Petang sebelum aku bergerak menuju ke Melaka, aku sempat berbual dengan rakan sebilikku. Satu ayat darinya masih tersimpan kemas dalam ingatanku.
"Kau tau tak Mia, aku rasa aku ni jahat sangat. Biler aku dengar ayat-ayat Al-Quran dan lagu nasyid, aku rasa jiwa aku tenang sangat."
Aku hanya tersenyum. Masa itu kami sedang menghayati bait-bait lirik nasyid -pergi tak kembali-. Siapa sangka itulah kata-kata terakhir yang aku dengar daripada mulutnya. Dia pergi menghadap Ilahi pada malam ketika insan lain sedang lena diulit mimpi. Tanpa pengetahuanku rupanya dia sudah lama mengidap penyakit yang boleh membawa maut. Astaghfirullahalazim..Bijak sungguh dia merahsiakannya. Bagaikan mengerti dia membawa pulang semua barang-barangnya pada hari itu. Semasa aku mendapat berita mengenai pemergiannya tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan merelakan pemergiannya.
6/02/2008
Terasa berat untuk pulang ke hostel ku. Kenangan bersama arwah masih berlegar-legar di mindaku. Sungguh aku merindui kenangan itu.'Wake up Mia! Jangan tangisi perkara yang dah berlalu.' Aku cuba menyedarkan diriku sendiri. Aku perlu kuat. Itu janjiku. Aku membuka lokerku untuk mengemas barangku, tiba-tiba aku terlihat sekeping surat di selitkan di celah-celah lipatan bajuku. 'Wanginyer~'. Bau ini mengingatkanku kepada seseorang. Ya. Bau wangian yang biasa arwah gunakan. Tanpa membuang masa, aku mengambil posisi yang selesa dan memulakan pembacaan.
Assalamualaikum buat teman yang disayangi Mia,
Saat kau terlihat kepingan ini  serasanya aku sudah tiada di muka bumi ini. Pergi untuk berjumpa Tuhan  Yang Maha Esa, InsyaAllah. Pintaku janganla kau tangisi pemergianku dan  terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang. Aku hanyalah  sebagai kenangan masa lalu yang pernah singgah buat sementara waktu di  dalam hidupmu.
Teman,
Pertama kali kita bertemu,aku berasa jengkel melihat gayamu  yang tidak seperti aku dan rakan-rakanku. Tanpa aku sedari sepatutnya  aku berasa malu kerana tidak mencontohimu. Tapi perlahan-lahan kau  membantu aku keluar dari lorong kegelapan tanpa menghiraukan penghinaan  yang pernah aku lemparkan kepada kau dulu. Aku dapat melihat sinar  keikhlasan dari matamu teman. Aku berasa sangat malu. Aku tertanya-tanya  kenapa kau begitu baik kepadaku. Rupa-rupanya kau tidak mahu pisang  berbuah dua kali. Terima kasih teman kerana menyelamatkan aku daripada  terus hanyut dengan dunia fantasiku.
Tapi ,
Kehidupan kita hanyalah sementara. Nikmat duniawi  yang diberikan kepadaku bakal ditarik bila-bila masa, jadi di kesempatan  ini aku ingin memohon maaf jika di sepanjang perkenalan kita ada yang  tidak kena di mata kau. Disini aku ingin meminta pertolongan darimu,  anggapla ini amanat terakhir dariku.
Seperti yang kau tahu, hidup aku selama ini banyak  dipengaruhi oleh faktor kepincangan keluargaku. Tolong bantu keluargaku  Mia..aku ingin mereka kembali ke jalan yang benar. Aku percaya kau  boleh fikirkan caranya tanpa mereka tahu kau mengenaliku. Sampai masanya  nanti mereka akan tahu juga. Tapi bantula setakat yang kau terdaya. Aku  mahu kau cuba. Demi perjuangan di jalan Allah.
Sebelum aku akhiri warkahku ini,
aku ingin meminta maaf seandainya  amanah ini membebankan kau..tapi aku tidak tahu pada siapa lagi aku  harus galaskn amanah ini.terima kasih untuk segalanya teman. Aku  sayangkan keluargaku. Kaula sahabat dunia akhiratku.
Kawanmu,
Oh..bagaimana harus ku lakukan ni...esok-esok jela  fikir..(bukan nak mengelak tapi fikiranku benar-benar buntu tapi  insyaAllah aku akn cuba..Mia boleh..InsyaAllah)
14/04/2008
Sedar  tak sedar dah 3 bulan lebih pemergian arwah Alisya. Tapi amanatnya masih  aku pegang. Tiada tindakan lagi yang aku lakukan.Hari ini tamat sudah  pengajianku di kolej ku ini. Aku tidak bercadang untuk terus pulang ke  rumah. aku mengambil kesempatan ini untuk pergi ke negeri kelahiran  arwah di Perak. Hal ini sudah aku khabarkan kepada keluargaku. Mereka  merestuinya.
