dikawal 100% oleh Allah s.wt. sehingga kita selalu melihat sesuatu itu datangnya daripada manusia itu sendiri. Kita jadi marah pada tingkahnya yang tidak bertepatan dengan kehendak kita. Kita jadi sedih dengan bicara yang melukakan hati.

Seringkali juga kita kagum melihat orang yang mampu bersabar dengan kerenah-kerenah yang tidak masuk akal namun kita terlupa kesabaran yang ada dalam diri kita tidak akan ada melainkan dengan pertolongan Allah. Lemahnya manusia. Tiada satu pun dibawah kemampuan diri.

Umar Al-Khattab Radhiyallahu'anhu mengatakan:"Dengan kesabaran, kita tahu makna kehidupan yang baik."

Bagi ahli sunnah terdapat tiga perkara yang harus dilakukan ketika sedang menghadapi musibah: Bersabar, berdoa, kemudian menunggu jalan keluar.

Seorang penyair berkata (ruj: La Tahzan)

Kau merayap meraih kejayaan
sedang mereka yang berlari dengan sepenuh hati
telah sampai
Mereka berkejaran menuju kejayaan
hingga kebanyakan mereka merasa bosan
Siapa pun yang bersungguh-sungguh dan sabar
dapat meraih kejayaan
Jangan kau kira kejayaan adalah kurma yang biasa kau makan
Tiada yang dapat mencapai kejayaan
hingga dia mampu bersabar

Kenapa saya memilih kata-kata(syair) ini untuk diketengahkan pada semua?

Saya yakin rata-ratanya manusia ingin memperolehi kejayaan yang diidamkan. Tapi sepanjang tempoh itu pasti ada masanya kita berasa bosan sehingga mencetuskan rasa putus asa. 'Penantian satu penyiksaan' bagaikan pegangan dalam hidup kita. Alangkah moleknya sekiranya pegangan itu digantikan dengan 'sabar itu indah' sehingga mampu merasakan kemanisan nikmat kehidupan ini.

Kebosanan yang dirasai sepanjang tempoh itu barangkali kerana kita merasakan target yang kita kejar dan cari dan kejayaan yang kita kecapi umpama kurma biasa sehingga mata kita gagal mengesan kelainan yang sedang kita lalui. Logiknya, adakah kita yang pada usia 12 tahun dulu sama dengan usia kita 21 tahun sekarang? Adakah kita masih berperang untuk UPSR atau sebenarnya kita telah melangkah lebih jauh walaupun dalam konteks yang sama iaitu belajar? Sama-samalah kita berfikir dan memuhasabah diri..

Akhir kata, sebagai penutup bicara..

Anak nyamuk di dalam padi
Cuka di dalam perberasan
Sungguhpun beramuk di dalah hati
Di muka jangan kelihatan

-Shabrun Jamil-

Waallahualam..

Dari lubuk hati,

CahayaNaluri

23/12/2010

10.00 pm


Saturday, December 18, 2010

-Gadis manis itu-



Gadis manis itu

Masih mampu tersenyum ceria

Menyembunyikan luka di dada

Tanpa membuat sesiapa curiga


Gadis manis itu

Berikan bahagia pada semua

Tanpa memikirkan siapa dia atau mereka

Baginya semua adalah keluarga


Gadis manis itu

Dalam hatinya seribu rahsia

Tidak mampu dicungkil oleh sesiapa

Kerna baginya itu adalah haknya

Berkongsi dengan orang tertentu sahaja


Gadis manis itu

Hatinya selembut sutera

Gayanya indah bersahaja

Keikhlasan menemani setiap langkahnya


Dalam diam..

Hati gadis itu melakar derita

Namun tidak pernah dikhabar pada semua

Dilabuhkan doanya buat Sang Pencipta

Kerana dia yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Hikmah yang tersembunyi di alam nyata

Hanya diketahui pabila tiba masanya


Gadis manis itu

Mula berbicara

Wahai penghuni dunia

Jangan pernah rasa sangsi dan curiga

Yakinlah rahmat Allah ada dimana-mana

Menemani kita sepanjang masa

Tanpa mengira siapa kita


Pesannya pada semua

Melangkahlah selagi terdaya

Kenali la erti penat jerih yang ada

Tinggalkan rasa putus asa

Kerana kita hidup hanya sementara

Hargailah nikmat yang masih ada

Teruskan perjuangan di dunia

Demi kebahagiaan di akhirat yang selama-lamanya..

Nukilan,

CahayaNaluri

18/12/2010

6.42pm

Tuesday, December 14, 2010

Aku sedang Mencuba dan Belajar



Assalamualaikum..Selamat pagi..

Semoga semuanya ceria-ceria seperti selalu..=)

Tengah musim cuti ni mula la tak tau nak buat ape..tangan mula la gatal menggeledah kotak-kotak lama..kebetulan terjumpa buku-buku conteng yang mungkin dah berabad ditinggalkan..ahaks!

