Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Saturday, June 27, 2009

Janji Dan Sumpah Iblis terhadap WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah..

p/s-di kopi pes from vf..semoga boleh diambil pengajaran..

~Sekalung Penghargaan~



thanks to all yang sudi baca dan menanti cerita Pelangi itu Indah sehingga tamat..hehehehe..lepas ni ntah bila lak boleh update blog nie..doakan saya ya semua..huhu~..ingin meneruskan perjuangan...hehehe..

This song is special dedicate to misz nana,cheesecake,SkamalS and all readers and viewers...special to my friends too...

Pelangi itu Indah 25

:: Usrati Sa'idah ::

4 tahun berlalu,

"Umi..umi..."jerit Natasya Iman..permata hatiku..

"Nape ni sayang??"tanyaku mesra..

"Along kaco Tasya.."

"Along!!"aku memanggilnya dengan nada berbaur amaran..ketika itu along sedang berdiri di muka pintu dengan wajah bersalah..

"Ape along dh buat??"

"Mana ada along buat apa-apa..Tasya tu yang ngada-ngada..sikit2 nak ngadu.."dia jelir lidah geram dengan kembarnya itu..aku merenung mereka penuh kasih..Alhamdulillah..perkahwinan aku dan Ikmal dikurniakan dua permata hati serentak dan satu lagi on the way..hahaha..mungkin menggantikan kehilangan yang dulu..

"umi..ooo..Umi..."tangan mereka di lambai-lambaikan di depan mukaku..

"uisy..buat ape tu??"

"Kita cakap ngan umi..umi tak de kat sini pulak along??.."si kecil Tasya bersuara..

"A'ah la Tasya..habis air liur kita..jom g minum air.."baru saja mereka hendak berlalu..aku menarik mereka merapati aku..aku cuba mengangkat mereka duduk di ribaku..tapi..

"Aduhhh.."dan mereka berdua dah panik..

"Tasya la buat ni..."

"Ape pulak..along la.."mereka saling menyalahkan antara satu sama lain..nak tergelak aku di buatnya..hilang seketika rasa sakit yang aku alami tadi..

"Eh..along..tasya..apa yang korang buat tu??"tegur satu suara yang baru melangkah masuk ke bilik..tangannya ku capai dan ku salami seperti biasa..

"Bangun..bangun..sian umi ngan adik kat perut tu..meh duk kat walid.."

"Tak nak..walid busuk.."kata mereka serentak..saat itu,tercetus gelak tawa yang ku tahan sedari tadi..dia menjeling ku..dan berbisik..

"gelakkan abang ya..jaga Nini nanti.."gulpp..

"Eh abang..macam ada orang je kat bawah.."aku berkata apabila mendengar seperti suara orang bercakap-cakap di bawah..Ikmal menepuk dahinya

"Lupe la Nini..Iqbal dengan Diya ada kat bawah.."

"Abang!!"kami segera turun..lame tak berjumpa pasangan tu..boleh pulak suami aku lupe kat tetamu yg setia menanti kat bawah tu..setibanya di ruang tamu..aku berpelukan dan berlaga-laga pipi dengan Diya..rindunya..Iqbal dan Ikmal hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah kami yang tak ubah macam budak-budak walaupun sudah bergelar ibu pada dua orang anak..Sementara itu, Natasya dan alongnya,Zairul sibuk bermain dengan anak-anak Diya,Alif dan Auni..tiba-tiba..loceng di pintu berbunyi..terdengar salam di beri dari luar..aku segera menuju ke pintu tapi di tahan oleh Ikmal..

"Nini duduk..biar abang yang pergi buka..."any expectation?Dua tetamu masuk ke rumah..seorang lelaki dan perempuan..perempuan aku kenal tapi laki tu macam pernah ku lihat tapi di mana ya..kami saling bertanya khabar dan berbual mesra..macam-macam yang kami bualkan..

"Kak Lia..erk.."aku memandang lelaki yang tak ku kenali..

"Imran Azmi.."kata lelaki tersebut..Imran Azmi??sound familiar..aku angguk dan mengajak mereka ke meja makan..

Kami semua duduk menjamu selera..rupanya Imran Azmi adalah suami Kak Lia..mereka berkahwin di Indonesia..patutla aku tak tahu..tengah sibuk final masa tu..huhu~..dan siapa sangka..Imran Azmi merupakan doktor yang merawat Kak Lia suatu ketika dahulu..tak sangka jodoh mereka panjang..Imran tak jadi Mr Buter dah la..(bujang terlajak)..hehehe..

Sepetang di situ,masing-masing mula meminta diri..aku,Ikmal dan anak-anakku menghantar mereka sampai ke depan rumah..saat kami ingin melangkah masuk ke rumah..

"Umi..Walid..tengok tu.."Along dan Tasya begitu riuh memerhati langit yang berwarna warni..

"Ha..kenapa??"

"Apa tu??"tanya Tasya petah sambil menunding jari ke arah langit..

"Pelangi..sayang.."balas Ikmal..

"cantik kan??"tanyaku..mereka sekadar mengiakannya..kami sekeluarga terus leka memerhatikan keindahan langit ciptaan Tuhan..Ya Allah terima kasih diatas kurniaan tak terhingga ini..semoga ia akan berkekalan dan keluargaku sentiasa berada di bawah naungan kasih sayang Mu..amin..jauh di sudut hatiku,aku amat bersyukur mempunya sebuah keluarga yang bahagia walaupun perlu mengharungi pelbagai suka duka dalam hidup sebelum ini..inilah impianku..usrati sa'idah..

~SEKIAN..TAMAT SUDAAA..~

Friday, June 26, 2009

Pelangi itu Indah 24

:: Dia Telah Kembali ::

"Ya Allah Lia..anak mak..kenapa kau jadi macam ni???"itulah kata-kata yang meniti keluar dari bibir sang ibu sebaik sahaja melihat keadaan anaknya..hatinya dicengkam sayu..

"Sabar Mak Long..yang penting kita mesti memulihkan kembali kondisi Kak Lia.."kataku cuba menenangkan hatinya sedangkan hatiku juga tidak sanggup melihat keadaan Kak Lia begitu.

Kak Lia dibawa ke dalam rumah..di bersihkan tubuhnya dengan penuh kasih sayang oleh Mak Long..aku jadi terharu..ibu mana yang sanggup melihat kemusnahan anaknya.Sesuatu harus dilakukan..

"Abang.."aku berkata seraya mengambil tempat di sebelahnya..

"hmmm.."mak aih ringkasnya balasan..aku memandangnya tak puas hati..menyedari dirinya di perhati..dia lantas menoleh ke arahku..

"Kenapa?"

"Abang tengah malas nak layan ke?"soalan apa tu..straight to the pointnya..silap la..patut berkias tadi..aiseh..

"Apa maksud Nini??"

"Abang hmm je tadi.."

"Laa..tak boleh ke..?"dia jungkit kening..aku malu-malu..isy nape la aku emosional sangat harini..

"Hehhee..tak de la..dah la drop the subject.."

"Habis tu nak up subject ape.."dia buat dah ayat berlapik tu..ni umah orang la abangku sayang..

"Kak Lia.."kataku serius..sebaik sahaja teringat sebab aku memanggilnya tadi..dia turut serius..

"Nini nak buat ape??"

"Tolong kak Lia...kita cari doktor yang boleh merawat dia.."

"Erm..kes Kak Lia ni kene ada 2 doktor la sayang.."

"Dua doktor??"agak pelik di situ..

"Doktor sakit jiwa dan doktor hati.."kata Ikmal sambil tersenyum penuh makna..aku yang sememangnya lambat pick up hanya..

"Oooo.."walhal tak faham ape pun..layankan aje..nanti aku kene bantai gelak dek suami aku yang tak berperasaan neh...

*************************************************************************************

Rancangan kami untuk membawa Kak Lia bertemu doktor pakar sakit jiwa berjalan lancar..segala urusan di serahkan pada Doktor Imran Azmi..Seorang Mr Buter kalo tak silap aku..hehehhe...berketrampilan sederhana tapi kemas..erk..buat apa aku nak menganalisa doktor ni..aku dah ada suami..huhU~

Hari berganti hari..minggu demi minggu..bulan-bulan pun berlalu..Kak Lia dikhabarkan semakin pulih daripada sakitnya..Mak Long dan Pak Long lah manusia paling gembira mendengar berita ini..aku bersyukur kerana Kak Lia masih di berikan peluang untuk bertaubat dan hidup seperti orang lain..

"Assalamualaikum..Nini.."sapa seseorang di jalanan..

"Waalaikumussalam..eh..Kak Lia.."aku terkejut melihat gerangan insan yang menyapaku tadi..penampilannya jauh berubah..dia tidak seperti Kak Lia yang suatu ketika dulu ku kenali...wajah nya bersih..seolah-olah terpancar nur keimanan dari wajahnya..kami saling berpelukan melepaskan rindu di dada..

"Nini sihat ??"aku angguk..

"Akak??"

"Alhamdulillah..sihat seperti biasa..Nini..akak nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Nini dan Ikmal kerana masih sudi terima akak dan tolong akak walaupun macam-macam akak dah buat kat korang.."

"tak pela kak..kalau kami tak tolong..siapa lagi..kita kan satu keluarga.."

"Akak nak minta maaf sangat-sangat atas semua kelakuan akak masa lampau..akak malu dengan Nini.."aku terharu melihat perubahan Kak Lia..amin Ya Allah..kau telah makbulkan doa kami..

"Perkara yang lepas tak usahla kita sebut-sebut lagi..sekurang-kurangnya..akak dah jauh berbeza dari dulu..Alhamdulillah..akak diberikan kesempatan oleh Allah untuk bertaubat.."kataku ikhlas dari hati.

"Ya Nini..Alhamdulillah..khilaf akak..terlampau ikutkan kata hati.."

"So apa perancangan akak lepas ni??"

"Akak akan ke Indonesia minggu depan..InsyaAllah kalau tiada aral..kita akan bersua lagi suatu hari nanti.."katanya sambil menghulurkan salam perpisahan..

Thursday, June 25, 2009

Pelangi itu Indah 23

:: 13 DISEMBER 2008 ::

Hari ini merupakan hari yang penuh kebahagiaan buat pasangan pengantin baru MADIYA dan IQBAL..masing-masing tersenyum ceria..warna ungu menjadi temanya..

"Assalamualaikum..perhatian kepada saudari yang bernama Faten Ayuni..sila tampil ke hadapan.."tiba-tiba pengumuman di buat..Faten Ayuni??nama aku tu..kenapa pulak..dengan langkah yang agak tak tahu la bentuk nya..aku menarik suamiku untuk turut ke depan denganku.semua mata memerhatikan kami..

"Ya saya.."kataku pada si pembuat pengumuman.

"Pengantin panggil.."aik?

"Diya..ko panggil aku ke?"Diya segera menarik tanganku..dan mengambil mikrofon daripada si pembuat pengumuman tadi..

"Perhatian semua.."uish..Diya..ko nak buat ape ni..aku pandang suami aku..dia senyum-senyum sumbing..'apa ni..'

"Harini 13 DISEMBER..bukan sahaja tarikh keramat bagi saya dan suami saya..tapi juga tarikh yang amat bermakna buat kawan baik saya..Faten Ayuni.."erk..ape kene ngene ngan aku..?aku tengok Diya..Diya siap kenyit mata lagi kat aku..tup-tup..suami aku ada sebelah aku..Iqbal diri sebelah Diya..aku jugak yang terpinga-pinga..

"Di kesempatan ini,kami ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 20 buat Faten..."hari lahir aku??wawawa..cam ne aku tak ingat ni...

"Hepi besday sayang.."kata Ikmal seraya mengucup dahiku.uiks..dia wat aksi romance in the rain lak kat sni..huhu..blushing..

"And..perkahwinan kami merupakan hadiah buat kau Faten..that why tarikh ini di pilih.."aku terasa mataku semakin hangat..terharu yang amat...aku berbisik pada Diya..

"thanks..ni la mksd ko yang 3 in 1 tu yer..."Diya sekadar mengangguk dan tersenyum lebar..tiba-tiba sebuah troli dengan kek di tolak menghampiri ku..ya Allah..mau gugur jantung aku banyak sangat kejutannya..hahaha...

*************************************************************************************

Dalam perjalanan balik,

"Abang dah tau ek??"dia kelihatan blurr2..

"tau ape??"

"Pasal suprise Diya and Iqbal tula.."

"Hehehe..sebab tu diorang suruh rahsiakan dari Nini..kalo tak..tak suprise dah la.."

"Pandai korang ek..berkomplot tak ajak same.."

"Uiks..dah name komplot..tak ley la ajak mangsa.."mangsa ke aku ni??huhuhu..aku memandang ke depan..dan..

"Abanggggg..brek abang..brek..ade orang kat depan tu..."

Sreeeeettttttttt.....kete diberhentikan..dan kami turun dari kereta..

"Kak..nape ni kak??"tegurku pada seorang perempuan yang asyik menundukkan mukanya sambil menangis..

"Nape berdiri tengah jalan ni ..??"suamiku pula bertanya..tiba-tiba perempuan itu mengangkat mukanya..