****************************************************************************************
Keesokan harinya,
‘Aduhhh..macam manela aku nk tolong ko ni alisya..umah kau pun  aku tak tahu alamatnya’ desis hatiku sebaik sahaja tiba di kampung  Alisya.
...Tiba-tiba..
"Tolong...tooolllloooonggggg...!!!!.." Isy suara budak manela  yang terpekik terlolong neh. Menganggu ketenteraman aku aje..Mata ku  melilau lilau mencari arah suara itu. Lensa mataku menangkap satu  bayangan budak yang dibuli. 'Ni tak boleh jadi ni..kecik2 dah pandai  membuli...'
"Assalamualaikum  adik2...."
"Ape kau nak??" tanya  salah seorang daripada pembuli tak bertauliah tu.
"Aik dik..dah tak reti nak jawab salam ke..caranya begini  ya..WAALAIKUMUSSALAM.cara nak eja dia W.A.A.L.A.I.K.U.M.U.S.S.A.L.A.M.."
Tercabar dek mendengar kata-kataku, seorang daripada mereka  cuba menyerang aku. Sepantas kilat aku mengeluarkan langkah hentam  keromo yang aku praktiskan dari zaman tadika lagi. Akhirnya budak-budak  mentah itu tewas ditangan aku. Dengan menggunakan ketegasan yg memang  dah sebati dalam diri aku, aku mengarahkan mereka duduk. Mereka enggan  pada mulanya tapi melihatkan mataku yang mencerlung memandang mereka  membuatkan mereka akur.
"Awat  kome duk buli dia ni..dia ada buat salah kat kome ke?"
"Idokle.."
"Ate.."
"er..er.."
"Kamu ni  budak-budak lagi dah pndai nak membuli orang..cubala bertindak waras  sikit.ni bukan cara nak tunjuk jantan ke ape..tak de sape yang tengok  pon. Cubala gune kekuatan tu untuk benda yang lebih berfaedah. Patutnye  tolong orang lemah bukannya membuli orang yang lemah. Kamu tau kalo  membuli org lemah hanya org pengecut je buat.Kamu bangga tapi org lain  duk gelakkan kamu.Sebab kamu PENGECUT!!!"
"Kau..kau.."
"Apa  kau..kau..akak la..akak ni tua dari kome.Akak bukan nak marah tapi  tolongla jangan rosakkan masa depan adik-adik semua ye. Akak tak nak  generasi akan datang kehilangan pewira-pewira macam adik-adik ni  semua...Mak bapak korang mesti kecewa tengok anak-anak mereka jadi macam  ni.."
Mereka semua tunduk  memandang lantai...ada yang menitiskan air mata...
"Kami minta maaf kak...InsyaAllah kami tak buat lagi lepas  ni.."
"kamu ni umur brape?"
"17 tahun..nak amik SPM tahun ni."
"hurm...nak SPM lagi tak boleh main-main...pegi balik  umah..tinggalkan sikap buruk ni..belaja leklok..fokus pada pelajaran.  Boleh ke tak?"
“Boleh-boleh..”  mereka semua berkata sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Semua pergi meninggalkan aku termasuk mangsa buli tadi..
'Ahhh..sudah...dah nk maghrib ni..mane aku nak pergi  ni...aduhaiii...'
"Akak..."
"Eh Man...(Salah seorg pembuli tadi..)..ade ape?"
"Akak bukan orang sini kan??"
"Yup..nape?"
"Akak  nak pegi mne??"
"hurm..tak  tahula..tengah duk fikirla ni.."
"Akak ikut balik umah Man jela.."
"erk...tapi..tapi..."
"Family Man ok jer...jom jela..tak kan akak nak merayau  sensorang..."
"Erm..k.."takut-takut  aku mengikut langkahnya. Dalam hatiku, tak habis-habis berdoa.
"Akak buat ape kat sini..?" tanya Man tiba-tiba memecahkan  keheningan.
"Mencari ketenangan and  sambil-sambil nak cari kerja sebab akak baru habis belajar. Tengah  tunggu result sekarang."
"Owh...eh..name  akak ape ek?"
****************************************************************************************
Di rumah Man..
