Word Of The Day

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi..

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi...

Bukan mudah memiliki mutiara kasih..

Tanpa diselami lubuk hati nurani ke dasar rasa yang paling dalam...

Friday, March 4, 2016

Warna-Warna Kehidupanku 4

Tarikh keramat itu akhirnya tiba. Hari dimana status single ku bertukar kepada isteri orang. Saat lafaz 'sah' kedengaran, hati mula digauli rasa sebak, takut, bersyukur dan segala macam perasaan lagi. Mungkin perkahwinan ini berlaku terlalu pantas tapi jauh di sudut hatiku aku yakin walaupun ia hanya jauh kelam-kelam tak nampak sahaja. Yakin Qila!

Azan maghrib mula berkumandang, aku segera ke bilik bagi menunaikan solat fardhu. Lama aku berteleku di depan sejadah,

"Kak!" bahuku ditepuk adikku, Iwan. Aku memandangnya tidak puas hati.
"Ko dah kenape Iwan?" tanyaku sambil membalas tepukan mesra petronasnya itu.
"Bukan Iwan, akak tu yang buang tabiat. Dah kahwin, masuk bilik pengantin la. Duk solat kat sini tu kenapa?" Iwan membalas selamba.
"Apa masalahnya? Bilik akak jugak kan." Bidasku kembali.
"Ops excuse me my dear sis! Ini bilik akak dah bagi pada Iwan ye. Harap makLong. Lagipun berapa banyak bilik akak nak..pergi-pergi sana! " katanya lagi sambil menolakku keluar daripada bekas bilikku. Sob!

Lamaku berdiri depan bekas bilikku sebelum memusingkan badan untuk melangkah dengan hakikat aku adalah isteri orang sekarang. Wajahku panggung dan aku terkedu!

Dia sedang memandangku hairan. Ya! dia suamiku. Gulp. Perlahan-lahan aku melangkah ke bilik pengantin dan melepasi si dia yang masih tercegat di depan pintu.

"Saya dah solat kat surau." Katanya tiba-tiba.
"Saya dah solat jugak." balasku dan terus cabut lari turun ke bawah. Aku menanggalkan telekungku di bilik ibuku.

Mak memandangku pelik sebaik sahaja aku melangkah ke dapur. 

"Nape mak?"
"Mak ingat hantu mana tadi terjun daripada tangga. Dengan telekung putihnya."
Aku tayang gigi. "Sekali sekala buat lagak ngeri"
"Qila dah kahwin, perangai tu bagi senonoh la sikit." tambah mak ku.
"Tengok la nanti macam mana. Akan dipertimbangkan." jawabku dengan gaya orang yang sedang berfikir.
"Pertimbangkanlah sangat. G buat telur dadar, ni lauk mak dah panaskan."

Aku melangkah senang ke dapur yang terletak di belakang. Dalam samar-samar, aku memanaskan kuali untuk menggoreng telur dadar. 'agak-agak masak jela, lampu ni pun abah tak baiki lagi.' Usai menggoreng, aku menghidangkan lauk dan nasi ke depan.

"qila, pergi panggil suami kamu." arah mak.'aiseyman, kene panggil ke..'
"Ala, Ijat, ko g naik jap panggil Abang." aku menyuruh adikku yang ketiga.
"eh asal Ijat lak, suami akak.Akak la yang panggil. Tak kuasa!" jawab Ijat. 'Menjawab eh ko..memang nak kene ni..'

Dengan sebal aku naik ke atas memanggil suamiku tersayang melayang-layang tu untuk turun makan.

"Ehem, mak panggil makan." aku mengajak.
"Ok. Jom." Dia tersenyum dan berlalu. Aku terpana. Ku tepuk-tepuk dadaku. 'Shh..duduk diam-diam dalam tu' pesanku kepada hati yang macam nak tercabut keluar.

Waktu berjalan tanpa mengizinkan sesiapa menghentikannya. Aku menonton TV seolah-olah tiada hari esok. Adik-adikku, emak dan abahku sudah selamat beradu. Aku keseorangan menonton TV. Sudah berkali-kali siaran ditukar. Tiada satu yang menambat hati. 

"Ah..stressnya!" luahku tetiba. Hati aku masih berperang sesama sendiri.

+Berapa lama lagi ko nak mengelak Qila. Pergi jela masuk tidur. 
- Tapi ada stranger dalam tu.
+Stranger tak stranger dah jadi laki ko. Apa masalahnya?
- Masalahnya.......

Tanpa sedar, kakiku sudah melangkah masuk. Entah bila tanganku bergerak menutup TV. 

'Dalam novel, cerpen aku baca pengantin sibuk cuci pinggan mangkuk, periuk apa semua. Tapi kenapa kisah aku tak sama eh..' Hatiku mula melalut.

Aku menuju ke tandas yang sememangnya ada dalam bilikku ini. Niatku hendak memberus gigi dan mengambil wudhu' sebelum tido. Tanpa melihat kiri kanan, aku terus menolak pintu dan...

"Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! "





Warna-Warna Kehidupanku 3

Tiga bulan sudah berlalu semenjak peristiwa itu,

Deringan telefon bimbitku seawal jam 8 pagi benar-benar melahirkan rasa hairan di benakku. Tertanya-tanya siapa yang menghubungi..'Mak?'

"Assalamualaikum..Hello.."

"Waalaikumussalam..Qila.."

"Ye mak..nape mak??Mak sihat tak??"

"Mak sihat alhamdulillah..jangan risau..Mak ada sesuatu nak disampaikan ni.." Jantungku mule berdegup dengan kelajuan yang luar biasa.

"Ada yang mengkhitbah Qila semalam. Abah dah setuju." Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan..

"Ouh..ok.."

"Qila ok ke?"

"InsyaAllah..baik untuk mak and abah..baiklah untuk Qila..dah tentukan ke walimahnya?"
"InsyaAllah masa Qila habis pengajian nanti.."habis study?aku sekarang dah semester akhir dah pun..huhuhu..

"Tak cepat sangat ke?"

"InsyaAllah semuanya bisa diatur." Akhirnya kata putus dicapai.

Aku melalui sisa-sisa pengajianku seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku semalam. Seolah-olah tiada apa yang aku dengar hari ini dan seolah-olah tiada apa yang menantiku pada hari esok. Tapi di saat aku meninggalkan dewan peperiksaan pada hari terakhir aku disitu. Segala-gala yang telah berlalu dan mungkin yang akan berlaku menerjah.

"Qila..dah siap kemas?" tiba-tiba Ma bertanya padaku. Entah bile masa dia berada dalam bilik ni.


"Eh..belom..hehe.."

"Ko ni kenapa? Tiba-tiba termenung je."

"Tak de ape la..hehe..hakuna matata my dear.."


"Yela tu.."


"Ma..andai ko kena jadi isteri pada seseorang yang kau tak kenali..apa yang kau rasa?""Pelik..tapi insyaAllah ada hikmahnya. Aku mungkin akan cuba menjadi isteri yang baik buat suamiku walau siapa pun dia. Sekurang-kurangnya aku diberi kesempatan untuk merasai nikmat berumah tangga.."

"Kesempatan merasai nikmat berumah tangga? Maksud ko?"

"Bukankah ada hadis yang mengatakan jika seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, nescaya dia boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia inginkan.." oh..aku pernah mendengar tentang ini. Senyuman terukir dibibir. Adakah aku diberi kesempatan itu?


Warna-Warna Kehidupanku 2

Sejak malam itu, hati aku jadi tak tenang. Lama aku menanti kemunculannya pada malam seterusnya. Tapi hampa. Dia tak muncul tapi berita yang cuba aku elak yang datang bertandang. Pada ketika itu, baru aku tau dia rupanya menghidap penyakit barah otak. Astaghfirullahal a'zim..aku hanya mampu menyedekahkan dia dengan Al-Fatihah di samping mendoakan agar dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman..insyaAllah..Ingatan yang sangat kuat kepada arwah membuat aku terasa ingin menulis. Aku mengeluarkan buku nota kecil dan sebatang pen yang sentiasa ku bawa kemana-mana..Aku memandang sekilas sekelilingku..
Gadis manis itu
Masih mampu tersenyum ceria
Menyembunyikan luka di dada
Tanpa membuat sesiapa curiga

Gadis manis itu
Berikan bahagia pada semua
Tanpa memikirkan siapa dia atau mereka
Baginya semua adalah keluarga

Gadis manis itu
Dalam hatinya seribu rahsia
Tidak mampu dicungkil oleh sesiapa
Kerna baginya itu adalah haknya
Berkongsi dengan orang tertentu sahaja

Gadis manis itu
Hatinya selembut sutera
Gayanya indah bersahaja
Keikhlasan menemani setiap langkahnya

Dalam diam..
Hati gadis itu melakar derita
Namun tidak pernah di khabar pada semua
Dilabuhkan doanya buat Sang Pencipta
Kerana dia yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Hikmah yang tersembunyi di alam nyata
Hanya diketahui pabila tiba masanya

Gadis manis itu
Mula berbicara
Wahai penghuni dunia
Jangan pernah rasa sangsi dan curiga
Yakinlah rahmat Allah di mana-mana
Menemani kita sepanjang masa
Tanpa mengira siapa kita

Penulisanku terhenti disitu. Kosentrasiku diganggu oleh esak tangis seseorang. Mata ku mula melilau ke kanan dan kiri untuk mencari dari arah mana bunyi esakan itu datang. Di bawah sebuah pohon rendang kelihatan seorang budak kecil, tanpa sedar kakiku melangkah mendekati budak itu.

"Adik..kenapa adik nangis ni?" lembut aku bertanya.


"Kapal Afham tenggelam..dah tak de.."katanya diiringi deraian air mata sambil jarinya menunjuk ke arah tempat kapalnya tenggelam mungkin. Otakku mula memproses kata yang sesuai agar mudah difahami oleh seorang anak kecil seperti Afham.