"Korang pergi..aku bukan pembunuh..bukan..bukan..hahahaha.."aku terkejut mendengar kata-katanya..nadanya..perlahan-lahan ku amati wajah perempuan itu..

"Astaghfirullahal azim..abang..Kak Lia bang..Kak Lia.."suamiku jelas terkejut..

"Kita bawa dia balik rumah Mak Long.."aku angguk.setuju.

"Kak..mari ikut kami balik kak.."

"tak nak..nanti korang hantar aku kat polis..tak nak!!!..jangan dekat!!!!"garau sekali suaranya..sedih aku melihat keadaanya sekarang..sekejap ketawa..sekejap nangis..

"tak..tak kak..kami tak hantar akak kat polis.."jenuh jugak la mau memujuknya naik kereta kami..tapi nasib baik akhirnya dia akur juga..dalam kereta dia asyik kate 'aku tak bunuh bayi tu..perempuan tu bodoh tak sedar mengandung tak reti nak jaga diri..hahaha'..aku hanya mampu menelan kata-kata tu..pahit..tanpa sedar luka lama tercarik kembali..suamiku hanya mampu memandang dari tepi..dia mungkin memahami apa yang sedang aku rasai..tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana sedang memandu..dalam diam aku berdoa agar segera sampai ke rumah Mak Long..walaupun rasa simpati tu menggunung..aku bimbang sifat mazmumah semakin menguasai diri..'Ya Allah...jauhkan la aku dari bisikan syaitan..tenangkan la diri ini ya Allah..

Wednesday, June 24, 2009

Pelangi itu Indah 22

:: Kisah Di sebalik 'Sejarah' ::

Sebulan yang lepas,

"Assalamualaikum Diya.."suara insan tersayang memberi salam apabila Diya mengangkat handphonenya.

"Waalaikumussalam Mama..apa khabar ma??”

“Mama sihat Alhamdulillah..Diya macam mane??”

“Alhamdulillah..Diya pun sihat jugak ma..aik Ma..tetiba call ni..ade apa-apa ke??rindu ek???”Diya mengusik mama nya..rindunya tiba-tiba datang menyapa…

“Erm..pandai anak Mama..rindu la ni..nak harap Diya call..berjanggut la Mama..”

“Eh..Mama ade janggut ek??hehehhee..”

“Diya..main-main pulak dia..Diya..ni Mama ade hal nak cakap..”uish..macam serius aje bunyinya..

“Erm..ade apa ma?’

“Ada orang datang meminang kamu..??”Ha..bute ape orang yang datang meminang tu..aku yang tak serupa orang ni..aish…kata-katanya yang bergema di dalam hati saja..

“Ma cakap ape??”

“Tak cakap apa lagi..Ma serahkan pada kamu aja..Papa pun kate tunggu keputusan empunya diri..”ni susah ni..kene pikir masak-masak dulu..gi mana ya tuan puan..ade apa-apa idea??huhuhu..

“Diya??”

“erk..sorry ma..lost sekejap…cam ni la Ma..Diya mintak Ma and Papa tolong sama-sama wat istikharah dengan Diya..soon both of you get the answer..then call me..Diya akan bagitau keputusan Diya..”

Di pendekkan cerita..Diya akhirnya menerima pinangan tersebut..dan siapa sangka Iqbal la orangnya..


“Satu aku confused pasal cerita ko ni Diya..?”ada yang tak kena ni…

“Apa dia Faten?”

“Lisa cam mane??”lame aku menanti Diya memberikan jawapannya..seperti ada satu rahsia di situ..

“Kalau aku cakap..ko jangan marah k!!”

“hurm..ok..”dup dap dup dap jantung aku nak tahu hal sebenar…

“Lepas aku da terima pinangan tu..aku buat keputusan nak jumpe dengan orang yang pinang aku tu..aku ajak Abang Irfan teman..”

“Abang Irfan???”aku mencelah..

“ala..the only abang yang aku ade tu la..”ooo..lupe lak Diya ade brother..heheheh…

“ok..ok..smbung…”

“Then..masa tu la aku tau Iqbal yang pinang aku..dia bawak Ikmal bersama…ur hubby tu la..actually..dia berpisah dengan ko bukan sebab dia ada Lisa..Lisa tak pernah wujud pun…tapi dia dah sedar antara lelaki dan perempuan tidak ada ikatan yang sah melainkan perkahwinan bila dia menghadiri satu ceramah agama yang diadakan kat UKM..time kita kat matrx lagi tu.....so dia fikir jalan terbaik adelah berpisah dengan ko…”

“kenapa dia tipu aku??”

“Dia takut ko tak percaya nanti..so dia ambil jalan mudah..dia ingat dia nak pinang ko lepas dia dah bersedia nanti..tapi..siapa sangka Qada’ dan Qadar Allah..ko bukan jodoh untuk dia..”aku tidak memberi sebarang respon..

“Faten??ko marah ke??”

“isy..tak dela..aku terkejut..tak sangka itu sebabnya..pastu macam mane lak ley tersangkut dengan ko??”

“Sorry..pastu Iqbal kata sejak beberapa minggu yang lepas..dia asyk mimpikan seorang perempuan..dia mintak petunjuk Allah untuk tunjukkan siapa..”

“Dan..who guess the girl is you??”aku memintas percakapannya..

“Yes..hehehhe..then dia tak jumpe aku tapi terus suruh his parents and Ikmal pergi pinang aku..gitu la citer nye..”huhu..tak sangka aku..jodoh si Diya ni dengan Iqbal..

“Alhamdulillah..at least bertemu jugak kau dengan jodoh kau sendiri..insyaAllah perhubungan kalian akan di rahmati Allah..”

“Ko tak rasa kecewa ke marah ke??”Tanya Diya takut-takut..

“For what dear…aku dah ada seorang suami yang sangat menyayangi aku…untuk apa aku kesalkan lagi..malah..aku bersyukur sangat bila dia lepaskan aku sebab ada kesedaran tentang apa yang betul dan apa yang salah mengikut syarak..aku yakin dia mampu menjadi suami yang baik buat isterinya…”hang la tu Diya..hehehhe

“Thanks Faten..lega hati aku bila ko cakap camni..tak delah aku rasa bersalah..”hisy dia ni..nak rasa bersalah apa pulak..tak faham aku budak ni..

“Eh..jadi beras la kita kan???”kataku tiba-tiba..

“Beras???bukan biras ke???hahahaha..”erk..malu lak den..

“Pape jela..hehehe..anyway ape maksud ko 3 in 1??”

“Hahahah..nanti ko tau la bila sampai masanya..”lor..tak nak gitau pulak dia..

“Diya….”

“Eh..dahla Faten..panas telinga aku..dah sejam lebih kita cakap ni..hahaha..”cis..ngelat..

“Yela..yela..k..Assalamualaikum..semoga kau bahagia..hahahha..”

“thanks..ko pun sama..ehheheh..Waalaikumussalam..”uish..baru terasa berasap telinga..Alhamdulillah..ada hikmah nya di sebalik setiap apa yang berlaku…semoga kau bahagia Diya bersama Iqbal..

“Nini”satu suara memanggilku..segera aku menoleh..

“Eh Abang..bila masa abang balik??”aku buat muka pelik bin hairan…biler laki aku ni masuk bilik..tak nampak bayang pun tadi…ade pintu rahsia ker…

“Mane nak nampak..cakap dengan telefon tu lagi best!!”ada nada cemburu di situ..

“Erk..Nini cakap dengan orang..bukan dengan telefon..”aku meloyar ni sah kene marah nanti..

“Memangla!!!!..dah la..malas nak layan..”dia pun memalingkan tubuhnya dari mengadap muka ku..alamak..merajuk betulla..apa aku nak buat ni…

“Abang…”senyap.

“Abang..janganla majuk..huhuhu…Nini cakap dengan Diya..bakal adeq ipar abang jugak..abang…”senyap..kaku..tak bergerak..aku melihat mukanya..ceh..tido rupanya..

“Menyampah la abang ni..orang cakap dia tidur pulak..dahla tak mandi lagi..”aku mencuit pinggangnya kuat..satu kelemahannya..hahahah..

“Nini..jangan kacau abang la..”.katanya seraya memalingkan tubuhnya mengadapku...tanganku ditarik menyebabkan aku terbaring sama dan pinggangku dipeluknya kejap…aku membiarkan..busuk ke masam ke suami aku jugak...tanpa sedar sebuah senyuman terukir di bibir sang suami…

Sunday, June 21, 2009

Pelangi itu Indah 21

:: Suprise From Diya ::

Hari ini aku dibenarkan pulang. Lega rasanya apabila kembali ke rumah sendiri..tapi..

"Abangggg...ooo...abang.."aku memanggil suamiku berkali-kali..Suamiku yang baru sahaja mengunci keretanya bergegas lari kedalam..barangkali khuatir jika apa-apa terjadi pada aku..hehehe..sayang gak Ikmal kat aku ni..

"Apa dia Nini??"tanyanya dalam mengah yang tak hilang..

"Tak de apela.."aku tidak jadi untuk meneruskan kata-kata apabila melihat wajah suamiku yang kepenatan.Aku mengajaknya duduk di sebelahku. Perlahan-lahan aku meletakkan kepalanya di ribaku..

"Abang penat ya??"tanyaku seraya memicit-micit kepalanya..dia memandangku pelik.Berkerut-kerut dahinya, mungkin memikirkan keanehan sikapku.

"Tak de la.."dia menjawab..

"Tipu..kalau tak takkan rumah ni bersepah-sepah macam tak de orang duduk jer.."satu kenyataan ku buat disitu..suamiku bingkas bangun..dan mula menjauhi aku..aku tersentak..'kenapa pulak ni??'

"Kenapa abang??"

"Hehehehe..sayang janji dulu sayang jangan marah k!!"aik..ni mesti ade benda yang dibuatnya sampai nak suruh aku berjanji lak ni..

"Hmmm..ok..Nini tak marah.."yeke?tunggu dan lihat...

"Janji??"ai..dah macam budak-budak pulak..

"Yela..yela..janji nie..."

"Abang tengok bola dengan kawan-kawan..tak balik umah..so tak kemas umahla..hehehhehe.."what??aku mencerlungkan mataku..baru aku hendak mengeluarkan aura bebola api...

"Nonono..Nini dah janji tak nak marah k..."

"Abang memang tak sayang Nini kan..tak pe..pi sane..pi main jauh-jauh.."kataku dengan nada merajuk.

"Abang sayang Nini..ala..Nini..janganla macam ni..kesian kat abang..rindu dengan Nini tau..lagipun.."tergantung di situ..

"???"aku jungkit kening..

"Lagipun bukan ada isteri pun kat umah..buat ape abang balik awal-awal.."

"Ooo..kalo ada isteri baru nak balik awal ya.."

"Ya la..kalo ada isteri..balik awal la..ley sayam-sayam dengan isteri..kalo tak..sayam-sayam dengan bantal jer.."

"Mujur bantal nak sayam-sayam dengan abang..hahaha.."tak jadi aku nak merajuk..kelakar pulak bila pk suami aku ni..tetiba mataku tertangkap sekeping sampul yang menjadi tanda tanyaku dari semalam..suprise daripada Diya..sampul tu hanya dibenarkan di buka bila aku sudah ada di rumah..

"abang..tolong ambilkan sampul tu.."Suamiku mengambilnya dan kembali duduk di sisiku..dengan penuh berdebar-debar aku membuka dan membaca isi kandungannya..

JEMPUTAN KE WALIMATUL 'URUS

Madiya Razak & Iqbal Hakimi Salleh..aku kemudian menutupnya kembali..

"Eh Abang...Diya nak kahwinla..senyap-senyap jer dia tu kan.."kataku dengan nada gembira..

"dengan siapa???"

"Iqbal Hakimi abang.."erk..wait a minute..

"abangg...Iqbal abang..adek abang..adek ipar Nini..huhuhu..."biler masa pulak budak berdua ni buat skandal..dan ku lihat Ikmal hanya tersenyum selamba seperti tiada apa yang mengujakan.adakah....

"Abang dah tau ek?"aku membuat serkap jarang...dan senyumannya semakin melebar..sah!!!mereka berkomplot...

"Nini naik dulu.."aku mula nak melangkah longlai ke bilik..tapi tanganku ditarik menyebabkan aku terduduk semula..suamiku memaut pinggangku kemas..nak ape pulak abang ni..

"Nini kecil hati ker??"geleng.

"Kalau tak kecik hati..nape tak nak cakap??"jungkit bahu.

"Tengok tu..Nini tak cakap abang cium kang.."ugutnya sambil tersenyum nakal..tapi tak menampakkan tanduknya lagi..baru aku hendak mengeluarkan suara..dia sudah memberi satu ciuman percuma di pipiku dan seterusnya kami tenggelam dalam dunia sendiri...hehehe

Keesokkan harinya,Diya ku hubungi..

"Assalamualaikum Diya.."

"Waalaikumussalam Nini..!!!!!"jeritnya kegirangan apabila mendengar suaraku yang lunak bak buluh perindu ni..haha..makan santan lebey sudaaa...