Aku  tergamam melihat kebesaran dan keindahan rumah tersebut. Diam-diam aku  beristighfar, dunia semua ini Ya Allah. Sekali lagi aku terkedu, tanpa  salam Man melangkah masuk ke rumah. Kasutnya diluar di ambil oleh  seorang wanita tua dan diletakkan di atas para. Kalau sampai begitulah  tahapnya, agak kurang ajar. Terlintas di hatiku untuk menegur sikap Man  tapi siapalah aku pada saat itu. Aku hanya mampu menghela nafas panjang.  Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
“Assalamualaikum mak cik.” Aku menegur wanita tua itu tadi  sambil tunduk menyalaminya. Aku lihat air mata bergenang di kelopak  matanya. Dia mengusap kepalaku.
“Waalaikumussalam nak..panggil mak cik, Cik Jah. Mak cik ni  orang gaji rumah ni.” Aku mengangguk-anggukkan kepala ku. Telahanku  ternyata benar. Patut la Man tiada rasa hormat pada wanita ini.
“Eh Akak. Tak masuk lagi. Cik Jah, siapkan bilik untuk Kak Mia  ni. Dia tetamu rumah ni.” Perintah Man. Cik Jah akur lalu melangkah ke  dalam. 
Man sudah memusingkan  badannya untuk masuk ke dalam tapi terhenti apabila aku memanggilnya..
“Man!”
“Ye  kak.” Aku diam. Tertanya-tanya daripada mana aku mendapat kekuatan untuk  memanggilnya.
“Kak?”panggilnya  lagi sambil melayang-layangkan tangan di depan mataku.
“Oh. Dah maghrib ni. Boleh tunjukkan akak bilik tak..sebab  akak nak solat.”dalihku. Belum masanya lagi.
“Oh..ingatkan apela tadi. Bikin saspen je.” Aku menyoroti langkahnya ke sebuah bilik yang terletak di tingkat bawah. Berdekatan dengan bilik Cik Jah mungkin.
****************************************************************************************
Usai solat Maghrib, aku  melangkah keluar daripada bilik menuju ke dapur. Niatku untuk meminum  air sambil menolong Cik Jah apa yang patut. Ralat rasanya berada di  rumah yang asing tanpa mengenali tuan rumahnya.
“Assalamualaikum Cik Jah. Cik Jah dah solat?” Sapaku.
“Waalaikumussalam..”
“Mia .. Lupa pulak nak kenalkan nama tadi..hehe..” Aku  tersengih dengan kealpaanku.
“Oh..Mia..Cik  Jah belum solat lagi.”
“Laa..nape  tak solat lagi Cik Jah?”
“Siapa  nak siapkan makan malam ni kang..Tuan dan Puan dah nak balik dah sat  lagi.”
“Uish..macam tu Cik Jah pegi  solat dulu. Cik Jah bagitau je Mia apa yang patut dibuat. Meh Mia  tolong.”
“Mia..takpela..Mia kan  tetamu..”
“Tak pe Cik  Jah..Tunaikan perintah Allah tu lebih penting.” Aku yakin Cik Jah arif  tentang itu. Lihat saja dari segi penampilannya dan perwatakannya. Cik  Jah akur. Dia mengarahkan apa yang patut dan melangkah pergi.
“Cik Jah!! Mana makanannya?” Aku yang pada saat itu berada di  dapur, langsung terkejut dengan sergahan yang datang dengan tiba-tiba.  Mujur tidak terlepas pinggan di tangan. Berani takut aku melangkah  keluar membawa hidangan makan malam.
Ketika aku sedang meletakkan pinggan,
“Eh Akak..Nape akak pulak yang buat kerja neh? Cik Jah  mane?”Tanya Man. Saat itu, beberapa pasang mata menoleh kearahku.  Gulpp..
“Akak tolong je. Cik Jah  masuk solat jap.”
“Siapa  ni Adik?” Tanya satu suara garau. Berdebar-debar aku nak mengangkat  wajah. Sudahnya aku hanya tunduk mengadap meja seperti pesalah yang  menanti untuk dihukum.
“Kak  Damia. Man ajak dia tinggal sini sebab dia tak tau nak pegi mana tadi.”
“Oh ok.” Tu je respon yang diberi. ‘Diorang ni tak takot ke  aku ni penjahat ke ape ke?’ hati ku mula berteka-teki.
“Kak, mehla makan.”
“Takpela. Akak makan dengan Cik Jah je nanti.” Aku menolak  kerana segan. 
“Ma..dia  ni suka sangat duduk dengan Cik Jah tu. Kita suruh dia jadi ‘bibik’  rumah kita jela Ma.”  Satu kenyataan sinis  daripada seseorang. Aku mengangkat wajahku sedikit untuk melihat  gerangannya. Wrong timing. Dia sedang memandangku dengan pandangan yang  menjengkelkan.
