Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Sunday, July 4, 2010

-Secebis Kenangan-

Nafas dihela perlahan. Seakan ada masalah yang sedang difikirkan. Tapi, benarkah ada masalah? Jari ini selalu menaip tapi rasanya sudah lama tidak menaip sebuah cerita yang boleh dikongsikan bersama lantaran kesibukan dunia seorang pelajar yang belajar dan terus belajar. Entah kenapa harini aku memandang sepi pada lappy ku. Hati tergerak untuk menulis tapi kemalasan mengatasi segalanya. Namun kini..lihat..aku sedang menaip. Cerita apa? entah!..Mungkin kehidupanku..mungkin kehidupanmu dan mungkin juga tiada kena mengena dengan kita.

Suasana pada petang ini amat mendamaikan. Kedamaian ini membawa pergi fikiranku melayang jauh meninggalkan dunia realiti. Mengingatkan aku pada beberapa peristiwa yang tidak mahu aku ingatkan lagi. Ah~! Tapi mengapa kenangan pahit itu juga yang menjelma ke dalam ingatan!! Tak suke3x!

Tok..tok.. " Wawa.. I am here!Haha.." Dek terkejut. Tanganku terhenti menaip.

" La.. Kak Erda ke..Buat suspen je.."

" Nape? Ingat ada putera kayangan nak datang ke?"

"Nonsense..pasai pa mai neh?"

"Akak datang nak online la..macam la ko tak biasa.."

"Hehee...lupa yang akak ada cakap petang tadi.." Aku membiarkan Kak Erda membuat kerjanya sendiri. Tiba-tiba..

"Ehem..boleh saya masuk??" macam kenal suaranya..tapi siapa ya..

"Lor..Kak Miza..masukla..malu-malu kucen pulak dia.."

"Haha..Sapela tak kenal akak ni kan.."Pecah gelak kami semua. Begitula kami saban hari. Sering bergurau senda. Mujurlah teman sebilikku tiada pada saat itu.

Mataku kembali pada skrin komputer..tanpa sedar sebuah keluhan terlahir daripada mulutku.

"Aii..nape wa??" Tanya Kak Erda prihatin.

"Tak de ape la kak. Cuma terkenang peristiwa petang tadi je.."

"Sabarlah ye wawa.."nasihat Kak Miza. Paham. Kerana kami turut merasanya.

"Bukan ape kak. Just rasa terkilan. Tak sangka, dalam diam dia memburuk-burukkan kita"luahku.

"Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Itulah manusia.."kata Kak Erda. Kami terus tenggelam dalam fikiran sendiri. Tapi aku tahu kami tetap memikirkan Kak Liya. Satu demi satu perbuatannya kembali bermain di mindaku. Sungguh. Sedih. Tak tipu!

Dalam terleka,

"Ha..akak naik ni ade sebab la.." Kak Miza tiba-tiba bersuara.

"Awatnya Miza?" Tanya Kak Erda kehairanan.

"Tadi Liza datang bilik Miza..nak pulangkan buku mathematics yang dipinjamnya. Tiba-tiba dia bukak cerita yang Ada ada datang berjumpa dia semalam."terangnya.

"Pastu kak?"pintasku tidak sabar. Yelah..masakan takde angin takde ribut tiba-tiba je Kak Miza nak bercerita mengenai Liza..

"Dia kata Ada gitau tak sangka ya kita bertiga ni macam ni."

"Macam ni tu macam mane Miza?"tanya Kak Erda pulak.

"Dia kata sejak Kak Liya kawan dengan kita bertiga. Kak Liya macam terkongkong. Tak leh nak berkawan dengan orang lain."

"Aik..sejak biler lak??The choice was hers. Nak kawan ngan sape-sape pon. Kita tak pernah halang dia kan."aku mula melahirkan rasa tidak puas hatiku. Baru tadi masalah lain sekarang masalah lain pulak.

"itu la..tapi Liza kate la 'tak la..diorang bukan macam tu. Ko tak kenal lagi Kak Liya tu..' tapi si Ada lak jawab 'Tak.Aku kenal Kak Liya. Kak Liya baik. Tak macam diorang bertiga tuh.' Korang tau tak..akak rasa cam nak face to face je dengan si Ada tu. Akak nak cakap kalo tak tau ape-ape jangan nak memandai-mandai buat kesimpulan." Kak Miza meluahkan rasa geramnye.

Aku dan Kak Erda terdiam. Mungkin cuba menafsir kata. Tenang.

"Ginila kak. Ikut diorang la nak kate ape. Yang penting kita tau siapa kita. Tak perlu la kita nak semakkan pemikiran kita dengan hal-hal macam ni. Esok dah start cuti semester..So balik cuti ni kite rehatkan minda betul-betul. Buang yang keruh ambil yang jernih. Tak usahla kita ingat benda yang memang XBEST neh."kataku. Seolah-olah membuat satu keputusan. Bukan untuk mereka tapi buatku sendiri sebenarnya. Mereka mengangguk setuju.

Nafas ku hela sekali lagi. Pergila bersama kesedihan dihati. Tangan laju menekan mouse. Mataku melewati beberapa blog kengkawan. Sehingga tertancap pada satu tajuk..

Apabila Kau Ingin Berteman

Apabila kau ingin berteman…
Ja
nganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….


Dalam diam aku setuju dengan kenyataan dalam kata-kata ini. Hatiku bersyukur. Alhamdulillah kerana Allah mengejutkan aku dalam kealpaan. Menegur silapku dalam sekerdipan. Bibirku menguntum senyum. Memasang janji dalam diri sendiri. Membiarkan hati bernafas lega. Kak Liya makhluk Allah juga. Sama sepertiku. Sebagai kawan, aku sepatutnya mendoakan perubahannya bukannya membencinya. Semoga masih sempat untukku bertaubat. Mendambakan keampunan daripada Allah S.W.T.


'Ya Allah..Kau bukakanlah pintu hati Kak Liya. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Ameen Ya Rabb..'







Apabila Menghadapi Ujian


Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam dan mudah buruk sangka. Yang dahsyatnya ialah kalau hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.


Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan.


Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.

Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila.


Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu). Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita.


Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.


Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.


Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa, menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya.


Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah, tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri.

Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.


Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”


Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya: “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”


Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau marah-marah pada Allah, insyaAllah ganjarannya di syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!


Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: “Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”


Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimanannya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….


Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.


Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan.

Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini.


Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?


Renung-renungkan lah...Sesungguhnya sabar itu separuh daripada Iman..Wassalam..=)


p/s : Credit to Kak Fira kerana bagi kata-kata ini kepada saya..love u sis..=)



Saturday, July 3, 2010

-Anak Belajar Dari Kehidupannya-



ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA...

Jika anak hidup dengan cemuhan, dia belajar mengutuk,

Jika anak hidup dengan keganasan, dia belajar melawan,

Jika anak hidup dengan ejekan, dia belajar menjadi pemalu,

Jika anak hidup dengan tolak ansur, dia belajar menjadi penyabar,

Jika anak hidup dengan dorongan, dia belajar menjadi yakin,

Jika anak hidup dengan pujian, dia belajar untuk menghargai,

Jika anak hidup dengan adil, dia belajar keadilan,

Jika anak hidup dengan keselamatan, dia belajar untuk mempercayai,

Jika anak hidup dengan penerimaan, dia belajar menyukai dirinya,

Jika anak hidup dengan keredhaan dan persahabatan, dia belajar mencari cinta dalam dunia...

dicopy dari halaqah

Justeru itu, kitalah yang bakal menentukan acuan buat generasi akan datang supaya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.


Wassalam..=)

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...