"Aku dah kat umah ni.."satu ayat penyata yang punya makna.

"So??"ceh..wat-wat tanya pulak..

"Aku dah buka sampul."

"So?"

"Diya..you know what i want to know k.."Diya ni kalo depan mata dah lama aku sekeh..

"Aku nak dengar soalan tu dari mulut ko sayang..."

"Cam mane ko boleh sangkut dengan Iqbal?"

"Ko jeles??"sarkastik bunyinya.

"Nonsense!!Aku ada Ikmal..All this really make me suprised..2 in 1 gitu.."

"Naaa..3 in 1 actually..hahaha.."

"Maksud ko...?"

"nanti ko akan perasan jugak..heheheh.."suka main teka-teki..tarik hidung karang..

"Back to the question.."dia menghela nafasnya sebelum bercerita..begini kisahnya..

Saturday, June 20, 2009

Pelangi itu Indah 20

:: Anugerah tak termiliki ::

Diam-diam perkahwinanku dan Ikmal sudah menjangkau usia lima bulan setengah..lama rasanya sudah tidak bertemu dengan keluargaku di Melaka.Hal pertemuan dengan Kak Lia beberapa minggu yang lepas hampir luput dari ingatan..kerisauanku sudah berkurang kerana sehingga sekarang tiada sebarang tindakan daripada Kak Lia.

"Assalamualaikum..isteri abang.."

"Waalaikumussalam..eh abang..bila balik??tak perasan pun..."

"Mane nak perasan..kaca Tv tu lagi ensem dari muka abang kan.."hahaha..adeke bandingkan rupanya dengan benda tak bernyawa tu..

"Tak dela cam tu.."

"Tak pe Nini..abang sedar abang siapa.."ni drama ape yang suami aku duk lakonkan ni..

"Abang...nape neh??"

"Hahahaha..cuak la tu...baru buat muka toya sikit dah cuak..hahaha.."isy..dia ni..main-main pulak..aku diam..pandang muka dia pun tak nak..nanti hatiku cair..hahaha..tiba-tiba aku berlari ke tandas..muntah-muntah..

"Nini..kenapa tu??"

"Muntah-muntah abang.."

"Sakit ker?jumpa doktor nak??"

"Tak yahla..Nini biasa muntah-muntah ni kalo stress study.."

"Tak pe la kalo camtu..tapi janganla stress-stress k..Nini..jom balik kampung nak tak??"nasib baik dia tak paksa aku jumpa doktor..tak suke u...hahaha...

"nak..nak..biler tu abang??"

"Sekarang..."

"Sekarang???"cepat-cepat aku naik atas...tiba-tiba..

"Nak p mane tu??"

"Packing la abang..haha.."syok nya..sambil melompat-lompat bintang..

"Uiks..cepatnya.."

"Tadi abang kata sekarang..now..so what??"

"Hehehe..tak de apa..g la kemas.."sengih-sengih busuk..aku tak jadi naik ke bilik..

"Cakap..kenapa??"

"Abang dahaga la..buatkan air dulu boleh.."ceh ingatkan ape la tadi..

"My pleasure mon amour.."lagak seperti seorang yang sedang tunduk hormat pada tuannya..dengan senang hati aku pergi membancuh air teh O kesukaanya itu..

*************************************************************************************

Perjalanan dari KL ke Melaka yang memakan masa dua jam benar-benar memenatkan kami. Kami membuat keputusan untuk bermalam di rumah Pak Long dan Mak Long ku dahulu.Keesokkan harinya baru kami bermalam di rumah Mak dan Ayah Ikmal.

"assalamualaikum..Mak Long..Pak Long..Ijat.."hahaha..sume penghuni rumah aku sebut.

"Waalaikumussalam..eh Nini...Ikmal..masukla.."Sambut Mak Long..

"Datang tak habaq mai dulu no.."eh bila pulak aku pi utara ni..selatan lagi kan..kan..

"Nini ni Mak Long..kate nak bagi suprise.."suamiku menjawab..tapi..ade ke aku cakap camtu tadi..memandai je suamiku ni..

"Akkakkkkkkkkkkkkk....!!!!!"

"Ijatttttttttttttt...."aku berpelukan dengan adik kesayanganku..abang..jangan jeles..hahaha..

"Uish budak berdua ni..malu la sikit kat Ikmal ni..tak ubah-ubah perangai tu..dah kahwin pun.."

"Biarla Mak Long..perangai dia memang macam budak-budak..tak ley harap.."hahaha..

"Abang ni..menjatuhkan saham Nini je..Mak Long..jangan percaya dengan omongan mas Ikmal ni..haha.."

"Dah-dah..pening Mak Long..masuk la..rehat-rehat..nanti Pak Long kamu balik dari surau..boleh la kita makan petang.."

Tiba-tiba..

"Assalamualaikum..ibu.."satu suara membeli salam daripada luar.sape pulak yer?

"Waalaikumussalam..eh Lia.."ha?Kak Lia...aku terkedu..Ikmal terpempan memerhati seraut wajah yang sudah lama luput dari pandangannya.

"Mak..apa khabar??"

"Baik Lia..Lama kamu tak balik Lia..kenapa nak??"aku dan suamiku masih menjadi penonton setia.Tanpa disengajakan,pandanganku tertembung dengan pandangan Kak Lia..aku tersenyum pahit..

"Maafkan Lia mak..Ikmal..I nak minta maaf..bukan niat I nak tinggalkan U masa majlis pernikahan kita..I tak bersedia lagi masa tu..I ingat U main-main jer.."

"Tak pe Lia..I dah maafkan.Tak perlula disebut-sebut lagi..I pun dah berbahagia sekarang..I harap U pun begitu.."

"Tak Ikmal..I takkan bahagia kalau bukan dengan U..I nak kembali pada U.."aku terkejut sekali lagi..aku seolah-olah tidak wujud di situ..Mak Long juga berubah wajah..dia memandangku sayu..mungkin memahami rasa hati ku..

"Thankz Lia..but no thanks.."ringkas jawapan suamiku.Cukup menambahkan benci Kak Lia pada ku..

"Dah-dah..jom kita makan dulu.."Mak Long ku berkata sebaik sahaja melihat kelibat Pak Long ku.

Dalam keterpaksaan,aku melangkah ke meja makan.Aku membantu apa yang patut.Di meja makan,ku lihat Kak Lia sedang asyik merenung suamiku.Tersayat rasa hatiku..Ikmal tidak perasan akan hal tu atau buat-buat tak perasan jer..entahla..

"Moh ler kita makan.."

"Ikmal..nah U makan la pisang goreng ni..favourite U kan.."

"Tak..I dah tak minat dah..Nini tolong ambilkan popia tu untuk abang.."Mak Long dan Pak Long saling berpandangan sesama sendiri.Terima kasih abang..dalam diam,suamiku menggenggam erat tanganku..

Selesai makan..aku menyuruh Mak Long dan Kak Lia berehat saja..biar aku saja yang mengemas.Namun Kak Lia berkeras mahu membantu sama..aku biarkan saja..aku mengangkat pinggan dan cawan ke dapur..tiba-tiba Kak Lia merempuhku kuat dari belakang menyebabkan aku yang tidak bersedia tersasar ke depan sinki dan hentakkan yang kuat berlaku pada bahagian perutku..sakit sangat..aku terduduk..pinggan dan cawan yang ku bawa terlepas dari pegangan dan jatuh ke dalam sinki....

"Aduhhh...abangggg!!!!"jeritku kuat cuba menahan kesakitan..dan aku tak tahu bagaimana ekspresi mukaku saat aku melihat cecair merah mengalir dari celah pehaku..terketar-ketar tanganku memegang darah..aku memandang Kak Lia..tajam..dia kelihatan terkejut..mungkin tidak menjangkakan hal itu..

"Nini...!!!"aku memandang suamiku sesaat dua dan akhirnya aku rebah..

*************************************************************************************

"Nini..."kedengaran satu suara serak-serak basah memanggil namaku..aku cuba membuka mataku..tapi payah..namun aku masih mampu menangkap butir bicara si dia dengan entah la..doktor mungkin..

"Puan Ayuni keguguran En.Ikmal..hentakan yang di alaminya tidak dapat menyelamatkan kandungannya..she was bleeding too much.."apa..?aku mengandung??titisan air mata mula mengalir melalui pipiku..apa agaknya yang di rasai suamiku saat ini..memiliki anak sendiri sudah pasti menjadi impian setiap pasangan..'maafkan umi sayang kerana tidak menyedari kewujudanmu..'

Lewat malam itu..

"Aaabannggg..."aku memanggil suamiku yang sedang lena tidur di atas kerusi berdekatan denganku..

"Nini..dah sedar ya??jangan banyak bercakap ya.."ku tatap penuh kasih wajah suamiku..tidak terlihat kekecewaan dari air mukanya..adakah dia cuba menyembunyikan dari pengetahuanku??

"Maa..aafkan..Ni..ni...Ni..ni..takkk..tahu"dengan susah payah aku cube bercakap..

"Shhh..shh..apa Nini cakap ni??Redhailah pemergian si kecil tu..bukan silap Nini..Allah dah tentukan segala-galanya..dia adalah anugerah yang bukan milik kita.."argghh..suamiku..kamu begitu tabah..Ya Allah..kuatkanlah semangat kami dalam menempuhi ujian-Mu Ya Allah..

Keesokan harinya,

"Nini...maafkan Lia anak Mak Long..Mak Long tak tahu apa nak jadi dengan dia.."

"Mana Kak Lia,Mak Long??"

"Mak Long tak tahu..dia dah lari sejak semalam lagi..."

"Ijat..kenapa muka tu??"pelik aku melihat muka adikku yang seolah-olah menahan rasa.

"Akakk...Ijat takkan maafkan Kak Lia kalo dia apa-apakan Kak Nini lagi..takkan!!"katanya seraya memelukku..aku menangis lesu dalam dakapannya.Aku memandang suamiku..dan tersenyum padanya..pahit..amat pahit..

"Cakap apa tu Jat..macam orang tak beriman jer..Ingat Allah Jat..insyaAllah setiap perbuatan akan di balas oleh Allah..cuma masanya saja kita tak tahu..mungkin Kak Lia tidak sengaja..kan abang??"kataku sambil menggamitnya supaya dekat denganku..ikhlaskah kata-kataku ini atau hanya sekadar tidak mahu merobek hati Mak Long dan Pak Long yang sudah banyak berjasa padaku....semoga ia benar-benar lahir dari hatiku yang tulus..semoga kau diberi kesempatan untuk berubah Kak Lia..

"Betul tu Jat..kami semua redha..mungkin belum masanya lagi.."

"Bagus la kamu fikir begitu Mal..Nini.."sampuk Pak Long ku yang dari tadi hanya memerhatikan kami.

"Hahahahha..."tiba-tiba adikku gelak besar..dah tak betul agaknya..

"Kau ni kenapa Jat??"

"Patutnya Jat yang sabarkan akak..ni terbalik pula.."hisy dia ni..boleh lak pk balik..

Setelah tamat tempoh melawat..aku di tinggalkan berdua bersama suami tersayang..

"Diya tau tak Nini masuk hospital ni abang??"

"Dah..abang dah maklumkan..dia kata nanti dia akan datang melawat..dia kata ade suprise cket.."

"Suprise apa la budak tu nak buat ya.."

"Entahla.."

"Abang..terima kasih kerana sudi bersama Nini hingga kini walaupun setelah hal semalam terjadi.."

"hisy..Nini cakap apa ni..abang kan sayang Nini..I love U..tapi kan Nini.."

"tapi ape bang??"sound something there..

"Lepas ni kita kene kerja overtime cket la ya..mana tau ade rezeki lagi..hahahaha.."

"Kesitu pulak abang ni..."dan yang pasti aku akan terus tersenyum walaupun dalam berduka..

"Sayang..tengok kat luar tu.."

"ada apa abang??"

"Pelangi..."senyumku semakin lebar..pelangi sentiasa muncul saat aku berduka..sering mengingatkan aku pada kata-kata arwah ibuku dulu..'Pelangi itu Indah kerna ia mampu buat kita terus tersenyum...'

Friday, June 19, 2009

Pelangi itu Indah 19

:: Kembalinya Dia ::

"Apa yang dimenungkan tu sayang.."

"Dah nak balik dah abang..kene berpisah lagi.."

"Hahaha..takut rindu ke??"

"Takdela macam tu..kita kesian kat orang tu..malam-malam mengigau-ngigau panggil Nini..kesian tau tengok dia.."hahaha..sempat pulak aku perli dia..

"Ooo..perli abang yer..tak nak hantar balik.."

"Nini call Diya.."

"Pandai dah ya..dahla..jom kita bertolak sekarang..karang jalan sesak pulak.."

"Nak bawak roti tak abang??"

"Nak buat ape??"

"sapu jam..hahhahaa.."dia mengetip pipiku kemudian mengusap-usapnya kembali..sebaik sahaja melihat pipiku bertukar warna merah..secara sengaja..aku mengucup pipinya dan berlari masuk kereta.

"Nini saja ya buat abang sayang nak hantar Nini balik.."