“Mama ok  je. No problem. At least ada orang boleh tolong Cik Jah nanti.” Wanita  yang dipanggil mama tadi bersuara.
****************************************************************************************
Di dapur,
“Mia tak  kisah ke?” Cik Jah bertanya. Aku terpinga-pinga.
“Tak kisah ape Cik Jah?”
“Jadi orang gaji macam Cik Jah.”
“Oh..tak kisahla Cik Jah. Mia pun memang tengah cari kerja.  Kiranya pucuk dicita ulam mendatang. Hehe.” Balasku sambil tersenyum  dengan harapan dapat menghapus gusar di hati wanita ini.
“Kalau macam tu tak pela..Cik Jah taknak Mia rasa terpaksa  lak..”
“Isy..takdela Cik Jah. Mia  datang pun sebagai tetamu tak diundang. Orang sudi menerima. Apa  salahnya Mia membalas.”
“Mia ni  baik macam arwah Cik Alisya.”Dumm!! Kenyataan Cik Jah membuatkan aku  tersentap. Alisya?
“Sape  Cik Alisya tu Cik Jah?”
“Satu-satunya  anak perempuan dalam rumah ini. Tapi dia dah meninggal dunia 3 bulan  yang lalu.” Adekah?
“Sapa  nama tuan rumah ni ye Cik Jah?”
“Tuan Kamarul.” Aku terdiam. Duniaku rasa seakan berputar.  Wajah Cik Jah kulihat 2,3 dan aku mula memejam mata.
“Mia..Mia..bangun Mia..”
Perlahan-lahan aku membuka mataku. “Cik Jah..”
“Mia ni buat Cik Jah terkejut je. Tiba-tiba je macam nak  pitam.”
“Maafkan Mia, Cik Jah. Tak  sengaja.” Aku membuat muka comel.
“Ngada-ngadala kamu ni Mia.”Katanya sambil tersenyum meleret.  Ya Allah, Alhamdulillah. Kau permudahkan segala urusanku. Ameen.
“Cik Jah!!” jerit Man daripada ruang makan. Terkocoh-kocoh Cik  Jah menuju ke depan.
“Bibik!!!!!”  Bibik? Ade bibik ke dalam rumah ni? Hatiku bertanya sendiri. Tiba-tiba  muncul satu lembaga di dapur.
“Hey Bibik!” lembaga itu bersuara sambil menunjukkan jarinya  ke arahku. Mukanya tok sah nak cita la. Macam singa kelaparan. Aku buat  muka tak bersalah sambil menunjukkan jari ke arah muka ku sendiri.
“Yela. Kamu. Sape lagi bibik dalam rumah ni?” 
“Sejak bila?”
“Tadi.  Dah tak ingat ke? Harap je muda tapi nyanyuk.” Sesuka hati dia je  panggil bibik. Aku ade name la. Haish.
“Ambilkan aku air!” Aku melangkah ke sinki mengambil cawan dan menuangkan air untuk ‘tuan singa’ ini. Anggapla tu sebagai perasmian aku bekerja dalam rumah ni selaku ‘bibik’.
****************************************************************************************
Malam itu, aku berehat dan  tidur. Esok bukan lagi hari ini. Aku tidur dengan sebuah keazaman dan  tekad. ‘Akan aku berusaha mengenali keluargamu ini Alisya. Ya Allah,  kuatkanlah hati ku dan permudahkan segala urusanku. Ameen.’
Keesokan harinya, aku bangun untuk menunaikan solat Subuh  sebelum bersedia untuk menyiapkan sarapan pagi. Semasa aku keluar  daripada bilik, aku lihat lampu di meja makan menyala. 
“Eh..Man? Apa yang kamu buat ni?”
“Tak de ape kak. Man tak ingat ade kerja sekolah. Hari ni kena  hantar.”balasnya dengan memandangku sekilas.
“Banyaknya habuk pemadam. Susah sangat ke?”
“Hmm..”jawabnya malas.
“Dah solat Subuh?”
“Akak  jangan banyak tanya boleh tak?”Bentaknya tiba-tiba. Aku terdiam. Sedikit  terasa. Nafas panjang ku hela. Aku meneruskan langkah ke dapur dan  menyiapkan apa yang patut. Selepas sedikit sebanyak penerangan daripada  Cik Jah semalam, aku mula memahami rutinku di rumah ini. Selesai  semuanya. Aku mula menghidang di meja makan. Habuk pemadam ku kemaskan.  Aku menuang segelas air untuk Man. 
“Minum.”kataku. Dia menolak.
“Akak kata minum.” Ulangku. Lebih berbentuk arahan sebenarnya.  Dia patuh.