Helaian di belek...di lihat isinya dari muka ke muka sehingga terjumpa satu sajak aku kira..Waallahualam..di beri tajuk -Aku Sedang Mencuba dan Belajar-..tapi tidak pula ku catat darimana sumbernya..

Aku sedang mencuba melupakan manusia
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba menangguhkan cinta
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba melupakan semuanya
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba dan mengikut rasa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba tidak melukakan jiwa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba tidak melukakan sesiapa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba menjadi lebih perkasa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba pandai menimbang kecewa

Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba menjadi benar-benar manusia

Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba memaknakan hidup yang sementara

Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

Aku sedang mencuba berkelana tanpa sesiapa
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba mewangikan semesta
Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya


Aku sedang mencuba redha dan menerima seadanya

Aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya

-sekian..Wassalam-


sumber : x dapat dikenalpasti..hehe..=)

Thursday, December 9, 2010

:: Pahit Itu Ada Manisnya ::


Kebenaran itu nyatanya pahit untuk di luah apatah lagi untuk di telan. Namun begitu kebenaran itulah yang membawa erti pada sebuah kejujuran. Kejujuran menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira persahabatan, percintaan mahupun kekeluargaan. Dengan sebuah kejujuran lahirlah kepercayaan yang mengukuhkan lagi ikatan. Renungkan sebentar..Sejauh manakah kita berlaku jujur? Tidak kira pada siapa. Pada Allah, keluarga, kawan-kawan malahan diri kita sendiri. Adakah kita jujur?


Bohong kalau aku katakan aku seorang yang jujur. Mungkin sekarang aku sedang cuba menjadi seorang yang jujur. Seorang yang berterus-terang dan mungkin lebih telus dengan perasaan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, untuk seketika terlintas dalam hatiku ‘adakah aku akan berjaya merubah diri ini tanpa melibatkan campur tangan orang lain?’. Aku hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Aku juga bisa tidak menyedari kesilapan andai tidak ditegur. Justeru, tegurlah aku. Walaupun menyatakannya amat sukar. Itu lebih baik daripada berkata-kata dibelakangku. Mendengar dan menerima suatu kebenaran itu pahit tetapi mengetahui pandangan seseorang terhadap kita dalam diam dan tanpa disengajakan lebih pahit.


Mengapa? Kerana perasaan ‘Oh tidak sangka!’ itu akan muncul dan menganggu fikiran sepanjang masa. Membuat diri menangis dalam diam. La Tahzan. Ingatlah Allah sentiasa bersamamu. Tapi mungkinkah andai ini terjadi aku akan mengingati segala perkataan yang ada dalam buku La Tahzan itu. Mungkinkah pada saat itu aku bisa menyematkan dalam hati yang Allah bersamaku. Jawapannya mungkin tidak! Kerna apa? Kerana aku juga manusia punya hati dan perasaan. Bisa terikut bisikan syaitan yang menghembus di halwa telingaku. Mungkin untuk seketika aku tenggelam bersama perasaanku sebelum akalku mampu berfikir secara waras. Menepis rasa dihati sehingga mampu mengukir sebuah senyuman ikhlas dari hati.


Justeru itu teman-temanku sekalian,

Be honest if you love Allah

Be honest if you love yourself

Be honest if you love your family

Be honest if you love your friends

Be honest if you want to be love

Because with the honesty

You will find your happiness

You will live no doubt

You will breath confidently

You will think positively

You will walk securely

You will remember that you are not alone in this world


Kata-kata ini mungkin tidak bererti apa-apa pada kalian, cuma catatan hati seorang insan biasa. Insan yang menjadi sang pemerhati. Insan yang masih menumpang di bumi Allah. Insan yang masih dipinjamkan untuk bersama kalian. Insan yang masih mampu menghirup udara segar sehingga suatu masa yang ditetapkan.


Berkata benarlah meskipun pahit kerna pada yang pahit itu pasti ada manisnya.


Jagalah setiap perhubungan kerna andai sebuah perhubungan itu retak ia tidak akan menjadi seindah perhubungan pertama saat ia bercantum semula.


Ukhuwah fillah selamanya =)


Memori seorang Insan,

CahayaNaluri

4.48pm

10/10/2010

*Bumi Selepas Hujan*


Bumi Selepas Hujan

Ada kedamaian yang tercipta

Ada sinar selepas derita

Ada bahagia di balik tangisannya


Bumi Selepas Hujan

Warna nya tidak semendung tadi

Sinarnya tidak secerah semalam

Namun masih mampu mengukir sebuah senyuman


Bumi Selepas Hujan

Tanahnya basah kesan tangisan

Tangisnya rahmat pada sang penghuni

Ada yang menanti datangnya pelangi


Bumi Selepas Hujan

Hadirnya hanya seketika

Munculnya tidak lama

Namun cukup buat hati ini gembira


Bumi Selepas Hujan

Segar dan Nyaman

Tenang dan Damai

Semoga meresap kedamaian itu

Ke hati penghuni bumi


CahayaNaluri

~Selepas hujan~

4/12/2010



One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...