"Lalallaa..tak de la..tak de pun niat camtu..minggu depan kan Nini balik lagi ..abang jangan la cam ni ek.."

Hampir sejam perjalanan..akhirnya aku tibe di UKM.Selepas bersalaman dan berkasih sayang,aku berjalan menuju ke bilikku namun belum sempat aku berpijak pada tangga pertama..langkahku terhenti mendengar panggilan seseorang..

"Faten Ayuni.."aku menoleh..eh..

"eh..Kak Lia.."dia ku salami..wajahku tersenyum ceria..tiada sangsi..dia ku sambut seperti biasa.

"apa khabar Nini??"

"Baik..Alhamdulillah..akak pulak macam mana?sihat?"

"Macam tula Nini.."riak wajahnya mula berubah cuaca..tidak seceria awal pertemuan tadi..

"Nini..boleh kita duduk berbicara sekejap??"sambungnya lagi..aku angguk..dan kami pun melangkah ke cafeteria berdekatan.

"Ada apa kak??"resah aku melihat wajahnya yang tiba-tiba berubah mendung tu..

"Pulangkan Ikmal pada akak!!"ha?satu permintaan yang drastik dan mustahil.

"Apa maksud akak??"

"akak sayangkan Ikmal,Nini..akak bodoh..akak menyesal tinggalkan dia dulu.."

"Tapi Nini tak boleh..."belum sempat aku menyudahkan ayatku..

"Akak tau Nini terpaksa kahwin dengan Ikmal..maafkan akak..Sekarang Nini tak perlu berpura-pura lagi..Akak akan kembali pada Ikmal.."semudah itu kau fikir..sungguh cetek pemikiranmu Kak Lia..

"Akak..Nini tak boleh.Nini sayangkan Abang Ikmal."

"Tak..Nini jangan tipu perasaan Nini lagi..akak tau..Ikmal pun still sayangkan akak kan.."

"Tak kak..kami saling menyayangi.Nini tak pernah tipu perasaan Nini..maafkan Nini kak..tak mungkin Nini lepaskan Abang Ikmal walau apa care sekalipun..bagi Nini sebuah perkahwinan bukanla untuk dirobohkan sebaliknya ia harusla sentiasa di hiasi dengan bunga-bunga mekar agar terus mewangi..akak faham kan??"

"Tak..akak tak faham..kau tipu!!!..Ikmal masih sayangkan akak..pegi mampus la dengan kau..pemusnah!!..perosak!!.."dan dia terus berlari meninggalkan aku..aku beristighfar di dalam hati..Kak Lia..'kenapa kau jadi begitu'..

Malam itu,aku menghubungi Ikmal dan mengkhabarkan perihal Kak Lia..Dia menyuruhku bertenang dan bersabar..InsyaAllah tak de apa-apa..harapanku juga begitu..sesudah aku berbual dengannya,sebuah mesej ku terima..ku lihat nama pengirimnya..Kak Lia?

'Jangan kau ingat kau dapat Ikmal..kau boleh bahagia..aku akan merebut cinta suci ku kembali..jangan kau ingat kebahagiaan kau akan kekal selamanya..aku akan buktikan..hanya aku yang layak untuk Ikmal..bukan kau..budak mentah..'

Berulang kali ku baca mesej tersebut.Sukar untukku terima perubahan Kak Lia sebegini rupa..apa agaknya yang Mak Long dan Pak Long rasa jika mereka tahu..arghhh..tak sanggup aku memikirkannya..janganla mereka tau..apa khabar mereka agaknya..sudah lama tidak ketemu..Ijat juga pasti merindui aku..

Pelangi itu Indah 18

:: Bukan Untukmu ::

"Abang.."aku memanggil suamiku yang baru saja melabuhkan badannya di atas katil.

"Erm.."sahutnya.

"Siang tadi Nini terserempak dengan Iqbal.."mendengarkan saja nama Iqbal dia terus bangkit dari perbaringannya dan duduk.

"Dia nak ape dari Nini??"terus dia bertanya..peluang yang aku tunggu untuk bercerita.

"Dia kata Nini kalo berdendam dengan dia pun janganla libatkan abang..dia tak nak abang merana.."tekun Ikmal mendengar bicaraku.

"Nini cakap ape kat dia??"

"Nini tak cakap ape-ape..sebab dia sound je..bukan cakap depan-depan.."

"Jadi..ape Nini nak buat??"Yess...bagaikan memahami suamiku ini..

"Hehehe..Nini ingat nak ajak abang teman Nini..kita same2 jelaskan perkara sebenar.."dia bagi ke tak ni..lama dia mendiamkan diri..aku masih setia menanti jawapan..dia menarikku lebih rapat dengannya..

"Hmm..kalo itu yang Nini nak..kita pergi jumpa dia.."

"Tq abang..."dan aku menciumnya bertubi-tubi..hahaha..seronoknya..sukanya dalam hati...dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum..

"Nape abang??"

"Nape ape??"isy..dia buat blurr pulak..

"Yang abang duk geleng-geleng..senyum-senyum sensorang tu.."aku menjungkit keningku..

"Er..abang tengah pk....erm..tak de apelah..."

"Abang!!"ni mesti ade ape-ape ni...

"Hehehe..abang tengah pikir bila isteri abang ni nak matang macam abang??"sebaik sahaja berkata sedemikian dia terus berlari keluar dari bilik..ingat aku nak kejar..esok-esok jela..lebih baik tdo tau..hahaha...sebelum aku masuk ke alam mimpi..

"abang mainla kejar-kejar sorang-sorang..."sempat ku jeritkan padanya..hahahha...

*************************************************************************************

"Assalamualaikum..along..Kak Nini.."sapa Iqbal sebaik sahaja melihat kelibat kami tiba di restoran..tempat di mana kami mengaturkan pertemuan ini.

"Waalaikumussalam.."kami menjawab serentak..selepas saling bertanya khabar..

"Ade apa-apa ke Along ajak Kimi kuar ni..??hehehe.."

"Kak Nini kamu ada benda yang ni dikatakan dengan Kimi.."Iqbal memandangku hairan.Namun senyumannya tetap sinis.

"Apa dia Kak Nini??"

"Iqbal..tentu Iqbal masih ingat pertemuan tidak sengaja kita dua hari lepas.."

"Yup..so??"

"Akak nak betulkan tanggapan Iqbal supaya tiada lagi salah faham antara kita.Jujurnya,akak tak pernah berdendam dengan Iqbal.bagi akak yang dah lepas tu biarkan berlalu..Memang perkahwinan akak dengan Along bukan sesuatu yang akak rancangkan tapi Alhmdulillah..Along seorang suami yang baik dan tak pernah mempersiakan akak..so Akak tak nak Iqbal ingat akak mempergunakan Along untuk membalas dendam terhadap Iqbal.Akak sayangkan Along sepenuh hati.Hal Kak Lia dengan Along tak de kene mengene dengan akak..itu adalah kisah lampau diorang..Iqbal faham??"aku lihat dia terdiam.mungkin cuba mencerna kata-kata ku sebentar tadi.

"Baiklah akak..kalo akak dah cakap camtu..Iq harap akak jaga along baik-baik..along pun same..jaga Kak Nini elok-elok.."dalam diam Iqbal hanya mampu memandang sepi..dia tau kedua insan di depannya benar-benar bahagia..secara tidak langsung kata-kata Nini tadi membuatkan dia rasa tersindir..ya dia telah mempersiakan Faten..dia meraup wajahnya..dia sedar dia perlu melepaskan Faten sekarang..

"Eh..Iq kene balik dulu..ade hal la..heheheh..see u soon my bro..my sis too..haha.."dia tau dia tidak betah berada lama di situ..dia perlukan ketenangan..'Faten..semoga kau bahagia..maafkan aku..'..

~Tatapan Rohani~

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... .aauuummmmm!!!!!... . bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.

Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah... ..lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... .camner ni.

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni... . habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih... "

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi... .uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

_____________________________________________________


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.


*di copy paste from virtual friends(agama corner)

Pelangi itu Indah 17

:: Cabaran Bermula ::

Kini sudah hampir sebulan aku menyambung pengajianku.Bukan senang menjadi seorang pelajar dan juga isteri.

"Ha..Faten..dah packing barang belum??"tegur rakan sebilikku Suna atau name betulnya Suhana.

"Dah."balasku ringkas..tidak mahu mengolah panjang..nanti ada aje yang hendak dijadikan bahan usikannya...mana tak nya..setiap minggu aku balik..kalo tak balik,nanti suami i rindu...hahaha..tula syarat dia membenarkan aku menyambung pengajianku di sini..'beep'..'beep'..handsetku bergetar..ada mesej pulak..hahha

-sayang..tengah buat ape?
-tido..
-tido??Abang duduk terpacak kat bawah ni..dia sedap2 ley tdo pulak ya..
-hobi..hehe..
-takde hobi2..cepat turun..lenguh dah kaki abang ni tau..

Aku tengah membayangkan mukanya yang masam dan berapi menanti ketibaanku.Walhal hakikatnya aku sudah pun dalam perjalanan menuju ke keretanya.

"Assalamualaikum saudara.."aku membesarkan suaraku dan menegurnya.Dia yang membelakangi aku baru saja hendak menjawab..

"Waa..Nini!!!"geram habis dah tu..

"Jawabla salam habis dulu.."sambil tersengih seperti kerang wangi..aku mencapai tangannya dan ku kucup penuh kasih..rindunya pada si dia tak dapat ku gambarkan dengan kata-kata..dan dia mencium dahiku..lama..

"Dah-dahla abang..kita kat public ni.."tegurku..

"Biarlah..isteri abang..bukan haram pun.."laki ni tak makan saman pulak..tapi di hentikannya juga..kalo tak sampai esok pagi tak gerak kete ni..

Di kejauhan,seseorang yang memerhatikan adegan itu terasa seperti cacing kepanasan..bencinya datang tiba-tiba..kelakuan suami isteri itu tadi seolah-olah mengejeknya kerana melepaskan sang arjuna hati pada saat-saat yang sepatunya menjadi memori indah bersama.

*************************************************************************************

Di balkoni rumah..aku duduk termenung memikirkan pertemuan aku dan Iqbal secara tidak sengaja tadi..sindiran dan ugutannya masih terngiang-ngiang di cuping telingaku..

"Kalau kau nak berdendam dengan aku pun..janganla pergunakan abang aku..kalo aku tengok dia merana..nahas kau!!Jangan kau pun sama macam Kak Lia kau yang tak guna tu..!!!"dapat ku lihat kemarahannya myang berapi-api di saat itu..berdendamkah aku??tapi aku tidak menyalahkan Iqbal..menurut Ikmal..Iqbal sangat menyayanginya dan sanggup buat apa saja untuk melihat Ikmal bahagia..itu sejarah mereka..tapi takkan aku nak biarkan dia ingat aku berdendam dengannya..salah faham ini harus diselesaikan..mudahkanla jalan bagiku Ya Allah...

Thursday, June 18, 2009

Sedetik di kaki lima...

Entah bagaimana harus ku mulakan..Ini bukan cerita rekaanku tapi realiti yang terjadi pada harini..biarla ku kenalkan watak2nya dahulu..

aku-W
kwn baikku-D
lelaki-A
bekas kekasih A-L

Hampir 5 jam aku menghabiskan masa di tempat belajar memandu..semua berjalan seperti biasa..tiada apa yang berubah..

"W,kita g bandar lepas ni.."kata D padaku sementelah kami ingin membeli no pin di BSN.

"Aku on jer.."seperti biasa..itula jawapanku bila di ajak.

Dipendekkan cerita,lebih kurang pukul 1 lebih kami tiba di bandar.Aku segera menuju ke surau Limbong untuk menunaikan fardu zohor..tak sedap pulak rasa nak berjalan2 tanpa menunaikan yang wajib dulu.Usai sembahyang zohor,kami menuju ke BSN untuk tujuan utama kami..'beli no pin..'

"Eh W..jom jalan-jalan dulu..nak pegi tggu bus sekarang ni bkn ade lagi..."aku bersetuju aje memandangkan terdapat kebenaran pada kata-katanya..daripada duduk tercongok menanti bus yang tak kunjung tiba..baik kami buat window shopping dulu..

Kami menyusuri kaki lima..sampai di satu persimpangan..aku menoleh sekilas..ada orang yang sedang duduk smbil menjawab panggilan di kaki lima tersebut..memakai baju melayu smbil membawa beg besar juga berkopiah..terlampau ralik memikirkan beg besar yang dibawanya,tanpa sedar aku telah meninggalkan D jauh ke belakang..tiba-tiba..

"W..W..."panggil D smbil jarinya menunjuk kearah lelaki berbeg besar tadi..barula ku amati rupanya..eh..dia..rakan sekelas kami masa form 2 tapi 1 sekolah dengan kami dr form 1 smpai form 5.

"nak tegur ke tak nak?"kata D.

"Dia tengah on call tu kn.."kataku.lalu kami mengambil keputusan untuk menunggu seketika.Seperti yang di harapkan,si lelaki lebih senang ku kenalkan sebagai A mengangkat mukanya dan..