“Akak, Man minta maaf.  Tak sengaja tadi.” Aku tersenyum. Sudah ku duga hatinya sekeras kerak  nasi sahaja.
“Tak pe. Meh sini. Akak  nak tengok soalan mana yang kamu tak leh buat tu?”
“Akak pandai ke Add Math?”soalnya terkejut dengan pelawaanku.
“Sikit-sikit bolehla.”jawabku rendah diri. Bukan pandai sangat  pun.
Alhamdulillah, ilmu yang ku  pelajar sepanjang di Kolej Matrikulasi masih melekat di ingatan sehingga  kini. Sekurang-kurangnya dapat aku manfaatkan dalam situasi sekarang.  Aku mula menunjukkan langkah-langkah dalam bentuk yang mudah difahami.  Setelah beberapa lama, kami sudah berada di soalan terakhir. Aku melihat  jam sudahpun menunjukkan pukul 6.30 pagi. 
“Man..pegi solat Subuh dulu.”pintaku persis seorang kakak.
“Man tak pernah. Tak reti la kak.”Astaghfirullahalazim.  Terkejut? Tak. Meskipun aku sudah maklum mengenai hal ini tapi apabila  mendengarnya sendiri aku jadi terkelu. Man masih tekun menyiapkan kerja  rumahnya. 
“Siap jugak  akhirnya!”katanya girang.
“Alhamdulillah..dipermudahkan..”
“Ok la kak. Man nak pergi mandi dulu.”
Mataku menyoroti langkahnya sambil dalam hatiku berdoa ‘Ya Allah, lembutkan lah hati Man supaya terbuka untuk menerima hidayah-Mu..Ameen Ya Rabb..’.
****************************************************************************************
Beberapa minggu telah berlalu, aku semakin rasi di rumah gah  itu. Perlahan-lahan aku mula memahami tingkah-laku dan kerenah penghuni  rumah itu. Dalam diam juga fikiranku mula mencerna langkahku seterusnya.  Amanah ini tidak lah mudah. Kudratku tidak seberapa. Hakku untuk  bersuara dalam rumah ni turut terbatas.
“Cik Jah.. Mia.. Saya dan Tuan akan outstation untuk seminggu.  Jadi saya harap Cik Jah dan Mia boleh tolong jaga rumah ini dan  anak-anak saya.” Puan Syila, mama Man memberi pesanan sebelum melangkah  keluar daripada rumah bersama Tuan Kamarul. Namun, anak-anak mereka  tiada yang mengiringi mereka. Masing-masing sibuk dengan urusan duniawi.  Hati aku kembali sayu. ‘Kuatkan hati Mia.’
Baru aku memalingkan wajah untuk melangkah masuk ke rumah  bersama Cik Jah, sebuah dentuman kedengaran.
Bummmmmmmmm!!!!!!!!!!!!! 
Bunyi itu menyentap semangat aku. Tanpa berfikir panjang aku  terus berlari keluar untuk mencari daripada mana bunyi itu datang. 
“Cik Jahhhhhhhhhhhhhh!!!..tuan..puan..” Suaraku perlahan. Aku  terduduk. Perlahan-lahan air mataku mengalir. Cik Jah turut menangis  sambil menenangkan aku. Jeritanku sebentar tadi menarik perhatian Man  dan abangnya yang sedari tadi ‘bertapa’ dalam bilik.  Mereka  berdua melangkah merapatiku.
“ Bibik..ko pehal?” tanya si abang tanpa menyedari apa yang  berlaku. Aku menjelingnya tajam. Geram mungkin. Terketar-ketar jariku  menunjuk ke arah tempat kemalangan itu tadi yang semakin dikerumuni  orang ramai.
“Alah..kemalangan jer.  Perkara biasala.” Mendengarkan jawapannya, aku langsung berdiri. 
“Hello saudara, kemalangan jer? Kemalangan JER???” Entah  daripada mana aku mendapat kekuatan untuk bersuara. Aku tidak pasti.
“Relax la kak..”Man menyampuk. Mungkin risau melihat  perubahanku yang mendadak. Tanpa sedar aku menarik mereka berdua  mengikuti langkahku dan mencelah masuk ditengah-tengah orang ramai. Aku  suruh mereka pandang wajah mangsa tu.
“Ini KEMALANGAN JER???” Aku menyoal mereka sekali lagi sambil  menunjuk ke arah mangsa tersebut. Mata mereka mula memandang ke arah  wajah mangsa-mangsa kemalangan yang baru berlaku tadi.