"Afham.."Aku kira itu namanya memandangkan dia membahasakan dirinya sebagai Afham tadi. Perlahan aku menggamitnya agar duduk di pangkuanku. Terpinga-pinga dia mengikut arahanku. Aku tersenyum.

"Adik pernah dengar tak, setiap apa yang ada di muka bumi ni hanya pinjamanNya sahaja..sampai suatu masa nanti ia akan pulang pada penciptaNya. Adik faham tak?"mengangguk dia mendengar bicaraku. Apa mungkin bisa dia mengerti?

"Tapi setiap yang hilang itu pasti ada penggantinya.."sambung seseorang dari belakangku. Aku menoleh. Afham tersenyum senang.

"Ibuuuu.."Afham memanggil wanita itu ibu?oh..mungkin ibunya. Afham segera memeluk ibunya.


"Terima kasih tengokkan anak akak..risau akak tengok dia tak de tadi.."

"Takpe kak..tanggungjawab sesama muslim..insyaAllah.."Aku meminta diri kemudiannya. Bimbang terlewat sampai kerumah nanti.

Sepanjang perjalanan pulang, aku mula memikirkan kata-kata yang telah aku ucapkan pada Afham tadi. Ya! Kata-kata itu lebih tepat ditujukan pada diriku sebenarnya. Aku harus kuat!




Warna-Warna Kehidupanku 1

Terasa baru semalam
Salam ukhuwah kau hulurkan
Walau hanya di alam maya
Aku sangat menghargainya

Terasa baru semalam
Aku punya adik perempuan
Periang, peramah dan mesra
Senyuman manis sentiasa

Terasa baru semalam
Kau bercerita itu ini
Sama-sama berkongsi rasa
Diselangi senyum tawa

Namun itu semua hanya semalam
Semalam yang telah berlalu meninggalkanku
Hakikatnya pada hari ini
Kau sudah tiada lagi di bumi

Pergimu pasti ada hikmahnya
Akan ku tanamkan keyakinan itu
Walau di hati masih terasa pedihnya
Tapi ia mengajarku erti kehilangan

Aku yang masih hidup ini
Akan terus berjuang sehingga titisan yang terakhir
Supaya apabila sampai saatnya
Tiada penyesalan yang dapat ku kesali


"Eh Qilah..kau ni kenapa?"Aku tersentak. Segera aku menyapu deraian air mata saat aku ralik menzahirkan perasaan ku di blog. Blog yang umpama diari hidupku. Aku tarik senyum segaris.

"Tak de ape la Ma..Saja feeling di pagi hari.."balasku bersahaja. Cuba membuang resah di hati temanku. Mana mungkin aku berkongsi rasa di saat kondisiku sendiri masih tidak stabil. 'Duhai hati, sabarlah..'

"Dah kau kate macam tu tak pela..tapi kalau ada apa-apa..cite la..insyaAllah aku akan cuba menjadi pendengar yang baik.."

"Terima kasih sahabat..insyaAllah.."Aku menepuk bahunya sambil mengorak langkah ke luar.

"aik..Nak ke mane tu??"

"Hehe..keluar jap..pantai.."

"Ok..nanti balik tu jangan lewat pulak yer.."pesannya persis seorang ibu yang bimbangkan anaknya.

"Baek buk! Hehe..InsyaAllah..Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam nak!! " Aku tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepala. Hilang sebentar rasa sedih di hati. 'Aku sayang ko Ma..'

Setibanya di pantai, aku menikmati pemandangan yang sangat indah. Cuaca yang redup di selangi angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku tenggelam dalam dunia sendiri.

Seketika ingatan mula melakar kembali nostalgia bersama arwah Zati. Satu malam, di yahoo messenger..Zati mem 'buzz' aku di ym..

- Assalamualaikum kak..hehe..rinduuu~

+ Waalaikumussalam dik..hehe..sori la..akak busy lately..tu yang jarang online..

- Akak..kalau adik dah takde..akak rasa akak akan rindu adik tak?

+ Ish..apa adik melalut neh..Of course la akak akan rindu dear..Akak kan tak de adik perempuan..

- Entah la kak..rasa macam tak lama je..Zati sayang akak tau..Walau kita tak pernah kenal di dunia nyata..Zati rasa dekat dengan akak..

+ Akak pon macam itu..Sayang Zati sangat-sangat..Zati ok tak ni??

- Eh..Zati ok je..don't worry k..Kak..Zati penat..pamit dulu ya..Assalamualaikum..

+ Waalaikumussalam..jaga diri..

- Akak pon same yer..Sayang akak selalu..=)

-off-


Oh hati..tenanglah...



One's For All..All for One

Salam Perkenalan

Ingatan Buat Diri Yang Sering Alpa

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...


Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...


Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...


Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah S.W.T


Agar tunduk di saat yang lain angkuh...


Agar teguh di saat yang lain runtuh...


Agar tegar di saat yang lain terlempar...