"Eh.."dia tak ingat name kitorang dowh..tak pe-takpe..yang penting kitorang tau sape dia..maka terjadila perbualan antara kami bertiga..

"A..wah..kau dh byk berubah sekarang ni ya.."perubahan yang aku kira amat baik sekali..jauh bezanya..

"A'ahla A..lebih baik dari dulu.."D mengiakan kata-kataku.

"Alhamdulillah.."agak banyak juga cerita yang kami kongsikan.Maklum saja sudah lama tidak berjumpa.Walaupun kekok kerana dia sudah berubah sealim itu..nasib baik gila-gilanya masih ada..namun dalam banyak-banyak topik yang diperbualkan..ade satu topik yang benar2 menyentap hatiku..lantas aku membuat keputusan untuk berkongsi cerita di blog ini..

"Aku menyesal dengan perangai aku dulu.."kata A tiba-tiba..dapatku lihat kekesalan pada raut wajahnya.Dia bukanla seorang sampah masyarakat atau seumpama dengannya..cuma sikapnya yang nakal seringkali menjadi sebutan para guru dan mengundang rasa marah atau kecewa mereka.Mungkin bukan niatnya untuk melakukan sedemikian.Itu hanya kisah lampau yang tidak perlu ku kenang..

"Yang lepas tu biarkan aje..yang penting sekarang kau dah berubah..may be ramai yang tak mengjangkakan perubahan kau ni.."dia hanya tersenyum.Dan tanpa diduga..

"Kau dengan L cmne?"tanya D tiba-tiba.

"Bukan L dah bertunang ke??"

"Kau dengan dia dh putusla yer?"tanya D inginkan kepastian..aku pula memilih untuk mendengar..belum masanya untuk aku menyampuk lagi..sedangkan dalam hatiku mule memikirkan perihal L dh bertunang..tak de pulak ku dengar berita mengenai itu..

"Aha..aku dengan dia dah putus..tapi tak apa..alhamdulillah..sekurang-kurangnya selepas berpisah dengan dia..aku telah bertemu dengan awek baru.."kenyataanya yang terakhir benar-benar menarik minatku untuk terus mendengar..sempat ku mengusik..

"pandai dah yer.."

"Hehe..awek aku yang ni kalo 1 hari tak jumpe..mau 10 hri dia merajuk..susah nak pujuk tu.."aku dah blurr semacam..D dengan curiosnya..

"Uish..sape awek ko tu???"dan jawapannya membuatkan aku dan D terdiam sesaat dua..

"Al-Quran..sehari kalo tak baca 5juzuk..tak aman rasa hidup aku..serba tak kena.."masa tu aku rasa bersyukur sangat..sahabat lelakiku ini telah dikurniakan hidayah oleh Allah..dalam keadaan kami yang diam tak berkutik tu..

"Tapi..sayang.."

"???"

"Ramai orang suka menghukum dari kisah lampau aku.."aku tak faham..D pun nampak kurang jelas dengan apa yang A cuba sampaikan.

"maksud ko??"tanyaku..

"Perpisahan aku dengan L.."

"Orang2 letakkan kesalahan pada ko ke..??"pintas D. A mengangguk..

"Ala..ko pedulikan pandangan orang..asal ko tau sape ko..pndangan orang lain tak penting..diorang tak merasa kat tempat ko..ko dah pun berubah..malah mungkin lebih baik dari diorang.."

"Tulaa..susah nak puaskan hati semua.."setelah sekian lama..masing-masing meminta diri memandangkan ada urusan yang masih tidak selesai.

Sebaik sahaja meninggalkan kaki lima tadi,aku dan D masih berbicara tentang A.Kami memang terkejut melihat perubahannya.Tapi kami tau A tidak seteruk rakan-rakannya yang lain.Dia agak nakal tapi happy go lucky orangnya..kerana itu kami mudah mesra dengannya..dia mampu menghilangkan nervous orang dengan lawak selambanya.Masihku ingat lagi,satu ketika pada waktu fom 3..kelas kami sudah berasingan..tiada orang di dalam kelas si A..hanya A seorang..tiba-tiba datang seorang ustaz membawa rotan pergi berjumpa dengannya..aku dan D yang kebetulan melalui koridor bertentangan terdengar suara ustaz memarahi A.Dapat ku kesan riak sedih si A..tapi selepas itu kami jumpa dia masih boleh bergelak ketawa..itula A..yang tak pernah menunjukkan rasa sedihnya pada sesiapa..dan kata-kata A tentang manusia yang suka menghukum daripada kisah lampau seseorang benar-benar menyedarkan aku tentang realiti kehidupan yang sedang kita semua lalui sekarang..contoh..penagih dadah yang ingin insaf tidak akan insaf kerana kita ataupun segelintir manusia sudah membuat spekulasi..penagih dadah tetap penagih dadah..jadi renung2kanla..letakkan kita di tempat mereka..apa yang kita rasa itula yang mereka telah lalui..simpati tidak diperlukan..sokongan!!itulah yang patut diberi..sekian..

p/s:hanya sekadar berkongsi pengalamanku..^_^

Wednesday, June 17, 2009

Pelangi itu Indah 16

:: Jom Kita Kahwin ::

Selepas menuturkan kata maaf, Ikmal kembali berkelakuan seperti biasa. Tiada lagi kebisuan yang menyeksaku. Tidak dapat aku nafikan lagi yang aku semakin menyayangi dia..adakah dia juga begitu??

Sedar tak sedar cutiku hampir berakhir.Suamiku sudah seminggu memulakan kerjanya sebagai seorang pensyarah di salah sebuah kolej swasta yang terdapat di KL ni..Sedang asyik mengelamun aku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon.Rupa-rupanya Diya yang menghubungiku untuk mengkhabarkan perihal U yang kami dapat.Alhamdulillah,rezeki Allah..kami ditakdirkan mendapat U yang same dan juga kos yang sama..syoknya tak terkira..tak sabar nak bagitau Ikmal.aku bingkas bangun untuk mula melakukan kerja rumah..

"Hurmm..nak masak apa yer..harini.."setelah penat mengerut2kan dahiku berfikir.aku membuat keputusan untuk memasak tom yam putih,ayam masak merah dan agar-agar batik sebagai pencuci mulut.Ok tak??Taram jela...bukanya ada menu lain pun yang aku reti buat...hehehhe...keletung..keletang..keletung..keletang..siap jugak masak...sapu-sapu sampah cket..dan..aku pun melompat ke atas sofa untuk berehat...hehehe..

"Waduh....panas bangat..kipas ni slow semacam jer..tapi speednya dah paling maksima.."lalu aku membuat keputusan untuk membersihkan kipas di ruang tamu itu..aku segera menuju ke stor dan mengambil tangga..suis kipas ku tutup..kang tak pasal-pasal kepala isteri kesayangan ikmal ni terpenggal..huhuhu...hampir saja aku melakukan pembersihan terakhir...

"Ha!!Nini buat ape tu...??"oleh kerana terkejut dengan sergahan mengejut itu,kakiku yang sepatutnya memijak tangga keempat tergelincir dan...

"Aaaabbbaaaannnnggggg!!!!!"aku memejam mataku..tak dapat ku bayangkan aku akan jatuh seperti nangka busuk..dan..

'Eh..lembutnya permukaan lantai ni..'suara hatiku berdetik.

"Nini..bangunla...tak kesian kat abang ke???dah la berat..."erk..suamiku..

"Padan muka abang..sape suruh masuk tak bagi salam...tau main terjah aje.."saat itu kaler muka aku dah jadi merah-merah pink..maluuuu....

"Nini buat ape??"

"Bersihkan kipasla..."

"Lasaknya isteri abang ni..."seperti biasa tangannya ku salami..gugur dosa-dosa kecil..hehehe..

"hehehe..lambat abang balik hari ni.."

"Biasala Ni..jammed.."

Malam itu,

"Wah...ada ape-ape yang special ke hari ni??"kata Ikmal sebaik sahaja melihat menu kami malam ni.

"Lepas isyak Nini gitau.."

"Ooo..main secret mecret pulak ya..."

"Well.."dan kami pun menikmati sajian malam dengan penuh selera..

Usai sembahyang Isyak,aku dan Ikmal menonton TV di ruang tamu..

"ha..apa rahsianya??"aku pandang wajah suamiku.Lupe..hehe..

"Nini dah dapat tawaran U.."

"Yeke?Alhamdulillah..U mana tu??"

"Abang bagi la ni ya..hehehe..Alhamdulillah...Nini dapat UKM..same dengan Diya.."

"ooo..kos ape??"

"Kosmetik..."tanganku di cubit...

"Adeihh...kos sains pemakanan.."

"Eh..jap..U ape tadi??"

"UKM la abang..."sejak bila pulak suami aku ni ada 'sound trouble'..lupe nak servis la tu..aduh..tak dapek jadi isteri mithali lagi aku ni..

"Bukan sama dengan Iqbal gak ke??"

"Yup..same.."

"Sukela tu..dapat jumpe bekas dia.."

"Abang..Nini kan dah ade abang..takkanla Nini nak dia lagi..abang tak percayakan Nini ke??"

"Percaya..tapi manela tahu kalo dah berjumpa kembali..kasih terkubur akan berputik kembali..."dalam maknanya tu...dia dah tangkap cintan dengan aku ke??...wah ada can ni...

"Hbs tu...abang tak nak bagila ni???"dia tengok muka seposen aku...

"Hmm..ntahla.."dan dia pun berlalu ke dapur..beberapa saat kemudian aku menuruti jejaknya..aku lihat dia termenung di depan sinki..perlahan-lahan..aku menghampirinya dan memeluknya dari belakang..tegang dan dingin..sah!!tengah bengangla ni..sedang aku berfikir bagaimana cara untuk memujuknya..idea baik punya datang...mungkin dah tiba masanya..aku menjingkitkan kakiku sedikit untuk berbisik di telinganya (nak buat camne dapat lelaki tinggi..kita ni rendah aje..cukup2 makan..hahaha..)

"I Love U sayang..jom kita 'kahwin' sekarang nak tak??"hehehe...muka dah habis tebal ni..tapi maintain je..selamba..dia memandangku tak percaya tapi matanya bercahaya...aku kenyit mata padanya..tanpa di duga..dia mencempung tubuhku dan di bawa masuk kebilik...malam itu la malam pertama kami yang menjadi saksi cinta kami yang telah berputik tanpa di sedari..mahkota berhargaku akhirnya telah diserahkan pada sang suami yang ku cintai..semoga diri ini tidak dipersia kan..

Tuesday, June 16, 2009

Pelangi itu Indah 15

:: Janganlah Dikau Berubah Hati ::

Tanganku di tarik menyebabkan aku terpaksa berjalan laju menyaingi langkah suamiku.Sepanjang perjalanan hanya kedengaran desiran angin yang bertiup,tiada suara yang berbunyi antara kami..Sesekali terdengar keluhan dari si dia..

'Biarlah..mungkin dia ingin bertenang..'fikirku..lalu aku melayan fikiranku..Pertembungan dengan Kak Lia kembali menjengah lamunanku..Kak Lia bukan berseorangan tadi..ada seorang lelaki di sisinya..apa agaknya perasaan abang sekarang..marahkah dia??kecewakah dia??Adakah dia akan menjauhiku selepas ini??

Di rumah,

Handphone suamiku menjerit-jerit meminta untuk di jawab tapi suamiku berada di dalam tandas..aku mendekati handphone tersebut dan ku lihat nama pemanggil yang tertera..'Azlia'..baru ku hendak menekan butang answer,suamiku keluar lalu aku menyerahkan handphone kepadanya dan aku kembali duduk di birai katil..aku diam membatu memerhatikan tingkahnya..aku sangka dia akan menjawab panggilan tersebut tapi sebaliknya dia off kan handphonenya..

"Kenapa tak jawab??"tanyaku hairan..

"Perlu ke?"dia mendengus.nadanya seolah-olah memberi aku amaran 'jangan tanya lebih-lebih..'..Sepi bertandang antara kami..'abang, masih sayangkah dikau pada kak Lia??'soalan yang hanya kedengaran di dalam hatiku..

Aku leka memerhatikan wajah suamikan yang sudah lena di ulit mimpi..tanpa sedar,air mataku mengalir..tidak dapat ku bayangkan hidupku tanpanya..Walaupun usia perkahwinanku baru hendak mencecah usia sebulan tapi kemesraan antara kami bagaikan bertahun lamanya..'Ya Allah..janganlah kau hilangkan rahmat ini..Panjangkanlah jodoh kami Ya Allah..berikanlah ketenangan buat kami..sesungguhnya padaMu aku mengharapkan sesuatu..Aminn Ya Rabb..'

*************************************************************************************

"Maafkan abang..sayang..emosi abang benar-benar terganggu saat ini..bukan abang hendak menderamu dengan kebisuan ini..berikan abang masa untuk menilai hati abang.."Ikmal bermonolong sendirian..Wajah sembap itu di tatap penuh kasih. Dia berasa bersalah menyebabkan air mata yang mengalir dari pipi isterinya yang semakin di sayangi dari hari ke hari..