****************************************************************************************
Sebulan berlalu, beerti sudah dua bulan aku berada disini. Ini  bermakna tinggal sebulan lagi aku akan berkhidmat dirumah ini. Semenjak  pemergian arwah Tuan Kamarul dan Puan Syila. Rumah ini telah menjadi  suram. Tiada lagi ketawa riang dua beradik. Seolah-olah yang ada dirumah  ini hanya jasad tanpa roh. Masing-masing tenggelam dengan dunia yang  mereka cipta. Perkara ni sungguh menyesakkan fikiran. Aku jadi semakin  hilang punca. Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan sinar di dalam  rumah ini.
Suatu petang yang damai,
“Akak. Man nak kua.”
“Kemana?”
“Tak  perlu tahu.”
“Then you cannot go  anywhere.”balasku selamba.
“Who are  you to talk like that to my brother. You are only our ‘Bibik’.” Suara  si Abang mencelah. Sehingga kini aku tidak pernah tahu namanya.
“Owh! He is your brother?” Aku bertanya sinis.
“Yeah! Why?”
“Owh.  What a suprised!”
“Apa  maksud akak?” tingkah Man geram.
“Oh. Tak de ape. I thought both of you are strangers.”
“Kau!!” tempik si Abang sambil tangannya diangkat. Mungkin  untuk menamparku.
“  Aliff!!” Cik Jah menjerit. Mungkin terkejut dengan apa yang dilihatnya.  Dan aku baru perasan Cik Jah ada menyebut nama lelaki di depanku ini.  Aliff. Mata aku masih memandang si dia dan adiknya silih berganti.
“Tak pe Cik Jah. Kenapa? Marah? Geram? Bengang? Tak betul apa  saya cakap? Sebulan dah berlalu. Baru harini awak nak kate Man adik  awak. Sebulan yang lalu kalian umpama orang asing. Berselisih bahu  seolah hanya angin yang menampar bahu. Tidak lagi berbual dan bergurau  seperti biasa. Then, kenapa awak nak marah dengan kenyataan saya tadi?”  aku melahirkan segala yang terbuku.
“Akak..”Man menghampiriku untuk memelukku. Aku segera  menghalang.
“Sorry dik, not a  muhrim.” Dia akhirnya duduk di atas sofa sambil menangis sesal. Si Abang  masih berdiri sambil otak ligat berfikir.
“Awak tak tau ape-ape.”Naa..itu kenyataan yang dikeluarkan.
“Saya tak tau ape-ape? Then, kat mana saya selama ni? Bukan  dalam rumah ni ke?”
“Awak  tak pernah rasa kehilangan.”
“Ops!  Tak pernah. You don’t know anything about me.”
“Then, tell us.” Cabarnya.
“Nope. Until it is the time.”
“Jadi awak tak de hak untuk bersuara ape-ape!” tempelaknya.  Aku terkejut.
“Why  not? Even I am an outsider, I still have the right as a human being.  Saya percaya kalau Tuan Kamarul dan Puan Syila masih hidup, dia pasti  tak nak anak-anak mereka jadi macam ni. Awak masih ade Aiman. Aiman  needs you. Both of you need  each other. It was  hard when losing someone that we love but at least it help us to realise  that we have to appreciate people arround us. Let the past be the past.  Life must go on no matter what. Mungkin awak terlambat untuk membalas  jasa ayah dan mak awak tapi sekurang-kurangnya kalian belum terlambat  untuk menjadi anak yang soleh buat mereka.”Nafasku hela.
“How?”perlahan suaranya bertanya.
“Doakan mereka. Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.  Bertaubatlah. Sekurang-kurangnya kalian masih mempunyai kesempatan itu.”
****************************************************************************************
Sejak kejadian itu, Aliff dan Aiman mula berubah.  Perlahan-lahan mereka mula kembali kepada Allah. Alhamdulillah. Aku  senang dengan perubahan mereka namun Cik Jah la orang yang paling  gembira dengan perubahan ini memandangkan dia telah menjaga dua beradik  ini sedari mereka masih bayi lagi. Hubungan mereka juga sudah semakin  akrab.
“Mak.. Kak Mia mane?” semasa  sedang makan malam, Aiman bertanyakan Cik Jah tentang kehilanganku.  Panggilan Cik Jah telah bertukar kepada Mak sejak peristiwa hari itu.  Sementelah mereka tiada saudara-mara terdekat. Abangnya lah yang  mengambil alih menjaga Aiman dan juga menguruskan perniagaan keluarga  mereka. Dialah ayah, dialah ibu buat Aiman kini.
“Kak Mia keluar kejap.” 
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam. Eh Abang..jom makan sekali.” Aliff  tersenyum melihat adiknya. Lame sudah rasanya tidak mendengar suara  manja adiknya. Aliff mengambil tempat di meja makan. Sambil makan,  sambil bertanya perkembangan adiknya di sekolah.