Pelangi itu Indah 14

:: Gelagat Aku dan Dia ::

Aduhai kanda..kenapa la dalam banyak-banyak tempat makan, Western Food jugak yang menjadi pilihannya..

"Jom Nini.."aku mengikutnya hingga ke sebuah meja yang agak tersorok..mahukan privacy katanya..aku memesan chicken chop dan air limau nipis sementara dia memesan beef steak bersama air laici...setelah sekian lama menunggu, makanan yang dipesan pun tiba.Baru aku hendak memulakan suapan pertama..

"Nini..pisau tangan kanan,garfu tangan kirila..."tegur Ikmal..aku senyum kerdip-kerdip mata..ingat aku tak tahu ke...

"Abang sayang...buat apa kita nak ikut cara barat..kita orang Islam..memulakan sesuatu dengan tangan kanan lebih elok..even pakai garfu tp still tangan kiri kan..so faham-faham jela..mula-mula memang susah..tapi lama-lama biasala..hehehe.."panjang berjela peneranganku beri. Mendengarkan penjelasanku,dia mula ikut sama..terkial-kial dia nak makan..tapi sekejap aje..lame-lame dah macam orang pro lak..kami terus makan..

"Ewah-ewah..sedap-sedap dia main cicah-cicah sos abang ya...tak mintak izin lak tu..."soundnya direct pada aku yang sedang asyik mencicah sos black peppernya..nak wat cmne..aku punyer sos cili jer..huhuhuhu..

"Ala abang ni..tak baik kedekut-kedekut..sharing is caring you know.."balasku sambil mengenyit mata..dan aku tetap dengan kelakuanku tanpa mengira dia yang kelihatan tidak puas hati..tiba-tiba..

"Abang..mana aci cam ni..."suke hati je dia ambil sebahagian ayamku..

"Sharing is caring kan...hahaha.."aku mengetap bibir geram..tak pe..tak pe...air laicinya ku capai..dengan selambanya aku menelan buah-buah laici yang dan ku tinggalkan dua biji laici khas buat suami terchenta...kira baik la jugak aku ni kan..aku pandang dia dan gelak jahat...dan...

"Adoiii..sakitla abang..."apa ni..main cubit-cubit...makin tembamla aku nanti...

"Nakal ya..."

"Marah ke??"

"Tak kuasa..."

"Yeke??"

"Nah!!"dia menyuakan daging kepadaku.aku ingin pegang garfu tersebut tapi dia tak benarkan..dia suruh aku buka mulut..ragu-ragu dan malu-malu aku membuka mulutku..tapiiiiii......

"Abang..apa ni..?"hampeh..dia masuk mulut dia..dek kerana geram...aku akan buat mogok suara dengan dia...sekian lama..

"Nini.."panggilnya...rasa bersalahla tu..mula-mula aku ingat nak diam je..

"Apa??"aku menyahut jugak..karang berdosa pulak..sape yang susah??aku jugak...

"Nah..kali ni betul-betul..abang tak main-main dah...janganla buat muke cemberut camtu..tak comel dah isteri abang nanti..hehehe.."aku membuntangkan mataku..dia ni...namun suapannya ku terima juga..

Selesai membuat pembayaran, kami melangkah keluar dari restoran tu.Pandanganku tertembung dengan seseorang yang amat ku kenali...

"Kak Lia.."terpacul keluar nama tu dari mulutku..Wajah lelaki di sebelahku kerling,nyatanya dia turut melihat pada insan tersebut..Ekspresinya jelas terkejut dengan pertemuan tidak di duga ini..

Pelangi itu Indah 13

:: Rumah ke Tongkang Pecah?? ::

“Astaghfirullahalazim..abang…!!”mengucap panjang aku melihat keadaan rumahnya yang tunggang terbalik tu..

“Hehehe..lawa kan??”dia sengih tak malu…nasib aku la labi..aku dahla pantang tengok rumah bersepah ni..selesai sahaja barang-barang di angkat..aku mula mengemas..baju-bajuku kumpul dan aku masukkan dalam mesin basuh..lantai di sapu dan dimop sampai aku ley nampak muka aku sendiri kat lantai tu..pinggan mangkuk di basuh..busuknya tak yah nak kate..dah berapa minggu tinggal..huhu..penatnya..tu jela yang aku wat..selebihnya esokla baru sambung…aku pergi menyandar di sofa melepaskan lelah..

“Nini…nini…”aku yang baru nak terlelap terjaga kembali..

“Nah air..”dia menghulurkan secawan air dan hulurannya ku sambut..Eh..sedapnya..pandai laki aku buat air..aku memandangnya..baru lepas mandi..kemas aje aku tengok..

“Apesal tengok muka abang camtu??dah jatuh cinta ke??”

“Uhukk..uhukk…”aku tersedak..isy..janganla tanya soalan maut time aku minum…

“Isy..tak la..ensem jugak muka suami Nini …walaupun dah tua…”lambat-lambat aku menyambung ayatku.Dia mengalihkan pandangannya dari TV ke arahku.

“Ala..tua 7 tahun jer…”

“tua jugak…”

“nak kene ya…"dia mendekatkan wajahnya denganku…aku dah gelabah..baik lari dulu…lari topic..

“Abang..err..malam ni nak makan ape??lauk tak de..so Nini tak masak..”dia kembali duduk..selamat…

“Malam ni makan kat luar jela..sok kita pergi membeli dan membelah barang-barang dapur dan lain-lain k…”

“Ditanggung beres bos..hahaha..”

Pelangi itu Indah 12

:: Baiti Jannati ::

“Nini..dah kemas belum??”isy dia ni..perasan pulak aku masuk bilik..ingatkan dah ralik dengan novel Sherlock Holmes dia tu..dahla tak nak bagi aku baca..

“Kemas apa abang??”

“Sok kan nak balik…”balik mane pulak..

“Balik???”muka dah confused.

“Umah abangla..”

“Ni bukan umah abang ke??”

“Umah abang kat KL la..ni kan umah parents abang…”

“Oooo…”kenapala KL..tempat yang aku malas nak pegi..tapi bagus jugak..ley jumpe Diya nanti…huhuhu…pekabola agaknya Diya..nanti-nantila aku mesej dia..

Keesokan harinya,

“Mak…ayah..kami pergi dulu..”aku bersalaman dengan mereka sementara suamiku bersalaman dengan adiknya..aku terdengar Iqbal berkata ‘jaga kak Nini baik-baik..’..dalam hatiku.. ‘tq Iq..’..macam-macam nasihat yang diberikan oleh mak kepadaku..insyaAllah akan aku turutkan demi menjaga keharmonian rumah tangga ini.

Di dalam kereta,

“Concernya bf dia ya..”uishhhh..perli pedas tu..

“Ex..”aku membetulkan.

“Ex pun…”

“Jeles ke??”sakatku.

“Jeles tu tak dela..cemburu tu ade…”tak sama ke?hahaha…

“Eh..eh..dah pandai cemburu ya cik abang kita ni..sayang Nini ek??”

“Tak lah..tak sayang pun..”

“Sikit pun tak de??”geleng.

“Tak sayang tak pe..kita tau sapela kita ni…hidung mancung..pipi comel..”

“Hahaha..perasannya dia ni..isteri sape la ya..”

“Isteri Ikmal Hafizi Salleh..”dia mencuit pipiku.Aku sengih jer..macam tu la kami..semakin hari semakin mesra..semoga kemesraan ni berkekalan supaya aku mampu tersenyum bahagia hingga akhirnya..

Setibanya di perkarangan rumah,

“Nini…Nini...bangun Nini..”

“Hmm…”terpisat-pisat aku bangun..

“Isy Nini ni..peta Negara mana Nini buat ni…besarnya….Uganda ke??”aku segera mencelikkan mata dan meraba sekitar mulutku..hampir-hampir jer..

“mane ade abang…memandai jela abang ni..”

“tu..kat mulut tu apa..ha…”

“Tak de..sipi-sipi jela..dia pun tak sudi nak jatuh kat kete cap ayam abang ni tau..”aku melangkah keluar dari ketenye tapi dia memegang pipiku..

“Cap ape???”

“Ayam..”selamba badak aku menjawab..terus dia menarik tanganku ke belakang kereta..

“Tengok betul-betul..apa dia tulis..”

“Kancil..”ingat aku baru nak belajar mengeja ke..

“Ha..cap kancil tau…bukan cap ayam…hahahaha..”Ooo..kenekan Nini yer..siapla suami aku ni..aku masak jugak nanti..baru tau..hehehehe

“Abang ni…tak baik tau…”aku buat-buat merajuk..mukaku keruhkan ala-ala nak nangis..

“alololo..jangan la nangis-nangis eh..jom masuk rumah dulu pastu baru nangis ya!!..”ceh..ingat nak pujuk. Aku ikut jela.malas aku nak buat drama tak berbayar..

“Subhanallah…lawanya ..luas laman umah abang ni…”

“hehe..belum tengok dalam lagi..lagi ‘lawa’…”aku menjelingnya..

“Aik..lain macam je bunyi lawa tu…”

“Ada bunyi lain ke??”pintu pun di buka..dan……..

Monday, June 15, 2009

Pelangi itu Indah 11

:: Berkata Benarlah Walaupun Pahit ::

“Siapa Iqbal Hakimi??”Uish..soalan apa ni..

“adik abang..”

“Pada Nini?”

“adik ipar…”

“Nini!!”keras bunyinya..pandangannya memberitahu.. ‘ u know what I mean..juz tell me the truth…’

“Sebenarnya..Iqbal tu ex Nini..tapi..kitorang dah putus dah..”akhirnya terluah juga ayatku yang satu tu..

“Sebab abang kahwin dengan Nini??”

“Tak..dia mintak putus sebelum tu lagi..sebelum Nini balik lagi…”

“Kenapa dia mintak putus?”

“Dia dah ada Lisa..”dan aku terus menceritakan semuanya perihal aku dengan Iqbal..tak tertinggal satu pun..Padaku, dalam sebuah perhubungan biarla adanya kejujuran barulah akan wujud kepercayaan dia antara satu sama lain.

“Nini tak menyesal..?”aku menggeleng..

“Tak..sebab Nini akhirnya tidak terlibat dengan sesuatu yang nyata tidak dibenarkan dalam Islam..”

“maksud Nini?”

“Hubungan tidak sah antara laki dan perempuan..”dia mengangguk..faham.

“thanks Nini..”

“???”

“Sebab jujur dengan abang..”

“Jujur kan penting..”untuk kali pertama dia memelukku.Terasa kasihnya meresap ke dalam diriku.


Sementara itu, di bilik yang lain..seseorang sedang memikirkan kenapa Nini yang menjadi kakak iparnya..lantas dirinya teringat kenangan saat pertama kali dia bertemu Kak Lia bersama abangnya.

“Assalamualaikum..tumpang tanya..”

“Waalaikumussalam..ya encik..ada apa yang boleh saya bantu??”

“kat sini ada pesakit yang bernama Iqbal Hakimi Salleh tak?”

“Owh..dia ada di wad kanak-kanak sebelah sana tu ya..”

“Tapi dia dah besar panjang..bukan kanak-kanak..”

“hehe..dia cuma ditempatkan di situ..”

“Ha??”dan nyatanya jururawat itu tidak bergurau..

Di wad kanak-kanak,

“Hahahahha..Kimi..dalam banyak-banyak wad yang ada..camne la ko ley sesat dalam ni…hahaha..adess..sakit mental aku…”aku menolak geram bahu alongku.tak ley pakai nyer abang..Ni sume salah doctor tu..siapla kalo aku jumpe dia nanti..

“Ape awak nak buat kalau jumpa saya?”gulp..bila masa pulak dia ni muncul

“saya nak kahwinkan awak dengan abang saya ni..abang saya pun dah setuju kan kan..”entah dari mana idea jahat ni muncul.untuk seketika doctor dan abangku saling berpandangan.

“tadek hal…”mereka menjawab serentak.aku pulak yang ternganga.

“apa benar??”

“Demi adekku yang terchenta..bersaksikan budak-budak comel ni semua..Doktor Fatin Azlia Bakri,sudikah doctor menjadi isteri dan ibu buat anak-anak saya??”sandiwara apakah ini..

“Encik Ikmal Hafizi Salleh,di hadapan adikmu yang terchenta ini..aku setuju menjadi suri dalam hidupmu..dan kerana itu lah perkahwinan ini di aturkan..rupanya mereka merupakan kenalan semenjak Universiti lagi..tapi siapa yang mampu mengjangkakan hal yang sebaliknya yang berlaku.

Arghhh..kak Lia..kenapa kau meninggalkan along??dan kenapa Faten yang mesti menjadi penggantimu??

Pelangi itu Indah 10

:: Oh No!! ::

Selepas beberapa malam di rumah Pak Long dan Mak Longku..tibalah masanya kami bermalam di rumah mak dan ayah mertuaku..bagaimanalah agaknya penerimaan mak dan ayah mertuaku nanti..

"Assalamualaikum..."salam di beri pada ahli di rumah..

"Waalaikumussalam..ha..Along..Nini..masuklah.."Along ialah nama timang-timangan untuk suamiku.