Jam 9.30 malam, aku tiba di rumah.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam.
“Waalaikumussalam. Baru balik Mia.” Cik Jah menyapaku.
“Hehe..bukan senang nak paham jalan kat sini. Pening.”
“Laa..Bukan KL pon.”
“Hehe..k la Cik Jah. Mia nak masuk solat jap then nak  kemas-kemas barang.” Aku meneruskan langkah ke bilik.
Usai solat, aku ke dapur. Telingaku sempat menangkap bunyi  orang berbual di ruang tamu berselang-seli dengan bunyi televisyen.  Aliff dan Aiman agaknya.
“Mia..dah  makan?”
“Nak makan la ni Cik Jah.  Jom la sekali.”
“Cik Jah  memang tunggu Mia pon.”
“La..yeke?  Ciannye. Meh, meh Mia suapkan.”
“Isy..tak payahla.” Cik Jah menolak malu.
“Ala..Cik Jah..mehla..hari terakhir ni. Nanti rindu pulak kan.  Haha..”usikku lagi.
“ Hari  terakhir? Maksud akak?” Entah daripada mana Aiman muncul.
“Eh Aiman, nak ape? Meh akak ambilkan.”
“Akak!” Ops..
“Nape ni  Man?”datang pulak si abangnya.
“Tak de ape-ape Tuan Aliff.” Aku lebih selesa memanggilnya  Tuan walaupun berulang kali ditegahnya.
“Tipu!” bentak Aiman. Aku terkejut. 
“Cik Jah?” Aliff bertanya namun Cik Jah juga kebingungan.
“Duduk dulu Tuan, Aiman..Cik Jah..”aku akhirnya bersuara. Aku  bukan membuat sebarang kesalahan. Biarlah aku menyatakan hal sebenarnya.
“Sebenarnya, hari ni sudah 3 bulan saya bekerja dalam rumah  ni. 3 bulan beerti tamatlah tempoh kerja saya disini. Hari ini hari  terakhir. Esok saya akan kembali ke kampung halaman saya.”
“Kenapa kak?”
“Man..akak  masih seorang pelajar. Dah tiba masanya untuk akak kembali.”
“Tapi..kalau tak pergi tak boleh ke?”
“Tak boleh sayang.”aku tersenyum. Tuan Aliff masih diam. Cik Jah sudah tenggelam dengan emosi. Aku melarikan pandangan. Aku tau aku sayang mereka. Aku tau aku berat hati untuk meninggalkan mereka. Aku tau semua itu. Tapi aku mesti kuat. Dah tiba masanya aku pergi.
****************************************************************************************
Malam itu lenyap bersama  keheningan dan kedinginan malam. Esoknya, aku bersiap sedia untuk  bertolak ke kampungku. Sudah ku pesan, usah diiringi pemergianku. Pada  mulanya mereka tidak setuju namun mereka akur apabila aku tetap  berkeras. Tuan Aliff menjadi seorang yang pendiam. Sehingga saat ini  tiada suara yang meniti keluar dari bibirnya. Sebelum aku pergi, 
“Mia.”suara itu. Langkahku terhenti.
“Siapa yang pernah awak hilang?”
“Sahabat baik saya dunia akhirat insyaAllah.”
“Siapa?”
“Alisya.” Seraya itu aku terus melangkah masuk ke dalam teksi dan air mataku yang sedari tadi bergenang di tubir mata mengalir tanpa sempatku seka. ‘Alisya, semoga amanatmu telah ku laksanakan.’
****************************************************************************************
Setengah tahun berlalu,
Aku telah pun bergelar pelajar di sebuah universiti tempatan.  Mungkin takdirku ditempatkan di negeri Perak. Masa kian berlalu, tanpa  ku sedari hampir sebulan kita berpuasa. Malam ini, aku akan pulang ke  kampung halamanku untuk beraya bersama keluarga tercinta. Di radio sudah  mula diputarkan lagu-lagu raya, namun ada satu lagu yang benar-benar  mencuit hatiku,
Sepasang Kurung Biru
Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
Di hari yang berbahagia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganmu
Tiada bisikan 
Lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayuo bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya 
Bersalam denganku
Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rinduku
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu 
Dipagi raya
Bersalam denganku
****************************************************************************************
“Assalamualaikum..mak..abah..”
“Waalaikumussalam Mia..sampai gak kamu yer..”
“Hehe..kalau tak sampai tu ada la tu..”sajaku ingin mengusik  emakku.
“Mak masak apa harini??”
“Makanan kegemaran kamu la, tom yam putih dengan daging masak  merah.”
“Wow..nyummy2..”
“Pergi kemas-kemas. Nanti turun makan. Tadi berbuka makan apa  dalam bus?”
“Muffin and air masak  mak.”balasku seraya melangkah pergi untuk mengemas dan membuat apa-apa  yang patut.
Raya kali ini, emak dan  abah membuat keputusan untuk beraya di Melaka sahaja. Sementelah, orang  tua mereka sudah lama tiada. Saudara mara pun susah hendak berkumpul  sekarang. Ramai yang sudah berkahwin. Usai sembahyang raya, aku membantu  emak di dapur.
“Assalamualaikum..”  seseorang memberi salam daripada luar. Adikku pergi melihat siapakah  gerangannya.
“Waalaikumussalam.  Masuk lah.”
“Abah..ada tetamu ni.”  Hari raya biasalah.
Aku  masih setia di dapur, tidak berniat untuk menjenguk apetah lagi meninjau  ke ruang tamu.
“Damia.  Ada orang cari kamu?”
“Ha?”Takut-takut  aku keluar.
“Akakkkkkkk!!”eh..suara  ni..
“Aiman!!”Serius. Aku sangat  terkejut. Macam mana depa boleh jumpa aku?
“Cik Jahhhhhhhh..” Aku berlari memeluk tubuh Cik Jah dan  menciumnya berulang kali. Sungguh aku rindu pada Cik Jah, Aiman dan dia.  Ouch! Kenapa mesti dia? 
“Mia  sihat nak??”
“Sihat Cik Jah. Cik  jah?”
“Cam biaselah Mia.”
“Amboi kak..dapat jumpa Mak. Kite kat sini dia buat-buat tak  nampak je. Bukan nak peluk cium ke ape ke?”
“Erks..nampak ni???”kataku sambil menunjukkan buku limaku. Dia  tersengeh.
“Gurau je.”
“Baju ni..”sepatah perkataan ini berjaya mencuri perhatianku  untuk memandangnya. Masih menanti dia menyambung kata.
“Erm?”
“baju  Alisya kan?”Dush! Cam mane dia tau?
“ Macam mane awak tau?”
“Saya yang belikan.”Tettttt~!
“Oh..”hanya tu mampu ku balas.
“Dia bagi awak ke?”
“Aah..masa arwah beraya disini dulu.”
Mak menjemput semua tetamu makan. Handphoneku berbunyi  menyebabkan aku lesap seketika disitu. Semasa menuju ke meja makan  kembali, keluarga ku dan keluarga mereka seperti sedang berbincang  sesuatu yang serius. Aku cuba untuk curi-curi dengar.  Lamar?Kahwin?Sebulan? Oit..apekah?
Sebelum meninggalkan rumahku, Aliff berhadapan denganku dan  meluahkan keinginannya. Aku jadi takut tapi dalam masa yang sama aku  rasa bahagia. Nonsense! Aku pasrah. Aku menyerahkan keputusan  sebulat-bulatnya kepada keluargaku. InsyaAllah mereka tahu apa yang  terbaik buatku.
****************************************************************************************
Sebulan telah berlalu,
Seperti yang telah ditetapkan, kini aku telah pun menjadi  isteri buat insan yang tak pernah aku angankan. Aliff Zikri Bin Kamarul  aka ‘Tuan Singa’. Itu nama suamiku. 
“Mia..”
“Yer?”
“Tau kenapa saya ambil awak jadi isteri?”
“Tak.”balasku pendek. Walaupun aku berdebar sebab tidak pernah  berduaan dengan lelaki. Menjadikan lidah ku kelu untuk bersuara.
“Demi menunaikan janji saya pada Alisya.”
“Demi janji je?”
“Yer.”
“Tanpa rasa sayang?”
“Zero!”
“Hah?”
“Acah je..”erks?
“Abang  sayang Mia. Always. Forever InsyaAllah. Baju yang Alisya bagi pada Mia  tu daripada Abang sebenarnya. She always tell me story about you. But  never let me know who are you. The only thing she told me were your name  and your adress.”
“Then,  how do you figure out I am the one in Alisya’s story.”
“Before you stepped out from my house, you had mentioned that  you had lost Alisya. Then today, Abang nampak Mia pakai baju tu. Tu  mengesahkan lagi firasat Abang. And now..”
“I am yours.”
p/s : ni karangan merapu je..so may be tak sedap pon..haha..layannn~~
4 comments:
BEST....
SEDEY ADER HAPPY PUN ADER..
:)
bagus.pandai ang.patut share dalam fesbuk ni.hehe
thanks alls..btw, sapekah anonymous ni??
bagus.. sangat bagus.... huuuuu... :P
Post a Comment