Hidang tengah hari sudah siap terhidang..tinggal untuk menjamunya..kecur air liurku melihat lauk yang di hidang..macam-macam ada..tapi hanya boleh di lihat saja..sebabnya..

"Eh mak..Kimi mane?"

"Jap lagi dia turun la tu..Nini..mak ucap terima kasih banyak-banyak kerana sudi menyelamatkan maruah kami semua..."dia memelukku.Pelukannya mengingatkan aku pada pelukan hangat seorang ibu..ibu..owg rindu...

"Pengantin baru dah sampai yer.."sapa seorang lelaki dan mengambil tempat bertentangan denganku sementelah hanya di situ saja kerusi yang kosong.

"Okey Nini..ni adik abang..Iqbal Hakimi..haritu dia tak de masa majlis kita..orang tengah bz exam la katakan..baru balik semalam jer tu..."mendengarkan nama itu,aku segera mengangkat mukaku..What???Riak terkejut jelas pada wajah lelaki tersebut namun aku kekal bersahaja..gelora di dalam hati biarlah terpendam dulu..aku cuba berlagak professional..

"Erk..abang..nape bukan Kak Lia??"

"usah di sebut nama budak tu..."ayahku yang sedari tadi diam mula bersuara..

"Panjang citer nyer dik.."kata suamiku.aku hanya diam terpaku.makanan yang dijamah tidak terasa lagi lazatnya..

Selesai mengemas meja makan,aku melangkah masuk kebilik..salam diberi sebelum itu..di dalam bilik..suamiku sedang menyandar di atas katil..dia merenungku tajam sehingga aku berasa kekok untuk melangkah..namun ku teruskan jua dan mengambil tempat di sebelahnya..

"Nape abang pandang Nini camtu???"dia masih tidak bersuara..sedangkan aku bagai nak tercabut jantung menanti jawapan darinya...

Pelangi itu Indah 9

:: Malam Pertama ::

"Nini..meh duduk dulu..abang nak bincang sikit.."wajah suamiku berubah serius.Menambahkan gusar dalam hatiku.

"Bincang apa abang?"

"Pasal perkahwinan ni.."

"Ok..our marriage.."balasku pendek.memberi peluang untuk dia meneruskan kata-katanya.

"Abang nak tanya..kenapa Nini terima perkahwinan ni??"

"Salah ker?"tanyaku..dia sekadar menggeleng..

"Nini tak diberi peluang untuk mengatakan tidak.Lagipun ini melibatkan soal maruah abang.."

"Kalau Nini diberi peluang untuk melepaskan diri daripada ikatan ini..macam mane?"apa pulak ni...dia ingat tengah main pondok-pondok ker...

"Nini tetap nak teruskan ikatan ni.."jawabku selepas mendiamkan diri seminit dua..

"Walaupun terpaksa mengorbankan masa depan Nini..?"

"Yup.."yakin bunyinya.

"Boleh abang tau kenapa?"

"Mungkin abang jodoh Nini yang telah di tetapkan oleh Allah.."dia kelihatan berpuas hati dengan jawapanku..kini tiba giliran aku..

"Abang boleh ke terima Nini??"

"InsyaAllah...macam Nini..abang juga redha..tapi..satu jer permintaan Abang.."

"Ermmm.."

"Abang tak ready lagi untuk 'malam pertama'..biarla kita saling kenal mengenal dulu..boleh?.."aku tergamam..sepatutnya...

"abang..bukan Nini ke yang patut cakap camtu??"hahahah..pecah gelak antara kami.Malam pertamaku berlalu begitu sahaja..Kami berbual atau lebih tepat lagi saling berkenalan.'kak Lia..kenapa agaknya kau lari daripada perkahwinan ini ya..lelaki ini insan yang baik untuk dijadikan suami..'

"Okla Nini..dah lewat ni..kita tidur la ya.."katanya seraya mengambil sebiji bantal dan selimut untuk berlalu..

"Abang nak pi mane lak tu???"

"Tidur kat atas lantai.."

"jangan nak ngada-ngada...meh sini..meh..tidur je atas katil ni..."

"Nini?"

"Tidur atas katil gak.."dia kelihatan keliru dengan jawapanku..aku tersenyum..

"Walaupun tiada 'malam pertama pengantin baru'..tapi bukanlah bermakna kita harus tidur berasingan..macam mane nak wujudkan perasaan sayang kalau masing-masing mengelakkan diri kan?"dia turut tersenyum dan mengiakan kata-kataku.

"Pandai isteri abang..."hehehe..satu rahsia..sebenarnya aku tak leh tidur sorang-sorang...hahahah..diam-diam tau..

Pelangi itu Indah 8

:: Suamiku ::

Selesai jugak majlis perkahwinan mengejutku ini. Walaupun aku hanya penggantinya..Aku ditinggalkan di kamar raja sehari yang di hias indah buat pengantin baru… ‘Faten Ayuni dan Mr. X’…(maaf..bukan tak nak gitau..tapi aku memang tak tau…)..Bersendirian membuatkan fikiranku melayang mengingati perbualanku dengan Diya petang tadi..

“Faten..apa semua ni??ko kate majlis kahwin kak sepupu ko..kenapa kau pulak yang kawen??”

“Kak Lia lari…”

“So?ko kene ganti?Ni tak adil Faten..kenapa kau setuju..”

“Aku tak diberi peluang untuk mengatakan tidak…lagipun…”

“What??ko ikut aku sekarang…”Diya menarik tanganku tapi aku berkeras tidak mahu berganjak.

“Nape Faten??”

“Dah terlambat..aku dah pun jadi isteri dia..”perlahan air mataku menitis..pergilah kesedihan..pergila kau dari hidupku..datanglah bahagia..sinarila hidupku seperti pelangi yang menghiasi hari-hariku..Diya menggeleng-gelengkan kepalanya.Mungkin tidak menduga sebegini rupa nasib sahabatnya.

“Apa kau nak buat sekarang??”aku sekadar menjungkitkan bahuku.

“Entahla..mungkin menjadi isteri yang baik buat suamiku..”

“Walaupun pada insan yang tidak kau kenali dan cintai?yang tak mencintai ko?”

“Kadang-kadang yang kita cintai pun belum tentu kita bahagia..kita hanya mampu merancang..tapi aku yakin perancangan Allah lebih baik..”

“Kau dah banyak berubah Faten..Alhamdulillah..kau bukan lagi gadis yang hidupnya terumbang ambing tiada arah tuju..kini kau amat jelas siapa kau..aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ko…”Ya Allah..janganlah kau menambahkan luka dalam hati sahabatku ini…amin..

‘klik’..bunyi tombol di pulas menandakan seseorang akan memasuki kamar ini. Aku tidak mengalihkan pandanganku sebaliknya terus leka memerhati keindahan langit yang terbentang luas di depan mataku..Derap kaki semakin menghampiriku,getaran di dada mula terasa..dapatkah aku berdepan dengannya??

“Ayuni…”suara seorang lelaki.suami aku ker?dalam ketidak pastian aku menoleh.

“Errr…”nyatanya aku tidak tahu mahu memanggil lelaki di depanku ini apa.

“Jom duduk dulu..”katanya sambil menggamit tanganku bersama..aku bagaikan robot hanya mengikuti langkahnya..suatu perasaan aneh menjalar ke segenap ruang hatiku..isy..ape ni…

“Ayuni…”aku masih diam terpaku.Melihat aku yang dalam kebisuan..dia langsung sengih jahat..erk..dia nak buat apa-apa ker..janganla..wawawa…makkk…Nini tak ready lagi ni….

“Amboi-amboi Nini..senyap ajer yer…semalam bukan main lagi mulutnya..marah-marah..”dia cuba menggiatku untuk mengeluarkan tongkol emas dari mulutku..semalam?biler pulak??

“Erk..name ape?”takut-takut aku bertanya..apesal aku ni…bukannya lelaki ni nak makan aku..dia makan nasi…

“Nama abang Ikmal Hafizi..”abang?eh..name dia ada abang…

“Abang Ikmal Hafizi?panjangnyer nama…nak panggil apa?pelikla nama…”

“Pelik?kenapa pulak??”

“Tak penah-penah orang letak nama Abang kat depan..biasa Muhammad ke Ahmad ke…”kan dah start celoteh aku tu..tu la..jangan bagi peluang kat aku ni..malu-malu kucing jer lebih…

“Ya Allah Nini…”dia menepuk dahinya…aku semakin pelik..

“Kenapa?”

“Ikmal Hafizi tu name..Abang tu panggilan yang Nini kena gune nak panggil abang ni..”

“Pulak dah…”aku mengerut-ngerutkan dahiku..signal nak gitau..’tak faham neh..’

“Abang kan dah jadi suami Nini..seorang isteri kena la panggil suami dia Abang..baru mesra..ada faham ka??”erk..yela..camne aku boleh lupa dia suami aku ni..

“Lupe..hehee..tapi..nape dengan semalam??biler masa Nini marah abang?”

“Nini tau tak Nini ni sape pada abang??”

“Entah…”

“Perempuan Tiang….hahahhaha…”tiang?

“Why??”

“Adala sorang budak perempuan semalam tu kan..dia langgar tiang tapi dia marah abang….hahahah..”Goshhh…dia ke lelaki semalam…ohhh no…patutla aku tak cam muka dia..dia pakai spek hitam semalam..aku cepat-cepat bangun nak lari..namun tanganku di dalam genggamannya..

“Mane nak lari ha…”sengih jahatnya tak hilang lagi..Gulllppp…

Pelangi itu Indah 7

:: I am a Wife ::

“Aku terima nikahnya Faten Ayuni Bt Fahmi dengan mas kahwin RM100..”

“Sah”

“Sah..”

Dengan lafaz sah tersebut,maka sahla aku menjadi isteri kepada jejaka yang tidakku ketahui siapa gerangannya..huhu..siapa yang dapat menjangkakan aku akan menamatkan zaman bujangku seawal usia 20 tahun..

Sebaik sahaja majlis akad nikah selesai,aku segera beredar masuk ke kamar tidurku..langkahku dituruti Pak Long, Mak Long, dan Ijat satu- satunya adik lelakiku yang masih hidup.Pernikahanku tadi diwalikan oleh adikku yang satu tu..

“Nini…”

“Ya Mak Long…”

“Maafkan kami Nini..”

“Kenapa Mak Long..kenapa??”

“Kak Lia kamu lari dari umah pagi tadi..Mak Long tak dapat fikir panjang tadi..ni melibatkan maruah dua buah keluarga…”

“Tapi kenapa Nini Mak Long..Nini…”empangan air mata yang ku tahan sejak tadi akhirnya pecah juga..melihatkan keadaanku,Mak Long dan Pak Long jadi tak betah..lalu mereka meninggalkan aku sendirian..memberi ruang untukku bertenang..Setelah lama bilikku dalam keadaan sepi,Ijat mula memecahkan keheningan..

“Kak ..maafkan kesilapan Kak Lia..Ijat tau kak tak patut menggalas semua ini..Ijat dah cuba menghalang tapi semuanya berlaku terlalu pantas..”dan seperti biasa aku tersenyum dalam sendu..Ijat merapatiku dan memelukku..aku menangis semahu-mahunya dalam pelukannya..setelah memperoleh kekuatan..aku berkata..

“Tak pe lah Ijat..Dah takdir akak macam ni..mungkin ada sesuatu yg sedang di aturkan oleh Allah untuk akak..siapa tau yang lelaki tu memang jodoh akak kan..biarlah..andai pengorbanan ini dapat membalas jasa Mak Long sekeluarga pada kita..”..Benar..keluarga Mak Long telah banyak berjasa padaku dan Ijat..mereka la yang menjagaku dan Ijat selepas kematian ibu bapa kami..Kami ditatang seperti anak sendiri..tiada bezanya..

Lewat malam,aku melakukan solat sunat memohon di berikan ketenangan..

“Ya Allah..aku redha andai ini ketentuanmu Ya Allah..bantula aku Ya Allah menjadi seorang isteri yang baik buat suamiku..semoga suamiku mampu membimbingku ke jalanMu Ya Allah..Kau kurniakanla kasih sayang yang berpanjangan diantara kami Ya Allah..Semoga hubungan ini didalam keredhaanmu Ya Rahman Ya Rahim..Amin..”

Sunday, June 14, 2009

Pelangi itu Indah 6

::'Hadiah' kepulanganku ::

"Buat malu je tadi...hahaha.."Diya masih giat mengusikku.

"Diam la ko.."aku menolak bahunya geram..tiba-tiba Diya mencuitku sambil menjuihkan bibirnya kearah sepasang makhluk tuhan yang sedang asyik dibuai asmara..aku beristighfar di dalam hati..lalainya kami ya Allah..

Ingatanku mengimbau kembali pada hubunganku dengan Iqbal.Kami bercinta seperti pasangan lain..tapi tidak lah sampai melampaui batas-batas perhubungan..berjumpa pun ditemani Diya..aku masih ingat lagi..aku selalu mengikuti ceramah fatayat yang selalu diadakan pada hari Jumaat,pernah sekali isu 'couple' dibincangkan..dari situ aku tahu couple itu haram..sejak itu aku selalu terfikir wajarkah hubungan aku dan Iqbal diteruskan.Aku tak punya kekuatan untuk menamatkannya..tapi..Alhamdulillah..nyatanya Allah masih sayangkan aku..Dia permudahkan jalan untuk aku..dan lihat..kini aku sudah bebas dari isu couple..kiranya selepas ini,sesiapa yang inginkan aku..terusla masuk meminang..biarlah hubungan di bawah keredhaan Allah..aku lebih senang begitu..aku tersenyum sendirian mengingatkan satu ayat dari Aiqa,rakan seperjuanganku.."tak de sesuatu yang dapat menghalalkan yang haram..jadi couple itu tetap haram walau bagaimana cara sekalipun.."..tepat mengena batang hidungku sendiri..

"Hello Cik Faten..ko duk senyum-senyum sendiri ni kenapa..?penat aku panggil dari tadi tau.."aku tersengih menunjukkan sebaris gigi ku yang indah terletak..

"Dah..tak yah nak buat iklan gigi kat sini..aku nak naik bus dah ni..ko pandai-pandai la jaga diri..jangan nak merewang pulak.."isy dia ni..macam mak nenek pulak..

"Okey..esok jangan lupe turun Melaka tau..kak sepupu aku kahwin tu.."

"Tak de hal.."selepas berpeluk-pelukan..kami mengucapkan salam perpisahan..sedihnyaa.....aku menghantar pemergian Diya dengan mata..kemudian aku mencari bus ting tong menuju ke rumahku..perjalanan dari negeri aku belajar ke rumahku mengambil masa dua jam..

Aduh...lama lagi ke nak sampai..boring dah aku duduk...asal lambat sangat..aku mengerling jam tanganku..'apa??dah dekat pukul 8.30 malam..patutla naik keras kematu dah punggung aku ni..

Sekitar jam 9,
"Assalamualaikum Mak Long..Pak Long..."

"Waalaikumussalam...ha Nini..cepat masuk..."tanpa sempat aku berkata apa..tangan ku ditarik masuk ke bilik Kak Lia..haiz..awat pulak ni???..sebelum terlupa..Nini tu nama manja aku yang hanya family aku jer yang panggil..Family SAHAJA!!hehehe...

"Nape ni Mak Long..?"sedang dahi ku berkerut seribu..aku sibuk di andam..di minta menukar pakaian..'uish mak long ni..nasib baik aku tengah cuti-cuti Malaysia'..tapi kenapa yer..takkan nak suruh test jadi pengapit kot..

"Nini kene tolong Mak Long.."

"Tolong ape.."

"Ganti Kak Lia..jadi pengantin..."selesai saja berkata begitu Mak Long terus keluar menyambut kehadiran tetamu atau lebih tepat lagi pihak pengantin lelaki.

"Apa???Pengantin???Aku???"aku tak faham..Ijat...tolong akak....

Pelangi itu Indah 5

::Errkk..salah ek..::

“Excuse me sedara yang pakai baju hijau berkolar ngan seluar slack hitam..berspek mata hitam..”aku menjerit memanggil seorang manusia yang semakin menjauhiku.

“Ye..cik panggil saya ke??”heh,buat-buat sopan pulak..mata tu..kalo tengok betul-betul tak ley ke..main langgar je aku yang kecil molek dan comel neh..hehehe.

“Tak..saya panggil kembar awak..”dia ku lihat hanya tersenyum malu-malu..

“Ada apa cik??”

“Boleh awak tanya ada apa, awak dah langgar saya..tak reti-reti nak minta maaf ke??” aku menjegilkan mataku memandangnya.Panas hati melihat mukanya yang tak beriak..

“Tapi saudari..saya tak langgar sape-sape pun..kenapa pulak saya nak minta maaf pulaknye!!”Diya dah mula menarik aku untuk beredar dari situ..tapi sorry beb..ni Faten..pantang berundur sebelum berjuang..kebenaran mesti di tegakkan..MESTI!!(inilah salah satu perangai aku yang semakin menghilang…tapi macam dah nak muncul kembali jer..huhu..)

“Ewah-ewah..sesedap mulut awak kata tak bersalah ya..habis..kalau bukan awak..sape lagi!!..hanya awak dengan saya je lalu jalan ni tadi..”

“Dan saya juga…”Diya menyampuk..aku menjelingnya sekilas..dia meneguk air liur.. ‘tau takut..duk diam-diam jangan menyampuk..’..aku menghantar amaran tu melalui jelinganku.

“Perlu ke saya rewind balik kejadian tadi??”tanyanya selamba.aku angguk.

“Dah bersedia terima hakikat??”tanyanya lagi.Aku berasa hairan dan rasa semacam namun aku tetap angguk..tak mau kalah beb!!

“Jom..ambil port masing-masing..”dia mula memberikan arahan.Diya hanya memerhati dari tepi..tak mau masuk campur katanya. Kami mula berjalan seperti tadi dan…tidakkkkkkkkkkkk….rupanya bahuku berlaga dengan tiang…biler masa tiang tu ada kat situ??..macam mane la aku boleh tak perasan kewujudannya tadi..

Baru aku hendak berlalu, kedengaran suara sumbang itu lagi..

“Saudari,awak tak rasa awak terlupa sesuatu ke??”tanyanya dengan senyuman sinis..

“Maksud awak??”

“Pernah dengar orang cakap, segeralah meminta maaf apabila kamu melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..”lembut tapi tajam ..

“errr..saya minta maaf..”kataku sambil menunjuk ‘peace’ dan terus berlalu di situ..tebal muka aku ni…Diya tak habis-habis gelakkan aku..

“Saya maafkan..”sayup-sayup aku dengar dia membalas..janganla aku jumpa dia lagi..maluuuu…..

Pelangi itu Indah 4

::Our Freedom::

“erm..”

“Dah-dah…baik kita study. Esok kan last paper..”pintasku sebelum Diya meneruskan lagi soalannya.Bukan boleh pakai sangat minah ni..selagi boleh tanya dia tanya..kadang-kadang cikgu pun tak larat nak layan..tapi bila time orang perlukan soalan..tak de idea pulak…isy..ape yang aku melalut panjang-panjang neh…

“Kau still ade mood nak study???”nape..tak ley ke..huhu…

“Balik pada prinsip asal aku la sejak dah jadi bujang semula ni..hahhaa..”

“prinsip???”aku menganggukkan kepala..

“Yup..no more love..study is my priority…”Diya tersengih..


‘Hisy ..apa yang aku study ni..satu apa pun tak masuk…’getus hatiku. Baca bab tu tak kena..baca bab ni tak kena..parah camni…esok dah la nak exam..last paper pulak tuuu….argghhh..tido lagi baik… ‘tawakkal jela..lagipun aku bukan baru nak study semuanya harini..’..sekadar menyedapkan hati.

Esoknya,

“Fuhhh Diya..lega rasanya dah habis..lega..lega..lega…”

“Tau tak pe..boleh balik..ye ye..ley balik umah…huhuhuhu…”

“Tapi kan Diya..entah bila kita boleh jumpa lagi kn?”aku meluahkan persoalan yang terbuku di mindaku. Hari ini merupakan hari terakhir kami di salah sebuah matrikulasi di semenanjung setelah dua tahun berpenat lelah. Lepas ni,masing-masing akan membawa haluan sendiri. Adakah aku dan Diya masih dapat bersama seperti sekarang ni?

“Ala..don’t worry Dear, KL dengan Melaka tak jauh mane pun..ko doakanla kita dapat U yang sama nanti..hehe..”

“Betul tu…tiket pukul berapa??”

“6.00 petang..ko?”

“Aku nyer naik bus ting tong jela..hahhaha…dah la..jom kiter kemas-kemas dan get ready for….”

“Balik kampong…ooo..balik kampong..hati girang…hahahaha”I will miss u Diya…

Di stesen bas,

“Faten..jom kita beli kudap-kudap dulu…”

“Hmm..ok gak tu..”kami mula meneroka dari satu kedai ke satu kedai and…

“Oucchhh..!!!”aku mengerang..aku mencari insan manakah yang bertanggungjawab yang telah melanggar aku ni..ha..mesti dia..tanpa was-was dan ragu-ragu…

Saturday, June 13, 2009

Pelangi itu Indah 3

::Optimiskah aku??::

"Wei lalink..jauh termenung.."aku memandangnya sekilas dan membuang pandang ke arah luar memerhatikan hujan yang baru hendak berhenti..aku masih menanti..

"Faten..ko kenapa ni??kenapa senyap jer lepas jumpe Iqbal..??"tanya Diya tidak puas hati dengan kebisuanku.

"Diya..tengok pelangi tu..indahkan..dia muncul hanya selepas hujan yang menyebabkan kita resah gelisah..betul tak??"dia terkebil-kebil mendengar bicara yang keluar dari mulutku.Aku tersenyum seperti biasa.

"Aku dah tak de pape dah dengan Iqbal.."satu kenyataan yang menyakitkan hati.

"ko jangan nak melawakla Ten.."sudah aku jangkakan reaksi Diya sebegini.

"Aku nampak cam badut dalam sarkas ke?"sarkastik bunyi soalan ku itu.Melihatkan wajahku yang serius...

"Ya Allah Faten.."katanya seraya memelukku dan mengusap-usap bahuku seolah-olah perbuatannya itu mampu menghulurkan kekuatan padaku.

"Menangisla Aten..kalau itu mampu membuatkan ko lega.."sambungnya lagi.

"Tak..aku tak rasa nak menangis..."Diya memandangku tidak percaya.Aku mengangguk meyakinkannya.Tiba-tiba Diya menampar pipiku..

"Woi..nape??sakitla..."jeritku terkejut dengan tindakannya yang drastik itu.

"kau ok tak ni??"

"Hahahaha...aku ok la..waras lagi ni..."

"Please Faten..jangan pendam kan ape yang kau rasa..."

"But Diya..ini memang apa yang aku rasa.."

"tak kan tak de sekelumit rasa marah pada Iqbal???"tanyanya kehairanan..yup..sape yang tak pelik kan kalo dah ditinggalkan begitu masih mampu untuk ketawa seolah-olah tiada apa yang berlaku.adakah aku cuba lari dari hakikat?

"entahla Diya..kalau aku adalah Faten yang dulu..Probably aku akan marah,sakit hati,kecewa dan segala macam perasaan lagi..tapi aku sekarang ialah Faten yang telah berubah..lagipun kemaafan adalah dendam terindah kan..hehe.."

"So,apa yang kau rasa sekarang?"

"Lega.."ringkas tapi bermakna.

"Ha??"

"Masa mula-mula kenal dia,seperti yang ko tengok..aku bahagia..but lately,dia macam dingin dengan aku.Aku terasa semakin kehilangan.Aku cuba baiki apa yang patut tapi nampaknya tak ada apa yang aku boleh ubah.Aku tertekan.Serius tertekan.Aku harap semua ini akan berakhir.Apa yang aku tahu,aku nak final so i have to focus no matter what.."aku menarik nafas dan meneguk air seteguk dua sebelum menyambung kata-kataku lagi.

"Bila dia lafazkan kata putus tadi,aku rasa sebak tapi aku pelik..aku still mampu tersenyum..ko tau kenapa??"

"kenapa??"

"sebab..walaupun hubungan aku dan dia tak berakhir seperti yang aku impikan.Aku bersyukur aku dapat kenal dia. Macam yang ko kata,aku banyak berubah selepas kenal dia.Dulu aku masih terkapai-kapai mencari jati diri aku..sekarang aku dah jadi seorang manusia..Jadi,perlukah aku membenci dia??"panjang sekali penerangan aku.

"optimisnya kau..."

"May be..tapi bukankah itu penting..siapa lagi yang boleh beri aku semangat kalau bukan aku yang mulakan dulu..kau nak ke kawan kau ni berkabung dan berendam air mata siang dan malam...?"

"uisy..tak nak la aku cam tu..tapi ingat..jangan pendamkan kalo kau rasa nak bercerita..aku sentiasa ada di sisi ko..ingat tu.."Ni yang buat aku sayang Diya sangat-sangat..dia lah sahabat aku dunia akhirat..

"Tapi kalo orang lain kat tempat ko..ramai yang dah menangis..melalak...tak de semangat untuk hidup.ke kau sebenarnya tak berapa nak sayang si Iqbal tu??"laa..tak habis lagi minah ni..

"Ramai yang akan cakap aku tak sayang Iqbal kalau tengok keadaan aku sekarang..Diya..kalau aku tak sayang Iq..untuk apa aku terima dia..awal-awal lagi aku selalu ingatkan diri aku agar mencintai seseorang jangan melebihi cinta kita pada Allah..lagipun...mencintai tak semestinya memiliki..kn??"

"Yup..but u are not an angel to be such that kind..."

"tapi kita masih boleh mengawal diri kita kn?Lagipun untuk apa kita ingat satu kenangan yang pahit sedangkan kita ada banyak kenangan yang manis..Lebih baik simpan yang manis dan anggap yang pahit itu penawar kita..may be ada hikmahnya.."

"tak faham aku..huhuhu..."kau akan mengerti jua suatu hari nanti Diya..

One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...